Tuesday, September 27, 2016

Part One ~Trip anak gadis Haji Baharudin ke Korea (JEJU TRIP)

Assalamualaikum...
Back to track...

Mood nak mengomel dalam blog tu ada. Tapi masa tak ada... dahsat betul. Busy len maciammmm sekarang ni. Dah hampir sebulan dah, balik dari Korea, tapi tak mampu lagi nak update blog ni.

Okaylah, mehla hakak nak cerita. Nak habaq mai ni, ekceli ai baru ja balik dari korea. kali ni ai travel berempat..geng anak-anak gadis haji baharudin. Kami pi jeju island the honeymoon island. yeay...kami bertolak dari klia malaysia pada 28 Ogos 2016 dan touch down balik di KLIA pada 05 September 2016. Wah bestlar pergi bercuti. takyah fikir kerja takyah fikir masalah dan sebagainya.

Travel buddy kali ni : Cik Azma, Ciknin, Cik Raeesa dan opkoslah ai Cik Lopa. Tym travel semua nya cik ko....hehehhehe

okay..jom kita THROWBACK trip anak gadis Haji Baharudin ke Korea.

Hip hip hooreyyyyyy....

We'll start with day one...
Our jeju trip begins now....

Day one 28/08/2016 ~trip anak gadis haji baharudin ke pulau jeju, korea~

Macam biasa kami akan amik flight yg akan sampai ke destinasi seawal pagi. Sebabnya nak save satu hari travel day...maksudnya masa perjalanan. So kalau smpai awal pagi. Kami boleh terus menyengkit pada hari sampai.

Dari klia2 dengan menaiki airasiaX pakcik tony fernandes kul 1 pagi. Pejam celik pejam celik dah touch down bumi korea seawal 8pagi (waktu korea).. kalau kat korea kita akan tua sejam yer. Sebabnya waktu korea awal sejam dari waktu malaysia. Sampai je kat gimhae international airport. Kami terus amik shuttle bus ke domestic airport.

Naik shuttle bus kat Gate 5 International Terminal utk ke Domestic Terminal.


Kalau nak berjalan kaki pon boleh. Dekat je. Kami tak tahu dekat so kami amik shuttle bus. Okay je. Cuma kena ngangkut bag turun naik bas je lah. Time ni kami baru perasan beg kakma sangatla berat. Bukan kandungan beg yg buat berat. Beg tu sendiri dah berat. Bertabahla kakma.



Flight ke jeju pukul 12tghari. So kami ada a few hours before boarding. As usual melepak kat airport adalah perkara biasa bagi traveller.

Sebab perut sangat lapar tym ni. Kami terus cari food utk di makan. Malangnya kat airport domestik xde lotteria atau kedai makan. So nampak dunkin donut. Bantai lah sorang seketul n banana uyu. Raeesa xsuka banana uyu. Mgkin sbb lapar sgt. Aku jd muak jugak dgn banana uyu. Erkkk...i'm prefer a cup of caramel machiatto right now pepagi ni...ntah kenapa klu dtg korea kepoyoan tu dtg menjelma..hahahahha

Lepak2 sampai lah masa boarding. Seperti biasa raeesa mesti sangkut sebab nama panjang sangat. Tulah susahnya buh nama pepanjang kat anak2. Hehehehe..tp dah learn our lesson. Klu nak travel..jangan buh nama bapak. Buh nama diorg je. Ikut apa y tertulis kat passport jer.




Yeay boarding tym. Naik airbusan sebab tiket murah dari airlines lain. And yg bestnya setiap
Org dapat 15kg free luggage. So kami berempat dpt 60kg free luggage. Best oooyeayyyy...yeah travel light....

Wah aku jumpa steward ensem this tym..perghhh real deal. Mmg ensem. Ada iras jo in sung sikit...kdg2 nampak mcm song jong ki...aigoooo mmg ensem...perjalanan xsampai 45minit pon. Sekejap je dah sampai kat jeju.

Okay..our adventure pon bermula.........

Turun je dari flight terus pick up semua luggage. Gi kaunter lotte rent-a-car utk pick up details kereta sewa. Lepas tu gi kaunter egg wifi. Semuanya kat tepi-tepi area gate keluar arrival level. Egg wifi kakma dah booking sepsiap dari malaysia. so just pick up je. Kaunter wifi egg adalah di bahagian hujung sekali belah kanan.

Olleh Egg Wifi - since kami ni drive sendiri kat island ni, amatlah penting untuk menyewa portable wifi cenggini. Boleh juga waze kalau tersesat. Harga RM150 untuk 6hari kami di Jeju. Swipe credit card jugak. No cash.  Pix:aneen182.blogspot.my

Kat kaunter lotte rent-a-car tu dia akan bagi direction ke jeju auto house. Kat mana nak kena naik bas tayo je actually. Dan dia bagi sekeping kertas tulis jeju auto house. Dan dia tunjuk gambar bas yang kita kena naik. Memorise la gambo kat bas tu. Then tunggu je. Bas tu akan bawak ke auto jeju house for free.
ni la bas tayo yang comey lotey. Pix: aneen182.blogspot.my

Then dah sampai tu melulu aku masuk auto jeju house laju2 sebab kena ambik nombor (mcm dekat bank tu)... tggu je lah nombor di panggil. Semua pembayaran di auto house adalah menggunakan kredit card..saya ulangi credit card. Cash x di layan. Semua driver yg ada idp (international driving license) je dibenarkan untuk bawa kereta di jeju.

keadaan di dalam jeju auto house. sangat sistematik sistem menyewa kereta mereka. Pix: aneen182.blogspot.my

Kami booking kia k3 je tapi kereta yang di book mengalami kecelakaan jadinya di gantikan dengan kereta lain. alhamdulillah dapat hyundai sonata dengan harga yang sama.



Ticket return airasiaX kl-pus-kl = rm544 perpax (tix+luggage+makan)
Ticket return airbusan gimhae-jeju-gimhae = rm168 perpax
Lotte rent a car = rm763 (6hari) / 3 = rm254.33 perpax
Wifi egg = rm148 (6hari) / 3 = rm50 perpax
Hotel = rm2228 (9h8m) / 3 = rm742.67 perpax

currency exchange at : RM3.62 untuk 1000krw

Okay sambungan please,

Ni peta Jeju Island. Kami tempah 3 hotel sepanjang kat jeju ni. Sebab nak jimatkan masa perjalanan kalau hanya stay kat jeju city. Jadinya kami amik 3 hotel. Kira hotel ni pitstop sepanjang journey kami di Jeju ni. Kata nak cover satu Jeju Island kan?? hehehehe..selamat membaca dan merasai journey ANAK GADIS HAJI BAHARUDIN kali ini.


Hari pertama dapat je kereta kami bergerak ke Pitstop pertama kami iaitu Seongsan District. Dan sepanjang perjalanan kami akan singgah di tempat-tempat yang kami rasa menarik untuk di lawati. Memang sepanjang masa pegamg peta je lah. Mentelaah peta sambil google2 dan aku melayan si cilik Raeesa kat seat belakang. Zasss layan je lah....Tugas drive kereta kat Jeju diserahkan bulat-bulat suka sama suka kat Cik Azma sebab dia xleh duduk saja nanti dia sakit kepala...Cik Nin as co pilot sebab dia pandai baca peta dan setting GPS. Cik Lopa tak buat apa-apa pon, hanya melayan Cik Raeesa je sebab Cik Raeesa suka Cik Lopa. Adil kan pembahagian tugas kami. Hehehehehe.... 


ni kenderaan kami untuk 7hari di Jeju Island. HYUNDAI SONATA. Pemanduan di sebelah kiri (lefthanded driver) mula-mula kekok tetapi dengan kecekapan dan semangat berkobar sang driver. 7hari berjaya diharungi tanpa ada kecelakaan. Alhamdulillah syukur.


HAMDEOK BEACH


First stop kami adalah Hamdeok Beach. Tujuan utama adalah sebab Cik Nin nak sangat melawat tempat oppa-oppa 2day1night dia. Nak pergi kat cafe tepi pantai tu. Okay kami pergi musim panas. Summer time ~jadinya ramai lah pengunjung2 dari serata Korea yang mengunjungi Jeju Island (mcm kita gi Langkawi la kekdahnya). Weekdays pon ramai je manusia kat tempat-tempat attractions.

1) Panas lit lit tapi angin menderu-deru..best weather ever
2) Gambar kasut kami -grup foto- Raeesa memang satu kepala, layannnnn...
3) Grup foto -we always seem happy in every single foto- nampak tak cafe kat belakang kami. Situlah tempat shooting 2days1night episode yg Han HyoJoo jadi guest.
4) Kat seoul tak dapat makan Bungeoppang ni, kat sini baru dapat rasa...2000krw for 3ekor ikan. marvellous!!
Last makan is tadi pagi, makan seketul je donat. So, perut kami dah menyanyi nyanyi kat sini. Alhamdulillah Raeesa tak meragam pon. Dia pon layan je kami, kami tak makan dia pon tak makan. Kami makan apa pon dia layan ja makan. Takde tolak-tolak taknak makan. Tak buat perangai la. Alhamdulillah. Sangat well behave. Nakal tu biasalah sebab nama pon budak-budak kan.

Masa di Hamdeok ni, kami singgah beli nasi segera kat GS25. Kat Korea, bestfriend kami memang convenience store. As sangat senang, beli nasi segera lepas tu siap-siap panaskan dalam microwave. Satu bekas nasi segera harganya 1200-1500krw. Kat Hamdeok kami beli 4 nasi segera. Makan nasi segera dengan ikan bilis pedas bawa dari Malaysia. Layan. Tak payah kuah-kuah. Kalau dah kebulur dapat nasi saja pon dah bersyukur.


Thanks to google for the nasi pix - setiap hari makan nasi ni tapi tak pernah amik pix pon. Ni nasi segera yang di jual di convenience store di seluruh Korea. Dont worry, takkan mati kebuluran sebab takde nasi. Bawa lauk jer. Raeesa suka nasi ni, dia makan nasi je tanpa lauk and praise "Nasi ni sedap sangat"..Alhamdulillah, well behave child. Gambar kedua Raeesa and mama waiting outside the store, exhausted and hungry at the same time. Pity her.

WEOLJEONGRI BEACH

Our next destination is Weoljeongri Beach. Beach ni alongside jalan besar ja. Just menelusuri jalan besar sampailah nampak pantai ni. Pantai ni tenang je. Rasa-rasanya pantai paling tenang dan nyaman kat Jeju Island kot. Saya suka pantai ni. The most breathtaking and magnificent beach i have ever reached. Tak dikenakan sebarang bayaran untuk ke beach ni. Local bawak keluarga beriadah dan tempat dating couple-couple korea je. Tapi serius aman damai kat sini. Macam nak lepak lelama je kat sini taknak balik. Hilang jetlag buat sementara waktu.





Cubaan buat panorama picture. cantik kan langit. cuaca hari pertama di Jeju sangat-sangat cantik. Langit cerah je. Tapi angin menderu-deru memang nyaman. Hilang peluh meluh semalaman tak mandi dan bersihkan diri. kat pantai ni ada kerusi kerusi sekolah yang berwarna warni ni. Kira signature la kat sini. Kalau ke weoljeongri harus amik gambar kat kerusi-kerusi ni as tanda kita dah sampai weoljeogri. beratur jugak nak amik gambar kat sini pon.



Cantiknya view dan semuanya smooth je kat pantai sini. Jalan raya di kawasan ni kecik je. Kalau parking kereta tepi jalan memang jadi one waylah jalan ni. Hehehehhe bertembung kereta ngam ngam ho je lepas. pergh bertabahlah.

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Seongsan District. Sepatutnya ada singgah Manjanggul Cave. Tapi malangnya masing-masing dah penat dan macam nak grumpy. So kami amik keputusan untuk langsung ke hotel. On the way tu, kami berhenti dua kali tepi jalan untuk ambil gambar. Yang pertamanya di coastal road ada kincir angin. Taksub tengok kincir angin. Cik Azma kita suka sangat sebab dia suka kincir angin. Saya pun suka jugak. Angin kuat so kincir angin berputar laju. Di Jeju, 100% punca elektrik adalah dari kincir angin. So memang banyaklah kincir angin sekitar pulau ni. Best, thumbs up. And second time berhenti tepi jalan sebab nak amik gambar berlatar belakangkan SEONGSAN ILCHUBONG. Tapi aku memang dah mengantuk dan letih gila time ni. Aku siap boleh terlelap masa amik gambar Cik Azma dan Cik Nin. Marah betul Cik Nin sebab tak nampak SEONGSAN ILCHUBONG tu.





Gambor Cik Azma melompat kegembiraan dapat berjumpa kincir angin kesukaan. Gambo Cik Nin berlatarbelakangkan Seongsan Ilchubong, nampak je kan??? apsal dia kata xnampak. ermmmm...

HOTEL ILCHUBONG TOURIST

Dan akhirnya kami sampai dengan selamat ke HOTEL ILCHUBONG TOURIST. Hotel basic, bilik besar, semua kelengkapan dan kemudahan ada, yang paling penting parking luas sangat. Seronok parking kat sini. Mana-mana pon boleh parking. Saya bagi 5 bintang untuk hotel ni.


View dari tingkap bilik, SEONGSAN ILCHUBONG kesayangan kami. Nah amik nak sangat view ILCHUBONG. Okay.

Berakhirlah perjalanan kami untuk hari pertama, malam pertama ni kami dinner nasi impit+rendang daging dengan air milo panas. Rendang daging ni maid kakak buatkan. Masa kat Malaysia rasa macam tak sedap je. Tapi alahai sedap pulak makan rendang ni kat Korea. Hehehehe..mengada betui.

Sekian. Bersambung di hari kedua di Part Two.


Part Two ~Trip anak gadis Haji Baharudin ke Korea (JEJU TRIP)




2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...