Tuesday, January 24, 2012

Apa itu QARIN??????

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?




Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.



Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.



Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.



Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.



Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."

(Riwayat Ahmad dan Muslim)



Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."

(Riwayat Muslim)



Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."

(Riwayat Baihaqi)



Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."



Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.



#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.

Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.



*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.



JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !



والله اعلم



BIBLIOGRAFI:



http://panduanislam.com/blog/2011/04/apa-itu-qarin/


TQ UOLS.........

Wednesday, January 18, 2012

soklan cepumas buat sang suami...

semalam sebelum tido sesaje jer wat2 soklan cepumas utk sang suami,saja je nak test sejauh mana dia tau aku...laju je dia jawap..konfiden lak tue...hehehhe..

nak tau apa aku tny dia?????
nie soklan n jawapan2 soklan cepumas tue...

1) wana ape yg ayg paling suke???? **pinggggg (laju je dia jawab)
2) apa hobi ayg??? **koreaaaa...tido.....(hahahahha betul2)
3) bila besday ayg??? **3/7/82 la....abg ingat tue...(hehehhe-aku tau dia ingat)
4) apa makanan kesukaan ayg??? **ayam goreng, ko tue mmg pantang tgk ayam...(hehehehhe..betul betul betul)
5) apa pekataan yg ayg ske sebut???? **abang, ayg hari2 asyik abg abg abg...xboley xde abg...(betul2, aku klu bosan aku akan sebut abg abg abg..dlm pelbagai intonasi...)hehehhe

itu antara soklan n jawapan...ada beberapa soklan yg aku dah lupe..klu aku ingat nnti aku update balik..

kesimpulannya...aku bg markah 150% sbb semua jawapan mmg tepat....hehhehehehe

sayang baby bear manyak.....domo domo domo domo chowa......:) peace yo!!!!!!

TQ UOLS.........

Wednesday, January 11, 2012

Rasa Hati Seorang Isteri

Pagi Isnin 9 Januari 2012 ini Sang Suami akan dijatuhkan hukum. Perbicaran selama dua tahun ini telah menduga sekali lagi kesetiaan hati seorang isteri. Pada tahun 1998 dahulu Sang Suami telah dipenjarakan selama enam tahun. Ketika Sang Suami dalam penjara dunia telah memerhatikan kesetiaan dan kegigihan seorang isteri dan seorang ibu yang bernama Wan Azizah binti Wan Ismail.

" Semuanya deja vu, " kata Wan Azizah untuk menerangkan kes yang dihimpapkan keatas suaminya. Pada tahun 1998 dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya. Dua tahun dahulu Anwar Ibrahim telah sekali lagi dituduh meliwat. Kali ini tuduhan datang dari anak muda pembantu pejabatnya. Tuduhan kedua ini tidak banyak berbeza dari tuduhan pertama. Malah ada beberapa para 'pelakon' lama masih lagi memainkan peranan yang sama.

" Dimana-mana pun dalam dunia ini kes seperti ini tidak akan dibawa ke mahkamah. Pembaziran duit cukai orang ramai. There is no penetration," Wan Azizah menerangkan fakta-fakta yang telah didengari dari mahkamah.


" It's not very nice to put an old man in prison, " suaranya sebak sayu apabila Wan Azizah membuka surah tentang bagaimana Anwar Ibrahim telah dimasukkan ke dalam sel tahanan. Wan Azizah tunduk sedih mengingatkan bagaimana Sang Suami dipagari oleh jeriji besi seperti binatang dalam zoo.

Kesetiaan dan kegigihan seorang isteri ini telah berkali-kali diduga. Apabila Anwar Ibrahim dalam penjara Wan Azizah telah berjaya membina Parti Keadilan Nasional. Sokongan rakyat yang mengampoh pada pilihan raya tahun 1999 dahulu telah membawa Wan Azizah ke dalam Parlimen. Parti Keadilan Nasional ini kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat.

Dugaan demi dugaan terus dihadapi oleh Wan Azizah. Bayangkan bagaimana malunya Sang Isteri apabila Sang Suami dituduh curang. Bermain kayu tiga dengan perempuan pelbagai bangsa. Bayangkan juga betapa tebalnya muka Sang Isteri apabila Sang Suami dituduh meliwat budak pejabat. Bayangkan juga bagaimana rasanya apabila ada klip video yang menuduh Sang Suami melanggan seorang pelacur Siam disebuah hotel murah. Semua ini diterima dengan penuh kesetiaan oleh Wan Azizah.

" Mustahil klip video itu Anwar. Saya tengok gambar hidungnya saja saya sudah tahu... bukan Anwar.... Anwar lebih kacak.. Kita tahu sama ada jam Rolex itu dari Petaling Street atau jam tiruan..kita tahu yang asli atau yang tiru, " Wan Azizah ketawa kecil sambil mengalihkan mukanya ke arah pentas ceramah dimana Anwar Ibrahim sedang memberi amanat terakhir pada malam sebelum hukuman dijatuhkan. Amanat akhir ini telah didengari oleh hampir 6,000 penyokong di Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampong Baru.

Hari ini, mengikut kata Wan Azizah, semakin ramai anak-anak muda yang mula menyedari apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Sama seperti dizaman Reformasi 1998 dahulu anak-anak sekolah dan para pelajar telah disedarkan dengan kes 'Liwat Anwar Ibrahim'. Dimana sahaja ceramah penerangan diadakan beribu-ribu orang ramai datang mendengar. Untuk Wan Azizah ini satu petanda yang amat baik.

" Saya selalu menerima sms mengutuk saya kerana bersuamikan seorang peliwat. Saya tidak peduli. Saya tahu apa yang saya buat. Saya melakukan apa yang wajib dilakukan dengan keredahaan Allah. Hanya Allah yang jadi petunjuk."

Dugaan paling akhir terhadap Wan Azizah berlaku malam kelmarin di Permatang Puah — bekas kawasan Parlimen Wan Azizah sendiri. Wan Azizah dengan pantas mengambil talipon bimbitnya untuk menunjukkan gambar tangan pengawal pribadinya yang telah terguris luka.

" Serangan ini berlaku kepada pengawal pribadi saya. Tapak tanganya telah diguris oleh sesuatu yang tajam. Maybe it was an injection of sedative. Untuk siapa dadah ini? " Wan Azizah bertanya tanpa ada sesiapa memberi jawapan.

Berita serangan keatas pengawal peribadi Wan Azizah ini telah memeranjatkan orang ramai. Mengikut surah Wan Azizah kadangkala pengawal pribadi ini juga menjadi pemandu. Jika pemandu ini pitam mungkin kereta yang dipandunya akan terbabas atau berlaku kemalangan. Mungkin inilah tujuan serangan itu. Mungkin.

" Tangannya berdarah dan dia jatuh pengsan. Alhamdulillah ... saya diberitahu keadaan dia kini semakin stabil. Saya berserah kepada Allah. Hidup ini satu dugaan. Hidup ini juga banyak yang memeranjatkan".

" Dua minggu dahulu keluarga kami telah pergi bercuti tiga hari ke Phuket. Dekat saja...kami anak beranak ingin berapat-rapat. Tapi saya terpaksa menjaga cucu. Terlupa pulak bawa kereta sorong ... kena pakai trolley macam di gedung membeli belah," Wan Azizah ketawa gembira bercerita tentang keluarganya.

" Saya cukup senang hati bermain dengan anak-anak cucu. Kami main Angry Bird. Ini yang mengembirakan dalam hidup saya ketika ini. I want to be a good grand mother. Tapi saya terpaksa belajar guna I-Pad dari cucu saya. Nampaknya mereka lebih bijak."

Wan Azizah yang baru saja melintasi 60 tahun terhenti bercakap sebentar apabila ditanya apa yang ada dalam kepalanya sekarang. 'Sekarang' maknanya tidak lama lagi Tuan Hakim di Mahkamah Jalan Duta akan membuat keputusan tentang kes liwat suaminya

" Pasti hati dan jiwa saya kurang tenteram. Luka lama dibuka kembali."

Apabila ditanya apakah agaknya kata-kata Tuan Hakim pada pagi Isnin. Wan Azizah Wan Ismail merenung meja sebentar kemudian dia bersuara. Suaranya antara kedengaran dengan tidak.

" I don't know...it could go either way."

Senyap seketika dan kemudian dia berkata, " Di Pilihanraya Umum nanti jika semuanya telus dan tidak ada penipuan Pakatan Rakyat akan menubuhkan kerajaan. Rakyat sudah bersedia untuk berubah."

Sumber : http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/deja-vu-rasa-hati-seorang-isteri-232646803.html

P/S : Saya tak sokong mana2 sebab saya tak pasti mana betul mana salah..biarlah tuhan je yg menghukum!!! tp bila baca artikel nie, saya jd sedih n sebak..besar pengorbanan dan ketabahan seorang isteri...semoga Allah saja membalas!!!

Tuesday, January 3, 2012

another link to share...

tolong ke http://sayasayangfazizul.blogspot.com utk entri ini...malas nak upload banyak2 kali...k!!!! hehhehehhehe

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...