Monday, August 8, 2016

Korea Bogoshippo ~Part One (Introduction & Preparation To Korea)

Assalamualaikum

Last year, probably dah lebih setahun aku menjejakkan kaki ke hometown(berangan) aku. Tercapai hajat nak ke Korea, nak jejak kaki kat negara Oppass dan Ahjummasss. Alhamdulillah.

Trip kali ni dengan travel buddy aku lah, Cik Nin. Mula-mula risau dan berdebar jugak sebabnya, nak pergi secara backpackers (half-backpackers) dan ke negara yang kononnya langsung tak boleh berbahasa Inggeris. How to communicate with Korean people in case we in need???? Memang berdebar. Dan yang paling mengerikan, masa perjalanan yang agak lama _kena dok dalam flight untuk 6 jam, dan seperti biasa aku xreti nak tido atas public transport_ aigoooo matilahnak....dan kami hanya lah BERDUA...dan kami perempuan. Husband bagi kepercayaan penuh, dengan pesanan jaga diri jaga kesihatan. Jangan sampai sakit kat tempat orang..sebab dia akan sangat risau. Pasal cari makan kat sana, dia xkisah pon. Aku mmg pemakan tegar dan bab makan aku tak memilih sangat.

Sebelum pergi ada a few thing la korang kena buat, esp kalau pi secara backpack macam kami:

1) kena tempah Guest House / Hotel awal. Dan make sure cari yang berdekatan dengan line subway. Pada aku tak kisah nak duduk area mana pon as long as dekat dengan line subway. Aku duduk dekat dengan Seoul Station memandangkan, kami akan naik KTX ke Busan selepas Seoul. Tapi kalau nak wandering kat Seoul je, boleh pilih subway/ketapi yang terus ke Incheon sbb nak angkut beg punyalah susah kat sini. Sebab semua line ketapi kena naik turun tangga. Kalau jauh adoiyai....

2) kena donlod apps subway kat henpon/print out route subway. senang dan memudahkan.

3) list down semua kedai makanan halal setiap tempat yang kita nak gi. nanti senang nak cari kedai makan. takdelah sampai dah menggigil baru dpt makan. ekceli banyak je street food kita boleh makan. jgn terlalu skeptikal. nanti kita lapaqqq susah.

4) sediakan Adapter untuk soket letrik. Setiap negara lain2, kat korea ni soket dia bulat. kadang2 adapter yang pendek tu pon takleh nak lekat elok. ermm, seeloknya bawaklah extension kalau ke mana2 tempat. sebab susah nak charge henpon, nak charge kamera dsb..tambah2 kalau reramai satu bilik. berebut2 karang.

5) bawak botol kosong dan wet tissue bebanyak. sebab public toilet kat sana takde paip air. susah nak beristinjak.

6) kasut yang maha selesa, sebab kaki anda amat2 diperlukan kat sana. sebelum pergi silalah pergi urut kaki ka, berjogging ka. Bagi stamina sikit. Sebab sehari saya rasa awak akan berjalan almost 20km kot. Walking distance orang korea tak sama macam kita, dan kebanyakan tempatnya berbukit-bukit. Jadi bawaklah dua pasang kasut yang selesa. Stokin bawak dua ja, kat sana nanti korang mesti akan beli stokin yang banyak. sebab stokin dia semua comel2. duit aku banyak habis beli stokin je :)

7) yang tak biasa makanan korea/ jenis memilih makanan silalah bawa bekalan dari Malaysia. Korea ni alhamdulillah senang. Imigresen takdelah kekwat sgt. Nak bawak peti ais pon boleh kalau korang larat pikul. Macam kami, kami bawak rendang, bawak sambal bilis kering, bawak banyak maggi, banyak makanan segera. Kalau jenis tak memilih makanan, banyak je kedai makanan. Asalkan takde serve babi dan dedaging (kogi). Kedai ikan bakar berlambak kat sana. In sha allah tak kebulur lah. Nasi segera ada jual kat 7e dsb. Selalunya kat GH dorg akan sediakan roti dan telur. Makanlah telur sebanyak mana korang nak.

8) bawa lip balm. sebab bibir selalu jadi kering dan merengsa.

apa lagi eh tips????nanti lah akan di tambah dari masa ke semasa.

for now... babai..nak proceed cerita pulak...


TEROBEK sat na....

hai...uishhhh...banyaknye spider web....so, jom kita buang sawang dulu...

Assalamualaikum,

bapak lama gila tak update blog. Last bulan Julai tahun lps. So nnti akan terbitlah edisi terobek TEROBEK dan terobek.

Kalau ikut kan aku...edisi terobek akan merangkumi.

1) trip ke Pangkor, Perak (bulan 8 2015)
2) trip ke Seoul-Busan (bulan 4 2015)
3) wedding bestfriend
4) trip ke Bali (bulan 5 2016)
5) trip ke Tioman (bulan 5 2016)

itu je kot??? ermmm nanti kita terobek sikit-sikit yer. in sha allah.


2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...