Thursday, January 29, 2015

Day 1~ Trip #adikkakak ke Djogja ~

 17 Januari 2014~Rabu

Rumah batik   -   Parangtritis   -   Pusing-pusing Djogja

Okay kalau semua dah ready, aku nak start dengan hari pertama kami.

Flight kami takdelah awal sangat pon. Pukul 9 pagi. Tapi kami sampai KLIA2 punyalah awal. Pukul 6.30 pagi dah tercongok kat balai pelepasan KLIA2..bukan apa. sbb 1st tym naik flight dari KLIA2. Takut terlepas flight la kononnya. Tapi pagi2 pon kedai dah buka. Nak breakfast Nando's pepagi pon tade hal lah. Sampai2 je KLIA2, round2, tengok jam masih awal. So kami amik keputusan, nak breakfast sepsiap kat sini. Malas nak tahan2 perut makan atas flight atau kat Indo nanti.

Jalan punya jalan, sampailah kat kedai mamak hujung sekali. Lupa nama kedai. Makan set nasi lemak rm12.50 siap air. Sebab nak air free, hadap jelah minum coke ais pepagi buta. Aku and adik memang 'BERKIRA' banyak. Bukan APA, dari buang duit ke arah benda-benda sebegitu. Baik kami forwardkan ke trip depan. Biasalah dua beradik yang Bercita-cita besar tapi berbudget sedikit.


set nasi lemak dan air coke RM12.50

Okaylah..melalut pulop. Lepas makan, lepak-lepak kejap. Kami terus ke Pelepasan Antarabangsa. Ramai nya orang..terutamanya mereka-mereka yang nak pulang ke tanahair mereka ~Indonesia. Semua gate penuh. Gate kami je tak ramai orang Indonesia. Dua tiga family jer.


Kasut berjalan aku and adik. Akunye kasut hampir2 arwah dah tu. Macam dah kena cari kasut berjalan baru. Ermm...

tunggu punya tunggu punya tunggu. Tibalah masa untuk berlepas. Estimated time 2hrs 35min from KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT 2 ke BANDARA ADISUCIPTO. Tapi dengan cuaca plus turbulence. Sampai 3jam lebih kami kat udara. Alhamdulillah setelah hampir muntah mual bagai, sampai jugak. Kat Yogjakarta ni, kena isi Custom Clarification Form tu. Wajib. Masa kat Bandung aku rasa macam isi, tapi dia kata tak perlu. Ke acaner...emmm..pape pon isi lah. Kelam kabut jugaklah kat airport tu.situlah nak cop pasport, situlah nak amik luggage, situlah nak beratur submit departure n arrival form tu...kat situlah nak scan bagasi bagai..fenin lah fenin....huhuhu akhirnya begitu begini settle jugak akhirnya.
 

serabai mak jemah sorang ni...3 jam atas flight la katakan. Sbb dah bagitau estimated time bila enhance sket time, bontot dah panas bagai. mulalah...serabai matzain...kahkahkahkah..tapi masa berlegar2 kat ruang udara jogja tu...walaweh...lawa aih scenery...


Mula-mula sekali kami minta Pak Supir ~Pak Haryanto namanya~ hantar kami untuk check in kat hotel. Mula2 ingat nak check in pahtu terus gerak keluar gi berjalan-jalan. Tapi dah masuk bilik, mulalah nampak bilik air tersergam indah tu, langsung rasa nak mandi. Pak supir macam biasa, menunggu lah kat lobi hotel, dalam kereta. Mula-mulanya jumpa Pak Haryanto ni agak pendiam, dan kami pon memanglah grumpy grumpy....2nd 3rd day dah start mesra alam. :)

Pertamanya, gi isi perutlah dulu, sebab lapar terok.Pak Supir bawa kami gi makan kat kedai apa ntah.Tak ingat. Tapi makan kat situ memang sedap.



Set nasi dan ayam goreng..free lelapan..lelapan tu ulam-ulaman tu leh...harga 92000rupiah plus air air bagai dalam 135000rupiah (around RM45) la. Makanan sepanjang kat sini alhamdulillah, boleh masuk tekak dan tak keluar balik. Sedap jugaklah. Ayam plak dorang pakai ayam kampung. So kurus2 je lah...abaikan kepala ayam tu. Walaupon rupanya sebegitu, tapi alhamdulillah sedap. Ingat nak datang lagi hari last., Tapi hajat tak kesampaian.


Masa mula2 round, a bit lost jugaklah. Taktau nak pergi mana, dengan cuaca panas bagai. Rasa nak marah jer. Pahtu bila tanya adik, sana tanak gi, sini tanak gi. Kan aku dah bagitau, kami grumpy masa yang sama. So bila sorang berangin, sorang lagi pon berangin. Macam nak lawan tarik rambut pon ada. Hahahaha...

Rumah Batik

Tempat pertama kami pergi adalah ke Rumah Batik. Batik takdelah murah-murah sangat. Tapi okaylah harga dia. Range RM30-ratus2 lah..hehehehe kat sini kami tak beli apa pon. Biasalah, kemut aka kede..hari 1st kan???hehehhehe ni gara-gara kami kena deposit hotel 600000rupiah. Unexpected...So dah lari sejuta dari budget kami. Walaupon tahu akan dapat balik duit tu hari last. Hehehehehe.... Batik kat sini lebih berkualiti, basuh banyak kali pon tak luntur warna. Kata salesgirl tu. Memanglah kan...tempat jual batik kot. Tapi, batik Malaysia lebih cantik (pada pendapat akulah)


Tempat Memproses Kopi Tahi Musang

Lepas tu pak supir ajak singgah kat rumah perseorangan. Pengusaha kopi luwak. Kopi luwak ni kopi dari tahi musang. Dalam bahasa jawa luwak tu musang. Packaging pon diorang wat cantik-cantik dengan nama Loewak. Ada 2 ekor musang kat rumah ni. Tapi menurut owner rumah, bukan pakai tahi musang yang diorang bela tu. Tapi musang liar. Whatever lah. Aku tak berapa berminat benda-benda macam ni. Owner rumah bagi kami rasa secawan kopi tanpa gula..original..tumbuk sendiri...pergh kaw.leh rasa sampai sekarang. Sejak balik dari Jogja lom minum kopi lg. Mcm nak muntah bila teringat. Hahahaha...Kopi mmg kaw.Kalau pencinta kopi mesti suka. Aku tak sampai hati nak menolak, so kami minum jugak. Kopi termahal kat dunia kot...masa nak minum tu, owner rumah jerit "have a shit" ~hahahahhaha~ tapi mahal nye kopi ni, 50g (12 cawan kopi) harganya RM80. Pergh..dengan bajet ciput memang. sorrylah tuan rumah. Tak dapek nak nolong.


Gambar tahi musang liar dikeringkan kemudian akan di asing-asingkan biji kopi, dan di proses menjadi kopi. Semua proses adalah by hand tau, takde bantuan mesin. Gila gigih dok buat benda alah ni. Patutlah mahal nauzubillah. Orang Indo dok cakap, orang Malaysia kaya. Erm......tu je aku mampu cakap.

Pantai Parangtritis

Pusing punya pusing..last2 amik keputusan ke Parangtritis. Kota Jogja ke Parangtritis dalam 30 min ke sejam jugaklah perjalanan. Lalu kawasan2 kampung bagai. Parangtritis ni pantai. Konon nak tengok sunset la. Tapi sini sunset takdelah cantik sangat. Macam biasa jer. Lagi cantik kat Krabi. Tapi dah datang enjoy je lah apa saja yang ada kat situ. Pasirnya hitam, Cantik airnya. Tapi diorang tak jaga lah tempat ni. Sayangnya. Sampah di merata-rata. Nak duduk tepi pantai pon kena kuis2 sampah. Erm...spoil lah..dengan anjing berkeliaran.


Tapi suasana baru yang tidak terdapat di pantai2 lain, sini ada kereta kuda. Boleh menelusuri sepanjang pantai. Tak mahal pon, cuma aku sang pencinta binatang ni. Memang tak suka la penganiayaan sebegini. Kuda ni, kaki dia kurus jer. Huhuhu, tau ajelah lari tepi pantai, dengan pasir cenggitu, berat kami cenggini, geleng kepala kuda itu..huhuhu...






Kat hujung pantai tu ada air terjun buatan rasanya, dari resort atas tu. Pak Bendi (Kereta Kuda) tu yang cerita beria tapi satu menda aku tak paham. amik-amik gambar sampai lebam. mula-mula ingat nak ambil pakej bendi timur ke barat..tp bendi ke barat saja pon, aku dah tak sanggup tgk kuda tu. So skip lah yang ke Timur. Ada pantai lagi belah sana, lagi cantik katanya. Wallahualam. Halal je lah.

Kami sewa tikar kat sini. Lepak2 tunggu sunset. Tapi eloknya matahari nak hilang, hujan la pulak...Kelam kabut kami lari. Hehehehehe...best lepak sini. Aku terkentut-kentut je kat sini. ada sekali tu terkuat, semua pandang, buat tatau ja. Hahahaha tak senonoh kan.


Lepas je balik dari Parangtritis, kami singgah makan malam, and then terus pak supir hantar balik. Macam rugi je amik supir utk 1 hari ni. Sbb xdapat gi mana pon. Hujan mencurah-curah....



OUR EXPENSES:
*Makan 135500rupiah
*Baju Batik 48000rupiah
*Parangtritis Tiket masuk 8000rupiah
*Parking Parangtritis 10000rupiah
*Tikar 10000rupiah
*derma ke pengamen 3000rupiah
*Makan malam 60000rupiah
*kereta Kuda 51000rupiah
*tips ke jaga parking 2000+2000+2000rupiah 

(sini setiap benda pon kena bagi tips ~janganlah kemut sangat setakat 2000rupiah tu...anggap jelah macam sedekah jariah)


Selesai Hari pertama....
Next Entri....



Monday, January 26, 2015

Trip #adikkakak ke kota Djogja

Assalamualaikum

Monday sickness...



Alkisah pengembaraan saya dan adik ke Yogjakarta 14-17 Januari 2015. Kota yang penuh dengan tinggalan sejarah nya. Alhamdulillah jejak juga kaki ke kota Borobodur tu. So, pengembaraan bermula....

Tiket kami beli dah lama, balik dari Krabi tahun lepas, terus beli tiket. Alhamdulillah dapat free seat untuk tiket pergi. Balik pon dapat rate murah. Kiranya tiket pergi balik dalam RM190 untuk 2 orang tak termasuk insuran. Lepas je kejadian QZ tu kami jadi takut.Langsung amik pakej insuran sekali.


kekeekkekeke....ketawa tutup mulut!!



Yang jadi tak okay nya adalah duit Malaysia jatuh. Dapat sejuta IDR dalam RM282. Sakit hati sebab bulan 10/11 cenggitu, RM262 jer. Menyesal tak sudah. Tapi redha je lah kan. Takkan nak mengeluh menyalak bukit. Ewah cenggitu pulak yer....


Saya pon tak paham kenapa lah Yogjakarta ni tak sefemes tempat2 lain di Indonesia.Pada saya kota Djogja ni memang best. Katanya bandar kedua selepas BALI. Bali belum pernah sampai lagi. Belum ada rezeki. Kepada pencinta sejarah dan alam better lah ke Djogja..ada pantai, air terjun, tanah tinggi, tasik, gunung berapi...complete!!!!

Itenerari saya dan adik selama 4 hari di sini, kami susun sendiri base on perjalanan kawan2 blogger yang lain dibantu jugak Pak Jati Wijaya (perkhidmatan supir kami di sana..nanti saya cerita). Tapi bila dah sampai sana, dan dah nak balik, baru kami perasan...kami banyak buang masa pada hari pertama. So nanti saya bagi suggestion itenerari. kalau nak complete melawat semua tempat 5hari 4malam paling okay. macam saya 4hari 3malam... sepatutnya okay ~ Kalau tak buang masa di hari pertama. ~

Selalunya setiap kali berjalan, hari pertama memang Grumpy grumpy...nak hangin je.sbb badan letih plus jetlag kononnya. mcm trip adik beradik opkoslah...saya dan adik ni banyak persamaan. dan kami lak grumpy pada masa yang sama. tak seronoklah...hehehhehe

P/S : Saya asingkan entri buat 4 part ye ... senang nak cerita... :)

Day 1~ 
Sampai tengahari
Check In hotel
Makan
Rumah Batik
Kopi Loewak
Parangtritis
Becak Berhias
Balik Hotel

Day 2~
Candi Borobodur
Ketep Pass
Merapi Trip
Gadjah Mada Universitas
Malioboro

Day 3~
Daeng plateau Trip

Day 4~
Prambanan Temple
Balik ke Malaysia

Mula-mula saya nak cerita pasal hotel dan driver/supir kami di sana.

Kami ambil hotel dari AirAsiaGo...sebelum tempah boleh la survey2 atau banding2kan dulu harga dengan Agoda atau Booking.com atau Trivago atau apa sajalah...Dan kami buat tempahan setelah membanding2kan harga tersebut. Orang kata kalau tru AirAsiaGo ni mahal...so kena banding2 dulu harga.

Dapatlah penginapan 4h 3m di Hotel The Phoenix (The M Gallery)

Hotel Phoenix sangatlah cantiknya adoiyai-- tetiba rasa segan lak dok hotel mahal2 ni (hihihii gedik)

1st impression mcm suram je tempat ni, tapi bila kami round2 malam tu...Wallahi, taksub sebentar dengan deco dan segala2nya yang in detail...sampaikan tagging2 semua dlm bentuk plat..bukan tulis tangan tampal jer. Taksub!! Pada saya hotel ni dah cukup gah. Belum lagi gi hotel2 mewah yang lain kan. Erm...kerdilnya aku tak pernah gi hotel mewah. :)

HOTEL + FLIGHT RM645




Untuk perkhidmatan driver lak, kami amik dari Ganesha Tours

Kami dah malas nak survey2, so amik je lah sepsiap tour utk 4hari...walaupon agak ralat hari pertama dan terakhir sekejap sangat pakai kereta, tapi dia kira penuh...takpelah rezeki mereka di situ..halalkan aje memandangkan tokey dia pak Jati ni sangat2 available, anytime kita wassap tanya or mintak pendapat...dia okay je melayan.So ada rasa "its okay" kat situ.

Kalau memerlukan khidmat pengangkutan di Jogja boleh kawtim ngan tokey yer....tokey muda lagi.

Wassap no ni: +62898-5101301 (Encik Jati Wijaya)

Macam saya..amik kereta avanza untuk 4hari...2orang je dalam tu, memang selesa badaklah. Hari pertama Avanza warna hitam, hari kedua silver, hari ketiga putih, hari keempat hitam balik. Hahahaha...bertukar2 kereta engko...kihkikih


COST SUPIR 2.4 JUTA RUPIAH untuk 4h3m

Cuma masalah saya kat Djogja ni, bahasa....saya blur blur nak tangkap apa diorang cakap. Diorang cakap Jawa Asli...memang Jawa sangat lah. Jawa Malaysia pon saya xleh tangkap..hehehehe Tapi klu diorang cakap bahasa indonesia dalam sinetron tu saya paham ajer..Dan kebanyakkan mereka boleh bertutur in English jugak...SO okaylah. Kalau tak pandai sangat. Diam ajer...hehehehahe

Sehingga bertemu di next entri...






Monday, January 12, 2015

SALAM 2015

salam 2015

macam tak percaya dah 2015..wow..

recap tahun 2014(utk diri sendiri):

1-Kena tukar seksyen
2-Buat hobi baru *hobi berjalan jalan habiskan duit *hobi melalak sakitkan tekak
3-Dengan hobi baru saya dapat berjalan ke Krabi dan Bandung (walaupon tak jauh mana~Alhamdulillah)
4-Pemergian ayahanda tersayang ~Abah pergi buat selama-lamanya tanggal 25 Ogos 2014
5-Perancangan untuk percutian tahun 2015 inshaAllah semoga dipermudahkan

recap tahun 2014(keseluruhan):

Baru je mulakan hobi naik kapal terbang
*MH370 *MH17 *QZ8501
masha Allah mintak dijauhkan

:'(

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...