Monday, June 22, 2015

Ramadhan 3 ~ Roti Jala (Koyak) cicah Kari Kambing Awesome

Owesome la sangat kan.

Tapi Bear kata kari kambing tu sedap sangat..aku konpius dia puji ke kecam??? wutever..asalkan kat tekak den sedap dan boleh bertambah-tambah makan. Sudah cukup.

Iftar hari ke 3 aku dah mula kepingin macam-macam. Nak roti jala lah, nak kari kambing lah, kari kaki ayam lah..memacam. Dalam peti ais ada kambing yang dah dipotong kiub-kiub. Beli kat Sri Ternak sepeket tu dalam 2kilo RM17. Kalau kat Darussalam Presint 9 tu RM20 kalau tak salah aku. Aku pon dengan tak berpikir panjang, gi rebus sepeket terus dalam pressure cooker. Sebab pressure cooker tu besar, nampak macam sikit je lah kambing tu. Bila makan tak habis-habis baru pasan yang sebenarnya banyak weh. Adoi, tapi boleh 3 kali makan. Okaylah kan. Kira puas la aku laki bini mengembek..complete berbuka, moreh dan sahur sekali.

Kalau ada pressure cooker sejam je dah lembut kambing tu, takyah tunggu lama-lama. Tapi kalau takde pressure cooker, aku rasa boleh merebus dalam rice cooker. Lagi cepat lembut dari rebus atas dapur. Okaylah aku bagi resipi style aku yer. Masih Azfa style as usual.


Bahan-Bahan:

  • 2 kg daging kambing bersama tulang
  • 4 biji kentang, kupas kulit dan potong dadu besar
  • 1 cawan santan
  • air asam jawa
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa 
  • 1 senduk minyak, untuk menumis
 
                Bahan untuk dibancuh dengan air:
  • 2peket rempah kari daging (aku guna sepeket baba's dan sepeket mak siti) *memang 2 peket sebab aku tak suka pakai banyak santan
  • sepeket rempah kari ikan
  • 3 sudu besar cili boh/cili giling
 
                Bahan untuk dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia *klu ada lengkuas dan kerisik boleh taruk sekali
 
                Bahan untuk rempah tumis:
  • kayu manis
  • buah pelaga
  • bunga lawang
  • cengkih *ikut suka, aku taruk sikit je sebab bear tak suka 


Cara Penyediaan:
  1. Basuh daging kambing bersama sedikit tepung gandum sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan air anggaran separuh tenggelam daging. Rebus sehingga lembut.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan rempah tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Masukkan rempah yang telah dibancuh air dan tumis sehingga pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahagian bawah tidak hangus. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering semasa menumis.
  5. Masukkan daging kambing yang telah direbus. Masak seketika hingga rempah meresap ke dalam daging.
  6. Kemudian masukkan air rebusan daging, asam jawa dan kentang. Masak sehingga mendidih dan sedikit kering.
  7. Masukkan santan, gula melaka dan garam secukup rasa.



Untuk menjala pulak, bahan-bahan dia mudah ja....takyah la tulis proper2 ye. Hehehehehe...Korang campur je semua bahan pahtu blender dan mulalah menjala dengan jayanya, tangan aku memang xde seni langsung, so jala aku carik-carik aka koyak. tapi no worries, sebab rasanya still sedap...lalalalalla...jangan kecam aku di atas rupa yang sebegitu buruk...lalalala...

Untuk roti jala korang blend semua bahan2 dibawah dan mulalah menjala:
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air (cawan yang ketiga taruk santan separuh)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak masak
  • garam secukup rasa

Dan tetibe bear aku balik bawak plak satey kambing 20cucuk. Pergh kira mengembek je la aku n bear...so tetiba bila berbuka tu makan satey ngan minum air, pahtu bear makan nasi goreng bodo belen nasi sahur tu ngan kari kambing. Moreh baru bedal roti jala. Macam mana tak sihat dua beranak ni. Adoi la pening....




Dah-dah...sambung buat koje...untuk menu hari keempat iftar karang-karang aku update yer . Nak sambung bekerje keras siapkan keje bertimbun tapi malas nak buat ni. lalalala....



No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...