Friday, November 16, 2018

HATYAI TRIP ~ #gengpompuan

Assalamualaikum

Been very busy lately. Jeju trip pon tak habis lagi. Dah lost dah. Lepas Jeju Trip ada Japan Trip. Pon xde daya nak start bercerita. So iols cerita pasai daytrip je lah. Senang satu hari Nye trip je. In sha Allah ingat details itenerari.

HATYAI is the second district in Thailand that  I visit after Krabi. Krabi pon dah a few few few years ago dah kot. Pahtu sibuk dengan Indonesia n negara2 dalam wishlist. Takdan nak jelajah lagi Thailand. Ada jugak dalam wishlist berjalan. Seperti Phuket n Bangkok..tapi takdak plan pulak nak ke sana.

Kami pergi berempat. Geng geng pompuan katanya. Cik Azma, Cik Lopa, Cik Nin n Cik Bedah. Pi berempat and kali ni kami ikut tour. After Singapore (which is ai akan cerita kemudian), ni trip kedua daytrip n trip kedua ikut tour. Senang, takyah pikiaq.

Geng Van Kilang


Daytrip ke Hatyai pada 24 Februari 2018. Seawal 5pagi kami berkumpul di perkarangan Masjid Kelang Lama, Kulim. Van datang pick up on time. Terus gerak ke RNR Gurun untuk pick up lagi 2 orang ahli Jemaah sesambil bekpes and solat Subuh. Dah complete Jemaah. Kami direct ke border Padang Besar untuk masuk ke Thailand melalui Songkhla (Sadao) District. Sebelum sampai border kami singgah di Pekan Changloon untuk driver ambil insurans kenderaan dan dokumen-dokumen yang diperlukan di imigresen nanti.

Van yang membawa kami pusing-pusing Hatyai


Lepas urusan di border, kami meneruskan perjalanan ke Hatyai. Lepas pada border tu pergi kanan pahtu jalan straight ja sampai Hatyai. Dalam sejam je dari border ke Hatyai.

BEE FARM

Stop pertama adalah Bee Farm. Kat sini takde pape pon, cuma ada taman-taman untuk kita bergambar. Dan dia akan tunjuk kita sarang lebah, tunjuk ratu lebah bagai. Lps tu baru masuk dalam bilik, macam kelas tabika. Dia akan briefing pasai jenis-jenis madu dan produk-produk dari lebah. Dan lastly, ofcoz la dia promote barang-barang keluaran farm dia. Ai xgemor sangat tempat macam tu, tapi mak and kakma teruja. Terus beli satu untuk mak. Sebab mak suka makan madu. Dan takdelah mahal sangat bayar guna duit Malaysia.

 
 


RENU KOHYO

Pusat jualan gajus, barangan kering dan pes-pes tomyum. Erm, kat sini ai dah borong pes tomyam sampai dua botol besar. Satu pes baru berharga RM15 kalau convert duit kita. Gajus ada macam-macam jenis tapi idaklah best sangat dan banyak sangat pon. N then adalah jualan kacang-kacang Thai yang pemes tu...Tu je lah yg ai sambar buat stok utk balik Putrajaya.

NORA PLAZA

Tempat jualan barangan kulit. Macam-macam ada kat sini. Kulit sapi, kulit kambing, kulit buaya. Harga reasonable, berbaloi. Tapi design tak berapa berkenan di hati den. Kalau tak dah sambar satu beg sandang untuk cik abang BAMBEAR iols tu. Tapi tak cun plak design. Mcm design purba. Takde ke yang hipster sket. Iols akan skip tempat ni kalau pegi lagi sekali ke Hatyai.

SOUVENIR SHOP

Okay, yang ni ai suka. Tshirt murah, keychain cantik-cantik dan murah-murah. Nak beli souvenir apa pon, better beli kat sini kalau gi trip yang daytrip ni. Sebab kalau gi trip yang tido sana akan di bawa ke market ASEAN tu. Katanya lagi banyak dan lagi murah. Sini pon banyak habis jugak. Macam biasa kami beli FM untuk rumah sendiri kat Putrajaya, rumah Mak kat Kulim, rumah KakSu...hehehe kira rumah. Tshirt tak beli since dulu-dulu dah beli banyak kat bebudak ni. Zaman mula-mula suka travel dulu dulu dulu tu. Hehehehe~

LUNCHEON TIME ~ Kai tod Decha'

Last makan bekpes ja. Perut mmg dah nyanyi dangdut. Serius lapor teruks. Tour guide kata, ayam goring kat sini sedap. So kami decide nak oder ayam goring ja. Bila tengok resipi mmg blur abis. Alahai tulis Thailand daa. Kami dah mula cuak. Apa nak oder ni tak paham mende. Sekali waiter leh cakap melayu daa. Senang betui bercuti kat Hatyai ni. Semua boleh cakap Melayu dengan fasihnya. Kami pon oder nasi ayam thai dengan tomyam seafood. Air teh ais yang ada buih buih tu, tp end up waiter datang kata, buih tak jadi. Xde hal lah. The ais amik sampai 5 gelas sebab haus yakmat nih plus tamak. Tapi abih ok. Serius, MURAH dan SEDAP yakmat. Recommended. Makan 4 orang baru 500++ baht bersamaan RM62.50. Tomyam portion memang besaq. Ayam goreng sekor belah 4 bahagian.

Berbaloi baloi. Padu beb.

Rindu nak pi lagi restoran ni. Macam dok teringat-ingat je makanan kat situ. ermmmm ~






CHANG PUAK CAMP

Chang tu dalam bahasa Thailand adalah gajah. Disebabkan ai n CikNin pernah naik gajah masa kat Krabi, so kami decide takmau naik dah. Rasa mcm penganiayaan terhadap haiwan sejenis gajah. Walaupon gajah tu besar 30kali ganda dari ai. Tetap rasa mcm berat ai ni buat gajah tu tak tertanggung. Tapi kat Chang Puak Camp ni, gajahnya lebih terurus dan xdelah mcm kita aniaya dia. Ok ja. So better naik. 500 baht sorang ja. dia bawak round dalam 40minit gitu. Aku n diknin tak naik gajah, kami naik bosan. So nak tgk gajah show takde, buaya show dah abih. Buaya???mmg xkanlah aku masuk tgk show tu. So kami menghabiskan masa dengan amik gambaq kawan-kawan setrip and post kat grup wassap kami. Mak n kakma naik gajah tu. Mak seem happy. Mak happy so kami happy.

 
 
 
  



FLOATING MARKET

Saat ku idamkan. Masa otw nak ke Hatyai aku dah google makanan menarik untuk dicuba. Tapi end up bila tgk kat sampan sampan tu aku rasa semua tak menarik. Air teh ais dalam buluh tu je yang menambat. satu buluh plus air 25baht. murah ja kan. dalam rm3 je gitu. Pahtu adik aku beli pulut mangga. Bila naik kat atas. Kat area gerai-gerai. Lagi banyak yang menarik. Tapi mungkin sebab kenyang makan tghari kot. Aku takde rasa nak makan lagi. Last2 g lepak kat gerai-gerai tu. Oder dua mangkuk mee celup. And air berjag jag abis. Haus. Walaupon xdelah panas mana. Kami buat solat jamak Ta'akhir kat surau floating market ni. Then lepak2 pusing2 selpie2 gitew. Pahtu ada show tarian bebudak thai, n persembahan tu mmg menarik.

 
 


DANOK MARKET

Last persinggahan untuk shopping. Kat sini macam kat pasar borong. Pes tomyam lebih murah kat sini. Maggi siam orang buat kerabu maggi pon murah. Aku beli sos thai cap ayam ngan sos ikan cap squid tu baru 73baht RM9.15. Rasa berbaloi sebab murah. Buah bidara sekilo RM5, buah pelam sekilo RM8, buah kundang yang viral sekarang ni RM25 sekilo. Kalau beli pakai duit RM lagi murah. Ni aku convert kan duit Thai ikut rate yang aku tukar. Toto pon murah RM42 je size besaq.

Okay lepas shopping kat Danok, terus cop passport dan gerak balik ke Kulim. Singgah RNR Jitra untuk Jamak dan terus gerak ke Kulim dengan bahagianya. Kul 12malam sampai kat Kulim, dan perut menggelegak minta makan. Sebab dah makan tomyam sedap kat Hatyai, dah xde rasa nak makan tomyam.

DAYTRIP HATYAI : RM80/PAX
TRAVEL AGENT : PSSB TRAVEL and TOUR SDN BHD

Recommended sangat travel agent ni. Nanti nak gi trip tido sana pulak, nak pi satu family pulak.

No comments: