Friday, June 26, 2015

Ramadhan 5 ~ Lauk Pauk Kepingin

Salam Ramadhan,

beberapa hari ni agak bz sebab tu tak sempat nak update blog ni. lagipon takde masak yang best. biasa2 saja lauk pauk yang teringat nak makan.

entah kenapa sudah tiga hari tak bangun sahur. terjaga pon ngam-ngam je sempat minum air. tak sempat pon nak jamah makan. nasi putih masak sebelum tidur, terpaksa di makan pada waktu berbuka.

ari ke lima ni berbuka dengan lauk pauk biasa. suami teringin nak makan lobak putih masak air, tekak aku pulak teringin nak makan ayam masak kicap dengan daging cicah air asam. maka tersedialah segala yang di ingini. cewah, kan best ada mesin yang boleh sediakan apa yang kita wish nak makan. masuk-masuk segala mak nenek siap. best nya. ai sanggup je installment 30tahun pon kalau ada mesin macam tu. perghhh, macam beli umah ko ~wink wink~



Burp 18 kali, puas hati makan arini. Masa mula-mula start puasa, berikrar taknak makan nasi konon untuk berbuka. Last-last amik kau, nasi sesaja sepanjang minggu...

Ramadhan 6 dengan Ramadhan 7 aku beriftar sengsorang so tak de apa la yang menarik. Puasa ke 6 tu aku hanya berbuka dengan roti telur saja, and air lai chi kang. Dan Puasa ke 7 aku masak nasi dan tomyam daging. Tak de yang spesial sebab sengsorang je kan.

No comments: