Tuesday, May 19, 2015

Part One ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis



Sempoerna Getaway Hari Pertama ~17/04/2015

Weekend getaway ke Pulau Selakan, Sempoerna. Memang dah plan lama, bos yang plan. Masa setuju nak pergi pon, 50-50 je antara pegi dengan tidak. Bukan apa, banyak sangat berjalan pon, badan tak berapa nak sihat jugak. Trip ni berlaku selepas trip aku ke Korea. Cerita Korea memang akan jadi sangat panjang. So, aku langkau sekejap. Tak pe kan??? hehe

Kami pergi 16 orang, terdiri dari 5bunga dan 11kumbang campur buaya. Ada buaya ada kumbang..Lalalala...

Berkumpul pepagi seawal 5am kat depan KFC KLIA2, pahtu naik kapal terbang yang sama yakni AirAsia (biasalah bajet). Sampai Tawau dalam pukul 10pagi. Driver dah tunggu siap2 kat airport, naik 2 van terus gerak ke Kedai Makan Sup Payau. Betul2 sebelah airport tapi aku rasa macam belum pun kuar dari kawasan airport.

Amende ni sup payau???payau tu kalau dalam bahasa hoemtown aku macam pahit+pijor...tapi rupa2nya, sup payau ni SUP RUSA...oooo kisahnya. Bolehla makan cuma tekstur daging aku xberapa suka. Kalau daging solid, xde lemak sikit2 ni aku mmg kureng sket.

Tak de pulak amik gambo kat sini, sebab kebetulan masa pergi kedai tu xde letrik, MATI KAREN nya. Berkipas makan sup payau. Untuk aku yang suka mencuba semua makanan ni, rasanya boleh tahan je lah. Tak gemor!!

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Sempoerna, Tawau ke Sempoerna boleh tahan jauh, dekat 2jam jugaklah sebab sepanjang perjalanan hujan lebat. Sampai jeti Sempoerna, bot dah sedia tunggu.

Naik bot dalam sejam lebih2 sikit, sampailah kami ke Pulau Selakan Homestay (aku prefer sebut Salakan), not bad. Imaginasi aku, homestay nye kotor dan lama, tapi sebenarnya sangat bersih dan selesa. Memang basic amat, tapi best. Fefeeling tido kat hostel, chit chatting sepanjang malam, kacau orang sebelah tido. Pengalaman yang best ekceli.

Baca kat blog dan ada yang takut2kan kami, susah nak me"nature call" kat sini. Tapi alhamdulillah nasib kami baik, siap dah ada toilet duduk dalam bilik tau. Kami la yang rasmikan dulu. Yeehuuu, xyah la nak malu2 kalau nak gi mandi bagai. Nak berkemban ke, nak telanjang ke...Dalam bilik aje. Air pon alhamdulillah ada.

Hari pertama sesampai je, kami lepak2 kat luar bilik, beranda dia panjang ala2 rumah panjang. Bergelimpangan semua kat beranda. Kat sini air panas, free flow 24 jam, ada kopi milo susu gula bagai, self servis lah. Layan diri sendiri. Budak2 laki mmg rajin bancuh air petang2 lepak2 kat beranda. Yang pompuan ni tunggu air owner siap bancuh je. Hahahaha, nampak benor pemalas nye. Haha...


Tengok air tuh, jernih kan??? Geram je rasa macam nak terjun. So hari pertama ni xde la beraktiviti sangat. More to aktiviti bebas je lah. Minum2 lepak2, getting to know each other, ko buat lawak aku gelak, aku buat lawak ko terlopong...gitu lah kekdahnya. Kami yang pompuan2 solehah ni duduk2 je kat jeti, goyang2 kaki ala2 pompuan kampung sejati. Yang lelakinya kuak lentang kuak lemas kuak kupu2, kuak dugong pon ada..memacam lah...yang dok peluk tiang tak lepas2 ape kes, aku pon tak paham. Lalalala..dan petang tu kami tgk Ruby dan Nyamuk (kami punya Tour Guide la gitu) buat demo DIVING, beria kawan aku ajak aku Diving, taktaulah mampu ke idak nak menyelam.

Masa ke sini, aku 70-30 nak masuk air, perasaan takut terhadap air masih lagi menebal. Nak tau aku berjaya overcome ketakutan/fobia aku atau tidak. Kita tunggu next entri. Jeng jeng jeng...

Aktiviti aku time travelling, macam biasa, tengok sunset, maha suci Allah, sunset kat sini magnificent, awesome, terbaek....semualah!!! Dia punya skyline tu, perghhh....telan air liur. Tenang ya Rabbi, buat aku terindu-rindu. Kalau baru kawen datang sini, lepak2 ngan suami tercenta sambil minum kopi, tengok budak2 bajau race motobot. Wah heaven nokkkk....


A picture is worth a thousand words. Memang ada edit sket, tapi serius, memang worth it la u came all the way from semenanjung, naik flight naik van naik bot...lagi banyak tempat kita lawati, lagi kita akan sedar, betapa Allah SWT tu maha pencipta. Setiap tempat tu berbeza2 kecantikannya...

Lepas sunset, malam pon menjelma....without darkness the star wont shine..tetibe...kikiki

Aktiviti malam, adalah makan, dan berdengkur sampai kawan sebelah takleh tido, tapi yang xbestnya, aku yg x boleh tido ni. apa kes??? aku nye pesen ko letak la bom sebelah tinge, memang boleh tido, tapi aku tak boleh tido sebab PANASSS....setiap sejam aku terjaga. Last2 aku tido atas lantai dekat dengan pintu nak ke toilet, ada open air kat situ....perghhh..berpeluh makcik.

Apa pula aktiviti kami esok hari??? Sambungannya menyusul lapan hari lagi....huhuhu...Doa2kanlah aku rajin...lalalalala


Next entri ....Part two ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis

1 comment:

framichele said...

Great pictures!
I am sorry, that I cannot read your language...