Friday, May 29, 2015

Rindu Korea ~Bogoshippo Korea~

Apa kena dengan aku ni, pepagi dah rindu Korea.

Bila dah rindu apa lagi mulalah tengok2 blog orang gi Korea. 12hari aku kat sana. Rasa macam tak cukup je. Ingat next year nak buat short trip ke Busan lah. Nak kaver tempat2 yang belum pergi lagi.

Sebab minat K-wave semua tentang Korea aku rasa macam menarik!!!Jom kita baca fun fact tentang Korea.

Fakta2 menarik tentang South Korea

#1: Ubi Keledek (sweet potato)

  • Orang2 Korea sangat sukakan apa saja yang ada falvour sweet potato atau makanan yang diperbuat dari sweet potato. Contoh2 nya dorang gunakan sweet potato dalam main courses, desserts, chips, latte, bread dan salads.

#2: Umur Setahun Lebih Tua

  • Kalau kita dilahirkan kat South Korea, maknanya umur kita memang dikira setahun tua.Kalau umur kita kat Mesia 32tahun, kat sana diorang kira 33tahun..mungkin dorang plus setahun dalam perut kot. Tua cepatlah maknanya kalau aku dok Korea.

#3: Mabuk di khalayak ramai

  • Mabuk dikhalayak ramai dan membawa alkohol secara terang-terangan kat public adalah legal, langsung tak salah. Patutlah selamba je aku tengok diorang gather kat subway, minum ramai2 pahtu bising ramai2. Naik takut aku nak lalu dekat2 ngan dorg. Tapi orang Korea wat tatau ja. Dah biasa kot.

#4: Deathly Facts

  • Jangan gunakan pen merah untuk tulis nama orang. Dorang tak suka dan dilarang. Sebab maksudnya, kalau nama kita di tulis dengan pen merah, orang tu dah nak mati atau dah mati atau akan mati. Kepercayaan. Tapi sebenarnya memang tak elok pon.
  • South Koreans juga percaya tidur dengan kipas terpasang, boleh mengundang kematian.
  • Nombor 4 tu nombor malang bagi dorang. Macam cina kot. No 4 tu mati.

#5: Shopaholic

  • South Koreans sangat suka shopping. Sebab tu mall dorang bukak sampai pukul 4 in the morning manakala restaurants, bars, cafe are open till 11 in the night only. Dan dorang ada mall terbesar di dunia kat Busan.
south-korea-flag-face

#6: Taegeukgki

  • The flag has a whole lot of philosophy behind it.
  • The flag has a white background with a yin – yang symbol in the centre and four trigrams in the four corners of the flag.
  • The Yin yang is in blue and red and represents the cosmic forces acting against each other to bring a balance and harmony.
  • The trigrams on each corner symbolize the universal elements heaven, earth, fire and water.

#7: Hangul

  • Persamaan dan bonding di antara setiap Koreans adalah diorang cakap dan tulis dalam bahasa yang sama, Hangul. Hangul language ada 14 konsonan dan 10 vowels. These alphabets can be combined to form various syllables. It is considered one of the standard scientific writing systems. This particular fact is one of the most popular fact among all interesting facts about South Korea.
  • The South Koreans also read newspapers with around 63 of them having daily print editions.

#8: Why Not One Korea?

  • Till 1945, Korea had indeed remained a single unified kingdom. Once Japan was defeated in the World War II, it was ousted out of Korea and the region was divided into two. One half was governed by the Soviet Union while the other half was governed by the United States.
  • During the cold war, the two halves warred against each other and it was well known that both sides had outside support. The two halves remained separated and there was no chance of reconciliation.
  • The Korean War was the first major military conflict between the Soviet Union and the United States.
  • The South Korean Government is supposed to be a democratic one, but has been ruled by a series of military rules. It offers religious freedom and there is no national religion as such. Buddhism and Christianity have powerful presences in the nation.

#9: Colour Coded Taxi

  • The taxis in South Korea are colour coded according to the level of service offered.
  • If you hire a grey or white taxi, your tax would be a basic car with a fully qualified but not so experienced driver. Whereas if you hire a black cab, you will get a luxury car with a more experienced driver.

#10: Smiling ROOF

  • All Korean roofs are curved at the ends giving an appearance of a smile.

Tuesday, May 26, 2015

Part Four ~ Kota Kinabalu Quick Attack #tripkawanopis

Kota Kinabalu Hari Pertama ~19/4/2015

Flight dari Tawau ke Kota Kinabalu pukul 2.20petang. Dijangka sampai awal la dari group lagi satu. Aku dan dua lagi rakan, beli tiket lebih awal sebab time tu, tiket ni murah. Ingat kami leh touch down awal dan boleh berehat lama sedikit.

Tapi sangkaan meleset sebab Air Asia terpaksa mendarat kecemasan di Airport Sandakan sebab cuaca buruk. Ada ribut petir. So terpaksa melencong dan mendarat di Sandakan, isi minyak dan depart semula ke Kota Kinabalu. Takut jugak, tapi Alhamdulillah, kami masih selamat.

Kira sampai K.Kinabalu dah petang jugak, kebetulan sampai je hujan mencurah2, tak dapat la nak berjalan2 sikit. Terus check in dan mandi2 dulu. Tunggu goup lagi satu sampai dalam sejam kemudian.

Malam lepas mandi solat dan sebagainya, terus keluar cari makan. Aku blur2 alam, sebab tak pernah sampai. So, kawan2 opis ajak makan kat kedai ikan bakar depan hotel. Kami pon ikut je lah. Kat K.Kinabalu kami stay kat Hotel Winner. Dekat jugak dengan Pasar Filipin, Kira 2 block away la dari hotel. Makan malam tu agak kureng la, kalau aku tahu, malam pertama lagi dah makan kat pasar filipin, lagi puas hati mak...

Lepas makan, kami buat agenda sendiri. Cari tempat karaoke. Mentang2 lah suka menyanyi, nak jugak2 cari tempat menyanyi. Last2 naik teksi, agak jauh dari hotel. Jumpalah tempat karoks..bapak mahal. Sejam RM50. Tak best mana pon. Lagu pon lagu lama2 ja...bolehla dari takde.

Esoknya bermulalah iteneri pengembaraan geng2 opis...hari yang aku tunggu2...yeehuuu....dah berapa lama simpan hasrat nak ke Kota Kinabalu ni....bestnya rasa...

Kota Kinabalu Hari Kedua ~20/4/2015

Hari kedua, seawal 7pagi semua dah ke kedai mamak belakang hotel. Pekena roti canai dan so on sebelum gerak ke Kundasang. Jauh jugak Kundasang dari Kota Kinabalu.

Tempat pertama yang kami singgah adalah RUMAH TERBALIK ~harga tiket RM10.60 inclusive GST. Cisssss...tak berbaloi rasa....ermmm....

 
 
Destinasi kedua adalah Pekan Nabalu. Kat sini ada pelantar untuk kita amik gambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Tingginya gunung kinabalu ni, tak percaya kawan aku ada yang pernah sampai ke puncak. Memang hebat. Salute la beb, tabik spring wa respect sama lu. Siyes tinggi. Aku tengok ke puncak, alahai keciknya...tinggi. AKu dahla gayat. erk....


Diantara tempat2 membeli souvenir, kat Pekan Nabalu ni harga tshirtnya paling murah. Boleh dapat 3helai untuk RM50. kat tempat lain satu helai dah RM25. Siyes, kalau nak beli tshirt sil beli kat Pekan Nabalu. Keychain n fridge magnet pon ada. Shopping souvenir kat sini aja. Tempat2 lain mahal. Yess....aku tak tipu tau. Menyesal tak borong tshirt kat sini semua. Sampoerna paling mahal. Ermm....

Destinasi ketiga adalah Poring hot spring. Kat sini sepatutnya masuk Canopy Walk tu. Tapi masing2 dah keletihan. Dan cuaca sangat2 tak mengizinkan. Panas nauzubillah. Aku memang dah tak tahan. So memang macam putri lilin cari tempat teduh saja. 


Destinasi seterusnya adalah Desa Cattle Farm..ala tempat macam kat New Zealand tu. Tengok lembu. Ala, sampai sini je hujan dah mencurah2. Tak bolehla nak berposing sakan dengan lembu2 ala2 kat New Zealand. Serius aku frust amat2.


Ni je lah yang mampu..lembu2nya tak keluar pon..ada satu tempat je ada lembu. agaknya hujan kot. Nanti lembu2 kesejukan. Diorang leh lak layan tengok lembu2 kena picit tetek. hahahhaa, proses perah susu. lembu2 kat sini mmg behave la. nak prah susu pon ikut turn. takde pon berebut2..kikikiki

Lepas je tengok lembu, kami gerak balik ke K/Kinabalu. Tak pergi pon kaki Gunung Kinabalu dengan tempat ikan kelah tu. Frust lagi sekali. banyak kali jugak aku frust kat K/Kinabalu ni. Tak puas. Memang kena repeat lah gamaknya. Kali ni nak pergi ngan family ataupon pergi backpack sendiri je...puas hati nak berjalan2 bagai.

Malam kami shopping kat Pasar Phillipine. Aku boleh gila lama2 kat pasar2 cenggini...ikan bilis ikan masin sotong kering udang kering fresh2 nampak. Dan yang x boleh tahannya...MURAH....serius kena repeat dtg shopping kat sana lagi. Pergi pasar basah lak, adoiyai sotong size L RM2 sekilo. Gila apa...yang XL RM5 2kilo..gila2..aku leh gila weh. Nasb bukan musim ketam. Kalau musim ketam leh pengsan aku kat sana. Adoiyai maragaya..habibi...aiyok...dah gilak...hahahhaha

malam tu mmg makan kat pasar filipin lah....tak lepak2 pon...makan murah jugak. boleh tahan. kalau sewa homestay yg ada dapor lagi hebat lah...aku beli barang basah masak sendiri. lagi best....berganda2 puas hati. yahooo....

 

Esoknya, aku n geng2 pompuan gi shopping last kat Pasar Filipin. Cari kerongsang bagai. Tghari dah gerak balik ke airport untuk pulang ke Semenanjung.

Alhamdulillah, trip simple tapi enjoy. Walaupon masih tak puas lagi bersukaria, tetap kena pulang ke tanah air untuk bekerja.

Ada rezeki nak jugak sampai ke Kota Kinabalu lagi sekali. In sha Allah.

Total Damages:

Hotel dan transport di Kota Kinabalu RM200 perpax.
Tiket Air Asia dari K/K ke K/L RM117++
Makan souvenir dan lain2 perbelanjaan RM300++ 

Semua perbelanjaan kena ikut ketua rombongan sebab gi rombongan kan???hehehehhe...

SEKIAN TERIMA KASIH.... 

 

Italiannies Pasta Pizza & Vino Alamanda, Putrajaya

Monday sickness...as hari ni dah kena start kerja...
Almaklumlah masih dalam mood cuti-cuti Medan, so agak pemalas nak buat kerja. Rasa nantoks yang amat sangat+++ aha

#FYI,Saya baru balik bercuti dari Medan ~akan update nanti ye :)

Hari ni luncheon berdua je dengan Sarah, sebab dia nak keluar bayar duit kereta kat AMBANK so alang2 ikutlah dia sekali. So tengahari tu lepas pusing2 merata, kami decide makan kat The Italiannies, Alamanda Shopping Mall. Italian food ko...


So people, jom kita tengok apa ada...
Duduk je lepas kita order dia akan serve kudap2..sementara nak tunggu diorang sediakan makanan. ye lah, nak membakar dan memasak bagai, agak lama jugaklah menunggunya. Server tu kasik bread n cicah ngan apple balsamic vinegar+olive oil...boleh tahan sedap jugak!! wah semua sedap...kikikiki



Selain dari tu ~Aku amik set lunch sebab blur nak order apa,lagipon memang berbaloi lah order set...dalam set tu kita akan dapat

...main course+appetizer+ice lemon tea...

1) Main Course...aku amik Chicken Parmigiana

Jangan tanya aku kenapa nama dia macam tu, chicken breast ni dah di marinate, memang lembut, boleh makan la, serve dengan garlic rice. Boleh tahan sedap...Eventho aku tak makan dada ayam, tapi masakan ni aku leh telan. So kira not badlah.


2) Appetizer...aku amik Creamy Mushroom Soup

Yang ni memang aku puji. Sedap. Rasa betul mushroom dia. Memang homemade betul. Sangat sedap. Makan panas2. Yummeh superb!!!

 3)Drinks...dia bagi Ice Lemon Tea

Tau ajelah bila dah makan western/italian wutnot..memang la akan muak kan. So memang kena sangat lah minum ngan ice lemon tea. 

P/S : Kalau nak tambah dessert lehla tambah dengan hanya RM5.80 je.

Kawan aku si Sarah amik set pasta untuk main course...
Nama pasta ni Spinach & Beef Bacon Pasta with Poached Egg
Amboi nama..panjang berjela...boleh tahan jugak rasa dia..agak sedap la, tapi macam biasa tekak org melayu xde pedas xlaju lah makannya...kalau pedas sikit memang sedaplah.


Untuk appetizer Sarah amik House Salad. Sedap, meriah salad dia ngan buah2 segar. Sedap!! Nampak pon dah terliur kan. Ermm...serius sedap..


Dan kami jugak amik tambahan set Garlic Chicken & Mushroom Pizza...berbaloi sangat2 lah weh, besar sedap..crust dia sampai malam lembut...best giler pizza kat sini...harga dengan set aku kira sangat berbaloi...yang atas pizza tu bukan daun betik ye...hahahhaha...



Ni buku menu untuk set lunch...kalau nak upload buku menu untuk ala carte memang penuhla entri ni. Sebab banyak menu dia...Nanti nak try Lamb tu pulak. Hari tu pergi, tak ade pulak Lamb ngan Stuffed Calamari tu...Frust sangat...eh tipu frust sikit je...lalalalala



Sekian terima kasih.

Mengira Waktu Subur Wanita

Copy Paste From blog Dr Izwan untuk pengetahuan sendiri.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.
Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan. 
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Selamat Mencuba!

Monday, May 25, 2015

Part Three ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis

Sempoerna Getaway Hari Ketiga ~19/04/2015
Part Two ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis  di sini :)

Pagi2 lagi dah gerak ke Sempoerna. Bot kul 8 dah tunggu2. Tak sempat nak sarapan. Hari tu sarapan boleh tahan sedap, nasi lemak ko. Makan tiga suap jer. Tak sempat nak abiskan pon. Dalam bot pon boleh mengunyah lagi. Hebat tak hebat. Bot punyalah laju, sebab nak kena buat 2 trip, satu bot kan enjinnya dah rosak. Allahuakbar. Macam nak pecah jantung. Laju gila abg Lan ahaks bawak bot tau.

 Sesampainya di Semporna terus ke Semporna Ocean Tourism Centre, beli2 souvenir. Kalau nak membeli belah boleh lah ke sini. Tapi kalau korang nak ke K/Kinabalu, souvenir better beli kat sana je lah. Sini mahal jugak. Terkena jugak aku. Lalalala...


Lepas shopping kami pergi sekejap ke Galeri Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, tapi pada aku tak pergi pon tak rugi kot. Unless korang nak panjat bukit tu, untuk tengok keseluruhan  bandar Sempoerna dari atas bukit.

Dan kami terus je ke airport untuk amik next flight ke K/Kinabalu. Sebahagian dari kami beli tiket lambat, bolehla dorang berjalan2 kat bandar Tawau. Ikan masin ikan bilis memang murah kat Tawau ni. Silalah borong kat sana. Lagi murah dari K/Kinabalu yer.

Sampai berjumpa lagi !!!!

Next entri ke K/Kinabalu...yeehaaa...excited gile lah....

Oklah..macam biasa..

Total Damages

Pakej Selakan 3h2m = RM550 all in (inc. pick up dari airport tawau ke sempoerna, bot, tempat tinggal, makan 4 kali sehari, island hopping dsb)
Tiket flight airasia dari KLIA2 ke Tawau = RM89++
Tiket flight airasia dari Tawau ke K/Kinabalu = RM39++



Part Two ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis

Sempoerna Getaway Hari Kedua ~18/04/2015
Part One ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis di sini :)

Nyaman betul bangun2 pagi tengok laut. Dlm itenerari hari ni aktiviti island hopping n panjat bukit bohey. Seawal kul 7pagi kami bangun untuk sarapan dan bersiap sedia. Bawa kelengkapan semua
~kelengkapan berenang kejar penyu...kelengkapan mendaki dan sebagainya.~

Pagi ni bekpes org kampung sediakan mee goreng dan telur goreng. mee goreng tu bolehla makan, tapi aku mmg tak gemar mee goreng ni. Baik makan nasi putih ngn telur. Lagi nikmat. Hihihi..tapi sbb travel n dok tempat orang kan. So aku pasrah je. Alhamdulillah aku ni jenis boleh telan apa saja. In sha Allah, cuma suka dengan tidak jer.


Pagi-pagi lagi tgk budak-budak Bajau Laut dah bersiar-siar, lepak kat jeti Pulau Selakan. Selambe je bawak adik kecik naik sampan. Aku yang kancing gigi nengoknye.



Orang bajau laut ni berbeza dengan bajau2 lain. Bayangkan semua kehidupan mereka berkisar tentang laut dan air laut. Masak pakai air laut, mandi air laut, basuh baju air laut..mana tak kejung keras rambut dorang. Rambut dorang tu original tau bleached, bukan sengaja dorang kaler rambut tu.

Apa2pon tengok dorang ni memang bebas la. Hidup di samping nature..alam semulajadi. Sangat swag lah....

Lepas sarap, kami terus gerak naik bot ke Bohey Dulang, destinasi pertama kami pagi tu. Baru separuh perjalanan, bot lagi satu rosak, terpaksa bot kami tarik bot tu. Towing la bot rosak tu sepanjang hari. Nasib baik selamat sampai destinasi... Sesampai kat Bohey Dulang, masya Allah, Subhanallah cantiknya.

Aku tak larat nak panjat bukit so aku lepak kat bawah je, snorkelling dengan abang bot. Yay, ketakutan terhadap air dapat diatasi..Alhamdulillah. Mula2 panik jugak, banyak kali suh abg bot tarik aku ke bot, bersangkut lima minit, aku lepas pelan2, bila rasa out of gasp aku berenang pelan2 ke bot semula. Macam anak penyu baru belajar berenang aku rasa. Tapi cantik sangat, macam dok dalam akuarium.

P/S: aku tak panjat bukit tu sebab aku rasa nak semput, lagipon kaki aku sakit sebab baru balik menjelajah Korea 12hari. (tak up lagi cerita korea) :)


Lepas semua keletihan atas bukit Bohey Dulang tu, kami terus ke Mantabuan Island. Serius taksub gila tengok air kat sini. Sangat2 superb warna air dia. Cantik kan??? Biru muda. Kat sini banyak gila coral. Asyik terpijak je. Dahla takut terkena landak laut. Ketakutan je..menjerit2. Hahahaha...



Usai snorkelling puas2 kat sini, kami terus gerak ke satu lagi pulau. Pulau Sibuan. Sini pon masya Allah SubhanAllah...keindahan alam ciptaan tuhan. Pasir dia putih sangat. Tapi snorkelling kat sini mcm xbest sebab nya, takde langsung coral. Pasir je. Kat sini aku ngan sorang membe, lepak2 dalam air je...sambil borak2 cerita masalah masing2...best sangat. Time ni kulit dah rasa merengsa, pedih2, dah tau dah kompom garing dah ni dibakar mentari. Tengok muka membe pon dah merah2, sah sah dah terkena jnagkitan sunburn ni. Huhuhu...


Jangan risau nak ke sini, semua tempat dijaga rapi oleh askar2 dan polis2 hutan kita. In sha Allah selamat. Kalau ada suspicious bot yg menghampiri pantai, pasukan2 polis ni dah tahu dulu. In sha Allah selamat.



Hari pon dah petang, kami akhiri hari kami dengan naik bot dan bergelak2 ketawa...best sangat. malam tu bakar2 seafood bagai, makan dengan meriahnya sbb ada org lanja ketam.yeehuuu...aku bahagia.


Gambar yang tengah2 tula bapak ketam. hihihi...

Malamnya lepas berborak2 sakan, dan ada nite adventure redah laut y dah paras lutut tu..kami pon tidur dengan bahagianya. malam tu dengkuran makin kuat, almaklumlah, letih...lalalalala

Part Three ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis di sini :)