Monday, February 16, 2015

Day 4~Trip #adikkakak ke Djogja

Adoi...hari ni bertabah buat 2 entri sekaligus. Sebab lepas2 ni aku akan sibuk sesibuk sibuknya habaq hang. Nasib bek dah settle dah bayar Hotel untuk next trip. Macam biasa, pinjam kredit kad kakak aku. Aku memang tidak digalakkan pakai kredit kad. Kalau nak cari nahas, buat orang cari bogel kat padang mahsyar, bolehla apply satu. Aku boros weh...di akui!!!

Hari terakhir, kami keluar dari hotel jalan-jalan dan explore hotel je dulu. Duduk dah masuk 4 hari, langsung tak berpeluang nak explore hotel. Pukul 7 dah keluar jalan-jalan. Amik gambar kat tugu Jogjakarta. Tapi sebab siang, kalau rasa nak kena langgar pergilah berposing tengah-tengah jalan tu. Akhirnya amik gambar dari jauh aja...


Itulah tugu lambang, dan bukti aku datang Yogjakarta. Ko hado??? ~poyos sekejap~

Lepas amik gambar kat sekitar-sekitar sini, kami balik bilik rehat-rehat sementara tunggu pak supir datang. Pukul 7.50 kami turun angkut semua beg yang datang selim melim, bila balik mengandung lapan bulan itu. Sumbat dengan jayanya sebab tak beli luggage. Hebat azfa dan aznin. Berkira sungguh. Kami travel cara orang susah, bukan cara orang senang. Labur ja duit asalkan tak susah. Kami biar susah asalkan bergaya..~erk, ntah pape ntah..

First sekali lepas check out....kami mintak supir bawak kami ke Money Changer..yeay pak supir suka. Kami tukar duit dengan cepatnya, tak sempat pon pak supir deal amik TIPS..hehehehe Alhamdulillah lah, tukar wet kat Malaysia sama ja rate tukar kat sini. Ala lupa plak nama syarikat money changer ni. Dekat dengan Jalan Malioboro. Kata pak Haryanto sini paling okay ratenya. So far, Alhamdulillah. Sama ja dengan tukar kat Malaysia.

IKLAN:
~masa kat Bandung kami dah belajar dari kesilapan..selalunya kalau mintak supir tukarkan duit da mesti akan bawa tempat-tempat yang dia biasa pergi, dan rate nya akan jadi tinggi sebab dah campur ngan tips..kononnya dorang rekemen kita, so dapatlah tips kat dorang~ sangat tidak sihat cara begini

Lepas tu kami berkira-kira nak masuk tempat-tempat yang kami reject hari pertama tu...Taman Sari, Kota Gede, Kraton dll...adik aku memang tak suka masuk muzium, so aku rasa tak perlu kot masuk tempat2 macam ni. Aku ni memang suka dengar cerita2 dongeng ni, suka sejarah, sampai pening baca sejarah. Tapi, aku tak kisah pon kalau tak masuk tempat-tempat ni. Rasa tak rugi kot.

Jadinya kami singgah Kotagede jer, rasanya boleh jugak nak skip kalau nak skip. Kotagede ni tmpat produce barang-barang silver. Tapi honestly. Baik beli kat Malaysia jer barang-barang silver ni. Lagi cantik rasanya design kat Malaysia dan lebih murah rasanya di Malaysia. Design lebih moden. Tapi kalau nak membeli apa salahnya. Kat sini dorang tunjuk cara pembuatan barang-barang perhiasan berasaskan perak. Memang buat sendiri semua, ketuk sendiri, pateri sendiri, pattern sendiri. ohgosh sangat tabah pengusaha barang perak ni. Kami tak beli pape pon, just beli brooch je untuk bonda dan diri kami sendiri. Chewah...

Ni depan Taman Sari, berlagak je amik gambar depan tu, bukan bukak pon lagi tempat ni.~ngeeee

Kami pusing-pusing je kat kawasan sekitar ni, seronok jugak suasana Djogja di pagi hari. Macam-macam ragam manusia. Walaupon hari ni hari Sabtu, sekolah tak cuti yer. Diorang cuti hari Ahad je. Waaaaaaaaa.....tak bestnya. Hehehehhe...

Kemudian kami mintak pak supir bawak kami gi makan sebab perut dah berkeriuk2. Kami berhenti kat kedai PakMin ni, on the way ke Prambanan Temple... Best, makanan dia sedap...Makan nasi sop paha. Kat sinimostly pakai ayam kampung. Kalau yang tak suka ayam kampung, saya taktaula nak suggest makan apa. Ikan  memang langsung tak nampak muka pon sepanjang kat sini. Cuma satu ja lagi lom makan kat sini, nasi padang. Tak jumpa-jumpa pon lagi. Air macam biasa, dah jatuh cinta dengan es jeruk. Manis..Es jeruk ni limau ais la klu kat Malaysia. Hari first dah terkena air tape (air tapai rupanya)..memang nak muntah hijau rasa minum air ni. ~ngeeeee



Yang panjang-panjang tu tauhu.. sedap weh. Cicah kicap bango. ~kihkihkih


Next adalah Prambanan Temple. Temple Prambanan adalah temple lama untuk agama Hindu. Kompleks candi ni mengandungi lima candi-candi utama. Kat sini takdelah tinggi macam candi borobodur, setiap candi tu ada patung Tuhan agama Hindu. Dan binaan serca arca2 adalah menceritakan kebanyakannya adalah cerita Ramayana la, sama juga macam Candi Borobodur. Tapi yang menariknya, cerita di sebalik candi ini.

Candi Pramabanan di bina untuk serve Trimurti, tiga dewa utama agama Hindu iaitu Dewa Brahma (dewa pencipta), dewa vishnu (dewa pemelihara) dan dewa Siva (dewa pemusnah). Lagendanya, Candi Prambanan atau lebih dikenali Candi Loro Jonggrang, kisah Bandung Bondowoso yang minat gila dengan Puteri Loro Jonggrang. Tapi Loro Jonggrang tak layan. Tapi sebab Bandung Bondowoso ni beria sangat. Puteri pon bagi satu syarat yang mustahil. Bandung diperintahkan menyiapkan 1000 arca dalam satu malam. Bandung ni memang la terkenal dengan kedalaman ilmu (orang dulu2 kalau sebut ilmu opkoslah berkaitan dengan jin-jin bagai)..Dengan bantuan jin-jin dia hampir2 berjaya menyiapkan arca2 tersebut. Puteri naik cuak, dia perintahkan dayang-dayang dia tumbuk alu kuat-kuat nak bagi ayam berkokok. Bila ayam berkokok jer, jin-jin pon cuak. Aiseyman, tak dapat jugak siap satu malam. Tapi, tipu helah ni berjaya dihidu Bandung Bondowoso. Sebab marah sangat, dia sumpah Puteri Loro Jonggrang jadi arca yang ke 1000. Waa, tapi aku tak pasti kat mana arca Loro Jonggrang sebab aku rasa sama je semua arca-arca ni.


Tapi, di antara Borobodur ngan Prambanan, lagi cantikla binaan Prambanan rasanya. Dan kami panjat satu temple je. Rasanya temple Siwa kot. Di antara kelima-lima temple, Temple Siwa yang paling besar dan tinggi, dan ada arca Dewa Siwa di dalamnya. Nampak sangat orang dulu-dulu lebih sembah Siwa dari yang lain. Wallahualam..firasat akulah. Tapi kat sini panas lit lit...ada la dua tiga batang pokok rimbun, yang kat bawahnya ada kerusi malas tempat lepak-lepak. Tapi opkosla penuh dengan orang kan. Berpeluh peluh den kat sini. Bahang dia, memang wah...




Lepas ronda-ronda kat dalam kompleks ni, kami ronda-ronda sekitar, pahtu nampak ahjuma and ahjussi dok lepak2 tunggu tram, kamipon tumpang sekaki, beli tiket, naik tram pusing-pusing sekitar Prambanan Temple ni...selain kompleks utama, ada candi-candi lain lagi sekitar. Ahjuma n ahjusi tu memang turun ronda-ronda. Aku and adik just tengok dari jauh. Gila panas...

Dalam pukul satu cenggitu, kami dah abis round satu Kompleks Candi dan kawasan-kawasan sekitar tu. Tapi sempat juga kami pusing-pusing dan shopping-shopping kat pintu keluar kompleks candi. Okay, nasihat aku, kalau nak beli KEYCHAIN better beli kat sini. Sbbnya, pelbagai pilihan keychain di jual dengan harga 1000rupiah setiap satu. Aku sambar beg-beg guni tu, lepas mintak diskaun, dapat 5beg dengan harga 80000rupiah. Adik aku sambar beg besar macam aku. Murah dari yang aku beli kat Malioboro. Cumanya, mungkin sebab tak de sangat orang beli kat situ, beg nya pon ada kotor sket2. Lepas shopping-shopping kat kawasan jualan situ, kami pon gerak la nak ke Bandara. Sebab flight pukul 5petang. Dah tatau nak ke mana lagi dah, nak ke Djogja semula jauhla pulak. On the way tu berhenti makan kat kedai bakso. Makanan nya bolehlah, tak sedap mana pon. Pak Haryanto pon tak puas hati. Sebab tak sedap katanya.

Tengah makan hujan turun mencurah-curah, takut la pulak. Flight delay ke ape, atau cuaca buruk kat atas sana. Risau sangat. Tapi tawakkal je lah banyak-banyak. Pukul 2.30 dah tercongok kat Bandara. Dahla balai pelepasan tempat duduknya limited amat. Dan kaunter untuk bayar tax internasional tak buka-buka. Sudah....

Satu-satunya tempat lepak adalah kedai makan dalam tu. Sebab tadi makan bakso je, kami oder la nasi goreng dengan fries. Air coklat ais. Ingatkan sedap macam nasi goreng sebelum-sebelum ni. Tapi rasanya macam nasi goreng kat Malaysia. Sedap tapi nak makan nasi goreng jawa tu...uwaaaa...

Lepak dan lepak dan lepak dan lepak dan lepak....sampai rasa bosan....

Akhirnya kami pon naik flight dengan selamatnya. Sebab takde luggage so kami tak payah verify boarding pass pon. Kalau gi Krabi ada luggage ke tidak, kena verify jer, Kalau tak membebel orang airport tu. ermmm.....

Perjalanan balik agak menyeramkan, sebab berkali-kali cuaca tak elok, berkali-kali kami diminta seated tempat masing-masing dan pakai tali pinggang kaledar, berkali-kali kapal terbang bergegar langgar awan. Istigfar banyak banyak je lah. Dan tawakkal je. Alhamdulillah selamat touch down.




Expenses Untuk Hari Ke4

> Brooch Silver 125000rupiah
> parking kotagede  6000rupiah
> breakfast kedai pakmin 49000rupiah
> tiket prambanan 450000rupiah (2pax)
> air coke 10000rupiah
> shopping 140000rupiah
> tram 15000rupiah (2pax)
> makan bakso 51000rupiah
> bayar supir 2,400,000rupiah
> tips supir 200000rupiah
> makan di airport 122000rupiah
> tax airport 200000rupiah (2pax)

Trip ke Yogjakarta kami akhiri dengan penuh gembira...ooo yeay ooo yeay...

TOTAL EXPENSES FOR 4DAYS 3NIGHTS FOR 2PAX

=MYR2500.00..(sila bahagi dua kalau nak tahu bajet untuk sorang)

Suggestion Itenerari untuk 4h3m
Flight Kul 9pagi dari KLIA2

Day 1 (sampai pukul 12tghari)

> Candi Prambanan (candi dekat ngan Bandara/airport)
   (Kalau berminat boleh beli tiket Ramayana Show untuk malam)
> Check In Hotel
> Parangtritis
> Becak Berhias

Day 2
> Kraton2-Taman Sari-Kota Gede (buat laju2 kalau nak save masa-pd sy xbest pon tempat2 ni)
> Borobodur
> Merapi

> Singgah amik gambar Gadjah Mada Universiti
> Malioboro

Day 3
> Daeng Plateau
> Malioboro

Day 4
> Gunung Kidul Trip

Flight balik kul 5ptg (ada kat bandara dalam kul 3.30ptg) sbb nya tempat bayar tax internasional tu bukak lambat. Macam kami flight kul 5ptg, kaunter tiket buka kul 4ptg cenggitu)

Untuk lebih info sama ada boleh ke tidak itenerari ni di laksanakan, silalah berhubung dengan supir anda. Kadang-kadang diorang akan bagi cadangan yang melonggarkan kerja diorang. Kalau korang berkeras, pahtu diorang on je maksudnya bolehla tu. :) cer try cer try...hihihihi

Day 3~Trip #adikkakak ke Djogja

Assalamualaikum

Dari satu entri ke satu entri, bertahun baru nak habis. Sekarang ni kepala otak dok set up persiapan next TRIP kami. Tu yang lembap sangat nak update blog. Cerita Jogja pon lom habis lagi kan. Dah ada planning nak gi tempat lain pulak.

Cuba teka mana kami nak pi next???

Tak gi mana pon, balik kampung halaman jap. Jumpa sedara mara. Heheheheheh ~hehehehe

Untuk day 3 di Djogja. Kami meneroka ke Daeng Plateau. Sehari suntuk kat sana. Sebab jauh dari bandar Djogja. Alhamdulillah, pada saya berbaloi perjalanan tu. Pemandangan sepanjang perjalanan pon best. Nak ke Daeng dari kota Djogja dalam 3-4 jam jugak. Lalu jalan2 kampung. Alahai keciknya jalan. Dahla bawah tu gaung. Alhamdulillah, kami selamat sampai dan kembali. Sejuk sangat kat sini di tambah pulak cuaca hujan dan mendung. Memang bertambah-tambahla sejuknya. Best....Menggigil..... ~hehehehhee

Pengembaraan bermula....~wink wink~

Hari ni tak macam semalam, kami keluar macam biasa.Kul 8. Sbb dah makan nasi semalam berkuahkan megi POP (sedap woo) kami dah tak mintak pak supir berhenti breakfast. Kami bawa bekal roti in case lapar dalam perjalanan. Supir berhenti kat kawasan kampung untuk makan. Kesian dia, kami dah makan dulu. Jimat punya pasal. Tapi tak kisah pon kalau nak belanja supir makan. No hal lah.

Perjalanan 3jam lebih tu rasa dekat je sebenarnya, lalu kawasan2 kampung bagai. Best tgk cara hidup orang ni. Nama pon berjalan kan. Apa salahnya. Daeng Plateau ni tinggi. Macam kita gi Cameron la gitu. Plateau means BANJARAN. So, kiranya banjaran Daeng lah. Cuma jalannya super extreme. Kalau tengok ke bawah, gaung tu bapak ngeri. Tapi, sejuk dan nyaman ja kat sini. Kami buka tingkap jer. Memang best. Lagi sejuk dari Cameron rasanya.


First pitstop adalah menara tinjau. Masa kami sampai atas ni, kabus tebal. So tak nampak suasana kampung kat bawah. Tapi sekejap je, lepas tu angin tolak semua kabus ~bawa daku pergi lalalala~ Kat sini feeling dia sama macam minum teh kat Cameron tu. Hehehehe, best, sejuk2 minum air panas. Saja ja order Cappucino panas. Cappucino peket je pon, ngan fries. Fries pon, kentang tu dia potong pahtu goreng. Simple je pon.


Laki aku cakap aku dah ada rupa orang sana. Siot jer. Dengan tudung bengot2 sebab terhantuk2 dalam kereta. Tertido dua minit je paling lama, pahtu terhentak2, berpusing2, macam naik jeep gi merapi ja. Kat pittstop pertama ni, kami berhenti tinjau2 suasana kampung kat bawah tu, minum2 lepak2 dalam setengah jam, pahtu teruskan perjalanan ke puncak banjaran, tempat terletaknya semua attraction.

2nd pittstop adalah, Telaga Warna. Ha, kat sini rasa macam terbukti jer cakap suami aku. Beria aku sua duit 100k untuk internasional tourist. Sekali dia tanak, dia mintak harga domestik/tempatan. Memang bagai orang lapar disua nasi ayam la jawabnya. Cepat-cepat kami masuk laju-laju sebelum dia panggil balik. Kat sini macam hutan lipur biasa jer. Jungle walk. ~ngeeeee

Jalan dalam sikit jumpalah Telaga Warna. Memang cantik air tasik. Kalau ikut kan, sama je suasana tengok tasik putrajaya tu. Tapi feeling je lah lain. Sebabnya, warna tasik dia macam pelik sikit. Hasil google, info tentang telaga warna agak menarik. Warna terhasil dari kandungan sulfur dalam tasik, plus warna tasik yang biru, plus biasan cahaya matahari. Wa, macam pelangi. Bertukar2 warna. Sangat cantik air tasik ni. Serius. Ditambah dengan cuaca sejuk. Best. Dalam ni saja macam2 attraction, and ada juga orang tempatan dok menjual jagung bakar. Lepak2 bercinta cintun, memang bestla tempat ni.

Kami ambil kesempatan berjalan agak jauh ke dalam, kat dalam tu ada 3 gua, dan gua-gua ni masih aktif dipuja. Salah satu gua yang menarik perhatian aku, adalah gua hamil tu. Menurut kepercayaan, mitos, suatu hari tu, ada seekor kuda betina, lari masuk ke dalam gua ni untuk berlindung dari hujan. Tak lama selepas tu, kuda tu keluar hamil. Wah, hehehehe~ So, ramailah yang datang dari pelusuk dunia, yang berhajatkan anak, datang minum air dalam gua ni... Sangat tahyul kan. Hehehehe...Setiap gua ada cerita, dan setiap gua ada patung2 kepercayaan dorang. So.....memang memberi sedikit impak seram kat aku.  ~errrrkkkkkk


~Betapa di bumi Allah, sang Pencipta maha pengkarya~






Gambar di atas semua nya gambar2 di sekitar Telaga Warna.



Kemudian 3rd pittstop, kami gi ke Kawah Sikidang. Satu-satunya kawah yang kita boleh tengok dekat2. Hujan mencurah-curah. Dan bau sulfur amat-amat menusuk hidung. sebab aku ada asthma, adik aku tak teragak2 belikan aku penutup hidung tu. Selalu berkira sangat nak kuarkan duit. Pahtu, pak supir pinjamkan payung. Erm, hancur payung tu. Rosak sebenarnya. Cheh ~abis basah kami. Dahla menggigil2 sejuk. Kena hujan lagi, Bau sulfur lagi....Full stop....

Tapi, pemandangan kat sini sangat breathtaking, takkan korang dapat kat mana2. Tetiba rindu lak nak sejuk menggigil macam tu. Kekekekeke...Kalau ada chance, memang nak datang lagi Jogja. Tu pon kalau dah xde sangat tempat nak pergi. :) :)

Next...

Kami teruskan perjalanan, jam pon dah pukul 3petang, kalau tak balik sekarang, kena bayar overtime pak supir lak kalau xsempat sampai hotel sebelum kul 8malam. Tapi pak Haryanto bawak kami pusing-pusing kat Daeng tu, best lah tengok cara hidup dorang ni. Cara hidup orang di perbanjaran. Pakai baju bulus, sarung tangan...wah, fefeeling Korea la plak...kikiki...

Sebab dah kebuluran, kami mintak pak Haryanto carikan kedai makan halal. Pusing pusing dan pusing pak Haryanto kata takde kedai bersih. Tak berani nak singgah. Lagipon kami request nak makan nasik. Jadinya, kami berlapar sekejap sementara pak Haryanto jumpa kedai yang best. Alhamdulillah, ada kedai makan. Kami singgah. Order nasi goreng ayam, pak hayanto oder nasi goreng kambing. Dan as expected, nasi goreng yang sangat sedap selamat masuk perut. Macam nasi goreng kat Ketep Pass jugak.

Sampai hotel around 7.45 malam. Balik bilik, mandi bersihkan diri. Start packing hasil2 tangkapan sepanjang kat Djogja dan kira balance duit untuk perbelanjaan esoknya.

End day 3 di Yogjakarta.

Expenses Untuk Hari Ketiga

> Toilet kat Telaga Warna 2000rupiah
> Tiket masuk Telaga Warna 10000rupiah (2pax)
> Tiket Sikidang 100000rupiah (2pax)
> Mask 2000rupiah
> Makan 122000rupiah (2kali makan)

P/S :

Rezeki muka/dress up ala-ala orang seberang dua kali dapat tiket domestik. Rezeki Alhamdulillah, Pak Haryanto kata Harga Tiket Kasih Sayang. Tak kisah la kasih sayang ke tidak, asalkan dapat tiket murah. Jimat banyak weh.... Kalau tak kat Telaga Warna 100k kot...kihkihkih....Kat Sikidang ekceli tiket tak sampai pon 100k..tapi kami bagi je balance kat Pak Haryanto. Kalau tak kerana dia xdapat kami harga kasih sayang tu.

Sekian.


Friday, February 6, 2015

Selamat Hari Lahir Kesayangan Beta

Happy birthday buat 
suami.sahabat.kekasih saya 
muhammad fazizul bin dilah
23 Januari 2015

Lebih 11 tahun saya kenal awak
Lebih 9 tahun kita bertunang
Lebih 8 tahun kita di ijabkabulkan

Alhamdulillah

Awak sentiasa ada
Diwaktu senang saya
Diwaktu susah saya
Diwaktu sihat saya
Diwaktu sakit saya
Diwaktu sedih saya
Diwaktu gembira saya
Diwaktu senget saya
Diwaktu tegak saya
Diwaktu gelap saya
Diwaktu cerah saya
Diwaktu marah saya
Diwaktu nangis saya
Diwaktu senyum saya
Diwaktu ketawa saya
Apa jua waktu awak setia disisi
Menemani tanpa jemu

Pinjamkan bahu untuk saya menangis
Pinjamkan tangan redakan sakit
Memberi segalanya agar saya selesa
Selamat hari lahir kesayanganku
Semoga hari-hari mendatang kita
Makin ceria dan bahagia
Setia melengkapi sesama kita
Bijak melayari segala cela
Tabah menutupi segala sengsara
Agar kita tetap sentiasa
Berada disisi setiap masa
Berpegangan tangan melangkah
Ke arah masa depan yang lebih berharga

Saya sayang awak sampai mati saya
Saya sayang awak selama lama
Selagi diizinkan tuhan
Awak sentiasa di hati saya
Selamat hari lahir kecintaanku

Muhammad fazizul bin dilah



Kalau ada yang nak tahu, saya order kek ni dari sahabat saya, Adha. Adha ni lelaki ya, tapi dia buat kek, memang sedap. Ni saya request base on gamba jumpa kat internet. Ala2 Victoria Cake tapi pakai coklat cake. Sebab saya sangat suka coklat cake dari Adha ni. Silalah order kalau nak try. Servis okay, siap delivery ke opis lagi ha.

Boleh tengok-tengok:

FB : MentegaKeju
(silalah LIKE yer..kadang2 ada masa dia wat happy hour sapa yang like dapat 10% diskaun lagi)

Atau kalau nak fon number dia, leh komen kat bawah ni yer/emel saya pon boleh

K...Bai :)

Sunday, February 1, 2015

Day 2~Trip #adikkakak ke Djogja

Assalamualaikum...

Hai semua
2nd day kat Djogja...

Pagi-pagi dah bangun. Seronok sangat nak buat trip ke Borobodur. Memang tujuan datang Djogja nak visit candi terbesar ni kan. Pagi-pagi bangun...Hujan!!!Alamak, spoil....dahla janji ngan pak Haryanto tu pukul 7 pagi. Konon-konon boleh mulakan trip awal. Tapi hujan la plak...adoiyai...

Pukul 7 pagi sharp, kami kat lobi, dan pak supir dah pon ada kat lobi hotel. Sangat punctual okeh. Terbaik..Tapi, rasanya tak perlu lah keluar seawal 7pagi, sbb sgt2 macet(jem terok), bertembung ngan waktu masuk kerja dan sekolah plak dah.

On the way ke Borobodur, kami singgah sarap kat kedai bakso. Tapi tak makan bakso..makan nasi soto..soto kita pakai nasi impit kan. Kat sini pakai nasi biasa tu. Adik saya bukan main enjoi lagi makan kat Djogja ni. Dia kata semua sedap. Hahahaha...ai iyekan ajer. Boleh tahan lah makan kat sini. Plus, tempenya sedap sangat. Setiap kedai aku singgah tu, memang ada Gorengan (mendoan) atas meja. Adik aku beria kata free, dan aku bantai makan tempe entah berapa keping. Bila time bayar dia tanya, berapa keping makan, ternganga aku...hahahha serius aku tak kira. Hahahahha...Tipu je free....pahtu teringat (kat Djogja ni semua benda kena bayar tips, so takkan free kot)....




CANDI BOROBODUR

Lepas tu, kami pon gerak ke Borobodur. Alhamdulillah sampai je kat Candi Borobodur, hujan pon berhenti, Pak Haryanto turunkan kami kat sebelah kaunter tiket untuk tourist international...Beza gile ye tiket wisata domestik dengan wisata antarabangsa. Sangat-sangat berbeza.Kalaulah boleh dapat harga tiket domestik. Berjimat cermat kami kat sini...kihkihkih...

Turun2 je dari kereta, dah ada orang jual-jual barang. Macam kat Bandung, depa ni dok ikut ja mana kita pi, tawarkan harga murah untuk barang2 yang depa juai...aiyok..ni yg chek lemah ni..bab2 pujuk rayuan gombal ni...bertabah je lah..ada sorang tu, dia siap bagitahu nama dia, pahtu anggap macam kami berjanji. Siap tunggu kat pintu keluar Borobodur tu...hareyyyyy....Actually, kesian ngan dorang ni, demi kelangsungan hidup kan. Tapi janganlah paksa2 orang cenggitu. Lemah cair marah hangin...habis rupiah....adik aku sampai nak nangis...

Perjalanan dari kota Djogja ke Borobodur dalam sejam jugak. Campur tolak berhenti makan, macet bagai...sejam setengah...sampai2 je lom nampak lagi tau candi tu. Kena jalan sket...aku naik tram je untuk ke dalam. tram antar sampai kat depan pintu masuk candi. Subhanallah...bila nampak ja candi tu. Excited nya rasa...mula2 kecut perut jugak tengok tangga naik tu. Tapi, kuatkan semangat jugak...Adik aku bagi sokongan moral..hahahahha (teringat peristiwa lari kejar plane kat KLIA 4tahun lepas...hahahahaha)











Silalah rajinkan diri panjat segala jenis candi kat sini, sebab takkan dapat pengalaman tu kat mana-mana pon. Teringat kecik-kecik pergi melawat candi kat Lembah Bujang, mula-mula ingat cenggitu ja candinya. Sekali, tersergam indah, sebesar-besar tidak.

Okay, pengenalan sket pasal Borobodur.


"Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro,  Kabupaten MagelangJawa TengahIndonesiaBorobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi. Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintahJawa Dinasti Sailendra dan SanjayaCandi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi."
Kopipes dari Wikepedia

Tapi ada juga yang mengaitkan Candi Borobodur ni dengan nabi Sulaiman A.S...Wallahualam, kalau rajin boleh la buat research sket pasal kenyataan ni. Macam saya, memang suka bab-bab sejarah ni. Tapi bila dah macam pening, tinggalkan dulu. Nanti sambung lagi mentelaah. Okaylah sambung cerita kat Borobodur, memang tak terfikir dek akal macam mana benda yang diukir kat dinding candi tu. Macam-macam struktur, kita yang tak tau pape ni, just tgk kecantikkan alam je lah...kecantikan alam semulajadi. Wah, gitu. Hehehehe...

Kami amik masa kira-kira 3jam kat atas tu. Tu pun sebab hujan renyai-renyai. Kalau tak memang taknak turun lagi kot. Tips nak datang Borobodur ni 
#bawakla payung kecik/raincoat ~sebab kalau hujan memang takde tempat nak berlindung~ kat area2 situ ramai je peniaga yang sewakan payung..kalau banyak duit boleh la sewa 
#bawaklah pape untuk berlindung dari shade/panas ~sunshade/topi~ 
#tabahkan hati dan buat taktau je ngan peniaga2 yang akan follow dan paksa ~apa yang terjadi kat saya..lebih kurang 5 peniaga dok persuade saya dan adik...mula-mula kami buat taktau, just tolak dengan senyuman, tapi dorang tak reti bahasa..ada sampai waktu ada peniaga tarik tangan saya...dat is rude, ai dah tak tahan, mengeluh jugak dengan agak kasar..sampai ada peniaga yg marah sebab kena jegil ngan ai..lantak..sapa suh tarik ai..kojaqqq tu...nak maki hamun ai lantak korang lah...yang pasti ai tak beli okay...and 
#kalau nak buat pembelian silalah tawar sehingga 70%...in sha Allah, kalau dorang rasa berbaloi, diorang akan jual kat kita...kalau dorang rasa tak berbaloi, dorang akan kasi harga dorang. Kalau taknak beli jangan tanya harga...hehehehe
#barang2 kat Borobodur lebih murah dari Malioboro ~ada jugak barang yang ada kat Borobodur takde kat Malioboro~ tapi kalau nak beli tshirt, ai rasa Malioboro lebih berkualiti, beg okay...Borobodur lebih murah






Okay sekian dulu untuk Borobodur yer...Kami meninggalkan Borobodur dengan berat hati plus letih..pergh baru 1st half on 2nd day...

Ketep Pass

Lepas je keluar dari Candi Borobodur, kami ke Ketep Pass. Agak jauh jugak yer Candi Borobodur dengan ketep pass. Ingatkan dekat ajer. Tujuan ke ketep pass, adalah nak tengok Gunung Merapi dari sini. Sepanjang perjalanan cuaca amat dingin sekali, macam kita kat Cameron Highland. Kami mintak Pak Haryonto buka tingkap supaya kami dapat merasa kedinginan kat sini. Poyo kan. Tapi siyes best. Sejuk2 sedap...ermmm...Tapi sampai je kat ketep pass. Hujan mencurah-curah bagai nak gila. Cuaca yang dingin tadi bertukar jadi sejuk nak mati. Terpaksa sewa payung dari orang2 yg berniaga kat situ. Kat sini banyak je kenderaan tourist/pelancong park, tapi kat dalam tu, xramai umat pon. Ada la 2 3 couple org tempatan memadu asmara.Siap pakai baju bulus macam kat Korea. Kami ni sehelai nipis je baju. Aku yang berlemak ni bolehla tahan sejuk. Adik aku dah menggigil. Sebab hujan menggila, kabus jer..tak nampak langsung Gunung Merapi. 



Pada pendapat saya, boleh skip jer ke Ketep Pass ni. Tak ade apa2 pon. Lima kali ganda best lagi Bukit Bendera. Nothing to lose. Sebab sejuk sangat. Dan perut pon macam berbunyi-bunyi. Kami turun ke kawasan gerai-gerai makanan. Gerai tu di lereng bukit, bawah tu ada curam...buat dari buluh and kayu jer. Macam tak secure. Aku tak berani duduk hujung-hujung. And kedai-kedai kat sini kurang bersih la. Ada bau yang kureng kat hidung aku ni. Hehehehee...

Tapi tetap jugak oder nasi goreng kat sini. Dan sumpah sangat sedap. Nasi goreng bodoh yang super sedap. Adik aku yang tadinya jual mahal, pon mengoder lagi satu...Usai makan, baru teringat, kalau kami makan sekarang, Pak Haryanto belum makan lagi. Kesiannya...Lepak dalam sejam lepas tu, terus ke kereta. Ajak Pak Haryanto teruskan perjalanan ke Gunung Merapi.

Gunung Merapi

Sebelum sampai merapi. kami singgah makan kat kawasan kampung. Makan nasi beras merah. Kat sini tak sedap sangat macam sebelum2 ni. Tapi aku yang kenyang ni bertambah la jugak. Saja, sekarang memang pantang nampak nasi. Sebab tulah membesar. Lepas tu salahkan serbuk pencuci sebab dah kecikkan semua baju-baju aku.

Alhamdulillah seronoknya di beri kesempatan melihat Gunung Merapi dari jarak dekat ni. 4km je tau dari mulut Merapi Volcano. Takut juga bila pikir, macam mana kalau datang je sini, meletus. Pergh, tinggal tulang lah aku gamaknya. Wallahualam.

Sampai kat Merapi ni, dari jauh dah nampak dah gunung. Kata Pak Haryanto, kami ni bawa tuah tau. Sebab memang sangat2 clear. Kalau bukan tuah untuk orang lain, at least kami sendiri bertuah dapat lihat keajaiban alam ciptaan Allah ni. 

Nak ke kaki gunung merapi kena sewa 4wd. Kira satu 4wd boleh naik 4 orang. Tapi kami naik berdua jer. Sewa jeep ni ngan driver2 sekali, so xpayah risau kena bawak ke apa. hehehehe..kalau nak sewa scrambler pon boleh.

Mula-mula masuk ke kawasan kampung. Macam kena goncang je jeep tu. Nasib baik kami tak terkeluar dari jeep. Memang first time ni aku naik jeep macam tu. Pecah lelemak bebabat den ha..hahaha

Driver lak lembut ja orang nya.Tabah je menjawab soklan2 dari kami. Lembut sangat. Alamak, bukan terpesona, cuma terkesima sahaja. 

1st pitstop adalah muzium...tinggalan sisa2 keganasan gunung berapi Merapi. Motto "Merapi tak pernah ingkar janji" memang goosebump...meremang segala bulu yang ada. Kat sini boleh tengok sebahagian sisa-sisa laluan larva gunung merapi pada tahun 2010. Ada dua tiga gerai jual souvenir. Grablah dua tiga helai tshirt Merapi kat sini. Design gothic sangat. Pada aku lawa. Tak mahal pon.




2nd pitstop, benti kat batu aneh@batu alien.sebabnya lepas larva lalu kat kawasan tu, benda lain semua habis hancur lebur. Seketul batu ni jer ada, dahla bila tengok betul-betul, macam bentuk muka orang. Aneh tak alien tak??? Boleh la, aku tak taksub pon ngan keanehan sebegini. Kebetulan je tu. #erk, gila tak taksub


3rd pitstop adalah di seketul batu gunung berapi yang masih mengeluarkan asap. Bau takdelah belerang sangat. Tapi sekali sekala dia kentut, memang sesak nafas lah. Tak ramai driver yang berhenti kat sini. Tapi driver kami berhenti. Siap amikkan gambar kami lagi. Jangan khuatir, bila anda menyewa 4wd kat sini, anda secara tidak langsung dapat pakej fotografer sekali. Tak yah risau takde orang nak amikkan gamba kita.

4th pitstop adalah aktiviti memetik bunga abadi atau Edelweiss. Cantik weh kalau dah setandan cenggitu. Eh setandan pulak..sejambak..kikiki..yang rajin memanjat dan menjambakkan bunga tu, driver kami lah. Pahtu dia bagi kat kami. Santek. Katanya kalau tak kena hujan/air bunga ni tahan setahun. Tapi bila bawak balik hotel, mungkin sejuk aircond, bunga ni keluarkan debu-debu. Ala, buruklah pulak. Macam kena kulat. Terus campak dalam bakul sampah hotel.



pitstop terakhir adalah kat bunker. Dahulunya tempat ni adalah tempat wisata, tempat orang lepak2 tengok gunung berapi. alahai, bagaimanalah rupanya tempat ni sebelum letusan gunung berapi. Ngeri pulak.




Jalan Malioboro
Hari yang sangat letih. Sampai ke Kota Jogja pon dah dekat pukul 7. Sebab pagi tadi start trip kul 7, makanya perkhidmatan kami sampai pukul 7 sahaja. Tak sempat nak mintak pak supir tunggu sampai kami habis shopping kat Malioboro. Sebelum dia hantar kami ke Malioboro, kami tanya jugak, nak makan lagi ker. Kami memang dah kenyang. Tapi, risaukan Pak Haryanto. Risau takut dia lapar bila dengan kami. Ye la, kami ni bukan kaki makan sangat sebenarnya. Tu pon dah minta dia bawa kami ke tempat makan murah dan sedap. Kesin pulak kat dia terpaksa ikut selera kami yang kemut dan kede ni. Rezeki dia lah kan dapat orang macam kami. kihkihkih...

 Pak Haryanto drop kami kat Malioboro, time tu sudahpon menghampiri jam 7 malam. Memang patutlah kan, dia siap pesan amik becak harga around 20000rp. Kami tak kisah pon. Nak jalan kaki pon boleh je ke hotel. Tak delah jauh mana. Dalam 15 minit jalan kaki je kot.

Kat malioboro, barang2 dia sama je semua kedai. Dan tawar pon dapat harga yang sama je semua kedai. Cuma, suka tengok design kaoz/tshirt semua up to date...design2 n kualiti kain sangat terbaik, dan harga pon kceli masih murah lagi. Cuma satu je aku tak suka shopping baju kat Jogja. Dorang ni leh lak buat free size.setakat size L je leh pakai. N paling besar XXL yang cuttingnya memang kecik. Tak puas hati aku. Sasaran market diorang, bukan tourist bagak2 macam aku, setakat badan kecik-kecik sampai L jer puas hati shopping kat sini kot. Tak suka, mencik. Last2 aku shopping tote bag je kat sini dengan beg guni tu. Itu je yg aku dpt rembat. ermmm...kami shopping souvenir sedara mara kat sini. Dari baju anak2 buah, mak buah, semua kami beli baju berdesign. Kalau ikutkan ada ja baju selai 15000rp. Tapi tak pasti kualitas nye macam mana. Alang-alang kan. ambillah yang elok2 sket. Rutin kami lah tiap kali keluar negara...wah baru brp kali g luar negara. Kihkihkih...


Femes betul papan tanda Jalan  MAlioboro ni. Siap kena ambil turn nak dapatkan gambar kat sini.

Sebab terlalu letih idaklah kami berjalan sampai ke hujung Jalan Malioboro. Separuh jalan je dah patah balik. Tak mampu kaki menampung berat tuan badan dn hasil borongan tuan badan. Last2 malas nak pikir panjang, kami masuk KFC je. Makan ala kadar. Asal kenyang je lah. KFC sini tak sedap. Ayam dia tak gomok macam ayam KFC kita. hehehehe, tapi tak berminyak pon ayam dorang. Mungkin sebab pakai ayam tak berapa bandar kot.

Usai shopping, badan pon dah penat sangat. Ambil beca dengan harga 30000rp utk balik ke hotel. Berat duh kami 2 orang naik beca. Kesian kat tukang kayuh beca tu. Takpelah walau lebih 10000rp dari yang pak supir beritahu.

Kami selamat sampai hotel pukul 10malam cenggitu. Lepas mandi bersihkan badan, update gambar kat instagram, terus terlelap. Alhamdulillah, settle hari kedua kami dia Yogjakarta.

 EXPENSES KAMI DI HARI KEDUA:

**Breakfast 41,000rp
Parking Di Borobodur 5,000rp
Tiket Masuk Borobodur 500,000rp
Tram Ke Candi 15,000rp
**Shopping di Borobodur 181,000rp
Tiket Masuk Ketep Pass 20,000rp
**Sewa Payung 5,000rp
**Lunch di Ketep Pass+Merapi  57,500rp+24,000rp
Parking Merapi 11,000
Sewa Jeep 4WD 400,000rp
**shopping di Merapi 130,000rp
**shopping di Malioboro**

Sekian..jumpa lagi di entri hari ke tiga di Yogjakarta

















2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...