Wednesday, December 28, 2011

bila geng bujang unite

27hb Dec 2011...

lagi makan2 di MAEPS..steamboat tym..again????for me la again...sonot hape mkn ramai2..tak kisahla kat mn...yg bestnye sbb dpt mkn enjoy2 ngn kengkawan...the more the merrier...hanya dpt mengumpulkan sebahagian shj dr kwn2 opis...dah cukup gamat....

tengs uol..sbb sudi nk join ajakan aku n mekjue utk mkn santap ramai2...sonotkan???bkn sbb dpt menyetimboatkan diri, tp sbb dpt hu ha hu ha sesama rakan2....ai ske dis feeling...

perasaan idup di kelilingi ramai kawan2 yg best2....

enjoy de picca again...it's all about friendship!!!!!!















raeesa @my place

Raeesa dah abes pantang..eh mak raeesa yg dah abes pantang...
kecik2 lg raeesa dah jalan sana sini..last tym g Cruise Tasik Putrajaya..sonotla Raeesa dpt naik cruise FOC..hahahahha....

Balik dr Cruise Raeesa balik lepak umah lalan..sbb Raeesa dah mengeluarkan "Golden Poop" juz now n need to clean up!!!!
Lps mandi lalan lepak2 borak ngn Raeesa smbil amik gmbo Raeesa bnyk2....best tgk Raeesa..matanya yg bulat n mulutnya yg di muncung2..rs mcm nak picit n geget jer budak tecik ni....

Kecintaan terhadap babies membuak2 dlm diri aku..bila lah bley nak capture gambar anak sendirik..

n nak wat photo album, perjalanan proses pembesaran anak sendirik..huhuhuhu..

enjoy de picca....








sungguh comel anak buah lalan ni kan????hihihihihi.....
MODE puji anak buah sendirik...hihihihihi

Semua yang saya cerita semestinya berlaku dalam hidup saya...enjoy my story k...

Sunday, December 25, 2011

cruise sana sini 25th Dec.....

Ho Ho Ho....
Selamat Menyambut Hari Natal.....

Yeay, jenjalan lagi. Kali ni jalan dekat2 ngn umah jer..gi Cruise Tasik Putrajaya....
Harga tiket utk dewasa with MyKad adalah RM30 manakala children atas 4 ke 12 tahun adalah RM18...

Kakak pakai npakej utk 2 dewasa 2 children iaitu RM86......hehehehhe

mula2 mestilah naik Cruise dulu...kejap naik kt atas..kejap duk kat dalam, kejap duk kat depan cruise, pahtu naik atas balik....lebih kurang setengah jam kot cruise ni bwk pusing2...frankly speaking, mcm xbest pon ada gak...klu aku org luar mungkin best..tp sbb hari2 dah tgk putrajaya..feeling teruja tuh xder...hhihihii...tp tgk org lain mmg enjoying themselves la....except for me..lebih kpd menjadi guardian/bibik kpd budak2 jerr...hahaha...yg penting aku ikhlas nk tgk2 kan dorg..hihihi





pah dah cruise masing2 dah lapar...so apa lagi...
kami berjaya menNANDO's kan diri sendiri ngn hidangan yg mmg puas ati....
aku sangat suka rasa ayam nando's n also their specialty SAUCE peri-peri...dan yg pastinya CHIPS fries adalah yg terbaik.....











Semua yang saya cerita semestinya berlaku dalam hidup saya...enjoy my story k...

Monday, December 19, 2011

Steamboat @maeps

Yeeeehaaa....

semalam yakni 18 Disember 2011, aku n enchek bear g makan2 isi perut di restoran @MAEPS...steambot uols!!hehehe

kenyanggggggg...yummeh!!

Steamboat nie berharga RM19++ per head..eat all u can!!plus tax sorg kena bayar dalam RM21.10...makanlah sampai lebam..

selection terdiri dr bebola2 yg pelbagai..mmg banyak giler jenis bola..pahtu ada seafood such as udang, sotong katak, sotong besar, siput sepahat, shell, kerang merang, KETAM (wow), segala jenis cendawan, segala jenis mee/noodle segera, segala jenis sayur....seafood tu mmg bnyk tau..kerang jer mcm2 jenis..xingat dah aku...yg aku sebut ni, yg aku mkn jer....bebola mmg xsentuh langsung lah..rugi..hihiihi...kat dessert bar ada buah2an terdiri dr betik, pelam, jambu batu, tembikai susu, sengkuang, tembikai merah...di sediakan kuah rojak kt situ...aiskrim (serius aku cakap, aiskrim dia mmg sedap, ada dekat 6 perisa ~rugi amek last2 so dpt sumbat sket je sbb dah kenyang)recommended aiskrim oreo ngan aiskrim perasa kopi+vanilla...sepatutnya ada cendol dan ais kacang..tp semalam xder lak...

n kat satu meja lagi dihidangkan kari ayam, mihun goreng, nasi goreng, mee goreng, koeyteow goreng dan bebola ikan goreng!! bebola goreng tuh sedap...yg lain2 boley makan, tp xder la sedap giler...

minuman lak ada air anggur, fresh orange, teh o ais dan sirap..manakala air panas terdiri drp teh tarik dan teh o panas...

bg mereka yg mmg lebih ske kan makanan yg banyak berbaloi dgn arga yg di bayar boleylah ke sini...antu lantak macam aku mmg seswai le ke sini..sbb aku mmg xkisah sedap ke tak asalkan aku rs berbaloi ngn arga..okehla..tp klu yg mmg makan sikit jer, n pentingkan kesedapan dasyat...aku tak syorkan lah..sbb makanan kat sini sedap tp tak der lah buat aku teringat2...

tgk kat banner ada gak di sediakan makanan sarapan bermula dr kul 7pg hingga 11tghari..pahtu buffet lunch utk lebih 70 hidangan dengan arga RM15++ (minuman adalah percuma), ptg dr kul 3ptg sampai kul 6 ada western ala carte n sambung lak ngan steamboat buffet!!!

tmpat mmg insyaAllah puas hati...dewan boley memuatkan dlm 500 org...

aku dtg dlm kul 5ptg lom ada org lg...cme ada 2 keluarga tgh amik2 makanan2..aku keluarga yg ketiga..hikhikhik

tengoklah gambar2 di bawah nie yer..aku rs dah pelik lak setting blog nie..nak upload gambar dah lain dah nie...hihihihi..









so saya mmg recommend tempat nie....parking pon luas..ada surau...

nak sampai ke tempat nie mmg senang, bg kakitangan awam yg dah biasa amik exam kat dewan MAEPS nie mmg tau sgt lah, sbb restoran nie dekat ngan dewan tuh...MAEPS adalah tempat berlangsungnya MAHA tu yer..so google2 lah....hehehehhe

kalau nak tgk lagi gambar2 tentang steamboat ni ley la ke http://chinta85.blogspot.com/2011/12/steamboat-maeps-serdang.html as aku pon terpengaruh dgn gambar2 dia baru la aku g cari tmpat nie!!!sekian....

Sunday, December 18, 2011

Apa nak jadi nie???

Kecoh jugak kes nie baru2 nie...xpasti sama ada cerita lama o cerita baru.Yg pastinya aku baru tau cerita nie..

apa nak jadik nie?????

zaman sekarang ni memacam..elok2 petronas antar g luar negara amik MEDIC..balik ley jadik doktor berbakti utk negara..g sana dah jadik lain macam lak...

bacalah cerita nie...ntahlah labu...
copy paste dari

Baru-baru ini seorang bapa meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya, Ariff Alfian Rosli yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu.

Anaknya itu adalah pelajar perubatan di Dublin, Ireland.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Prihatin dengan keadaan itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berjanji akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember ini bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan Ariff Alfian.

Muhd. Khairun berkata, buat masa ini, pihaknya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai Ariff Alfian supaya usaha menjejaki pelajar terbabit dapat dilakukan.

Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

Tetapi yang lebih mengejutkan, pelajar tersebut dikatakan telah berkahwin dengan SEORANG LELAKI bernama Jonathan di sana

Beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, dia memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.

Astagfirullahazim, penulis tak tahu apa nak diperkatakan lagi.

Dalam hal ini, yang paling tertekan sudah tentu keluarga Ariff Alfian.

Lelaki itu sudah tentu enak dipeluk ‘suaminya’ tetapi keluarganya terutama ibu dan bapa sudah tentu berendam airmata.

Apa tidaknya, anak yang dibela, diberi didikan agama dan didikan dunia hingga berjaya menjejakkan kaki ke kolej perubatan boleh menconteng arang di muka mereka.

Itu belum dikira hutang yang terpaksa ditanggung disebabkan si anak tidak berjaya menghabiskan pelajaran.

Dalam hal ini, penulis meminta janganlah disalahkan ibu bapanya 100 peratus…tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka jadi begitu.

Bak kata pepatah…bukan salah ibu mengandung.

Mungkin ada kelemahan dalam proses mereka membesarkan Ariff Alfian tetapi sebagai seorang yang terpelajar, dia sudah tentu tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Penulis tidak tahu apa nak buat kalau berada di tempat ibu dan bapa lelaki berkenaan, ini kerana apa yang berlaku cukup keji dan memalukan bukan saja pada agama kita, tetapi juga pada bangsa dan negara.

Inilah padahnya kalau terlalu berfikiran liberal, semuanya hendak dihalalkan demi kebebasan dan atas nama hak asasi manusia.

Penulis pernah membaca kenyataan peguam Zainul Rijal Abu Bakar.

Katanya, hak asasi tersebut sebenarnya tidak boleh bercanggah dengan prinsip utama dalam Perlembagaan.

Hak asasi ini dilihat seolah-olah menghalalkan apa jua amalan mengikut naluri nafsu golongan tertentu.

Mungkin hari ini mereka mahukan hak bagi golongan yang mengamalkan seks sejenis.

Kemudian hari kelak berkemungkinan ada yang memperjuangkan atas nama hak asasi seseorang itu bebas melakukan seks dengan anak kandung sendiri ataupun dengan haiwan.

Ini disebabkan hak tersebut perlu dihormati dan tidak ada orang yang boleh menghalangnya.

Pendekatan sebegini adalah amat terpesong dengan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan itu sendiri selain bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Namun golongan ini tidak harus dizalimi tetapi didekati supaya mereka diberi peluang untuk balik ke pangkal jalan.

Mendekati golongan ini bukanlah dengan memperjuangkan agar mereka dapat terus mengamalkan amalan hina tersebut tetapi supaya mereka meninggalkannya, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR

pandai pulak tue org putih tu tlg pakaikan samping







melampau tullah..nak kawen kawen jerlah..xperlulah nak bgtau semua org ko tuh dr Malaysia..siap pki baju melayu bersongkok, bertanjak bagai..macam bagus jer lahhh...

siapa ariff alfian?

Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun. Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.

ariff alfian rosli telah di beritakan hilang pada 12 dec 2011 oleh bapanya melalui utusan.pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.

Tapi yang tambah peliknya, Ariff Alfian Rosli masih mengenakan pakai tradisional Baju Melayu bersongket dan memakai tengkolok seperti perkahwinan Melayu yang biasa. Walaupun perkahwinan yang terlarang tapi adat pemakaian Melayu masih belum dilupakan.

Sumber : GAMBAR ARIFF ALFIAN ROSLI KAHWINI LELAKI GAY DUBLIN | illustrasiaku .com


P/S : UWEKKKK..nak muntah.........