Monday, February 16, 2015

Day 3~Trip #adikkakak ke Djogja

Assalamualaikum

Dari satu entri ke satu entri, bertahun baru nak habis. Sekarang ni kepala otak dok set up persiapan next TRIP kami. Tu yang lembap sangat nak update blog. Cerita Jogja pon lom habis lagi kan. Dah ada planning nak gi tempat lain pulak.

Cuba teka mana kami nak pi next???

Tak gi mana pon, balik kampung halaman jap. Jumpa sedara mara. Heheheheheh ~hehehehe

Untuk day 3 di Djogja. Kami meneroka ke Daeng Plateau. Sehari suntuk kat sana. Sebab jauh dari bandar Djogja. Alhamdulillah, pada saya berbaloi perjalanan tu. Pemandangan sepanjang perjalanan pon best. Nak ke Daeng dari kota Djogja dalam 3-4 jam jugak. Lalu jalan2 kampung. Alahai keciknya jalan. Dahla bawah tu gaung. Alhamdulillah, kami selamat sampai dan kembali. Sejuk sangat kat sini di tambah pulak cuaca hujan dan mendung. Memang bertambah-tambahla sejuknya. Best....Menggigil..... ~hehehehhee

Pengembaraan bermula....~wink wink~

Hari ni tak macam semalam, kami keluar macam biasa.Kul 8. Sbb dah makan nasi semalam berkuahkan megi POP (sedap woo) kami dah tak mintak pak supir berhenti breakfast. Kami bawa bekal roti in case lapar dalam perjalanan. Supir berhenti kat kawasan kampung untuk makan. Kesian dia, kami dah makan dulu. Jimat punya pasal. Tapi tak kisah pon kalau nak belanja supir makan. No hal lah.

Perjalanan 3jam lebih tu rasa dekat je sebenarnya, lalu kawasan2 kampung bagai. Best tgk cara hidup orang ni. Nama pon berjalan kan. Apa salahnya. Daeng Plateau ni tinggi. Macam kita gi Cameron la gitu. Plateau means BANJARAN. So, kiranya banjaran Daeng lah. Cuma jalannya super extreme. Kalau tengok ke bawah, gaung tu bapak ngeri. Tapi, sejuk dan nyaman ja kat sini. Kami buka tingkap jer. Memang best. Lagi sejuk dari Cameron rasanya.


First pitstop adalah menara tinjau. Masa kami sampai atas ni, kabus tebal. So tak nampak suasana kampung kat bawah. Tapi sekejap je, lepas tu angin tolak semua kabus ~bawa daku pergi lalalala~ Kat sini feeling dia sama macam minum teh kat Cameron tu. Hehehehe, best, sejuk2 minum air panas. Saja ja order Cappucino panas. Cappucino peket je pon, ngan fries. Fries pon, kentang tu dia potong pahtu goreng. Simple je pon.


Laki aku cakap aku dah ada rupa orang sana. Siot jer. Dengan tudung bengot2 sebab terhantuk2 dalam kereta. Tertido dua minit je paling lama, pahtu terhentak2, berpusing2, macam naik jeep gi merapi ja. Kat pittstop pertama ni, kami berhenti tinjau2 suasana kampung kat bawah tu, minum2 lepak2 dalam setengah jam, pahtu teruskan perjalanan ke puncak banjaran, tempat terletaknya semua attraction.

2nd pittstop adalah, Telaga Warna. Ha, kat sini rasa macam terbukti jer cakap suami aku. Beria aku sua duit 100k untuk internasional tourist. Sekali dia tanak, dia mintak harga domestik/tempatan. Memang bagai orang lapar disua nasi ayam la jawabnya. Cepat-cepat kami masuk laju-laju sebelum dia panggil balik. Kat sini macam hutan lipur biasa jer. Jungle walk. ~ngeeeee

Jalan dalam sikit jumpalah Telaga Warna. Memang cantik air tasik. Kalau ikut kan, sama je suasana tengok tasik putrajaya tu. Tapi feeling je lah lain. Sebabnya, warna tasik dia macam pelik sikit. Hasil google, info tentang telaga warna agak menarik. Warna terhasil dari kandungan sulfur dalam tasik, plus warna tasik yang biru, plus biasan cahaya matahari. Wa, macam pelangi. Bertukar2 warna. Sangat cantik air tasik ni. Serius. Ditambah dengan cuaca sejuk. Best. Dalam ni saja macam2 attraction, and ada juga orang tempatan dok menjual jagung bakar. Lepak2 bercinta cintun, memang bestla tempat ni.

Kami ambil kesempatan berjalan agak jauh ke dalam, kat dalam tu ada 3 gua, dan gua-gua ni masih aktif dipuja. Salah satu gua yang menarik perhatian aku, adalah gua hamil tu. Menurut kepercayaan, mitos, suatu hari tu, ada seekor kuda betina, lari masuk ke dalam gua ni untuk berlindung dari hujan. Tak lama selepas tu, kuda tu keluar hamil. Wah, hehehehe~ So, ramailah yang datang dari pelusuk dunia, yang berhajatkan anak, datang minum air dalam gua ni... Sangat tahyul kan. Hehehehe...Setiap gua ada cerita, dan setiap gua ada patung2 kepercayaan dorang. So.....memang memberi sedikit impak seram kat aku.  ~errrrkkkkkk


~Betapa di bumi Allah, sang Pencipta maha pengkarya~






Gambar di atas semua nya gambar2 di sekitar Telaga Warna.



Kemudian 3rd pittstop, kami gi ke Kawah Sikidang. Satu-satunya kawah yang kita boleh tengok dekat2. Hujan mencurah-curah. Dan bau sulfur amat-amat menusuk hidung. sebab aku ada asthma, adik aku tak teragak2 belikan aku penutup hidung tu. Selalu berkira sangat nak kuarkan duit. Pahtu, pak supir pinjamkan payung. Erm, hancur payung tu. Rosak sebenarnya. Cheh ~abis basah kami. Dahla menggigil2 sejuk. Kena hujan lagi, Bau sulfur lagi....Full stop....

Tapi, pemandangan kat sini sangat breathtaking, takkan korang dapat kat mana2. Tetiba rindu lak nak sejuk menggigil macam tu. Kekekekeke...Kalau ada chance, memang nak datang lagi Jogja. Tu pon kalau dah xde sangat tempat nak pergi. :) :)

Next...

Kami teruskan perjalanan, jam pon dah pukul 3petang, kalau tak balik sekarang, kena bayar overtime pak supir lak kalau xsempat sampai hotel sebelum kul 8malam. Tapi pak Haryanto bawak kami pusing-pusing kat Daeng tu, best lah tengok cara hidup dorang ni. Cara hidup orang di perbanjaran. Pakai baju bulus, sarung tangan...wah, fefeeling Korea la plak...kikiki...

Sebab dah kebuluran, kami mintak pak Haryanto carikan kedai makan halal. Pusing pusing dan pusing pak Haryanto kata takde kedai bersih. Tak berani nak singgah. Lagipon kami request nak makan nasik. Jadinya, kami berlapar sekejap sementara pak Haryanto jumpa kedai yang best. Alhamdulillah, ada kedai makan. Kami singgah. Order nasi goreng ayam, pak hayanto oder nasi goreng kambing. Dan as expected, nasi goreng yang sangat sedap selamat masuk perut. Macam nasi goreng kat Ketep Pass jugak.

Sampai hotel around 7.45 malam. Balik bilik, mandi bersihkan diri. Start packing hasil2 tangkapan sepanjang kat Djogja dan kira balance duit untuk perbelanjaan esoknya.

End day 3 di Yogjakarta.

Expenses Untuk Hari Ketiga

> Toilet kat Telaga Warna 2000rupiah
> Tiket masuk Telaga Warna 10000rupiah (2pax)
> Tiket Sikidang 100000rupiah (2pax)
> Mask 2000rupiah
> Makan 122000rupiah (2kali makan)

P/S :

Rezeki muka/dress up ala-ala orang seberang dua kali dapat tiket domestik. Rezeki Alhamdulillah, Pak Haryanto kata Harga Tiket Kasih Sayang. Tak kisah la kasih sayang ke tidak, asalkan dapat tiket murah. Jimat banyak weh.... Kalau tak kat Telaga Warna 100k kot...kihkihkih....Kat Sikidang ekceli tiket tak sampai pon 100k..tapi kami bagi je balance kat Pak Haryanto. Kalau tak kerana dia xdapat kami harga kasih sayang tu.

Sekian.


No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...