Tuesday, October 18, 2016

Part Two ~Trip anak gadis Haji Baharudin ke Korea (JEJU TRIP)

Assalamualaikum

Pepagi bangun tengok view kat luar tingkap hotel adalah sangat mengujakan!!! Our second day here in Jeju Island, the Honeymoon Island. One of the 7 Wonders of Nature. Kemanakah kekanak gegadis Haji Baharudin hari ini???? Lets check it out guys!!!

UDO ISLAND

Udo Island (우도) ni adalah sebuah pulau kecil kira-kira 15minit perjalanan by ferry yang berlepas dari Seongsan Harbour... Harbour ni dekat je dengan hotel penginapan kami. Sangat-sangat dekat.

Kami bangun seawal 6pagi untuk bersiap. Mandi make up bersiap bagai, dalam pukul 7pagi kami bertolak ke Seongsan Harbour ke Udo Island. Tak sabar rasanya sebab kat UDO ISLAND tempat berlakon drama-drama korea. One of the drama adalah Jang Nara~Fated to Love You. Cerita kesukaan aku juga. Kampung Jang Nara dalam drama tu adalah UDO ISLAND.

Tiket ferry return ke UDO ISLAND adalah berharga 3900won. Parking kat Seongsan Harbour / bawak kereta sekali naik ferry, its your choice.


Itulah rumah igloo tempat beli tiket ferry. Kat sini dia suh isi satu form tulis clarification je. Siap isi terus naik ferry. Kat atas ferry masya Allah angin sangat-sangat kuat. Telefon kena pegang kuat-kuat. Kalau tak terbanglah telefon iolss. Cuaca cantik. Panas tapi angin kuat. Alhamdulillah cuaca hari kedua masih bekerjasama sepenuhnya.


Selepas 15minit kami pon sampai di Cheonjin Port (천진항). Kami pilih untuk naik Tour Bus je dekat sini, sebab malas nak bawak kereta. Naik tour bus dengan harga 5000won sehari. Naik je mana-mana bas cuma jangan hilangkan tiket. Udo Island ni kecil je. Kalau nak sewa basikal atau skuter pon boleh. Sebab kami pergi awal-awal pagi jadinya takdelah ramai sangat orang. Kami pon malas nak pikir pikir so amik bas je lah. Dapatlah Raeesa naik bas.

Udo (lembu) dapat nama sebab bentuk pulau ni macam lembu. Ye ke?? Tak usahlah pertikaikan. Hehe. Best kat pulau ni. Sempoi aje. Walaupon agak panas. Dan kami dah pon start sunburn di hari kedua. Enjoy is enjoy. Bas akan berhenti di 5 tourist spot. Tapi kami hanya berhenti di 4 spots. One of the reason, because spot ke4 dan spot ke5 adalah pantai. So sama je lah kot. Matahari atas kepala, perut dah lapar. A bit grumpy to be kat spot yang ke4. Kekekeke....


inilah tour bus yang berkenaan. sempoi je bas ni, macam bas tambang. asalkan semua spot dia berhenti dan without fail pick up kami. Erm, what to do, kat Jeju ni kami rasa macam orang aneh. Sebab tak ramai tourist bertudung macam kami. Tapi pergi mana pon Raeesa tetap jadi perhatian sepanjang kat Jeju ni. Diorang cakap Raeesa comel dan cantik. Dia memang comel pon. Macam lalan kan?? Kan kan kan??? :)

first stop adalah kat Udobong Peak View. Magnificent sangat weh. Terlampau cantik pada aku. The weather, the view, the windblow memang ngam lah dengan mood aku. First thing in the morning, mood tengah elok lagi.



Happy nya dorang ni. Aku??? Gloomy...hahahha...tak ceria langsung. Abisnya pakai hitam je all the time. Hahahah konon nak nampak kurus kan?? Hamikkk...gloomy scaryyyy....


View kat sini tip top first class lah. Memang cantekkkk...kat sini ada laluan untuk naik ke rumah api atas tu. dan ada juga laluan turun ke pantai. As usual the choice is yours. Our choice???? Lepak-lepak makan eskrem lagi bagus...Makan dan makan dan makan dan makan. Okbai. Eskrem peanut kat sini memang terbaik. 5000won setiap satu. mahalnya lahai. Tapi sedap sangat. Tak cukup satu sorang.


Selepas makan eskrem berposing pulak kat meja eskrem, dan jalan-jalan sikit sebelum naik bas semula untuk ke pitstop kedua.


Stop kedua adalah, aku tak tahu apa nama tempat ni. Tapi kat pintu gerbang penuh dengan siput. Jalan lagi ke hujung leh sampai rumah api yang kita nampak dari atas bot tadi. Hati-hati laluan ke rumah api agak licin. Matahari atas kepala. Jadinya amik gambo pon mata ala-ala korean.




Batu tu memang disusun sebegitu atau naturally sebegitu, saya tak pasti. Tapi kononnya kalau susun batu sebegitu dapat merubah nasib seseorang. Ni tempat keramat la kiranya.


Maskot running man. Padahal sebenarnya dah letih nak berjalan, sebab dari pintu gerbang tu, jauh sangat berjalan sampai ke hujung. Sebab tak tahu apa yang bakal kami jumpa di penghujung jalan tu, jadinya perjalanan rasa agak jauh. Ada jumpa motel/resthouse, horse ranch yang takde horse, ahjumma kutip dan jemur kelp, lepas tu baru nampak lighthouse. 



Lighthouse nun di hujung, tak jauh pon lagi. Tapi apa-apa pon posing dulu.


Ok, get ready boarding on bus. Sebab nak singgah tourist spot yang ke 3 pulak. tourist spot seterusnya adalah UDO MUSEUM. Rasanya tak singgah pon takpe. Bukan ada apa pon. No, what i mean is, there is an exhibition about outer space rocks, earth rocks, different type of alien rocks, but all the description is in Korea. Tak paham hape benda pon. Tapi dapat tengok batu Superman jer kat sini. Ruby, diamond dan sebagainya pon ada. Kami tak amik gambar pon kat dalam ni. Nothing attractive as for me.




Seobin Baeksa Beach adalah our last stop before we headed terus ke jeju island mainland. Takde apa pon kat sini, cumanya pantainya sangat cantikkk...perasan tak kat jeju pantainya berbatu hitam??? sebabnya pulau jeju terhasil dari letusan gunung berapi. Batu-batu lava ni, sebab tu warnanya hitam.


Kami tak buat apa pun kat pantai ni. Posing-posing amik gambo saja. Kakak ngan adik nak jalan-jalan tepi pantai. Tapi aku kena jaga Raeesa, so malas nak turun. Tengok, jadikan Raeesa sebagai alasan taknak berpanas tepi pantai. Kikikiki~

Tapi before balik, kami sempat amik gambar kat lighthouse tepi port dulu.


Ceria lagi gambar diorang ni. Sakit pulak hati aku. Cubalah amik gambar aku cantik-cantik. Aishhhh...Okay. Berakhirlah trip ke Udo Land. Atas kapal kami pilih untuk duduk bersila kat tingkat dua. Panas sangat walaupon angin kuat sepoi-sepoi bahasa. 

Sampai saja Jeju mainland, kami terus cari 7eleven/GS25, beli nasi segera and makan dengan lahapnya untuk mengalas perut. Dan bersedia untuk next attraction. Walaupon angin kuat, melekit jugak rasa badan. Habis lap-lap mana yang tercapai dengan wet tissue, buang kesat2 dunia. Perghhh...amende ni Lopa.

Manjanggul Beach
 
Actually Manjanggul Cave ni berdekatan dgn area yg kami pergi on Day 1 tp disebabkan xcukup masa so hari ni baru kami pergi. Cave sepanjang 1km hasil dari laluan lava gunung berapi. Kami jalan dlm 600m-800m then patah balik. Kira total lebih sekilometer jugaklah kami jalan. Letih jgk nak jalan sampai hujung. Setakat tu je daya kami. Kakak aku dengan kena piggyback Raeesa lagi tau. Sebab Raeesa ni penakut. Haha. Admission: 2000won.

Tapi dalam ni sejuk sangat dan nyaman sangat udara dia. Walaupon ianya adalah gua, ianya sangat2 terjaga rapi dan cantik. Kalau nak di ikutkan laluan lava ni sejauh 13 kilometres in total, but only one kilometre is open to visitors. 1km tu pon dah cukup jauh dah pada kami. Dalam ni sangat gelap sebab gua ni adalah kolonial kelawar. Jadinya gambar yang di ambil pon tak cantik. Tak dapat nak amik exact gambar.

 











2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...