Friday, June 5, 2015

Horas Medan Part Two #TripHajiBaharudinsKeMedan

Day Two ~ 22 Mei 2015 ~
Parapat - Pulau Samosir (Kampung Tomok) - Sipiso piso - Berastagi

Assalamualaikum kawan-kawan
Hari kedua di Bumi Indonesia...

Hari ni sarapan seawal 7pagi, makan ada pilihan antara mihun goreng atau nasi goreng. Kami semua amik nasi goreng (teringat nasi goreng di Jogja yang memang sedap) cuma kakak je yang amik bihun goreng dan adik amik set roti bakar. Dan yang terpenting chicken porridge untuk boss kecik si Adam Qalish.Dia bukan kesahkan makanan pon, asyik betul ketuk meja dengan sudu garpu nya tu. ermmm...Makanan boleh tahan sedap, alhamdulillah kenyang kami pagi tu.




Lepas breakfast kami check out dan teruskan perjalanan ke Pulau Samosir. Kami menaiki boat dari resort, alang-alang hanya nak ke Perkampungan Tomok jer. 



Pak Putra yang guide kami kat Perkampungan Tomok ni. Dia cerita dari A sampai Z, tanya je apa pon. Tak payah susah2 hire tourguide kan. Kat Perkampungan ni ada peniaga berjualan sepanjang jalan ke Muzium (rumah orang Batak), kubur raja Batak dan juga contoh2 rumah batak. Kalau amik package dengan Pak Jack ni takyah banyak pikir. Sekali bayar, kita dah takyah kuar duit lagi kecuali untuk shopping personal la. Semua dah include dalam package. Nanti saya cerita pasal package dan contact num.


 

Kalau korang amati di setiap rumah orang batak ada lambang berbentuk macam tempurung kelapa ni ~maksudnya penghuni rumah tu adalah perempuan yang subur~ lambang berbentuk payudara ni, memang ada kat pintu rumah orang batak. Menurut mereka, orang-orang lelaki kaum Batak, akan mencari perempuan2 yang berbntuk badan gempal dan memiliki payudara yang besar, supaya anak2 yang bakal lahir nanti memperolehi susu ibu yang cukup dan tidak kelaparan. Dan dinamakan kampung ni Tomok sempena nama raja mereka yang berbadan gempal. Tomok tu maksudnya gemok/sasa dalam bahasa batak. selambe je kakak jual2 souvenir tu panggil aku kakak tomok..eee geram walaupon itu hakikatnya...huhuhu dan cicak pulak adalah binatang sacred diorang, binatang dewa dewi la macam r=tu..binatang suci...kononnya mereka mahu semua golongan Batak menjadi seperti cicak. Boleh hidup walau di manapon berada. Survival la...kiranya... :)


Keluar dari pulau samosir, kami meneruskan perjalanan ke Berastagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam lagi. Ikut jalan kampung. Bukan hiway tau. Jalan kecik je, kiri kanan rumah orang2 Batak. Banyak kaum rupanya..Batak pon ada banyak jenis. Dan sepanjang perjalanan kami ada berhenti di beberapa tempat.

Pertamanya, kami berhenti di kedai makan Murni menikmati juadah luncheon, kat Medan ni specialty dia memang ikan Talapia atau orang tempatan memanggilnya ikan Nila. Ikan Nila ni hasil dari Danau Toba sendiri. Kalau ke sini nanti korang akan perasan ada sangkar ikan dalam danau. Langsung tak hanyir. Memang sedap. Tengahari ni kami makan ikan Nila masak ungkep (macam masak lemak pekat pahtu dia siram atas ikan nila yang di goreng), sedap weh..bertambah2 makan. Tak larat burp dah sepanjang perjalanan tu. Hehehehhe....



Keduanya, kami berhenti di Siantar Bar and Hotel menikmati teh halia. Teh halia ni set dengan pisang goreng panas2. Piasang goreng sedap, tapi teh halia ni pada aku bluwekk hahahhaa...macam ko makan sup tapi tambah gula..memang tak sedap langsung lah. Harga nya 20000rupiah perset. Nasib tak amik banyak set. Kongsi2...tapi sepupu saya cakap sedap gila. ha...ikut tekak masing2 tapi kami satu family memnag takleh telan air tu. Last2 oder tambahan air coke wat hilangkan rasa pelik kat tekak tu.



Tempat ketiga adalah, Air terjun Sipiso-piso, piso dalam bahasa Batak maksudnya pisau. Memang macam pisau pon, turun mencurah macam tu. Tinggi gila dia terjun. Kalau ada banyak masa bolehlah jalan sampai ke bawah, tapi kami tengok dari atas je lah. Tak larat plus hujan mencurah-curah time tu. Tak dapek nak nolong. Padahal malas. Kat sini kami tumpang solat di musolla kat satu kedai makan ni. Sesambil tu yang tak solat stay kat atas menikmati megi goreng dan megi pop...yeay...panas sedapnnya makan hujan2 macam ni. Orang kata kat sini sejuk, tapi aku tak rasa sangat sejuknya. Biasalah kulit biawak. Kuikuikui...



Perjalanan diteruskan ke Berastagi, sepanjang melalui kawasan perkampungan kami lihat tempat ni memang sangat subur. Rumah diorg kecik je, tapi kebun tanaman dorang besar dan bersih serta tersusun. Waa, kobis jagung tomato..macam2 lah tanaman segar2 kat sini. Geram je rasa. Akhirnya hampir2 maghrib juga kami sampai kat Berastagi.

 Gambar kat atas ni semua gambar dalam van, dan yang besar anak gajah tu la van kami. Hahahaha, naik 6org je pon. Selesa badak. Tapi dah nama pon van memang bergegar2 la kami dalam tu dengan jalan yang tak sekata lagi. Melambung-lambung kami. Mengisis masa lapang dalam van dengan tidur, menyanyi, kacau anak buah, tidur lagi, tengok pemandangan, tanya soklan banyak2 kat driver...dan berulang-ulang benda yang sama sampailah sampai ke destinasi yang dituju...

Di Berastagi kami menginap di Green Garden Hotel, takde orang lain pon kat hotel ni. Kami jer. Hotelnya besar sangat, ada kolam renang betul2 di hadapan bilik. Geram je rasa. Nasib baik tak bawak baju mandi. Kalau tak malam tu memang dah terjun dah. Bilik okay, selesa sangat. Bilik air pon boleh tahan bersih.



Dinner kami kat hotel tu jugak. Malam ni lain sikit cara masakannya. More to Chinese style. At least lainla sikit masakan. Asyik masakan padang je. Tekak pon macam melugai jugak. Huhuhu...


Lepas makan tak kemana-mana, lepak je kat bilik. Tidur dengan lenanya, sebab esok nak jalan jauh lagi. Hoorey.....esok kita ke medan....


No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...