Monday, May 25, 2015

Part Two ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis

Sempoerna Getaway Hari Kedua ~18/04/2015
Part One ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis di sini :)

Nyaman betul bangun2 pagi tengok laut. Dlm itenerari hari ni aktiviti island hopping n panjat bukit bohey. Seawal kul 7pagi kami bangun untuk sarapan dan bersiap sedia. Bawa kelengkapan semua
~kelengkapan berenang kejar penyu...kelengkapan mendaki dan sebagainya.~

Pagi ni bekpes org kampung sediakan mee goreng dan telur goreng. mee goreng tu bolehla makan, tapi aku mmg tak gemar mee goreng ni. Baik makan nasi putih ngn telur. Lagi nikmat. Hihihi..tapi sbb travel n dok tempat orang kan. So aku pasrah je. Alhamdulillah aku ni jenis boleh telan apa saja. In sha Allah, cuma suka dengan tidak jer.


Pagi-pagi lagi tgk budak-budak Bajau Laut dah bersiar-siar, lepak kat jeti Pulau Selakan. Selambe je bawak adik kecik naik sampan. Aku yang kancing gigi nengoknye.



Orang bajau laut ni berbeza dengan bajau2 lain. Bayangkan semua kehidupan mereka berkisar tentang laut dan air laut. Masak pakai air laut, mandi air laut, basuh baju air laut..mana tak kejung keras rambut dorang. Rambut dorang tu original tau bleached, bukan sengaja dorang kaler rambut tu.

Apa2pon tengok dorang ni memang bebas la. Hidup di samping nature..alam semulajadi. Sangat swag lah....

Lepas sarap, kami terus gerak naik bot ke Bohey Dulang, destinasi pertama kami pagi tu. Baru separuh perjalanan, bot lagi satu rosak, terpaksa bot kami tarik bot tu. Towing la bot rosak tu sepanjang hari. Nasib baik selamat sampai destinasi... Sesampai kat Bohey Dulang, masya Allah, Subhanallah cantiknya.

Aku tak larat nak panjat bukit so aku lepak kat bawah je, snorkelling dengan abang bot. Yay, ketakutan terhadap air dapat diatasi..Alhamdulillah. Mula2 panik jugak, banyak kali suh abg bot tarik aku ke bot, bersangkut lima minit, aku lepas pelan2, bila rasa out of gasp aku berenang pelan2 ke bot semula. Macam anak penyu baru belajar berenang aku rasa. Tapi cantik sangat, macam dok dalam akuarium.

P/S: aku tak panjat bukit tu sebab aku rasa nak semput, lagipon kaki aku sakit sebab baru balik menjelajah Korea 12hari. (tak up lagi cerita korea) :)


Lepas semua keletihan atas bukit Bohey Dulang tu, kami terus ke Mantabuan Island. Serius taksub gila tengok air kat sini. Sangat2 superb warna air dia. Cantik kan??? Biru muda. Kat sini banyak gila coral. Asyik terpijak je. Dahla takut terkena landak laut. Ketakutan je..menjerit2. Hahahaha...



Usai snorkelling puas2 kat sini, kami terus gerak ke satu lagi pulau. Pulau Sibuan. Sini pon masya Allah SubhanAllah...keindahan alam ciptaan tuhan. Pasir dia putih sangat. Tapi snorkelling kat sini mcm xbest sebab nya, takde langsung coral. Pasir je. Kat sini aku ngan sorang membe, lepak2 dalam air je...sambil borak2 cerita masalah masing2...best sangat. Time ni kulit dah rasa merengsa, pedih2, dah tau dah kompom garing dah ni dibakar mentari. Tengok muka membe pon dah merah2, sah sah dah terkena jnagkitan sunburn ni. Huhuhu...


Jangan risau nak ke sini, semua tempat dijaga rapi oleh askar2 dan polis2 hutan kita. In sha Allah selamat. Kalau ada suspicious bot yg menghampiri pantai, pasukan2 polis ni dah tahu dulu. In sha Allah selamat.



Hari pon dah petang, kami akhiri hari kami dengan naik bot dan bergelak2 ketawa...best sangat. malam tu bakar2 seafood bagai, makan dengan meriahnya sbb ada org lanja ketam.yeehuuu...aku bahagia.


Gambar yang tengah2 tula bapak ketam. hihihi...

Malamnya lepas berborak2 sakan, dan ada nite adventure redah laut y dah paras lutut tu..kami pon tidur dengan bahagianya. malam tu dengkuran makin kuat, almaklumlah, letih...lalalalala

Part Three ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis di sini :)


1 comment:

zamzarina said...

hahaha.. ayat akhir tu..hahahha...:P

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...