Thursday, January 29, 2015

Day 1~ Trip #adikkakak ke Djogja ~

 17 Januari 2014~Rabu

Rumah batik   -   Parangtritis   -   Pusing-pusing Djogja

Okay kalau semua dah ready, aku nak start dengan hari pertama kami.

Flight kami takdelah awal sangat pon. Pukul 9 pagi. Tapi kami sampai KLIA2 punyalah awal. Pukul 6.30 pagi dah tercongok kat balai pelepasan KLIA2..bukan apa. sbb 1st tym naik flight dari KLIA2. Takut terlepas flight la kononnya. Tapi pagi2 pon kedai dah buka. Nak breakfast Nando's pepagi pon tade hal lah. Sampai2 je KLIA2, round2, tengok jam masih awal. So kami amik keputusan, nak breakfast sepsiap kat sini. Malas nak tahan2 perut makan atas flight atau kat Indo nanti.

Jalan punya jalan, sampailah kat kedai mamak hujung sekali. Lupa nama kedai. Makan set nasi lemak rm12.50 siap air. Sebab nak air free, hadap jelah minum coke ais pepagi buta. Aku and adik memang 'BERKIRA' banyak. Bukan APA, dari buang duit ke arah benda-benda sebegitu. Baik kami forwardkan ke trip depan. Biasalah dua beradik yang Bercita-cita besar tapi berbudget sedikit.


set nasi lemak dan air coke RM12.50

Okaylah..melalut pulop. Lepas makan, lepak-lepak kejap. Kami terus ke Pelepasan Antarabangsa. Ramai nya orang..terutamanya mereka-mereka yang nak pulang ke tanahair mereka ~Indonesia. Semua gate penuh. Gate kami je tak ramai orang Indonesia. Dua tiga family jer.


Kasut berjalan aku and adik. Akunye kasut hampir2 arwah dah tu. Macam dah kena cari kasut berjalan baru. Ermm...

tunggu punya tunggu punya tunggu. Tibalah masa untuk berlepas. Estimated time 2hrs 35min from KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT 2 ke BANDARA ADISUCIPTO. Tapi dengan cuaca plus turbulence. Sampai 3jam lebih kami kat udara. Alhamdulillah setelah hampir muntah mual bagai, sampai jugak. Kat Yogjakarta ni, kena isi Custom Clarification Form tu. Wajib. Masa kat Bandung aku rasa macam isi, tapi dia kata tak perlu. Ke acaner...emmm..pape pon isi lah. Kelam kabut jugaklah kat airport tu.situlah nak cop pasport, situlah nak amik luggage, situlah nak beratur submit departure n arrival form tu...kat situlah nak scan bagasi bagai..fenin lah fenin....huhuhu akhirnya begitu begini settle jugak akhirnya.
 

serabai mak jemah sorang ni...3 jam atas flight la katakan. Sbb dah bagitau estimated time bila enhance sket time, bontot dah panas bagai. mulalah...serabai matzain...kahkahkahkah..tapi masa berlegar2 kat ruang udara jogja tu...walaweh...lawa aih scenery...


Mula-mula sekali kami minta Pak Supir ~Pak Haryanto namanya~ hantar kami untuk check in kat hotel. Mula2 ingat nak check in pahtu terus gerak keluar gi berjalan-jalan. Tapi dah masuk bilik, mulalah nampak bilik air tersergam indah tu, langsung rasa nak mandi. Pak supir macam biasa, menunggu lah kat lobi hotel, dalam kereta. Mula-mulanya jumpa Pak Haryanto ni agak pendiam, dan kami pon memanglah grumpy grumpy....2nd 3rd day dah start mesra alam. :)

Pertamanya, gi isi perutlah dulu, sebab lapar terok.Pak Supir bawa kami gi makan kat kedai apa ntah.Tak ingat. Tapi makan kat situ memang sedap.



Set nasi dan ayam goreng..free lelapan..lelapan tu ulam-ulaman tu leh...harga 92000rupiah plus air air bagai dalam 135000rupiah (around RM45) la. Makanan sepanjang kat sini alhamdulillah, boleh masuk tekak dan tak keluar balik. Sedap jugaklah. Ayam plak dorang pakai ayam kampung. So kurus2 je lah...abaikan kepala ayam tu. Walaupon rupanya sebegitu, tapi alhamdulillah sedap. Ingat nak datang lagi hari last., Tapi hajat tak kesampaian.


Masa mula2 round, a bit lost jugaklah. Taktau nak pergi mana, dengan cuaca panas bagai. Rasa nak marah jer. Pahtu bila tanya adik, sana tanak gi, sini tanak gi. Kan aku dah bagitau, kami grumpy masa yang sama. So bila sorang berangin, sorang lagi pon berangin. Macam nak lawan tarik rambut pon ada. Hahahaha...

Rumah Batik

Tempat pertama kami pergi adalah ke Rumah Batik. Batik takdelah murah-murah sangat. Tapi okaylah harga dia. Range RM30-ratus2 lah..hehehehe kat sini kami tak beli apa pon. Biasalah, kemut aka kede..hari 1st kan???hehehhehe ni gara-gara kami kena deposit hotel 600000rupiah. Unexpected...So dah lari sejuta dari budget kami. Walaupon tahu akan dapat balik duit tu hari last. Hehehehehe.... Batik kat sini lebih berkualiti, basuh banyak kali pon tak luntur warna. Kata salesgirl tu. Memanglah kan...tempat jual batik kot. Tapi, batik Malaysia lebih cantik (pada pendapat akulah)


Tempat Memproses Kopi Tahi Musang

Lepas tu pak supir ajak singgah kat rumah perseorangan. Pengusaha kopi luwak. Kopi luwak ni kopi dari tahi musang. Dalam bahasa jawa luwak tu musang. Packaging pon diorang wat cantik-cantik dengan nama Loewak. Ada 2 ekor musang kat rumah ni. Tapi menurut owner rumah, bukan pakai tahi musang yang diorang bela tu. Tapi musang liar. Whatever lah. Aku tak berapa berminat benda-benda macam ni. Owner rumah bagi kami rasa secawan kopi tanpa gula..original..tumbuk sendiri...pergh kaw.leh rasa sampai sekarang. Sejak balik dari Jogja lom minum kopi lg. Mcm nak muntah bila teringat. Hahahaha...Kopi mmg kaw.Kalau pencinta kopi mesti suka. Aku tak sampai hati nak menolak, so kami minum jugak. Kopi termahal kat dunia kot...masa nak minum tu, owner rumah jerit "have a shit" ~hahahahhaha~ tapi mahal nye kopi ni, 50g (12 cawan kopi) harganya RM80. Pergh..dengan bajet ciput memang. sorrylah tuan rumah. Tak dapek nak nolong.


Gambar tahi musang liar dikeringkan kemudian akan di asing-asingkan biji kopi, dan di proses menjadi kopi. Semua proses adalah by hand tau, takde bantuan mesin. Gila gigih dok buat benda alah ni. Patutlah mahal nauzubillah. Orang Indo dok cakap, orang Malaysia kaya. Erm......tu je aku mampu cakap.

Pantai Parangtritis

Pusing punya pusing..last2 amik keputusan ke Parangtritis. Kota Jogja ke Parangtritis dalam 30 min ke sejam jugaklah perjalanan. Lalu kawasan2 kampung bagai. Parangtritis ni pantai. Konon nak tengok sunset la. Tapi sini sunset takdelah cantik sangat. Macam biasa jer. Lagi cantik kat Krabi. Tapi dah datang enjoy je lah apa saja yang ada kat situ. Pasirnya hitam, Cantik airnya. Tapi diorang tak jaga lah tempat ni. Sayangnya. Sampah di merata-rata. Nak duduk tepi pantai pon kena kuis2 sampah. Erm...spoil lah..dengan anjing berkeliaran.


Tapi suasana baru yang tidak terdapat di pantai2 lain, sini ada kereta kuda. Boleh menelusuri sepanjang pantai. Tak mahal pon, cuma aku sang pencinta binatang ni. Memang tak suka la penganiayaan sebegini. Kuda ni, kaki dia kurus jer. Huhuhu, tau ajelah lari tepi pantai, dengan pasir cenggitu, berat kami cenggini, geleng kepala kuda itu..huhuhu...






Kat hujung pantai tu ada air terjun buatan rasanya, dari resort atas tu. Pak Bendi (Kereta Kuda) tu yang cerita beria tapi satu menda aku tak paham. amik-amik gambar sampai lebam. mula-mula ingat nak ambil pakej bendi timur ke barat..tp bendi ke barat saja pon, aku dah tak sanggup tgk kuda tu. So skip lah yang ke Timur. Ada pantai lagi belah sana, lagi cantik katanya. Wallahualam. Halal je lah.

Kami sewa tikar kat sini. Lepak2 tunggu sunset. Tapi eloknya matahari nak hilang, hujan la pulak...Kelam kabut kami lari. Hehehehehe...best lepak sini. Aku terkentut-kentut je kat sini. ada sekali tu terkuat, semua pandang, buat tatau ja. Hahahaha tak senonoh kan.


Lepas je balik dari Parangtritis, kami singgah makan malam, and then terus pak supir hantar balik. Macam rugi je amik supir utk 1 hari ni. Sbb xdapat gi mana pon. Hujan mencurah-curah....



OUR EXPENSES:
*Makan 135500rupiah
*Baju Batik 48000rupiah
*Parangtritis Tiket masuk 8000rupiah
*Parking Parangtritis 10000rupiah
*Tikar 10000rupiah
*derma ke pengamen 3000rupiah
*Makan malam 60000rupiah
*kereta Kuda 51000rupiah
*tips ke jaga parking 2000+2000+2000rupiah 

(sini setiap benda pon kena bagi tips ~janganlah kemut sangat setakat 2000rupiah tu...anggap jelah macam sedekah jariah)


Selesai Hari pertama....
Next Entri....



No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...