Showing posts with label masak sendiri lagi jimat. Show all posts
Showing posts with label masak sendiri lagi jimat. Show all posts

Monday, June 22, 2015

Ramadhan 4 ~ Carbonara Ekstra Creamy Resipi Cincai Mincai + Grilled Dory Fillet Sos Lemon

Assalamualaikum semua...salam Ramadhan Kareem

Tunggu masa nak punchkad balik hari ini. Leh la update sikit menu semalam, iftar untuk hari ke empat. Semalam aku tak pasti kenapa aku parkinson amat. Kul 5petang lepas kemas2 umah aku dah lembik semacam. Mungkin panas sangat mengembek semalamnya.

Lepak kejap kat sofa, sesambil layan Running Man perut dah yak sedap dah. Apala perut aku ni wat hal sungguh la. Panas dalam rasanya. Usai je running man, aku g dapur tengok apa boleh di masak hari ini. Dah google resepi untuk dory fillet (tu je yang tinggal dalam peti ais), konfiden nak buat Dory Fillet dengan Sos Butter Lemon...alamak...butter lak takde. Dah siap war war kat bear arini nak masak ape. Comfirm dia kondem masakan aku nanti.

Dory tu ada dua keping je, bila potong jadilah 8 keping semuanya. Nampak macam banyak, tapi tetiba kuali buat perangai, melekat dory2 aku...aku dah tau kenapa. Nanti aku cerita kenapa melekat. Jadinya habis hancur ikan dory aku utk bakaran pertama, 2nd aku dah pandai dah. So dapatla selamatkan 4 ketul lagi tu. Untuk comey2 dok dalam pinggan tu. Erm...

Sebab parkinson(menggigil sebab tak sedap badan ke sebab lapor tahap gaban) apa benda pon buat tak jadi. Apa la Kakpa ni. Sampai cari marjerin pon tak jumpe. Dah siap makan lepas berbuka laki aku buka peti ais...ni ha marjerin, mata letak mana...adoiyai..dah kena sekolahkan...tepuk dahi sekali.


Ni la hasilnya Dory Fillet with Lemon Butter Sauce (Butter xde so ganti dengan olive oil)
Maka namanya berubah jadi Dory Fillet with Lemon olive oil Sauce

Purffff...apa pon tak boleh....senang sangat nak buat ni...cari bahan2 tersembunyi yer..jom kita tengok bahan dan cara2 nya:-

Dory
1. Potong ikut size yang anda sedap nak memandang, lumurkan dengan garam dan mix herb.
2. Panaskan kuali korang ~kalau ada non stick tu lagi better~ kuali ajaib bagai.keluarkan dari lemari semua.
3. Tekap ikan tadi dengan tisu dapur, kemudian lumurkan dengan tepung serbaguna/tepung gandum. Lumur tu tekap2..pastikan ikan tu kering. Kalau tak melekat2 macam aku tadi.
4. Cairkan butter/olive oil
5. Bakar/grilled kan ikan korang sampai masak (ikut suka korang suka macam mana)

Sauce
1. Cairkan butter dalam kuali.
2. Masukkan daun parsley yang dipotong dan bawang putih yang ditumbuk
3. Perah lemon banyak ikut suka hati korang.
4. Kacau2 sekejap, tuang atas ikan yang dah siap menunggu dalam pinggan.

yang di atas cara yang betul, apa yang jadi kat aku, aku panaskan olive oil, daun parsley dan bawang putih, kemudian perah lemon. 

Settle dah bab ikan yer...sementara dok bakar ikan tu, sekalilah rebus kentang ye. Rebus dengan garam sekali..Terpulang nak buang kulit dulu baru rebus atau rebus dulu baru buang kulit. Kemudian grill kan atas pan tu skali ngan ikan tu..tabur mixherb sikit. Sampai kekuningan angkat. Siap kentang.

Buat coleslow senang je, potong daun kubis halus2, masukkan garam, mayonaise, pepper dengan perah lemon sikit. Gaul-gaul dah siap kan. Masukkan olive oil sikit. Aku suka olive oil. 

Capsicum aku sauteed je ngan olive oil.

Dah settle menu aku untuk hari ni.

Oh, ada lagi. Sebab aku rasa macam tak cukup je ikan tu, aku rebus spageti dan buat kuah spageti skali. Sekejap je siap. Tak lama man apon ko..hehehe menu penyelamat.


Untuk kuah carbonara, aku:

1. panaskan olive oil, sautee kan bawang putih dan cili padi (tumbuk dalam 5 6 bijik ikut tahap kepedasan korang). 
2. Pahtu masuk dada ayam cincang. Kelentang keletung kejap. 
3. Masukkan mushroom cream (aku memang sentiasa ada stok benda ni) dan tambah air sikit.
4. Sedia untuk di angkat. 
5. Masa nak hidang tabur cheese (aku takdak cheese so biar dia bolen ja). Capsicum bagai boleh masukkan, tapi ni menu nak cepat. So apa pon tadak. 

Spageti tu pulak lepas rebus panas2 tu angkat masukkan dalam periuk. Pecah telur sebijik, gaul2 dengan spegeti tadi. Bila spegeti panas2 tellur tu akan masak dengan sendirinya. Lepas tu tuang la sos carbonara tadi.

Sekian....kena plak dengan air jagung bear buat. Memang terbaik lah breaking fast kitorang semalam. Aku tak boleh kalau bear yang buat air. Mesti perut aku kembung ngan air. Dia memang pandai buat air. Macam minum kat kedai. Yeay....happy stomach.

Ok lah, nak ca cin cau dulu. Nak balik Berperang kat dapur...

Bye...kipidap don gibap.... :)

Ramadhan 3 ~ Roti Jala (Koyak) cicah Kari Kambing Awesome

Owesome la sangat kan.

Tapi Bear kata kari kambing tu sedap sangat..aku konpius dia puji ke kecam??? wutever..asalkan kat tekak den sedap dan boleh bertambah-tambah makan. Sudah cukup.

Iftar hari ke 3 aku dah mula kepingin macam-macam. Nak roti jala lah, nak kari kambing lah, kari kaki ayam lah..memacam. Dalam peti ais ada kambing yang dah dipotong kiub-kiub. Beli kat Sri Ternak sepeket tu dalam 2kilo RM17. Kalau kat Darussalam Presint 9 tu RM20 kalau tak salah aku. Aku pon dengan tak berpikir panjang, gi rebus sepeket terus dalam pressure cooker. Sebab pressure cooker tu besar, nampak macam sikit je lah kambing tu. Bila makan tak habis-habis baru pasan yang sebenarnya banyak weh. Adoi, tapi boleh 3 kali makan. Okaylah kan. Kira puas la aku laki bini mengembek..complete berbuka, moreh dan sahur sekali.

Kalau ada pressure cooker sejam je dah lembut kambing tu, takyah tunggu lama-lama. Tapi kalau takde pressure cooker, aku rasa boleh merebus dalam rice cooker. Lagi cepat lembut dari rebus atas dapur. Okaylah aku bagi resipi style aku yer. Masih Azfa style as usual.


Bahan-Bahan:

  • 2 kg daging kambing bersama tulang
  • 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
  • 1 cawan santan
  • air asam jawa
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa 
  • 1 senduk minyak, untuk menumis
 
                Bahan untuk dibancuh dengan air:
  • 2peket rempah kari daging (aku guna sepeket baba's dan sepeket mak siti) *memang 2 peket sebab aku tak suka pakai banyak santan
  • sepeket rempah kari ikan
  • 3 sudu besar cili boh/cili giling
 
                Bahan untuk dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia *klu ada lengkuas dan kerisik boleh taruk sekali
 
                Bahan untuk rempah tumis:
  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • cengkih *ikut suka, aku taruk sikit je sebab bear tak suka 


Cara Penyediaan:
  1. Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. Kemudian masukkan air rebusan daging, asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
  7. Masukkan santan, gula melaka dan garam secukup rasa.



Untuk menjala pulak, bahan-bahan dia mudah ja....takyah la tulis proper2 ye. Hehehehehe...Korang campur je semua bahan pahtu blender dan mulalah menjala dengan jayanya, tangan aku memang xde seni langsung, so jala aku carik-carik aka koyak. tapi no worries, sebab rasanya still sedap...lalalalalla...jangan kecam aku di atas rupa yang sebegitu buruk...lalalala...

Untuk roti jala korang blend semua bahan2 dibawah dan mulalah menjala:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air (cawan yang ketiga taruk santan separuh)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak masak
  • garam secukup rasa

Dan tetibe bear aku balik bawak plak satey kambing 20cucuk. Pergh kira mengembek je la aku n bear...so tetiba bila berbuka tu makan satey ngan minum air, pahtu bear makan nasi goreng bodo belen nasi sahur tu ngan kari kambing. Moreh baru bedal roti jala. Macam mana tak sihat dua beranak ni. Adoi la pening....




Dah-dah...sambung buat koje...untuk menu hari keempat iftar karang-karang aku update yer . Nak sambung bekerje keras siapkan keje bertimbun tapi malas nak buat ni. lalalala....



Ramadhan 2 ~ simple Nasi Goreng Seafood

Panas lit lit hari kedua Ramadhan ni, tekak pon haus dan perut berkeriuk keriuk. Tengahari pon dah low battery. Cepat betul bateri habis hari ke 2 ni. Aduh.. Kepala lak buntu nak masak apa. Baru hari ke 2 kakpa oi...

Tadi sahur masak nasi takdelah banyak, tapi terlebih-lebih nasi. Selalu masak dua pot habis je. Entah kenapa, sahur tadi kami laki bini tak lalu makan pulak. Padahal aku masak udang goreng lagi. Laki aku memang hantu udang, tapi sahur ni dia badmood lak. Nantoks le tu.

Balik-balik tengok periuk, nasi banyaknye lahai, and ada sotong dan udang. Otak ligat nak buat nasi goreng seafood. Teringin lak nak makan nasi goreng. Jadinya, menu aku hari ni, nasi goreng seafood cincai Azfa style..chewah, memang semua benda yang aku masak kan, style aku. Hahahaha...

Nasi Goreng Seafood tak yah resepi la kan??? Takpa lah, aku bagi juga...resipi agak-agak jer, tak tepat sangat...bagitau sepsiap in case korang buat tak jadi mcm aku..hahahaha





Bahan-bahan:
  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah - saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak
  • Garam dan secukup rasa


Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
  4. Selepas itu masukkan sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
  5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
  7. Hiaskan ikut suka (aku hias dengan hirisan telur rebus dan lobak masin goreng)
Wah hebat tak aku boleh tulis menu macam ni...sebenarnya main agak-agak je menu ni. Good luck memasak ye semua. Harap-harap dengan menu ringkas dari blog ni, dapat bagi idea nak berbuka apa untuk hari ni. Pening kan hari-hari kena pikir menu??? hehehehhee

Selamat berbuka puasa semua!!!! Salam Ramadhan...

Friday, June 19, 2015

Ramadhan 1 ~ Chicken Chop Ala Azfa

Bila Kakpa Masuk Dapur ~IFTAR Ramadhan 1

Pertama sekali selamat menyambut Ramadhan Kareem, semoga Ramadhan tahun ni lebih membawa erti kepada semua. Kalau cerita pasal Ramadhan ofkos lah, akan keluar macam2 resipi. Entahla kenapa, padahal hari-hari lain pon boleh je masak-masak macam ni kan. Jangan sampai kita lari jauh dari niat Ramadhan itu sendiri. Jangan sampai membazir ye. Pesanan untuk diri sendiri sahaja.

Iftar hari ni buat makanan simple simple saja. Balik dari office pon dah pukul 6.30, sampai rumah dekat pukul 6.45, so sediakan makan ala-ala asal kenyang perut. Fikir punya fikir Ai buat keputusan masak Chicken Chop dengan wedges je untuk iftar hari pertama. No nasi for today.


Nampak tu sos dia melimpah-limpah...sebabnya terlebih buat sos. Ayam ada 4 ketul ja, tapi buat sos separuh periuk. Aku bab masak memang suka terlebih-lebih tau. Mencik tak pandai nak bajet. Nampak macam sedap kan?? tapi sebenarnya..memang sedap pon..kuang-kuang-kuang..masuk bakul angkat sendiri. Tapi bear kata sedap, kira okaylah tu. Ai masak bukan nak buka kedai. Nak tambat Si Bear je..kalau bear kata tertambat, ai suka la #lompatbintang100kali

Nak resipi??? Ai bagi je lah kot-kot ada yang nak try style Azfa ni.

Ayam Chop

1-Ayam di ambil bahagian isi, tumbuk-tumbuk sikit guna alu lesung. Kalau macam saya, saya dah 
beli sepsiap ayam untuk chicken chop. RM12 ada 4ketul ~beli kat Sri Ternak, Pasar Borong 
Selangor.



2-Pecah telur sebijik/dua, letak mix herb, garam dan lada sulah/blackpepper. Masukkan ayam tadi ke  dalam telur tu.

3-Kat pinggan lain sediakan tepung beras satu pinggan, *dan serbuk roti satu pinggan (kalau nak)

4-Time nak goreng ~amik ayam, balik balikkan ayam kat tepung. Pahtu goreng deep fry, jangan kuat sangat api, nanti tak masak kat dalam. Bear tak suka serbuk roti so saya tak pakai serbuk roti tu.

Blackpepper Mushroom Sauce

1-Panaskan kuali, cairkan butter sikit, masukkan kicap dengan sos tiram (jangan banyak-banyak, dalam dua sudu besar each je).

2-Masukkan lada hitam serbuk/yang biji tapi di tumbuk-tumbuk, kiub ayam/daging seketul, gula merah dan garam sedikit.

3-Masukkan mushroom cream (campbell) agak2 sendiri. (Kalau taknak masukkan pon takpe, gantikan dengan tepung jagung) dan kacau sampai tak berketul dan pekat ikut korang punya suka daa...

Dah siap...
(ada orang beli sepsiap brown sauce tu-lagi okay kalau taruk tu-sebab ai xde so ai tak taruk. Kalau ada brown sauce tak payah dah nak taruk gula merah dan tepung jagung/mushroom cream)

Juga boleh tambahkan hirisan2 mushroom/cendawan dalam sauce ni.

Wedges

1-Basuh bersih-bersih kentang, jangan buang kulit so basuh kulit dia bersih2 ye...pasir pasirun kat kulit tu genyeh sket.

2-Potong wedges, rendam dalam air garam.

3-Gaul-gaulkan dengan tepung beras/gandum tadi. Goreng.

Siap....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Senang je kan resipi aku???aku memang suka benda2 senang je...lalalalala....
selamat mencuba dan selamat berpuasa




2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...