Saturday, May 19, 2012

chukkae BPP.....

Frust + Gembira
Frust sbb tak dapat join perbarisan tahun nie (tahun lepas aku join- walaupun tak dapat masuk sukan, at least dpt join event nie ngan masuk perbarisan..tp tahun nie kami tak dapat join-memang kecewa...mgkin tahun nie last year aku kat BPP..who knows)
Gembira sbb perbarisan dah menang utk tahun nie

Alhamdulillah

Venue : INSPEN Bangi
Event : Pesta Sukan Perbendaharaan

Sbb aku kecewa aku tak amik banyak gambar ~aku amek video jer
Datang just nak bagi sokongan kat kawan2 BPP yang bernasib baik dapat masuk
Yang bernasib tak baik dpt tgk jerlah yer..

Neway CONGRATULATION sbb menang..
BPP the Best
(wlupon sekang rasa macam dah tawar ati kat sini since ........ )








n i'm enjoying my existance since i'm already here.....

my love for children

-










n also my fren.....tengs siti sarah sebab bawak saya g INSPEN dgn kereta awak
hehehehheheheh
(sekang nie asyik tumpang si Sarah jer...ssh nak bawak kete sendiri dah since kereta dah ter'turbo'.....sakit kaki tekan clutch la)


Monday, May 14, 2012

chinggu vs pingu!!!!!!!!!

14 May 2012
Last day Ct Julyana kat Baucar
Last day Ct Julyana kat Bahagian Pinjaman Perumahan
Last day Ct Julyana kat Putrajaya

Ada masa dan ketika
Ada jodoh dan umur yang panjang
Kita jumpa lagi ea!!!! :P

Fighting di tempat baru okeh!!!

@@_______________________________________________________________@@

Ada apa dengan Ct Julyana????
* xder pape lah dengan dia..she just a fren of mine jer. Ala kawan biasa2 jer, macam kawan2 opis yang lain..Wut so big about losing her????Wut so big about her leaving office???? Aiyok, i wish i could say dat, so my heart isn't hurt...so i'm not in d sob sob mood anymore.....uwaaaaa.....


 
dia memang hanya ordinary fren, but her ordinary had turn into extraordinary each n everyday i'm with her!!! ##feeling macam loving kapel lak##.....hahahaha apa yg best sangat kawan ngn dia??? aku pon tatau, dia xspesel pon...cantek???ada apa dengan cantek dlm persahabatan kami??? kelakar???? ye kot..kadang2 la n most of the tym dia ske diam jer...berangan sambil tgk empty screen dia....

tp tu lah yang wat dia spesel....
kadang2 aku heran gak...
dia kawan baik aku (boley dikatakan baik lah dr yg lain2..ahaks)

tp bila aku nangis kat petisyen aku tym terima berita buruk dr kampung ~dia wat dek jer
tp bila aku pakai baju baru, bawak henbeg baru ~pun dia wat dek jer mcm xperasan jer!!!!
tp bila aku masak2 bg dia makan ~tak penah pon dia cakap "wow, sedapnya kak as masak"...????...
tp bila aku xdtg keje sbb xsihat ~xder pon dia sms aku "get well soon akak, saranghae"
tp bila aku bz bebenor kat opis smpai xsempat nak berak pon ~xder lak dia cakap "kak as nak aku tolong???"
tp bila aku bgtau dia masalah aku ~dia mcm "sowie, i'm not interested. u can talk to my hand"

so apa yang best sangat kawan ngan dia????
i dont know either...
walupon dia xrensponse to each n every single thing i've done, i know she's d one who knows me well. cme sikap dia ~dia malas nak campur n amik tau hal org...that is one thing about her!!!! redha jer lah....

Tp dia tau...kalau aku tensen aku akan baling kalkulator aku

 
Biarkanlah dia!!!! Biarkan dia dengan dunia dia...dia pun dah banyak sangat masalah...
##ada aku kesah## :P

Tp jue kalau ko baca entri nie. Aku nak ko tau
##dat i will always miss u##
##dat i will always care about you##
##dat i will always remember our friendship ~everything dat we've been through##
##dat u will always stay in my heart ~though i don't know till when##
##dat we will always keep in touch##
##dat i will always curious about wut u've been doing all day while##

n one foremost dat i'm sure i will
saya akan sentiasa tertanya2 adakah saya adalah sahabat/kakak/kawan seopis yang terbaik pernah awak jumpa....adakah awak akan jumpa kawan/sahabat/kakak lain yg lebih terbaik dr saya, dan akan terus lupakan saya selamanya??????

saya harap awak x lupakan saya okeh!!!
pape pun all d best dearie bestie!!!

saya dah ilang jiran petisyen saya
saya dah ilang talent utk amek gambar
saya dah ilang kawan nak teman saya g makan kenduri/g floria/g open house/g birthday party
saya dah ilang kawan yg boley saya ajak g tengok konsert
saya dah ilang kawan utk saya "make fun of"....ouchhhh ##ni yg plg sedey##
saya dah ilang kawan yg boleh buat saya ketawa dgn soklan2 yg saya tak terpikir nak tanya
saya dah ilang kawan yg saya nak jeling2 melalui cermin petisyen saya
saya dah ilang kawan yang boley bawak saya ke hulu ke hilir dengan DBJ nya
saya dah ilang kawan utk saya baling2 ketas bila ada benda nak cerita2/gossip2/ngumpat2
saya dah ilang kawan nak cakap "kak as, ko nie bengong lah"
saya dah ilang kawan nak di ajak bercerita "oh mekjue, sesungguhnya saya tak suka dengan si polan, si polan dan si polan itew..." dan dia pon menjawab "ye kak as, aku pon xske tp mcm biasa aku kan kool, so aku wat mcm biasak brooo..." huhuhuhuhuhu

babai...sekian sudah entri "saya nie kenapa nak feeling2 terlebey sudaa nie, si dia tak sedey pong"

nah, ni adiah besday+farewell gift utk ko
harap2 ko appreciate n terima seadanya walaupon xmahal mana pun!!
dengan ucapan "terima kasih utk segala2nya"

P/S : Jue, td kat besmen, mula2 aku rasa macam nak peluk ko ketat2, nak cakap "aku mintak maaf dr mula aku kenal ko, smpai sekang nie..aku tau aku banyak wat salah kat ko..aku banyak terkata kat ko, termengumpat, tercakap lebih kurang ngan ko, smpai ko rasa nak kill kill die die kan aku..tp mcm biasa ko belagak kool....jue, aku nak mintak halal dunia akhirat klu ada terminum, termakan, terambil yg bukan hak aku, atau ada terlebih kurang or so wutever...aku sayang ko dalam2......okeh....jangan lupa aku sampai bila2 sbb aku pon akan ingat ko sampai bila2"..... tp mcm biasa aku adalah insan paling tabah dlm dunia sbb tu lps ko salam cium tgn aku, aku nak cepat2 blah sbb aku tanak air mata emas ku gugur kat situ...sbb aku amat macho so aku tanak ko nmpak aku nangis...lpas ko blah aku dah nanges, pahtu air mata pon jatuh setitik dua titik....dan bertitik2 sepanjang atas moto dr opis ke umah aku....ini rahsia jgn gtaw org keh....babai jue.....

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu Emak

Emak
Ummi
Mummy
Mama
Ibu
Bonda
 Mom

sama ja semua tue...merujuk kepada seorang manusia yang takkan terbalas jasanya, takkan terbalas pengorbanannya, takkan terbalas kesusahannya membesarkan kita...

Pada umur meningkat 30 tahun, aku masih belum dapat merasa nikmatnya menjadi seorang ibu, payahnya membesarkan seorang anak..tp tak bermaksud aku tak paham dan tak mengerti betapa pengorbanan ibu itu tidak terbalas dgn material dunia....

Saat ni aku rindu mak aku, rasa kerdilnya diri di antara adik beradik aku yang paling tidak berjasa dalam idup seorang ibu....harap2 mak paham, harap2 mak mengerti...bukan langsung takde niat nak berbakti, tp setakat ku mampu, ku curahkan segala...

Aku banyak buat mak menangis...
Aku yang paling banyak buat mak rasa menyesal
Aku yang paling paling banyak buat mak rasa malu
Aku yang paling paling paling banyak buat mak rasa berdosa

Ampunkan aku mak
Ampunkan anakmu yang selalu buat mak rasa bersalah
Bersalah terhadap diri sendiri kerana merasakan didikan mak tidak sempurna

Mak sangat sempurna
Mak tiada bandingnya
apa yang mak ajar dan cara mak besarkan aku tiada tandingan
Mak maha hebat
Mak sangat mulia
Ya Allah, ampunilah dosa2 ku terhadap ibuku
Ampunkanlah dosa2 ibuku

Mak adalah hamba Allah yg kurasakan saat taat
Mak adalah isteri terbaik, terlembut, paling setia terhadap suaminya
Mak adalah rakan yg paling tidak menyakitkan hati
Mak adalah manusia yang paling tabah

Walau berjuta salah yang aku lakukan
mak redha, mak terima aku seadanya
mak jaga sebaiknya
mak kasih aku sejujurnya

Alhamdulillah, aku punya mak yang sangat indah budi pekertinya
aku punya mak yang sangat manis tutur bicaranya
walau ada ketika aku mengeluh
kenapa mak aku tak macam mak org lain
'kenapa mak aku seorang yg pendiam
kenapa mak aku tak pernah nak tunjuk kasih sayang
mak memang tak pernah cakap
"mak sayang kamu"
tapi sebenarnya dari perwatakkannya dia adalah insan yg paling banyak memikirkan aku, insan yang dukaku di rasakan bersama, walau dari jauh walau dari dalam dirinya..aku yang buta menilai kasih sayangnya...
Ya Allah ampunkan aku
Khilaf ku amat besar terhadap insan itu
Terasa macam tidak menghormati segala penat jerih liku2 idunya membesarkan aku....

mak pernah cakap
mak tak suka marah2kan anak2nya
mak pendiam ada maknanya
bukan mak sengaja membiarkan dirinya di cop sebagai pendiam
mak bimbang bila dia bersuara
tutur2 nista makian keluar dari mulut mungilnya
"setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu adalah doa"
ya Allah
besar betul ingatan mak terhadap anak2nya

Wlu aku pernah tersasar
Wlu aku pernah terjatuh
Langsung tertiarap di saat terbalas dosaku di dunia
Engkau ada di sana
Engkau buat aku bangun semula
Engkau buat aku sedar
Mati bukan pengakhir segala

Mak...aku rindu kamu mak
aku rindu saat2 kau suapkan aku dengan tanganmu
Saat jari2mu ligat menyelak rambutku dan merasa kulit kepalaku
Saatku barbaring di ribaanmu dulu
Dah lama tak kurasa semua tue...
Rindu sangat...

Selamat hari ibu mak...
Aku amat sayangkan kamu....

Saturday, May 12, 2012

Jangan Buat Dosa Kering....

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan....

"Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya.

----------------------------------------------

Dah lama saya perhatikan.....
Seronok tgk gadis/mak org/bini org dll yang dah ramai mula menutup aurat.di antara kenalan2 pon ramai yang dah mula berubah ke arah kebaikan..Alhamdulillah...Perubahan tidak semestinya besar, mula skit2 pon boley. Asalkan ada niat n inisiatif utk berubah....

Dan di antara mereka2 ada jugak yg dr langsung tak bertudung, tp sekang dah bertudung, malah dah menutup aurat, dgn pakai baju tangan panjang/inner....aku yang bertudung dari remaja nie jugak yg masih tak pandai nak pakai baju tgn panjang/inner utk tutup lengan...panaslah/rimaslah mmg itu alasan yang keluar dari mulut saya...jubah lagilah...mungkin sbb aku gemuk, aku rasa mcm xseswai klu aku pakai jubah....????? alasan mmg xmunasabah langsung.....insyaAllah, aku akan berubah....the change will come, insyaAllah...

Janganlah kita menganiaya diri sendiri..kalau org tak bertudung, tak menutup aurat tak semestinya dia tu jahat, tak sembahyang..mn kita tahu...ada yg menutup aurat, sembahyang pon tak jaga jugak (mcm kata kat diri sendiri jer)....kalu dah baloq liat (kata abah saya) mmgla ssh nak di bentuk..papa al kena buang sikap malas tu dulu..insyaAllah boley berubah...

perubahan pertama adalah dengan
COBA MENJAGA SOLAT
sbb solat adalah tiang agama

insyaAllah....... 

Jadi seeloknya kita elakkan dari meracun minda dan pikiran kita dgn mencari salah org, dan me'neraka'kan mereka..kita sendiri yang sembahyang tak tinggal/tutup aurat belum tentu dapat masuk syurga direct..sblm nak perbaiki orang tolonglah perbaiki diri sendiri #ingatan utk diri sendiri# kenapa perlu ada sifat negatif dan tak boleh tgk org senang dalam diri????seeloknya kita ambik tau hal kita sahaja...siapalah kita nak judge org lain..kita bukan TUHAN...

tp klu perkara melampau depan mata berlaku, seeloknya tegurlah rakan2 kita demi kebaikkan.....

Berbicara tentang menegur...adakah wajar klu kita menegur mereka2 yg berkelakuan melampaui batas...kena kot..tp takut di salah ertikan pulak..ye tak???sekarang nie #ekceli benda nie dah berlaku lama di sekeliling kita# kecoh pasal skandal sana sini..bukan di kalangan rakan2 sahaja malah di kalangan semua org..dlm tivi drama2 pon selalu cte hal nie..penah tgk tak video dlm youtube,cerita dulu yg laki tu kena belasah sbb men bini org??laki tu pon laki org gak...n kenapalah perkara macam nie berlaku..aku pon tak paham..hebat sangat ker kalau ada skandal ngn laki/bini org nie????masing2 tak ingat ke lafaz akad/nikah masa mula2 mengikat janji utk setia sehidup semati dulu???kenapa perkara nie boleh berlaku???ntahla, itulah yang di katakan hati manusia boley berubah...jodoh ajal maut pertemuan perpisahan semua di tangan Allah..kita kat muka bumi nie, hanyalah boneka yang melakonkan watak hidup..masing2 carilah keredhaan masing2....agar watak yang di lakonkan mendapat award dari Allah SWT..insyaAllah....

Boleh jadi berubah dari baik ke jahat
Boleh jadi berubah dari jahat ke baik
Boleh jadi berubah dari pendiam ke banyak cakap
Boleh jadi berubah dari banyak cakap terus jadi pendiam

Apa yang berlaku dengan perubahan kita kadangkala ada kena mengena dengan situasi di sekeliling kita/situasi yang berlaku dalam diri/hidup kita sendiri...

Tepuk dada tanya iman....
klau tahu diri tu banyak buat dosa, kalau pun tak boleh berubah...janganlah di tambah lagi dosa2 tersebut 
nak cari pahala tak susah, dan nak tambah dosa lagi senang

#takde kena mengena antara hidup dan yang mati#
#aku hanya mengingatkan diri agar tidak tersasar#

Wednesday, May 9, 2012

Assalamualaikum....

hari nie entri saya adalah berkisar tentang anak buah saya yang sorg nie..nama nya ialah Safiyya Arqiyya Riffah...amik ko...abg aku cakap nie will probably be his last child so, sume nama yg dia bekenan semua dia taruk...hamek ko...panggei YAYA BOOLAT....hahahaha...kenapa?????
-
-
-
TENGOK NIE....


sunggguhhhhh boolat....
tgk la siap ada lurah berketul2 dada..sangat gagah perkasa..ahaks....

dia baru 6 bulan, dah boley brdiri 20saat,,merangkak amat laju..mengesot amat amat laju....agak bengkeng....siyes jer memanjang..klu nak angkat dia, terus bawak lari jauh2 dr mak bapak dia..klu tak dia akan menjerit melalak mcm kena cubit ja....pdhal kita baru je nak tunjuk sikap keibuan nak cukcak ngn dia....

mmmm...dia sangat anti dengan saya....nmpak saya je dia akan nanges..wlupon mak dia kat sebelah jaraknya melekat lutut dia dengan lutut saya....amboi....


tolong jangan konpius..ni bukan anak kakak saya yang biasa saya post..ni adalah anak abang saya....anak dia dah ada 4..ni yg paling kecik...colek karang!!!!!! dah 4 dah anak dia...aku sorang pon tadak....huhuhuhu


nielah abang saya yg ganteng....jgn nak tanya "kenapa saya amat besar dr abang saya??" sbb saya pon tatau nak jawab mcm na....dlm famili saya kot yg terbesar..hahahhaha..sebab saya ikut famili belah suami..(ada kena mengena??apa kes????)

gambar nie di ambil di Mengkuang Dam, lebih kurang 15 minit dari rumah melalui jalan berliku-liku yg dipanggil bukit Lengkok..kenapa Bukit Lengkok???sbb jalan nya memang berlengkok2...mcm ular kena palu....dah la gaung di tepi jalan...sangat mencabar drive kat cni..klu slow, alamatnya beraturla kereta kat belakang..klu terlebih laju, alamatnya bertembunglah ngn kereta bertentang arah...sgt konpius...adoiyay...

Dam nie membekalkan air seluruh Pulau Pinang, tempat aku selalu lepak jogging2 ngn kengkawan tiap2 petang masa sekolah dulu...tym tu kan aku ramping jer..ahaksss....


kalau dtg sini harus bawak sepeket roti gardenia yg tak abis makan n dah expired kat umah tue...hahahhaha..bg ikan2 kat dlm empangan nie makan....suka tengok ikan2 yg meremut2 berebut roti2 tersebut....aktiviti yg di herit dr zaman kami kecik2 sekang di heritkan ke anak2 kami...wwawawa


kelihatan sebuah keluarga sedang bermesra2 sewaktu melepak di sini....ni la kakak ipar aku n anak2 dia....


famili bahagia...budak2 ni kena rasuah cekelat baru nak bergambar macam nie..klu tak masing2 buat gaya terhegeh2...huhuhuhuu....apala nasibbb.....

Dari kanan : Danial (anak abang yang sulung), abang aku memegang Yaya Boolat, Kakak ipar aku Kaksu memegang Syirah (anak abang aku yg ke3), dan dihadapan adalah Balqis (anak num 2)

PEACE la korang...hehehhehehe

 n adik aku diknin Katun pun ikut......hehehhehe

enjoy the rest picca-CHU......



n gambar2 baby YAYA BOOLATTTT feveret Lalan

 



Thursday, April 26, 2012

Ustaz Don La Sangat...

Siyes Tak Tipu!!
Aku xkenal sangat sapa Ustaz Don, cme yg aku tau dia sangat femes dan kata org dia kacak. Dan aku pun tak pernah bukak channel TV Al-Hijrah.Tp bila org excited aku pun secara otomatik jd excited bila ada rombongan ke TV Al-Hijrah. Xkisahlah ekceli channel apa pun, tp first tym kat set mmg aku teruja...seronok tgk tempat yng mcm pentas tp di hias mcm kat umah. wana2 yg cantik...oh, saya amat suka....mula terbayang2 mcm na lah diorg2 yg keluar TV tu sebenarnya hanya bercakap kat set yg kecik....

30 MINIT USTAZ DON

set nie yg paling ramai org serbu bila pelepasan di beri utk ambil gambar. ada staff yg ikut ja ke mana kami pegi, mungkin takut kami mengubah kedudukan atau tersentuh dan tersepak benda yg tak sepatutnya..tp mmg best lah..aku pun mula lah keluarkan Camaro n ketik sana ketik sini....mmmm..teruja

Tp tak jumpak pon ustaz Don, klu dapat jumpak lagi best kan....Walaupun tak kenal dan tak pernah tgk slot Ustaz Don, saya pasti beliau mmg banyak mempengaruhi golongan2 muda sekarang mendekati agama.Samalah macam Ustaz Azhar Idrus. Sangat femes di kalangan muda mudi..sampai kan ceramah beliau mesti penuh...Ceramah Uztaz Azhar Idrus aku penah tengok, dia selitkan jugak kelakar2 dlm ceramah beliau, mmg menarik...dulu aku di besarkan dengan ceramah2 Uztaz Ismail Kamus, Ustaz (sekarang Prof) Ridzuan Tee Abdullah....memang best...kelakar yg membuatkan teruja nak tgk sampai abis 

dah jauh sangat menyimpang, dah lama tak tengok ceramah2 agama, hadir dlm majlis2 agama, kelas2 agama..sesekali dengar ceramah, sangat tenang rasanya!!!dulu selalu masuk kelas agama ~masa keja Maybank ada kelas agama kat surau opis, selalu gak pegi~ sekarang pun ada tp xpenah menghadirkan diri...jahil nya rasa...apalah yg ku mengarut2 nie...luahan perasaan pulak...

layanlah gambar2 tym rombongan opis ke TV Al-Hijrah nie yer..


pernah ke tengok 30 min ustaz don???tryla tengok, insyaAllah banyak manfaatnya...








 walaupun xdapat jumpak ustaz don, dpt amik gambaq kat set ustaz don pon jadilah..seronok jugak kot!!!

 

Thursday, April 19, 2012

Verangan jer aku!!!

Dah lama aku ngidam nak wat photoshoot utk baby..aritu ada rasa nak offer kakak, nak tak wat Photoshoot utk Raeesa..nak pinjam baby sesape nak try amik gambo mcm gambo2 kat bawah nie.....comel sangatttt!!!!

aku ni verangan jer kan..arituh tingin nak wat photoshoot utk maternity tp xder sape pon yg sudi jadik talent/model aku..cian aku kan???sgt2 cian kat diri sendirik....nak tunggu beranak sendirik ntah bila la kan...lg pon klu aku mengandung takkan aku nak amik gambar aku sendirik...

Klu gambo baby mungkin la boley





semua gambar hasil google jer...wat cth jer...tengs Google n sumber gambo..pinjam ek!!!! :)

comei kan???arituh akak aku ada ckp yg dia tingin nak wat gambo Raeesa mcm nie..harap2 dia cakap betul2 lah...tp haritu sbb bz sgt, aku pon xkompom pape...xsabarnyer n suspen gak, klu2 hasil aku xjadik mcm dlm gambo nie....hihihihihihi

tu yg dlm flowerpot..kat bawah nie dlm basket n bawah blanket lak....still kiut!!!sbb model kot...hehehhehe









best kan klu dpt amik gambo macam nie...aku try anak buah aku dulu, klu menjadik, korang2 nak jugak ker gambo anak korang di ambil????

bley calling2 after dat okeh!!!

kita tetapkan harga...ahaks!!!!
##very the verangans##

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...