Friday, October 21, 2011

Part 1 ~Convo Dak Katun

Date : 18 Oct 2011
Tym : 2pm untill 5pm
Venue : Universiti Putra Malaysia, Selangor

Situasi seronok sang dak Katun...Dak Katun adalah nama aku panggey adik bongsu aku..sbb dia mmg mcm Katun. Kelakar tgk dia berjalan atas pentas ms amik Scroll convo lepas....

Situasi sedih sng kakak dak Katun...Flashback balik last 21years...Dak Katun lahir ke dunia tym tu aku darjah satu..ingat lagi 5 march 1989, ms Hospital Bersalin Aisyah, Sg Petani kol abah, bgtau berita gembira.oo yeah, aku dapat adik perempuan. Suke kemain sbb akulah yg hari2 dok gosok perut mak, dok bersembang ngn budak dalam perut..abah suh g mtk buku nama dr jiran, sepantas kilat dgn seluar katok xberbaju lari gi umah Maklong Ma (panggilan utk jiran aku) amik buku nama, last2 abah pilih nak taruk nm paling simple dlm dunia Aznin..bukan itu sebenarnya yg membuatkan aku terpaksa diri utk tidak menangis pd hari Dak Katun Konvo nie...

Dak konvo mmg aku jaga mcm anak aku sendirik, mn aku pegi aku bawak dia..percaya tak padahal tym tu aku br darjah satu. mak adalah berkerjaya, n dak Katun tidak pernah di hantar ke mana2 pusat jagaan kanak2 mahupun umah jiran miran wutsoever....aku yg gilir2 jaga dak katun ngn abah n mak...mak mengajar sessi petang sekolah, so aku balik sekolah sessi pagi, aku amik turn jg dak katun..main sama2..klu main mak2 aku jadi mak, dak katun jadi anak aku, tym tuh kan dia baby lg...aku jugaklah yg basuh u'uuuuh dia, buat susu dia, mandikan dia...smpaila mak aku balik dr keje...mcm xpecayakan???tp itulah hakikatnya..bkn mak xnak antar umah mengasuh, tp tym tuh abah baru pencen, so abah sepatutnya jaga baby....hehhehe, tp dah aku dok main ngn baby..abah pon biarkan je lah.cme tym2 aku rs mcm ssh sket, aku panggey abahlah..abah xg memana pon..kat umah jugak...hehehhehe

berbalik kepada cerita Konvo td...

aku rs dak katun dah besar panjang, dah konvo pon, aku jd sebak, aku jd sedih.....dulu ms zaman sekolah2 bila org tny, klu di beri list, sape yg aku paling sayang...Dak Katun adalah first dlm list aku, then mak n followed by abah...tp seknag dia dah besar, dia dah tak perlukan aku lg, nnti dia kawen mgkin aku lg sebak kot..agaknya mcm nie lah perasaan mak aku kan tgk anak2 membesar...huhuhu...(mak aku pon nangis masa adik aku konvo)

xnak lah cerita panjang lebar....nnti menitik air mata aku....banjir lak putrajaya ni karang... uwaaaaaaaaaaaaaaa :'P (tangis dalam gembira~~ ngeeeeeeeeee)


dak katun yg baju kurung ping yer.....pegang bouquet gift dr bestfren beliau.....


rakan sekampus..


me n my mum...


dak katun pegang bouquet yg me n mak beli....aku tlg beli tp pki wet mak..hehhehehe


dpn dewan tmpat berlangsungnya majlis konvo


walaupon bukan first degree, tp aku masih berbangga dgn dak katun...chaiyook...

P/S : Rashidi Ishak pon berkonvo pada hari tersebut..dia koz Mass Comm...sgt kacak n putih melepak, lgsung xmacam dlm TV..n Vanidah Imran kecik jer orgnya...cantik amat.....

Love For Who They Are, Not Wut They Are


Everlasting Love

One fine day, an old couple around the age of 70, walks into a lawyer's office.
Apparently, they are there to file a divorce.

Lawyer was very puzzled, after having a chat with them, he got their story....


This couple had been quarreling all their 40 over years of marriage,nothing ever seems to go right.

They hang on because of their children, afraid that it might affect their up-bringing. Now, all their children have already grown up, have their own family, there's nothing else the old couple have to worry about, all they wanted is to lead their own life free from all these years of unhappiness from their marriage, so both agree on a divorce....

Lawyer was having a hard time trying to get the papers done, because he felt that after 40 years of marriage at the age of 70, he couldn’t understand why the old couple would still want a divorce..

While they were signing the papers, the wife told the husband..
"I really love u, but i really can’t carry on anymore, I'm sorry.."
"It’s ok, i understand.." said the husband. Looking at this, the lawyer suggested a dinner together, just 3 of them, wife thought, why not, since they are still gonna be friends..

At the dining table, there was a silence of awkardness.
The first dish was roasted chicken, immediately, the old man took the drumstick for the old lady..

"take this, it’s your favourite.."

Looking at this, the lawyer thought maybe theres still a chance, but the wife was frowning when she answer..

"This is always the problem, you always think so highly of yourself, never thought about how I feel, dont you know that i hate drumsticks?"

Little did she know that, over the years, the husband have been trying all ways to please her, little did she know that drumsticks was the husband's favourite. Little did he know that she never thought he understand her at all, little did he know that she hates drumsticks even though all he wants is the best for her.

That night, both of them couldnt sleep, toss and turn, toss and turn...after hours, the old man couldnt take it anymore, he knows that he still loves her, and he cant carry on life without her, he wants her back, he wants to tell her, he is sorry, he wanted to tell her "i love you"...

He picks up the phone, start dialing her number....ringing never stops as he never stop dialing....




On the other side, she was sad, she couldn’t understand how come after all these years, he still doesnt understand her at all, she loves him a lot, but she just cant take it anymore....phone's ringing, she refuses to answer knowing that its him...

"whats the point of talking now that its over...i have ask for it and now i wanna keep it this way, if not i will lose face.." she thought...still ringing...she have decided to pull out the cord...

Little did she remember, he has heart problems...

The next day, she received news that he had passed away...she rushed down to his apartment, saw his body, lying on the couch still holding on to the phone...he had a heart attack when he was still trying to get through her phone line....

As sad as she could be...she will have to clear his belongings...when she was looking thru the drawers, she saw this insurance policy, dated from the day they got married, with the beneficiary being her... And together in those file, there was this note...

"To my dearest wife, by the time you're reading this, I'm sure I'm no longer around, I bought this policy for you, though the amount is only $100k, I hope it will be able to help me continue my promise that i have made when we got married, I might not be around anymore, I want this amount of money to continue taking care of you, just like the way I will if I could have live longer. I want you to know I will always be around, by your side... I love you"

Tears flowed like river......





P/S : When you love someone, let them know... You’ll never know what will happen the next minute.... Learn to build a life together.. Learn to love each other. For who they are…  not what they are...

Monday, October 17, 2011

shadapppp pliss.....

Mooad nak membaca dah lama terkubur..
tambah2 nak bc novel..
aiyok..
tetiba je rs mcm perdana menteri, bz memanjang..
smpai xder ms nak membaca..

tapi.....

last saturday adik datang bawak lotsa books to read...
dia beli kat BigBadWolf Book kat Maeps..
ada jualan buku..mari mari mari..manyakk murah wooo....
adoiyay..

ni gambo kat plestik beg daaa....


mood membaca tetiba jer datang menjelma...

hehehhehehe

xderla bnyk sgt pong...7buku ja...tp pd aku yg dah lama meninggalkan alam membaca nie..agak bnyklah beb..hehehhe


pahtu tgk kaver buku suma mengujakan....
kasik cloze up sket buku apa yg adik aku borong....

currently aku tgh bc buku nie...xpastilah best ke tidakk..tp mcm best as the author pon best...cecelia ahern nie klu uol nak tau adalah anak former perdana menteri Ireland...sgt teruja!!!!!mmmmm


nicholas sparks ni plak author utk novel A Walk To Remember..klu korang peminat citer omputih ala2 remaja cintan cintun mesti familiar ngn citer nie kan???dah di filemkan lakonan Mandy Moore...yg last2 heroin dia mati..huhuhuhu...sgt best citer tuh.....cecuba tgk...hehhehe

P/S: so sekang saya nak cuba abeskan buku nie sblm adik saya tarik balik buku2 tersebut...hihihihi

Semua yang saya cerita semestinya berlaku dalam hidup saya...enjoy my story k...

Saturday, October 15, 2011

stuck @opis

stuck kat opis???
on saturday lagik????
n ada agenda kuar2 shoppim with sista...
aiyok...

demi keje **toing toing ~pukul kepala sendirik

jap lg mesti tutup lampu opis
aku masih lg kat opis nie
xboley nak balik
sbb ujan lah
sekang nie aku ke mana2 dlm putrajaya ni ngn motor je
malas nak bwk kereta
sejak dah bertukar dr kecik ke besar ni
jadik mls lak nak bwk keta
tmbah2 tym nk parking

klu ari cuti putrajaya mmg lengang..ssh sgt lah nak byk kenderaan excpt tym ada event la

ujan membasahi bumi malaysia...putrajaya je ujan...

jap lagi mmg nak kena balik jugaklah..
xkan nak dok kat opis smpai ujan reda kot
kul 6 lampu dah tutup

mmmmmmm

P/S : terpaksa siapkan keje as takut bz dis coming weekdays....mak nak dtg sbb adik nak konvo, audit 5s juz around d corner, nak ukur badan utk jaket rasmi seksyen lg...mmmmmmm

Friday, October 14, 2011

Mana mak????

Tajuk: Mana mak




Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari
sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga
jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab
penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-
anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian,


Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang
Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata
dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di
mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan
tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di
padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana
semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak
Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja
sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu
sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung
tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik.
Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang
dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak
buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan
kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak
senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang
Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil
dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak
lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu
pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata,
warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak
berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke
rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci
pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh
koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup
membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak
Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira
menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak
jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.
Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan
pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan
berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-
anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk
bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di
kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api
dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah
suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut
Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak
akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak
dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak
usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada
kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak
apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih
ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang,
Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil
tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.


Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.
Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak
ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak
datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi
semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada
sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang
sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana
Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak
pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-
anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak
tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.


Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya
lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik
mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh
tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan
Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh
koci buat bekal."


"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta
Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan
"Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.



Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata
orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa.


KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih 
utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti
apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu
tanpa berjawab?



P/S : Ingat, kita cuma ada 1 sahaja ibu dan ayah di dunia ini. Jangan sampai apabila mereka
sudah tiada, barulah kita hendak menangis.







Thursday, October 13, 2011

2 in 1 events :P

Party party party....

Lama x berparty....

Jom g party....Birthday Bash For the Cutey Anas Naufal
Anas 1st birthday party....
Lokasi : adalah di rumah parent anas, umah Aunty Ieta n Uncle Zaidi (kitorg nie kawan2 anas taw..)


Birthday Cake sang birthday owner ~Secret Recipe's Recipe

Yo Yo Yo...Anas in da house....nomey nomey anas naufal already 1 year
aunty Liniey ngah dokong anas...."ala aunty liniey ni comey la, cam anas jugak..tecik jer", kata anas naufal..hehehhe

yan ckp klu tambah lg sorg anak dara anas dah cukup kuota..hehehhe..nakal la aunty yan nie kan

anas xnak potong kek la...anas nak main..

"layan je lah" omong anas dlm hati kecilnya..:P

ske gambo nie..sbb anak n mak dua2 tgk kamera...

tedapnye kek birthday anas..yummeh...

aunty2 nie sebuk jer nak bergambo, org suh makan diorg nak bergambo laks

Bukan itew ajer..
ada event lain kat umah Aunty Ieta
sempena besday Anas Naufal
siap ada autoshow lg kat dpn umah
theme autoshow adalah "kereta2 buatan Malaysia"
anjuran pemilik2 kereta buatan malaysia
hahahhaha

apa lg...sempena autoshow bandar saujana putra...peserta2 event tersebut dgn jayanya participate...aku mcm biasa layan lensa la..hehehhehe..cuaca amat baik...bersinar2 n awan pon tantekkk

wawa...ramainya pomen

anak2 dara baucar

anak dara n teruna..kihkihkih

sempat gak tarik aunty ieta bergambo sekali..

pape pon...best lah hari jadi anas nie
nnti 2nd year jgn lpe jemput lg ek
sayang aunty ieta..
kali nie nak Pizza Hut taw..hehehhehehe

Semua yang saya cerita semestinya berlaku dalam hidup saya...enjoy my story k...

Tuesday, October 11, 2011

dearie 1st love

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

and once said dat first love memories are unforgettable...really???
mmg pon...
ye la..1st lovie la katakan..
tp xsemestinya 1st love adalah forever love
dan xsemestinya 1st love kita adalah soulmate kita
org yg dpt kawen ngn 1st love beruntung x????

kenapa kita di temukan dgn 'org yg salah'??
kenapa 1st love, 2nd love, 3rd love bkn jodoh kita
yg 4th baru jd suami kita....

ada reason la kenapa Allah wat macam tue....

♥ Kenape ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥:
 


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

 
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang tidak serupa dengan kita,
supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita,
supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk
yang sentiasa mengharapkan
pertolongan ALLAH...

Semua yang saya cerita semestinya berlaku dalam hidup saya...enjoy my story k...

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...