Monday, December 31, 2012

Tahun 2013 Yg Masyhur

wrapped up tahun 2012

* mak kena kanser payudara n terpaksa menjalani major operation (buang sebelah payudara), saat2 yg amat mencemaskan sbb aku amat2 sayang mak aku n sgt2 takut menghadapi 'kemungkinan' yg bakal terjadi..alhamdulillah walaupon masih tetap kena menjalani rawatan2 susulan, tiada komplikasi..yg penting mak sihat walaupon xsepenuhnya

* bapak mertua meninggalkan kami semua buat selama2nya...unpredictable sgt2 sbb dia taklah sakit mcm abah aku sakit...so sudden, kerana heart attack, kami kehilangan arwah buat selama2nya...Arwah seorang yg sngt baik, peramah, ske wat kelakar, wlupon strict n kami amat2 menyayangi arwah..sampai sekarang kami masih dpt merasa seakan2 arwah masih bersama kami....apa saja yg kami buat mesti ada selit2 kenangan bersama arwah sbb arwah ni ske berseloroh...Alhamdulillah, arwah pergi dengan tenang sekali walaupon suffered selama seminggu di ICU....

Al Fatihah buat Allahyarham Hj Dilah Bin Samat
Semoga di tempatkan bersama2 para solihin dan anbiya'

* adinda aku menikah wei...tu cerita gembira lah..lepas sorang lagi. kurang beban mak kot!!hopefully adik aku tu bertambah matang dan kami benar2 berdoa dan berharap agar beliau dapat mengemudi bahtera rumahtangga mereka n kekal sehingga ke akhir hayat...dan juga kami amat2 berharap adik aku Azhari dan isterinya Aishah dapat jaga mak n abah sebaik2nya..itu ja harapan kami....

harap2 tahun 2013 lebih smooth dan semua yg aku harapkan menjadi kenyataan dan dimakbulkan tuhan...Amin YA RABBAL A'ALAMIN....

so apa resolution aku utk tahun 2013???

tahun ni aku xder goal sgt

cme berdoa agar Allah terus-terusan membuka pintu hati kami dan juga pintu rezeki buat kami berdua...In sha Allah...hanya berharap kami akan jd insan terbaik (better as person)(better as ummah)(better as friend)(better as family members)(better better better dlm apa jua yg kami ceburi/pergi...

AMIN YA RABBAL A'ALAMIN


P/S : juga berharap kami berdua akan menjadi Mr n Mrs Bear forever n ever n live together happily ever after forever n ever......:)


Thursday, December 20, 2012

Hari Yang Panjang

Fuh..baru separuh hari dah rasa mcm nak berenti keje je..macam2 benda yg jadi dlm separuh hari...
Hahahhaha...

Jom conteng2 dlm blog luahkan perasaan

Xder apa pon senarnye, sesaja ja bikin panas pagi2 khamis ni, cpt2lah weekend..tak sabra nak cuti

apa yg dapat disimpulkan...

Walau sebaik mana pon kita kat dunia ni, kalau orang dah busuk hati tu, tetap nampak yang salah jer. Apa yang penting teruskan lah buat benda baik, sbb semuanya ada balasan dr Allah. Abaikanlah manusia2 nie, bukan diorang yg tentukan ko masuk neraka ke syurga. Yang penting Allah tau apa yg kita buat...

Kalau buat salah admit jerlah..mengaku tak bermaksud kalah. Tapi bererti kita kuat dan berani mengaku kesalahan tu mulia..waaaa....aku mengaku sebagai manusia biasa mmg banyak jin2 jahat dalam diri aku nie...so admit jelah. yg aku hanyalah manuis biasa yg memang biasa buat salah. n kebetulan, Tuhan sayangkan aku, semua salah aku Tuhan bg org nmpak...so pada masa yg sama, tekanan dr org2 yg nmpak salah aku secara sengaja atau tidak ni, buat aku lebih berhati2 agar tak wat silap lagi...7 tahun keje takkan satu salah pon ko dah tewas...

Kesalahan, makinan, teguran anggap je sebagai salah satu benda yg perlu ada #mcm yg terkandung dalam fail meja jugak!!!!#

so Azfa....wake up jgn down2....

abaikan je, 2 3 hari org lupa lah....

:'( mood benyek!!!!!


Thursday, December 13, 2012

Raikan cinta azhari+aishah

Oh Gosh!!

tak bley upload gambo lagi...


so segala cerita terbaru silalah ke blog saya lagi satu

saya dah update majlis perkahwinan my dearest little brother....

so layan zass zass okeh!!!

Sunday, December 2, 2012

Saya Kenal Sayang Saya

Dah lama tak dengar lagu 150 juta nie..penyanyi original adalah FYN JAMAL..first tym dgr pon dah suka..n foremost En Bear penah post lirik lagu ni masa kami gaduh..sbb dia tau aku sgt suka lagu ni....

sekarang ni dah ada versi Ainan Tasneem..op koz la lagi best sbb muzik dah di olah...

kalau FYN JAMAL dia strumming pakai guitar jer...

Cuba dengar...mmg best!!!!

150 JUTA by AINAN TASNEEM

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Saturday, December 1, 2012

RENUNGAN BERSAMA

:: TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA ::

✿~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..
✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..
✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..
✿~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...
✿~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..
✿~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..
✿~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..
✿~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

p/s : Wahai wanita sekalian, silalah ambil IKTIBAR DAN PENGAJARAN..♥♥

Alamak...

aiyok alamak...apa sudah jadi..

dah xley masukkan gambo lagi dah..dah cukup kuota la pulakk..

ottoke

wut to do..

ada sesape tau??tutorial sket apa harus aku buat..huhuhu