Monday, December 31, 2012

Tahun 2013 Yg Masyhur

wrapped up tahun 2012

* mak kena kanser payudara n terpaksa menjalani major operation (buang sebelah payudara), saat2 yg amat mencemaskan sbb aku amat2 sayang mak aku n sgt2 takut menghadapi 'kemungkinan' yg bakal terjadi..alhamdulillah walaupon masih tetap kena menjalani rawatan2 susulan, tiada komplikasi..yg penting mak sihat walaupon xsepenuhnya

* bapak mertua meninggalkan kami semua buat selama2nya...unpredictable sgt2 sbb dia taklah sakit mcm abah aku sakit...so sudden, kerana heart attack, kami kehilangan arwah buat selama2nya...Arwah seorang yg sngt baik, peramah, ske wat kelakar, wlupon strict n kami amat2 menyayangi arwah..sampai sekarang kami masih dpt merasa seakan2 arwah masih bersama kami....apa saja yg kami buat mesti ada selit2 kenangan bersama arwah sbb arwah ni ske berseloroh...Alhamdulillah, arwah pergi dengan tenang sekali walaupon suffered selama seminggu di ICU....

Al Fatihah buat Allahyarham Hj Dilah Bin Samat
Semoga di tempatkan bersama2 para solihin dan anbiya'

* adinda aku menikah wei...tu cerita gembira lah..lepas sorang lagi. kurang beban mak kot!!hopefully adik aku tu bertambah matang dan kami benar2 berdoa dan berharap agar beliau dapat mengemudi bahtera rumahtangga mereka n kekal sehingga ke akhir hayat...dan juga kami amat2 berharap adik aku Azhari dan isterinya Aishah dapat jaga mak n abah sebaik2nya..itu ja harapan kami....

harap2 tahun 2013 lebih smooth dan semua yg aku harapkan menjadi kenyataan dan dimakbulkan tuhan...Amin YA RABBAL A'ALAMIN....

so apa resolution aku utk tahun 2013???

tahun ni aku xder goal sgt

cme berdoa agar Allah terus-terusan membuka pintu hati kami dan juga pintu rezeki buat kami berdua...In sha Allah...hanya berharap kami akan jd insan terbaik (better as person)(better as ummah)(better as friend)(better as family members)(better better better dlm apa jua yg kami ceburi/pergi...

AMIN YA RABBAL A'ALAMIN


P/S : juga berharap kami berdua akan menjadi Mr n Mrs Bear forever n ever n live together happily ever after forever n ever......:)


Thursday, December 20, 2012

Hari Yang Panjang

Fuh..baru separuh hari dah rasa mcm nak berenti keje je..macam2 benda yg jadi dlm separuh hari...
Hahahhaha...

Jom conteng2 dlm blog luahkan perasaan

Xder apa pon senarnye, sesaja ja bikin panas pagi2 khamis ni, cpt2lah weekend..tak sabra nak cuti

apa yg dapat disimpulkan...

Walau sebaik mana pon kita kat dunia ni, kalau orang dah busuk hati tu, tetap nampak yang salah jer. Apa yang penting teruskan lah buat benda baik, sbb semuanya ada balasan dr Allah. Abaikanlah manusia2 nie, bukan diorang yg tentukan ko masuk neraka ke syurga. Yang penting Allah tau apa yg kita buat...

Kalau buat salah admit jerlah..mengaku tak bermaksud kalah. Tapi bererti kita kuat dan berani mengaku kesalahan tu mulia..waaaa....aku mengaku sebagai manusia biasa mmg banyak jin2 jahat dalam diri aku nie...so admit jelah. yg aku hanyalah manuis biasa yg memang biasa buat salah. n kebetulan, Tuhan sayangkan aku, semua salah aku Tuhan bg org nmpak...so pada masa yg sama, tekanan dr org2 yg nmpak salah aku secara sengaja atau tidak ni, buat aku lebih berhati2 agar tak wat silap lagi...7 tahun keje takkan satu salah pon ko dah tewas...

Kesalahan, makinan, teguran anggap je sebagai salah satu benda yg perlu ada #mcm yg terkandung dalam fail meja jugak!!!!#

so Azfa....wake up jgn down2....

abaikan je, 2 3 hari org lupa lah....

:'( mood benyek!!!!!


Thursday, December 13, 2012

Raikan cinta azhari+aishah

Oh Gosh!!

tak bley upload gambo lagi...


so segala cerita terbaru silalah ke blog saya lagi satu

saya dah update majlis perkahwinan my dearest little brother....

so layan zass zass okeh!!!

Sunday, December 2, 2012

Saya Kenal Sayang Saya

Dah lama tak dengar lagu 150 juta nie..penyanyi original adalah FYN JAMAL..first tym dgr pon dah suka..n foremost En Bear penah post lirik lagu ni masa kami gaduh..sbb dia tau aku sgt suka lagu ni....

sekarang ni dah ada versi Ainan Tasneem..op koz la lagi best sbb muzik dah di olah...

kalau FYN JAMAL dia strumming pakai guitar jer...

Cuba dengar...mmg best!!!!

150 JUTA by AINAN TASNEEM

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”

“Aku lagi kenal dia”
Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”

“Saya kenal sayang saya”
Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya

Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna

Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa

Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala

Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Saturday, December 1, 2012

RENUNGAN BERSAMA

:: TANGISAN RASULULLAH KERANA WANITA ::

✿~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..
✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..
✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..
✿~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...
✿~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..
✿~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..
✿~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..
✿~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

p/s : Wahai wanita sekalian, silalah ambil IKTIBAR DAN PENGAJARAN..♥♥

Alamak...

aiyok alamak...apa sudah jadi..

dah xley masukkan gambo lagi dah..dah cukup kuota la pulakk..

ottoke

wut to do..

ada sesape tau??tutorial sket apa harus aku buat..huhuhu

Friday, November 30, 2012

Raeesa sebelum dan selepas

Jom kita intai2 apa reaksi Raeesa semasa trip ke Legoland aritu....

Semasa di legoland, Raeesa sngt behave


sangat behave kan..dia hanya dok dlm stroller

enjoying herself tanpa buat riot kat legoland

lalan puji Raeesa memang seorang GOODGIRL





tp...
bila sampai otel jer

Raeesa mula bertukar wajah
she still enjoying herself 

but
in different ways


bab angkat kaki letak atas sofa tu yg sangat samseng

lalan also said : daebakkkk raeesa!!!awak mmg GOOOOODGIRL #la sangattt....

P/S : Lalan sangat sayang Raeesa!!






Sunday, November 11, 2012

Penyatuan Cinta Dua Jiwa ~anda dijemput Merai

.Assalamualaikum

Saya sebagai wakil pengantin lelaki (iaitu sang adik saya) ingin bersukacita dan amatlah gembiranya menjemput semua rakan2 taulan adik saya dan rakan2 taulan sedara2 saya dan rakan2 taulan saya sendiri...

Datang meraikan dan megimarahkan majlis Penyatuan Dua Jiwa antara adik saya AZHARI BIN HAJI BAHARUDIN dengan pengarang jantung buah ati nya yg amat dia cintai #la sangat# NOOR AISHAH BINTI MOHD YUSOF aka Scha Al-Ucop #kununnya glemer# pada 9 Disember 2012 bersamaan 25 Muharram 1433H

Bertempat di No 235 A Kampung Pondok Labu Keladi, 09000 Kulim, Kedah Darulaman.

Ada lg sebulan untuk anda2 kumpul duit banyak2 wat tambang n beli adiah besaq2 okies.....hehehehhehe



Sila2lah dtg merai yer kawan2...yg tak dapat datang bolehlah baca doa kat atas ni banyak2 kali...doakan kebahagian mereka berdua yer....

N kalau nak kad bleyla tggalkan nama dan alamat penuh utk dipos kadnya :-


dan di kesempatan nie...saya nak ucapkan tahniah berjuta2 lemon tahniah kepada adik ipar saya punya adik yg dahpon melangsungkan adat akad dan nikahnya pada 10/11/12 yg lalu..pandai depa no pilih tarikh baik punya!!!! semoga berbahagia hingga hujung nyawa.....nak nyanyi sket ni "Allah selamatkan kamu...lalallalalala'' nak dengar versi penuh kena beli album lah...hehehheheh..tahniah2 tahniah tahniah...jgn buat apa2 lg no...bersanding sekali nnti ngan kakak hangpa!!!!lambat laie....sebulan lagi nooo..... :)

pitcha kredit to adik kepada adik ipar saya yg nombot 3 ~Nasyitah Yusof~

P/S:


kekurangan dan kebergantungan


Salam

Petang2 macam nie rindu pulak kat en Bear..semalam jual mahal taknak balik ikut en Bear ke Johor.Sbb nak tunggu mak n adik sampai dari Kulim then gerak sekali..alih2 dah dok sorang2 rindu pulak kat dia...

Ekceli semalam gaduh2 sayang...entah kenapa tetiba dia bad mood n mengaruk2..mengamuk tinggikan suara...hati wanita aku ni dahla cepat sentap!!tidur dlm keadaan bingung n geram smpai nekad taknak ikut dia balik kampung dia...##mcm budak2## adatlah..bila dah kawen nie, asyik terasa hati, asyik nak gaduh, asyik nak marah...

Bila dok sorang2 terpikir pulak...rumahtangga kita akan aman makmur kalau masing2 simpan perasaan tak puas ati akan kekurangan pasangan...siyes aku tak tipu..kita kena belajar n sentiasa terima kekurangan pasangan kita.baru kita akan bahagia...

Kata kuncinya adalah ##kalau bukan niat nak membetulkan kesilapan n menegur demi kebaikan## tak perlulah nak besar2kan kekurangan n kesilapan pada pasangan kita tu...kerana pada aku setiap kekurangan adalah adalah pelengkap..itu gunanya berkahwin...kekurangan suami isteri lengkapkan dan kekurangan isteri pula, suami yg lengkapkan..barulah ada wujudnya perasaan 'kebergantungan' dan memerlukan satu sama lain...

InsyaAllah bahagia...

Aku pon tanamkan dalam diri setiap kali bergaduh atau terasa hati....agar aku tak terlepas cakap n sakitkan hati en Bear..walaupon aku selalu buat dia merajuk n terkecik hati ngn perbuatan aku....

Masalah aku satu je...aku ni pendendam dan suka take revenge...sangat2 bahaya!!so aku nekad nak buang setiap satu dendam kat en Bear walaupon sebesar kuman dan terima segala kekurangan...n i hope he will do the same to me... AMIN....

Ni ada satu kisah..yg selalu aku dok baca2 n aku pernah baca kisah ni, masa aku muda2 even sebelum kenal apa itu CINTA pon lagi..tym sekolah2 dulu suka baca buku2 cinta ni kan....

Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan
diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang
disayangi tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling
kita.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam
gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian,
kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan
membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya
yang
tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan
mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya,
ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf,
apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab
suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara
perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas
kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin
mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan
baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa
adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu
diperbaiki... wallahualam
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun
sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima
kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam
menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."
 semoga kita dapat mengambil iktibar dan membina sebuah rumah tangga yang bahagia walau apa sekali pon rintangan dan dugaannya...AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...


Saturday, November 10, 2012

TRANSFORMERS 4 is coming....

Akum...pepagi dah update belog aku yg dah jarang2 aku bukak nie..bukan apa hari ni bangun agak awal sbb nak settlekan kain baju yg dah 2 mggu tak bersentuh...minggu lepas sepatutnya dah settle sebakul..tp malas nak kuar beli sabun basuh baju ##mmg dasar pemalas kan???## wut to do..ai mmg malas...ahaks...

tgh tggu trip kedua tgh spin dlm mesin basuh..so apa lg...surfing2la kat tenet...n WOW!!! transformers akan kembali ke panggung wayang!!oo yea akhirnya aku pon akan masuk panggung jugak buat kesekian kalinya....boley dating ngan en bear g tgk wayang!! ##utk pengetahuan semua, en bear paling tak suka tengok wayang (buat wayang dia suka..ehem **18sx) tp kalau sbb transformers dia mesti akan pegi jugak tgk wayang..hehehhe sangat syukerrrr....ley dating2..tp selalunya kalau tgk transformers dia akan belanja adik aku n adik dia sekali...mmg tak mcm berdating la jugak kan??hahahhaa itu rutin setiap kali sequel transformers kuar panggung....


tapi lambat lagi...27 June 2014 baru release ini filem..berjanggut gaklah!!baru nak start shooting!!yg pastinya ada cast baru iaitu en Mark Wahlberg...oh tolong kembalikan Megan Fox ke dalam Transformers Sequel..sgt suka dia!!!! :) n shia labeouf op kos la kena ada..klu tak mesti xbest..hehehhehe

ah terujanya..cant wait la uols!!!!!!!

Transformers: The Rise of Unicron

 

Tuesday, October 30, 2012

Selamat Pagi Cinta :)

Poyo giloss tajuk entri..bajet romantik n feeling2 gitew macam cerita Salam Cinta....:)
bukan ape, sebab pepagi dah bangun n g shoot gambaq prewed adinda tercintas zaszas nih...memenuhi permintaan adinda n adinda ipar yg kununnya ku cintai dan sayangi (laaa sangatttt) nie..:) makan ati berulam jantung adik aku sorang ni karang...hihihii

Entri nak tayang adik ipar lagi nih...KISAHNYERRR....

Tempat shoot kat Mengkuang Dam..tempat yg paling dekat ngan umah aku lew...tp best gak lepak2 sini..hihihi...nak shoot pon xder org kaco..setakat org jogging n beriadah bersama keluarga..n budak2 sekolah bercamping dan berkawad sana sini...

sangat pagi yg tenang.....

enjoylah a few pitcha yg aku shoot...ntahla..skill tetap tak marii...aku layan jer buat2 terer..hehehehe


 




ceritera cinta sang arjuna dan dewinya....
esok aku up lg sekeping dua buat tatapan......





adios amigossss!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 24, 2012

wut shud do vs wut have do(ne)

Assalamualaikum...

Very busy woman....start je hari pertama bulan OKTOBER 2012...aku lah manusia paling bz kat Putrajaya nie...ngeeeee...menyiapkan tempahan di saat akhir dah jd mcm hobi..pdhal aku siap design semua akhir bulan sembilan lg..t p mcm dah jadi habitat n tabiat, aku hanya berjaya habiskan kerja2 aku last minute...kenapa???aku pon xpasti y..tp hakikat n takdir aku kot...last minute baru bergelut settlekan oder...walaupon aku dah start awal..mesti ada benda yg terjadi yg membuatkan aku akan tersiap last minute jugak...

bulan 10 tahun 2012...

tak pernah aku sebusy ini sepanjang tahun nie....masuk je bulan 10 (bulan2 terakhir dalam kalendar kan tym cuti sekolah)..utk org2 yg berbisnes kecik2lan mcm aku nih..n core buisness aku mmg akn buat aku bz tym2 cuti sekolah nie...

So...apa yg bz sangat aku nih???

Whut shud do??

#siapkan tempahan kad2 kahwin customer...
#edit n albumkan gambar pre wed n resepsi customer jugak...

di samping prepare:

persiapan kawen adik lelaki aku yg insyaAllah di jangka pada awal bulan 12...

#kena siapkan kad kawen
#kena siapkan goodies *tetamu**rombongan pengantin**tetamu kanak2*
#kena pk idea n siapkan dulang hantaran
#kena prepare baju utk family members..nak sedondon seia dan sekata kononnya..

nasib baik aku n kakak dah bahagi2 kan tugas:
aku uruskan:
*kad kawen
*goodies
*hantaran (dulang)
*gambar msa wedding day

kakak aku:
*bilik pengantin
*langsir2 ..
*baju sedondon kitorang ~kakak aku dah beli sepasang, n aku dah beli spasang sorang....

nmpak mcm sket tp senarnye besar jugak tanggungjawab kitorang..

asyik ulang alik nilai+KL cr barang2...

seronoknya nak kawen
tp x seronoklah kena struggle siapkan barang2..kalau kaya senang..hire je wedding planner...dia mtk wet bayar..yg penting keja siap!!!

cardassss!!!!!!!


Sunday, October 7, 2012

mari raikan cinta

pergh lama gila tak berbelog nih...

kali ni post gambo2 org kawen lah...job last saturday!!!


musim orang kawen sekang nih...makin ramai lak yg kahwin...CONGRATS UOLLS!!!! :)


setakat mampu sekeping je dolu..sbb da ngantuk sgt2 dah nie...ahaks....loving couple..
kemesraan dorang lain macam lepas kawen...hehhehehe

sangat shomell...nak wish lah..

kepada Puan (already okeh) Fazilah binti Rahmat...selamat pengantin baru..kami doakan agar perkahwinan yg di bina bahagia sampai bila2...till the end of the world.... :)

 dan buat dua orang anak dara yg ikut aku...tengs korang...sayang korang ketat2...ikutlah saya lagi okeh...saya sangat suka!!!! maceh korang.... maceh awak awak..hehehhe


n sangat suka pix nie...jgn di tanya aku tak tahu kenapa..sbb gambo candid kot.....terbaekkk!!!! :)


ni gambar reramai....bestnya amik gambar ramai2 mcm nie...mn aku eh???hahahhahaha ske tgk aksi lia anak zila....natural giler..hahahaha


Monday, September 17, 2012

Aku Nak Anak :'(

Salam...

Apa yg anda inginkan dari sebuah perkahwinan????
A-hidup tak keseorangan, ada SUAMI yg dapat menjaga makan pakai,sakit sihat kita
B-dua buah keluarga yg bahagia (keluarga mentua+keluarga sendiri)
C-ZURIAT/ANAK hasil kasih sayang kita dan pasangan
D-.........E-.........F-........... dll

kalau aku..aku nak semua di atas...n more2 reason why marriage is important to a woman....

dan aku dah dapat A+B tp C je lom aku dapat

macam2 perasaan yg aku rasa/alami..semuanya berkisar pasai anak/baby..n some of the situation spt di bawah:

*it sokay takde anak, at least aku n Bear masih boleh enjoy,honeymoon sana sini!!klu ada anak susah nak bergerak sana sini....
##tapi bila tgk gambar2 kat FB/blog, kengkawan FB post...kat Genting/kat Morib/kat situ/kat sini...semuanya ada gambar anak bersama..wut a small sweet famili they was....(sedih n menangis dlm hati ~kan best kalau aku ada anak..bawak anak jalan2..amik gambar anak) :'( ##
*napelah aku takder anak, org lain pon buat gak dosa2 masa lampau, tp nape Allah bg dorg anak, nape aku takder anak???apa salah aku???
##bila dah kuar perasaan cenggini, mulalah mood nak penerajang org, nak balun, nak kuar perkataan keji bila org buat hal..n sometime positive thinking...Allah dah simpan something yg lebih baik dr apa yg org lain ada utk aku...mgkin benih2 aku nanti(klu ditakdirkan ada anak) adalah benih yg terbaik...a little Caliph maybe....##

*comelnya baju2 n aksesori bebudak kat website tu,kat website nie...nak belilah...tp nak bg sape???aku bukannya ada anak...
##n kadang2 Bear suka sound aku..."yg ko tengok lebih2 tu, bukan anak kau pon"..."ayg dok tgk baju2 baby ni nak beli utk sape???"..."ayg ni ske sangat tgk gambo baby org"...uwarghhhhh sedihhhhh nak anak nak anak...nak pakaikan itu nak pakaikan ini##

*berjumpa dgn sedara mara, berkumpul ramai2 satu famili...o terjumpa kawan2...
##bila dah jumpa menjumpai itu maka akan keluarlah soklan cenggini "eh azfa, kawen dah lama, xboleh anak lagi ka???"..."hang bila nak beranak???"...."dah pi berubat kat *sana o kat *sini???"..."kakak ang kan doktor,awat tak pi berubat tengok kat dia???"...tolonglah, saya dah 5tahun kawen, tym2 cenggini hati saya dah mulai rapuh dan cepat sentappp..jgnla dok tanya soklan cepumas mcm tue....hukhuk..kang aku nanges kuat2 kat situ sambil hentak2 kaki, hangpa nak pujuk ka???jawap jawap....##

*bila tengok org peknen....o famili members/kengkawan....
##tym peknen ni mcm2..kdg2 nak makan itu nak makan ini, nak buat itu tak boleh..nak buat ini tak boleh...tak larat dsb....mulalah mengada2 merengek2 mintak perhatian...."oh sorry ai peknen, ai tak boleh begitu..ai tingin nak makan nie...omagad, baby tendang2"...oh kadang2 rasa sangat menyampah/ekceli jealousy....mengadanya..buatla sendiri...suhla laki hang buat...itu tak boleh ini tak boleh...eeeee menyampahnya!!!blah la ko, sape suh peknen...huhuhuhu...tp selalunya aku tepaksa sekali lagi positive thinking/positive doing....kesian dorang, peknen..tak salah aku tolong dorg,manalah tau satu masa nnti, aku pon akan jd mcm tu jugak...persoalannya BILA???adalah,bila tiba masa aku pon akan rasa jugak...nanges lagik##

*bila org dah beranak, buh plak nama yg aku plan nak boh kalau ada anak...
##ekceli dah banyak kali terkena...aku plan nak letak nama ini dan nama itu kat anak..bila ada rakan2/saudara mara pon nak jugak boh nama begitu..n they win sbb diorg boley beranak dan aku lom beranak...gigit jari jerlah...n dorg ngan bangganya(mestila bangga~dah penat2 mengandung n beranak) panggil2...terasa panas je tinge..sekali lagi ekceli jealousy lebih tepatnya...huhuhuhu...takpelah banyak lagi nama2 elok yg ada kat dunia nie....##

sebenarnya banyak lagi situasi yg aku lalui..tu belum frust bila URINE test adalah negative...xpenahnye nak positive...takpelah...yakin dengan ketentuan Allah....semoga ada hikmah di sebaliknya.....

sekarang ni menumpang kasih kat anak2 org lah dulu..klu kawan2 hubby, bersalin jer dorg bagi kami pegang baby....amik berkat...kdg2 aku mmg nak pegang, kdg2 bila aku jeles melampau aku akan ckp "eh taknaklah, tak berani"...tp takpe rezeki masing2 kan..yg penting aku heppy!!!!

rindunya kat anak2 buah aku.....









wah dah tujuh anak buah aku!!!!!!!!!sangat2 comey semuanya...pada aku suma budak2 pon comey!!!!cme dorang ni extra comot n extra busyuk.....hehehhehe

LALAN rindu semua!!!!!!!!

:'(


Ustaz Don Daniyal dah tawen






Sekitar Majlis Perkahwinan Beliau:


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

*Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

## kLIK "Share" utk kebaikan bersama..

Text~ Credit to Nadia Zahari
Pitcha~ Credit to FizGraphic Dot Com
 
 

pesanan sesama kita!!!!!!!

TQ UOLS.........

Salam Satu Malaysia

Salam...selamat menyambut Hari Malaysia semalam....best kan dpt cuti 3 hari???hehehehhe sy amat menghargainya!!! :)

achesss....
lama kot baru dpt up satu entri..ni pon bukan entri best pon..entri ngomel2 ja
buat masa nie, saya masih dalam mood bertenang, so x banyak cter dalam life yg bley di kongsi bersama!!!apa yg saya tertinggal sepanjang sebulan nie????jom recall balik...

#1....tahun nie buat pertama kalinya, saya tak sempat beli baju raya..so saya beraya tanpa baju raya...tp saya beli jugak selepas hari raya!!! :)

#2....sambut Anniversary yg ke5 tanpa sambutan....wish kat hubby tp feedback nye????blurred!!!!sbb tym wish tu kami ngah lepak dlm kete amik mood nak tdo!!!sbb kena stayback jg ayah kat spital...ptg tu baru sampai dari KL,mandi pon xsempat mmg stay kat spital ja...doktor suh waris jgn pegi jauh2, berada dlm kawasan hospital supaya klu terjadi pape, senang nak oncall...hasilnya kami berdua yg amik keputusan nak stay...ngan henpon kong!!ngan tak mandi dr pagi!!ngan panas+nyamuk+belengas+letih!!
perfect stayback....hahahaha....dlm keadaan mcm tu, aku wish kat hubby "Bear, happy anniversary yg ke5!!" bear pandang aku then urghhhhhh....huhuhuhu sades!!!!

#3....raya tahun nie tak pernah sebutir pon ketupat palas yg aku dpt rasa....sgt2 rasa kekurangan!!!!!! :( missing Kulim so much!!!

#4....pemergian arwah ayahanda mertua yg sgt2 ku sayang...ye lah satu2nya bapak mentua yg aku ada kan???n sades tahun nie aku siap belikan kain pelikat tp kain pelikat tu hanya digunakan masa nak tutup jenazah lps di mandikan..huhuhu sedih!!!tym nampak jenazah ditutup ngn kain tuh, mmg nanges teresak2lah...n sgt2 terkilan sbb tak sempat menuntut ngan arwah ayah..mcm na nak msk nasi beriani..dia penah ajar tym raya thn lps2 tp tak abes menuntut...ns beriani arwah mmg the best in town..in the universe ekceli...pernah rasa nasi beriani gam putrajaya????my arwah ayah recipe lg sedapp dr tu!!!!!!!hhuhhuhuhu

ntahla apa lg yg tertinggal??? mcm entri aku yg lepas raya tahun ni mmg tak macam raya lah....tp ada hikmahnya pemergian arwah ayah...at least kami sekeluarga berkumpul.... :'( n also aku n abah aku gak selalu berhubung!!!tiap2 hari dia akan msg tanya keadaan arwah ayah!!tiap2 hari aku akan update keadaan ayah kat abah!!at first i thought he won't care, but i was wronged!!!!n also he gave me strenght n support to get me through the situation!!tengs ABAH...first tym dia sgt2 supportive...tak pernah mcm nie tau!!!

dah tatau nak hapdate apa dah!!!huhuhuhu....

AL FATIHAH~semoga roh ayah di tempatkan bersama2 mereka yg beriman!!!Amin...

tolong sedekahkan Al-Fatehah kepada arwah ayah mertua saya yer!!! terima kasih!!!!!





Friday, September 7, 2012

Raya Tanpa Makna

MasyaAllah....Tuhan yg mencipta segala di bumi dan di langit..yg mencipta hujan dan panas...yang mencipta lelaki dan perempuan, hidup dan mati....

bersawang blog aku ni dah, lama gila tak menghapdate blog...bisy yg sesangat sangat busy!!!

Belum terlambat kot nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri...dan nak mintak ampun maaf di atas segala khilaf yg saya dah lakukan..saya hanya manusia biasa yg sentiasa buat silap...harap di ampunkan...

Raya tahun ni adalah raya paling tragis yg aku pernah sambut!!seperti biasa kalau beraya kat Johor, sinonimlah dengan beraya di hospital..last year sambutan raya haji aku di Johor juga di hospital Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru...tahun lps sbb adik ipar eksiden..tahun ni pun sama gak, raya kat spital...sbb bapak mertua aku warded dua hari sebelum raya dan keadaan beliau amat2 kritikal...rutin kami sepanjang seminggu bersanggah di rumah abang ipar aku di Taman Perling, hanyalah tidur, makan, dan berulang alik ke Hospital yg jaraknya 20minit perjalanan+jem!!!!tak jauh cuma jalan raya la katakan mestilah dipenuhi dengan kereta....

letih tak usah cakaplah..yg paling sadis aku n bear tak sempat pon nak shopping baju raya!!seperti biasa kami mmg nak last minute shopping baju raya...ingat sebelum sampai umah Kota Tinggi nak singgah bandar nak rembat beberapa pasang baju yg berkenan di hati sbb baju2 kat Kota Tinggi agak murah la berbanding kat KL/Putrajaya...

tapi hajat tak kesampaian sebab emergency kena balik ari Jumaat pagi tu sbb ayah mentua di kejarkan ke hospital dan ditempatkan di ICUa zon merah iaitu zon kritikal...sepanjang perjalanan aku berdoa agar segala urusaan berkenaan dengan ayah dipermudahkan...tahun 2012 mmg tak pernah sekali pon kaki aku jejak bumi Johor...inilah pertama kali nak balik Johor, konon nak balik beraya huhahuha...

rindu nak makan ketupat palas hanya tuhan yg tahu...teringin sangat...malam raya aku dah nangis sbb mengenangkan aku tak ada baju raya...bukan sbb tu sebenarnya aku sedih..perasaan bercampur baur lalu menghasilkan mood sedih dalam diri aku..kalau di tanya kenapa aku nangis aku pon taktau sbb musabab yg utama...mungkin jugak sbb letih yg amat, tak ada baju raya, tepon kampung Kulim dengar kemeriahan raya jadi jeles, risau keadaan ayah,suasana tegang keluarga mentua yg bila masing2 dah letih asyik nak mengamuk jer...kesian kat hubby, dalam kerisauan dia sempat jugak melayan aku cari baju raya walaupon tak dapat beli walau sehelaipon...bukan tempat kami JB tue....cari2 kat carefourlah, bagai...tp xjmpe yg berkenan di hati..last2 give up xperlah bear jom balik....

alu sempat balik Putrajaya dan kerja satu hari sbelum sambung cuti sampai lepas merdeka...bapak mentua meninggal ari senin tu malam 10.23malam...sebelum2 dia meninggal, hari2 terakhir mmg kami semua dah redha dari dia terusan menanggung seksa...sedih tak usah cakap lah...

arwah pergi dengan tenang, tenang setenangnya...alat bantuan pernafasan yg dia pakai mmg tak cabut, tp doktor dah taknak buat CPR (electric shock) tu sbb kesian kat badan dan roh..lagipun mak dah tak sanggup nak tengok dah...alhamdulillah, dia pergi dengan senang sekali....n arwah pny muka tersenyum...senyum sangat2...takut nak nangis depan org ramai, takut org cakap alah..bapak mertua je kottp bapak mertua tu lah yg banyak backing aku...yg sanggup terima aku jd menantu wlupon dia tau aku pon bukannya baik sangat pon...sangat sporting walaupon ramai yg takut sbb dia tegas dan garang...tp dia tak pernah marah aku, dia sayang aku...aku tahu tau...perasan!!!!

n apa yg menjadikan pemergian arwah satu drama, bila kain pelikat yg aku hadiahkan untuk di pakai sembahyang raya...di jadikan pengalas lepas mandikan jenazah...mmg selak lah aku di buatnya sampai mengalir2 deras air mata aku...first tym aku tgkj org uruskan jenazah dari mula sampai akhir...dr jenazah sampai dr hospital...di mandikan, di kapankan, dikebumikan...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah...

Alhamdulillah...

apa yg penting...doa dari anak2 mengiringi pemergian ayah ke sana...
AL FATIHAH

P.S : Gambar di bawah adalah sebahagian gambar yg di snap adik ipar semasa majlis tahlil...mencabar sungguh  buat majlis tahlil dalam keadaan api dan air tak der....letih tak usah cakaplah!!!








Thursday, August 23, 2012

keje dah settle....yahoo!!!!

entri melekat sehingga 23/08/2012
untuk entri terbaru scroll down



yeay yeay, esok boleh deliver album customer

puan nurul, saya dah siap kan album awak ye..boleh datang pick up anytime as u wish
harap2 awak berpuashati lah, takutnya nak deliver album nie senarnye





n kalau ada sape2 nak suh saya amik gambar silalah berbuat demikian
tak mahal pon
FAMILY PHOTOSHOOT slot utk 2jam saya hanya charge RM200..bukan USD bukan Poundsterling yer...semua dalam MYR....malaysia ringgit dua latut sahaja.....saya kasik semua gambar2 yg di ambil (pendrive 4gb) + sticky album (80 pcs edited pitcha)

kalau nak 8R ngan frame kena tambah RM20 yer..hehehehhe


LOKASI PS : area PUTRAJAYA je ek!!! ~lain2 lokasi kena tambah wet minyak+tol saya ke tempat anda....KULIM and KOTA TINGGI boleh jugak!!tp kena tunggu tym saya balik kampung lew.. :)

BERMINAT???? :)
contact saya kat:
luvlyazfa@gmail.com
Add n PM kat FB account : Azfa Noona Hj Baharudin

P/S : Bismillahirahmanirrahim.....tarik napas dalam2 tggu reaksi customer!!!!!

Anyeong!!!!!!!!


Thursday, August 16, 2012

red wok tym ~IFTAR series

salam...
budak comel nie malas dah nak masak ujung2 Ramadhan nie, dah nak abes puasa baru kalut gi IFTAR sana sini ngn kawan2...

kali nie kami berbuka di restoran RED WOK bandar baru bangi..first impression mmg terpegun tgk tmpat nie..luas dan deko yg cantik!!siyes langsung tak serik ke sini...lain kali nak cuba SIZZLING/GRILL pulak...

gambar tak banyak sbb masing2 kalut dengan makanan memasing2, pulun nak mkn itu ini..mmg terbaikk...sesambil makan dok puji2 selection yg ada...mmg berbaloi-baloi arga buffet steambot RM28 tue...sangat2 berbaloi.bg yg tak mkn banyak, mmg rugilah..hahahha...

aku macam biasa kalau g buffet steambot mmg tak cari bola2 api sume..aku akan amik fresh2 seafood/daging/ayam jer....rugi2, makan bola2 nnti cpt kenyang!!pencinta makanan mcm aku mmg sgt2 teruja lah..mata meliar jer dok aim makanan..takut sangat abes!!!hahahhaha








 

sepanjang2 berada kat redwok ni jer gambar yg aku sempat snap....

tp tempat ni recommended!!!!

harga buffet steambot
DEWASA : RM28
KANAK-KANAK : RM17

harga buffet sizzling/korean grill
DEWASA : RM33
KANAK-KANAK : RM18

mmg terbaekkk.....


2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...