Showing posts with label medan trip 2015. Show all posts
Showing posts with label medan trip 2015. Show all posts

Thursday, June 11, 2015

Horas Medan Part Three #TripHajiBaharudinsKeMedan

Day Three ~ 23 Mei 2015 ~
Berastagi - Medan (shopping time)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni kita baca cerita Hari Ketiga saya di bumi Medan ye. Oyeay, dah hari ketiga dah, sekejap je rasa kat sini. Cepat betul masa berlalu.

Hari ketiga ni usai breakfast dan ambil2 gambar sket, kami lepak kat lobi hotel untuk urusan check out. Rasanya dalam pukul 8pagi dah ready dah memasing kat lobi hotel. Layan gambar je lah ek. Tak ada idea nak menaip. Hehehehe...Ni semua gambar2 kat green garden sementara tunggu pak supir bangun tidur. Terlajak agaknya. kikiki...masa ni awal lagi baru kul 7pagi...lepak2 makan2 bagai, kul 8.30 pagi ada kot.


Destinasi pertama kami adalah pasar buah Berastagi. Berastagi ni agak sejuk lah. Tapi rasa saya sejuk lagi Cameron Highland. Ataupon sama tapi saya yang tak sejuk mana. Mungkinlah. Kulit biawak kot. Hahaha, pasar buah terbahagi kepada dua bahagian, bahagian dalam pasar, ada jualan buah-buahan dan sayur-sayur segar. Bahagian luar pasar, ada gerai2 jualan cenderamata dan juga kain-kain baju. Harga kat sini boleh tahan murah jugak. Harga mula-mula bagi pon dah kategori murah dah. Bila tawar lagilah murah. Pak Putra pesan, kalau beli buah pastikan sekilo tidak melebihi 20000rupiah. So dengan guideline sebegitu kami pon mula kan pencarian buah-buahan. Ada yang tawarkan tinggi, tapi alhamdulillah jumpa satu kedai ni dia tawarkan buah-buahan bawah 20000rupiah sekilo. Kat sini, adik ipar aku borong 5kilo buah salak, kegemaran katanya. Aku nak je borong avocado dan harumanis, tapi memandangkan aku ni nak kena balik ke KL lg dari Penang. Malas lak aku nak ngangkut bebanyak.




Selain jual-jual, boleh je kalau nak cuba naik kuda dan bendi (kereta kuda). Kami tak cuba pon, entahla kenapa, kami ni semua nak cepat ja...ensem kan kuda ni, owner kuda ni beria-ia suh kami naik kuda ni. Tapi macam biasa, aku bab-bab penganiayaan binatang, tak sanggup aku tgk kuda ni sakit pinggang dengan berat aku. Hahahaha, kalau budak2 nak naik, okay aku syorkan. :)

 

Lepas je selesai shopping mata kat Pasar Buah, kami terus bergerak ke Kota Medan. Tak sabar rasanya nak ke Medan. Nak ke Pajak Ikan dll. Aku bagitau adik aku ada SOGO kat Medan, dorang tak percaya. Kata aku tipu. Tapi hakikatnya, memang betul ada SOGO kat Medan. Dan lagi besar dari kat Malaysia ye. Tak tipu punya....

Perjalanan dari Berastagi ke Medan dalam 4jam jugak. Dengan macet dan sebagainya, tapi best view dan cuaca ke Medan ni. Mungkin Berastagi ni kawasan sejuk, so view dia pon sejuk mata memandang. Aku ada mintak supir bawak kami gi tempat makan durian tu. Tapi mungkin takde dalam itenerari so dia macam buat-buat lupa. Ke tempat durian tu tutup. Wallahualam.

Sampai je kat Medan dah pon pukul 12.30tghari. Lupa nak bagitahu, di Indonesia kita akan muda sejam ye. Hehehe, sebab masa kat sana lewat sejam dari kita. Bandar Medan ni amat besar. Rasa lagi besar dari Kuala Lumpur kot. Memang besar. Sebab perut pon dah lapar, jadinya Pak Putra bawa kami ke rumah makan Simpang Empat. Ramai betul pengunjung kedai makan ni. Nampak pon macam kedai ada-ada jugak. Alhamdulillah semua kedai yang Pak Putra bawak semuanya bersih2. Biarlah kedai biasa tapi kebersihan tu harus. Kami makan ayam pop kat sini..sedap ko..ayam goreng berempah panas2....pop pop pop kecur liur...hahahhaha


Lepas makan kami singgah di satu kedai menjual telekung dan kain-kain pasang. Tak murah mana kat kedai ni. Tapi sebab kat sini tempat pertama, ada jugak kami membeli kain sembahyang dan kain batik kat sini. Better beli kat Pajak Ikan lebih berbaloi. Cuma elakkan komunikasi atau eye contact/body contact ngan peniaga-peniaga yang approach sepanjang kita bershopping. Mak Bedah lembut, siap cakap sorry bagai. Cepat-cepat aku tarik mak aku jauh dari dorang. Kang tak pasal dorang paksa2 mak aku. Ermm... APTB betullah...nak marah kesian, tu punca pendapatan dorang. Nak beli kesian lak akt aku, poket kena rampok...hahahahaha

Lepas tu kami ke SOGO, ingat mula-mula nak cari seluar, tapi kat sini kedai branded2 harga nya pon lebih kurang je dengan kat Malaysia. Baik aku shopping kat Malaysia. Kalau jenis suka shopping boleh la singgah sini, tapi kami ni, singgah sebab nak cari surau je. Surau kat SOGO ni di bahagian luar pasaraya, kat area parking. So nak cari surau, cari parking dulu. Landmark pintu kuar ke surau adalah, kedai jual pakaian sukan mcm AL-Ikhsan dan hush puppies sebelahnya. Lepas lepak2 kat starbuck kami amik keputusan kuar dari SOGO, sebab dak Adam pon dah reckless nak nangis ja. Mak dia pon dah hampir2 tukar jadi hijau. Better kuar.

Lepas tu kami di bawa melawat Istana Maimoon. Rupa2nya Istana ni dalam bandar Medan ja. Puas aku tunggu bilalah nak singgah istana Maimoon. Sbb kalau takde dalam iteneri memang aku amuk Hang Jebat kat Pak Putra tu. kikiki....Istana ni besar tapi kami hanya dibenarkan melawat sebahgaian kecil istana ja. Di bahagian hadapan istana sahaja. Kalau nak sewa baju ala-ala sultan sultanah Deli, boleh jugak sewa dengan hanya 10000rupiah sahaja sepasang. Time kami pergi Medan ni time cuti sekolah di beberapa negeri di Indonesia, so ramai plak pelancong lain selain kami. Jadi malas nak sewa2 baju bagai. Adam pon asyik nak berlari ja sbb bosan kan...



Next destination adalah Masjid Raya. Ambil-ambil gamba je, tak masuk dalam pon sebab time tu bau lepas azan, so ramai yang berpusu-pusu untuk berjemaah. Kami dah solat kat SOGO tadi. So, tak de lah nak masuk dalam. Masjid ni tak besar mana, tapi jemaahnye ramai.



Masa yang ditunggu-tunggu, kami nak pi Pajak Ikan weh....ooyeay....saat ditunggu-tunggu. Kat sini memang banyak gila orang jual kain sembahyang dan kain-kain baju. Langsir, cadar pon banyak. Kualiti??? Wallahualam. Kain sembahyang kat sini murah berbanding kedai yang mula2 pak Putra bawak. So, rasanya skip je kedai yang suir selalu bawak tu. Situ mahal. Cumanya best sebab takde orang kacau. Kat pajak ikan ni peniaga-peniaga dok ikut kita. Siap suh kita masuk lorong ni lorong tu. Kakak aku memang dah naik angin time tu. Dengan dukung anak lagi. Serabut la....

Kami shopping banyak jugak. Best gila shopping sampai kedai tutup. yeay... Jom check in hotel. Kat Medan kami book hotel sendiri. Kami book hotel Soechi Novotel. Hotel ni alhamdulillah, selesa bangat. Selesa amat. Sebab dah tertempah 4 bilik, so satu bilik kami bagi kat Pak Putra. Terpulanglah dia nak bawak mbak dia ke tidak. hehehehe...

Lepas check in dan mandi bersihkan diri. Kul 7petang kami dah ada kat bawah lobi. Malam ni Adam dan baba nya tak ikut. So kami geng2 anak dara ja lah termasuk Raeesa. Kikiki..anak dara lah sangat. Kami di bawa ke satu kedai makan ni, tapi lauknya macam dah nak habis. Jadinya Pak Putra bawak kami ke Rumah Makan Simpang Empat tadi...lauk tak sebanyak lauk tengahari lah. Tapi masih lagi menyelerakan. Makan kat Medan memang tak menghampakan. Alhamdulillah...

Lepas makan Pak Putra bawa kami ronda-ronda Medan, ronda dari atas van ja..seluruh pelusuk Medan dia bawak. Dari masjid tertua, kedai makan tertua, bandar lama medan, sambil cerita pasal sejarah kat Medan ni. Best.


Kul 10malam kami sampai ke bilik untuk berehat-rehat. Alhamdulillah...aku tidur dengan lenanya.Esok dah nak balik Malaysia. Macam sekejap je masa berlalu kat sini.

Nak tengok entri Hari Kedua kami boleh la ke
Horas Medan Part Two #TripHajiBaharudinsKeMedan 

Sekian Terima Kasih.



Friday, June 5, 2015

Horas Medan Part Two #TripHajiBaharudinsKeMedan

Day Two ~ 22 Mei 2015 ~
Parapat - Pulau Samosir (Kampung Tomok) - Sipiso piso - Berastagi

Assalamualaikum kawan-kawan
Hari kedua di Bumi Indonesia...

Hari ni sarapan seawal 7pagi, makan ada pilihan antara mihun goreng atau nasi goreng. Kami semua amik nasi goreng (teringat nasi goreng di Jogja yang memang sedap) cuma kakak je yang amik bihun goreng dan adik amik set roti bakar. Dan yang terpenting chicken porridge untuk boss kecik si Adam Qalish.Dia bukan kesahkan makanan pon, asyik betul ketuk meja dengan sudu garpu nya tu. ermmm...Makanan boleh tahan sedap, alhamdulillah kenyang kami pagi tu.




Lepas breakfast kami check out dan teruskan perjalanan ke Pulau Samosir. Kami menaiki boat dari resort, alang-alang hanya nak ke Perkampungan Tomok jer. 



Pak Putra yang guide kami kat Perkampungan Tomok ni. Dia cerita dari A sampai Z, tanya je apa pon. Tak payah susah2 hire tourguide kan. Kat Perkampungan ni ada peniaga berjualan sepanjang jalan ke Muzium (rumah orang Batak), kubur raja Batak dan juga contoh2 rumah batak. Kalau amik package dengan Pak Jack ni takyah banyak pikir. Sekali bayar, kita dah takyah kuar duit lagi kecuali untuk shopping personal la. Semua dah include dalam package. Nanti saya cerita pasal package dan contact num.


 

Kalau korang amati di setiap rumah orang batak ada lambang berbentuk macam tempurung kelapa ni ~maksudnya penghuni rumah tu adalah perempuan yang subur~ lambang berbentuk payudara ni, memang ada kat pintu rumah orang batak. Menurut mereka, orang-orang lelaki kaum Batak, akan mencari perempuan2 yang berbntuk badan gempal dan memiliki payudara yang besar, supaya anak2 yang bakal lahir nanti memperolehi susu ibu yang cukup dan tidak kelaparan. Dan dinamakan kampung ni Tomok sempena nama raja mereka yang berbadan gempal. Tomok tu maksudnya gemok/sasa dalam bahasa batak. selambe je kakak jual2 souvenir tu panggil aku kakak tomok..eee geram walaupon itu hakikatnya...huhuhu dan cicak pulak adalah binatang sacred diorang, binatang dewa dewi la macam r=tu..binatang suci...kononnya mereka mahu semua golongan Batak menjadi seperti cicak. Boleh hidup walau di manapon berada. Survival la...kiranya... :)


Keluar dari pulau samosir, kami meneruskan perjalanan ke Berastagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam lagi. Ikut jalan kampung. Bukan hiway tau. Jalan kecik je, kiri kanan rumah orang2 Batak. Banyak kaum rupanya..Batak pon ada banyak jenis. Dan sepanjang perjalanan kami ada berhenti di beberapa tempat.

Pertamanya, kami berhenti di kedai makan Murni menikmati juadah luncheon, kat Medan ni specialty dia memang ikan Talapia atau orang tempatan memanggilnya ikan Nila. Ikan Nila ni hasil dari Danau Toba sendiri. Kalau ke sini nanti korang akan perasan ada sangkar ikan dalam danau. Langsung tak hanyir. Memang sedap. Tengahari ni kami makan ikan Nila masak ungkep (macam masak lemak pekat pahtu dia siram atas ikan nila yang di goreng), sedap weh..bertambah2 makan. Tak larat burp dah sepanjang perjalanan tu. Hehehehhe....



Keduanya, kami berhenti di Siantar Bar and Hotel menikmati teh halia. Teh halia ni set dengan pisang goreng panas2. Piasang goreng sedap, tapi teh halia ni pada aku bluwekk hahahhaa...macam ko makan sup tapi tambah gula..memang tak sedap langsung lah. Harga nya 20000rupiah perset. Nasib tak amik banyak set. Kongsi2...tapi sepupu saya cakap sedap gila. ha...ikut tekak masing2 tapi kami satu family memnag takleh telan air tu. Last2 oder tambahan air coke wat hilangkan rasa pelik kat tekak tu.



Tempat ketiga adalah, Air terjun Sipiso-piso, piso dalam bahasa Batak maksudnya pisau. Memang macam pisau pon, turun mencurah macam tu. Tinggi gila dia terjun. Kalau ada banyak masa bolehlah jalan sampai ke bawah, tapi kami tengok dari atas je lah. Tak larat plus hujan mencurah-curah time tu. Tak dapek nak nolong. Padahal malas. Kat sini kami tumpang solat di musolla kat satu kedai makan ni. Sesambil tu yang tak solat stay kat atas menikmati megi goreng dan megi pop...yeay...panas sedapnnya makan hujan2 macam ni. Orang kata kat sini sejuk, tapi aku tak rasa sangat sejuknya. Biasalah kulit biawak. Kuikuikui...



Perjalanan diteruskan ke Berastagi, sepanjang melalui kawasan perkampungan kami lihat tempat ni memang sangat subur. Rumah diorg kecik je, tapi kebun tanaman dorang besar dan bersih serta tersusun. Waa, kobis jagung tomato..macam2 lah tanaman segar2 kat sini. Geram je rasa. Akhirnya hampir2 maghrib juga kami sampai kat Berastagi.

 Gambar kat atas ni semua gambar dalam van, dan yang besar anak gajah tu la van kami. Hahahaha, naik 6org je pon. Selesa badak. Tapi dah nama pon van memang bergegar2 la kami dalam tu dengan jalan yang tak sekata lagi. Melambung-lambung kami. Mengisis masa lapang dalam van dengan tidur, menyanyi, kacau anak buah, tidur lagi, tengok pemandangan, tanya soklan banyak2 kat driver...dan berulang-ulang benda yang sama sampailah sampai ke destinasi yang dituju...

Di Berastagi kami menginap di Green Garden Hotel, takde orang lain pon kat hotel ni. Kami jer. Hotelnya besar sangat, ada kolam renang betul2 di hadapan bilik. Geram je rasa. Nasib baik tak bawak baju mandi. Kalau tak malam tu memang dah terjun dah. Bilik okay, selesa sangat. Bilik air pon boleh tahan bersih.



Dinner kami kat hotel tu jugak. Malam ni lain sikit cara masakannya. More to Chinese style. At least lainla sikit masakan. Asyik masakan padang je. Tekak pon macam melugai jugak. Huhuhu...


Lepas makan tak kemana-mana, lepak je kat bilik. Tidur dengan lenanya, sebab esok nak jalan jauh lagi. Hoorey.....esok kita ke medan....


Thursday, June 4, 2015

Horas Medan Part One #TripHajiBaharudinsKeMedan

Day One ~ 21 Mei 2015 ~
Penang > Medan > Parapat

Sampai Airport Penang dalam pukul 5pagi, flight pulak pukul 7pagi. Siap drop baggage bagai, baru pukul 5.30pagi. Awal gila kot kat airport. Pepagi dah tercongok. Sebab fobia hampir2 kena tinggal flight, jadinya tak berani nak ngam2 ho sampai airport. Takpe, biar awal, asal tak tertinggal. Hehehehe

Kita namakan rombongan ni, rombongan cik Bedah ke Medan, Indonesia ye, sebab Puan Bedah first time ikut trip ketua rombongan iaitu saya ke luar negara...kikiki eksaited ai bawa famili lak kali ni. Dah xpasai2 kena turun Penang dulu dari Putrajaya. Orang lain perjalanan sejam je ke airport, ai amik 6jam okeh. Hahahahaha ~ apa ada hal ~

Sebelum sampai Indonesia, better isi perut dulu. So kami bekpes McD pepagi tuh. Beger semuanya, harap kenyang sampai luncheon di Medan nanti. Alhamdulillah selamat touch down Kualanamu Airport selepas 55minit dalam flight. Dekat je pon kan. Tak sempat nak lelap pon lagi. Tapi nasib lah sekejap. Travelling with infant/toddler memang la mencabar kan. Macam2 kerenah. Tapi Adam goodboy. Eksaited terlebih je kot sekejap. Kikiki...

Airport Kualanamu Medan ni besar jugak, lagi besar dari airport Penang. Alhamdulillah, at last merasa depart dari Indonesia dari airport yang besar. Selalunya airport kat Indonesia ni (merujuk Bandung dan Jogja) kecik jer. hehehehe...



Sampai-sampai je kat airport Pak Supir dah sedia menunggu. Kami amik khidmat driver dari Freelance Tour ~ dengan Pak Jack Sparrow hahahaha..sporting gile Pak Jack nih. N dia nye servis pon okeh je. Pak Putra yang jadi supir kami untuk 4hari tu. Orangnya banyak sekali berceloteh, tak kelakar tapi tak lokek bercerita. Boleh la ngam ngan adik laki aku tuh. At least dia ada kawan borak, kawan merokok, kan kan...



Pukul 10 kami gerak ke Parapat Province, untuk menikmati keindahan Danau Toba

~danau volkanik yang terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara. Terhasil dari letusan gunung berapi berkali2...100km panjang dan lebarnya 30km. Super ledakan pada 74000 tahun dahulu. Memang hebat ledakan ni sebab menurut kajian, hasil ledakan gunung berapi ni, 60% jumlah manusia jadi pupus sedunia tau. kira2 60juta orang menjadi mangsa ledakan ni. Ni cerita 74000 tahun dulu. Tapi memnag super la sampai dapat hasilkan danau sebesar ni...100km jauh tau, 3jam perjalanan pon still lagi nampak kelibat Danau ni. Memang cantik dan taksub lah.

Perjalanan dari Kualanamu ke Danau Toba, Parapat mengambil masa dalam 5jam. Kebas bontot kot dalam van besar tu. Tau ajelah van, henjut lebih. Bergegar isi perut semua tau. Tapi sepanjang perjalanan kami ada berhenti 2 kali. Pertama nya, kat kedai PATEN, kedai yang dimiliki oleh orang cina, jual makanan ringan macam kacang tumbuk tu.

Namanya unik2 ~TINGTING, TONGTONG, TENGTENG dsb nya...kami rasa semua but beli a few flavour jah. sebab bukan semua yang berkenan di hati dan di tekak. As pada aku, tak beli papa pon sebab x gemor sgt. Tapi ekceli sedap ja, sebab aku tengok rombongan lagi satu tu borong hebat. hehehehe..lagipon macam biasa hari 1st kan..takdelah nak kuarkan wet sangat. kemut2 dulu, hari last kasi all out...hoyeah...



Lepas tu kami singgah di Siantar untuk menikmati makan tengahari, our first encounter with Medan style padang food. Bolehla tahan walaupon idaklah sedap sangat. Nama kedai ni Panorama. Kedai ni besar, siap ada musolla untuk pewisata macam kami solat. Usai makan, kami singgah pulak kat booth jual Simkad, dengan harga 100000 rupiah kami dapat beli 3simkad dengan isiannya sekali. Internet kat indonesia, buat masa ni tak menghampakan, laju je. Kami beli simkad SIMPATI ~laki aku ejek kata simPENDATANG ASING TANPA IZIN..tu jadinya simPATI...kuang ajo. Kami masuk dengan izin okeh.

Perjalanan diteruskan dengan pemandangan kampung2 orang batak di kiri dan kanan. Mereka ni majoritinya Kristian, so kedai makan pelik2 sentiasa je jumpa..kelakarnya dorang leh taruk nama kedai Rumah Makan Babi Panggang dsb.. gelak tutup mulut...

Akhirnya sampai kat Danau Toba International Cottage dalam kul 4petang. Lepas check in, berehat-rehat, lepas tu kami berjalan2 sekitar resort. Amik angin petang and tengok sunset. Sokmo tengok sunset kan??? Hehehehehe....


Comel si kecik ni, follow aku posing...sangat kiut dis picture..kakak aku cakap, anak buah aku yang sorang ni turun perangai aku..posing nak ala model aje..hahahhaha..walaupon nan hado modelnya..abaikan dress up ke laut aku..aku mengalami sedikit kecelakaan dan kesengsaraan ketika kat sni..ni je pakaian aku yang ada....kikiki


Hari pertama, tak banyak aktiviti, ni je aktiviti kami, sebab masih jetlag kononnya. So pusing2 je kat sekitar resort, and malam tu Pak Putra bawak kami gi makan kat pekan Parapat. Rumah Makan Nik Mat ~dalam banyak2 masakan padang yang di makan, kat sini paling sedap bagi aku, sebab pedas. Tapi...makanan sebab dalam package kami takleh pilih sangat. So makan je lah apa yang dia hidang. Even ada sesetengah kami tak makan/jamah pon...



Balik bilik kami tidur dengan lenanya, malam ni anak buah aku si Raeesa nangis je, taktau kenapa. Tapi aku memang xleh bukak mata....sorry lah yer...hehehehhe

Day 1
* Lunch kat Rumah Makan Panorama
* Dinner kat Rumah Makan Nik Mat
* Stay kat Danau Toba International Cottage

Untuk hari kedua boleh tengok di :
Horas Medan Part Two #TripHajiBaharudinsKeMedan




2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...