Sunday, December 18, 2011

misteri aku bkn tomboy di jalan lama

Rehat sekejap...



Actually aku ngah wat projek baik punya..projek cr duit lebih, tp printer ley la wat jahanam tym2 mcm nie..mmg cam haremm...huhuhuhu

so, rehat jap..rilex2kan minda..




aku dah tgk muvie nie td akibat printer yg wat hal...first muvie adalah aku bukan tomboy (dah 2kali tgk ekceli)
so so je lah muvie nie..aku rs boleylah setakat nak layan2 feeling, gelak2...n yg plg penting, klu xder saheizy sam yg pastinya aku say NO kat muvie nie..sbb ada saheizy sam jer lah punca utama aku tertengok muvie "agak2" je nie..bukan xbest lgsung, tp.....

muvie agak menarik, plot cerita mcm biasa lah....msti ada heroin ada hero, ada 2nd hero...

tp aku kurang bekenan part2 pengkid2 tu berkomunikasi...kenapa mesti terjerit2???mmm xpaham aku....mgkin mmg gitu ke pengkid????xjugak.....kot...

Sinopsis Cerita:
Farisha seorang gadis yang berperwatakan kasar seperti lelaki dan bekerja di kedai pizza sebagai rider.  Dia ada seorang kawan yang bernama Harry yang merupakan satu-satunya kawan lelaki yang paling rapat dengannya.  Walaupun dia ada sikit perwatakan lelaki tapi sifat wanita masih ada dan dia juga tak lari dari menyukai lelaki dan akhirnya terjatuh cinta dengan si bendul bernama Burn.  Tanpa disedari Harry sebenarnya ada sikit feeling pada si Farisha ni.  So macam-macam situasi yang diorg lalui.  Adakah Harry berjaya?

* Klu nak ikut watak...aku rasa yg plg menonjol adalah watak Saheizy Sam..klu xder dia mgkin cerita nie jd hambar sket
* Watak pembantu yg menarik..watak Salina sebagai Sam mmg pengkid abess la....respek gak aa....
* Lawak2 yg ditonjolkan mmg best..klu xder lawak kompom aku tertidur n citer nie jadik meleret2...

muvie kedua yg aku tgk adalah MISTERI JALAN LAMA

cerita arahan sepenuhnya Afdlin Shauki (Boboiyottt)..hihihii

jalan cerita, mmg best..barisan pelakon yg hebat2...pd aku cerita nie hebat..xpasti kenapa x box office...mmm

mle2 baca sinopsis dulu eh...

Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?


xtaw nak review ape..cme tym tgk cte nie mmg terpikir...ttg alam ghaib/alam bunian..sbb diorang nie mmg wujud n mungkin cara hidup diorang mcm kita jugak...

P/S : dah agak dah Afdlin yg berlakon watak Harak tue...hehehehhe

No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...