Showing posts with label island hopping. Show all posts
Showing posts with label island hopping. Show all posts

Monday, May 25, 2015

Part Three ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis

Sempoerna Getaway Hari Ketiga ~19/04/2015
Part Two ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis  di sini :)

Pagi2 lagi dah gerak ke Sempoerna. Bot kul 8 dah tunggu2. Tak sempat nak sarapan. Hari tu sarapan boleh tahan sedap, nasi lemak ko. Makan tiga suap jer. Tak sempat nak abiskan pon. Dalam bot pon boleh mengunyah lagi. Hebat tak hebat. Bot punyalah laju, sebab nak kena buat 2 trip, satu bot kan enjinnya dah rosak. Allahuakbar. Macam nak pecah jantung. Laju gila abg Lan ahaks bawak bot tau.

 Sesampainya di Semporna terus ke Semporna Ocean Tourism Centre, beli2 souvenir. Kalau nak membeli belah boleh lah ke sini. Tapi kalau korang nak ke K/Kinabalu, souvenir better beli kat sana je lah. Sini mahal jugak. Terkena jugak aku. Lalalala...


Lepas shopping kami pergi sekejap ke Galeri Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, tapi pada aku tak pergi pon tak rugi kot. Unless korang nak panjat bukit tu, untuk tengok keseluruhan  bandar Sempoerna dari atas bukit.

Dan kami terus je ke airport untuk amik next flight ke K/Kinabalu. Sebahagian dari kami beli tiket lambat, bolehla dorang berjalan2 kat bandar Tawau. Ikan masin ikan bilis memang murah kat Tawau ni. Silalah borong kat sana. Lagi murah dari K/Kinabalu yer.

Sampai berjumpa lagi !!!!

Next entri ke K/Kinabalu...yeehaaa...excited gile lah....

Oklah..macam biasa..

Total Damages

Pakej Selakan 3h2m = RM550 all in (inc. pick up dari airport tawau ke sempoerna, bot, tempat tinggal, makan 4 kali sehari, island hopping dsb)
Tiket flight airasia dari KLIA2 ke Tawau = RM89++
Tiket flight airasia dari Tawau ke K/Kinabalu = RM39++



Part Two ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis

Sempoerna Getaway Hari Kedua ~18/04/2015
Part One ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis di sini :)

Nyaman betul bangun2 pagi tengok laut. Dlm itenerari hari ni aktiviti island hopping n panjat bukit bohey. Seawal kul 7pagi kami bangun untuk sarapan dan bersiap sedia. Bawa kelengkapan semua
~kelengkapan berenang kejar penyu...kelengkapan mendaki dan sebagainya.~

Pagi ni bekpes org kampung sediakan mee goreng dan telur goreng. mee goreng tu bolehla makan, tapi aku mmg tak gemar mee goreng ni. Baik makan nasi putih ngn telur. Lagi nikmat. Hihihi..tapi sbb travel n dok tempat orang kan. So aku pasrah je. Alhamdulillah aku ni jenis boleh telan apa saja. In sha Allah, cuma suka dengan tidak jer.


Pagi-pagi lagi tgk budak-budak Bajau Laut dah bersiar-siar, lepak kat jeti Pulau Selakan. Selambe je bawak adik kecik naik sampan. Aku yang kancing gigi nengoknye.



Orang bajau laut ni berbeza dengan bajau2 lain. Bayangkan semua kehidupan mereka berkisar tentang laut dan air laut. Masak pakai air laut, mandi air laut, basuh baju air laut..mana tak kejung keras rambut dorang. Rambut dorang tu original tau bleached, bukan sengaja dorang kaler rambut tu.

Apa2pon tengok dorang ni memang bebas la. Hidup di samping nature..alam semulajadi. Sangat swag lah....

Lepas sarap, kami terus gerak naik bot ke Bohey Dulang, destinasi pertama kami pagi tu. Baru separuh perjalanan, bot lagi satu rosak, terpaksa bot kami tarik bot tu. Towing la bot rosak tu sepanjang hari. Nasib baik selamat sampai destinasi... Sesampai kat Bohey Dulang, masya Allah, Subhanallah cantiknya.

Aku tak larat nak panjat bukit so aku lepak kat bawah je, snorkelling dengan abang bot. Yay, ketakutan terhadap air dapat diatasi..Alhamdulillah. Mula2 panik jugak, banyak kali suh abg bot tarik aku ke bot, bersangkut lima minit, aku lepas pelan2, bila rasa out of gasp aku berenang pelan2 ke bot semula. Macam anak penyu baru belajar berenang aku rasa. Tapi cantik sangat, macam dok dalam akuarium.

P/S: aku tak panjat bukit tu sebab aku rasa nak semput, lagipon kaki aku sakit sebab baru balik menjelajah Korea 12hari. (tak up lagi cerita korea) :)


Lepas semua keletihan atas bukit Bohey Dulang tu, kami terus ke Mantabuan Island. Serius taksub gila tengok air kat sini. Sangat2 superb warna air dia. Cantik kan??? Biru muda. Kat sini banyak gila coral. Asyik terpijak je. Dahla takut terkena landak laut. Ketakutan je..menjerit2. Hahahaha...



Usai snorkelling puas2 kat sini, kami terus gerak ke satu lagi pulau. Pulau Sibuan. Sini pon masya Allah SubhanAllah...keindahan alam ciptaan tuhan. Pasir dia putih sangat. Tapi snorkelling kat sini mcm xbest sebab nya, takde langsung coral. Pasir je. Kat sini aku ngan sorang membe, lepak2 dalam air je...sambil borak2 cerita masalah masing2...best sangat. Time ni kulit dah rasa merengsa, pedih2, dah tau dah kompom garing dah ni dibakar mentari. Tengok muka membe pon dah merah2, sah sah dah terkena jnagkitan sunburn ni. Huhuhu...


Jangan risau nak ke sini, semua tempat dijaga rapi oleh askar2 dan polis2 hutan kita. In sha Allah selamat. Kalau ada suspicious bot yg menghampiri pantai, pasukan2 polis ni dah tahu dulu. In sha Allah selamat.



Hari pon dah petang, kami akhiri hari kami dengan naik bot dan bergelak2 ketawa...best sangat. malam tu bakar2 seafood bagai, makan dengan meriahnya sbb ada org lanja ketam.yeehuuu...aku bahagia.


Gambar yang tengah2 tula bapak ketam. hihihi...

Malamnya lepas berborak2 sakan, dan ada nite adventure redah laut y dah paras lutut tu..kami pon tidur dengan bahagianya. malam tu dengkuran makin kuat, almaklumlah, letih...lalalalala

Part Three ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis di sini :)


Tuesday, May 19, 2015

Part One ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis



Sempoerna Getaway Hari Pertama ~17/04/2015

Weekend getaway ke Pulau Selakan, Sempoerna. Memang dah plan lama, bos yang plan. Masa setuju nak pergi pon, 50-50 je antara pegi dengan tidak. Bukan apa, banyak sangat berjalan pon, badan tak berapa nak sihat jugak. Trip ni berlaku selepas trip aku ke Korea. Cerita Korea memang akan jadi sangat panjang. So, aku langkau sekejap. Tak pe kan??? hehe

Kami pergi 16 orang, terdiri dari 5bunga dan 11kumbang campur buaya. Ada buaya ada kumbang..Lalalala...

Berkumpul pepagi seawal 5am kat depan KFC KLIA2, pahtu naik kapal terbang yang sama yakni AirAsia (biasalah bajet). Sampai Tawau dalam pukul 10pagi. Driver dah tunggu siap2 kat airport, naik 2 van terus gerak ke Kedai Makan Sup Payau. Betul2 sebelah airport tapi aku rasa macam belum pun kuar dari kawasan airport.

Amende ni sup payau???payau tu kalau dalam bahasa hoemtown aku macam pahit+pijor...tapi rupa2nya, sup payau ni SUP RUSA...oooo kisahnya. Bolehla makan cuma tekstur daging aku xberapa suka. Kalau daging solid, xde lemak sikit2 ni aku mmg kureng sket.

Tak de pulak amik gambo kat sini, sebab kebetulan masa pergi kedai tu xde letrik, MATI KAREN nya. Berkipas makan sup payau. Untuk aku yang suka mencuba semua makanan ni, rasanya boleh tahan je lah. Tak gemor!!

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Sempoerna, Tawau ke Sempoerna boleh tahan jauh, dekat 2jam jugaklah sebab sepanjang perjalanan hujan lebat. Sampai jeti Sempoerna, bot dah sedia tunggu.

Naik bot dalam sejam lebih2 sikit, sampailah kami ke Pulau Selakan Homestay (aku prefer sebut Salakan), not bad. Imaginasi aku, homestay nye kotor dan lama, tapi sebenarnya sangat bersih dan selesa. Memang basic amat, tapi best. Fefeeling tido kat hostel, chit chatting sepanjang malam, kacau orang sebelah tido. Pengalaman yang best ekceli.

Baca kat blog dan ada yang takut2kan kami, susah nak me"nature call" kat sini. Tapi alhamdulillah nasib kami baik, siap dah ada toilet duduk dalam bilik tau. Kami la yang rasmikan dulu. Yeehuuu, xyah la nak malu2 kalau nak gi mandi bagai. Nak berkemban ke, nak telanjang ke...Dalam bilik aje. Air pon alhamdulillah ada.

Hari pertama sesampai je, kami lepak2 kat luar bilik, beranda dia panjang ala2 rumah panjang. Bergelimpangan semua kat beranda. Kat sini air panas, free flow 24 jam, ada kopi milo susu gula bagai, self servis lah. Layan diri sendiri. Budak2 laki mmg rajin bancuh air petang2 lepak2 kat beranda. Yang pompuan ni tunggu air owner siap bancuh je. Hahahaha, nampak benor pemalas nye. Haha...


Tengok air tuh, jernih kan??? Geram je rasa macam nak terjun. So hari pertama ni xde la beraktiviti sangat. More to aktiviti bebas je lah. Minum2 lepak2, getting to know each other, ko buat lawak aku gelak, aku buat lawak ko terlopong...gitu lah kekdahnya. Kami yang pompuan2 solehah ni duduk2 je kat jeti, goyang2 kaki ala2 pompuan kampung sejati. Yang lelakinya kuak lentang kuak lemas kuak kupu2, kuak dugong pon ada..memacam lah...yang dok peluk tiang tak lepas2 ape kes, aku pon tak paham. Lalalala..dan petang tu kami tgk Ruby dan Nyamuk (kami punya Tour Guide la gitu) buat demo DIVING, beria kawan aku ajak aku Diving, taktaulah mampu ke idak nak menyelam.

Masa ke sini, aku 70-30 nak masuk air, perasaan takut terhadap air masih lagi menebal. Nak tau aku berjaya overcome ketakutan/fobia aku atau tidak. Kita tunggu next entri. Jeng jeng jeng...

Aktiviti aku time travelling, macam biasa, tengok sunset, maha suci Allah, sunset kat sini magnificent, awesome, terbaek....semualah!!! Dia punya skyline tu, perghhh....telan air liur. Tenang ya Rabbi, buat aku terindu-rindu. Kalau baru kawen datang sini, lepak2 ngan suami tercenta sambil minum kopi, tengok budak2 bajau race motobot. Wah heaven nokkkk....


A picture is worth a thousand words. Memang ada edit sket, tapi serius, memang worth it la u came all the way from semenanjung, naik flight naik van naik bot...lagi banyak tempat kita lawati, lagi kita akan sedar, betapa Allah SWT tu maha pencipta. Setiap tempat tu berbeza2 kecantikannya...

Lepas sunset, malam pon menjelma....without darkness the star wont shine..tetibe...kikiki

Aktiviti malam, adalah makan, dan berdengkur sampai kawan sebelah takleh tido, tapi yang xbestnya, aku yg x boleh tido ni. apa kes??? aku nye pesen ko letak la bom sebelah tinge, memang boleh tido, tapi aku tak boleh tido sebab PANASSS....setiap sejam aku terjaga. Last2 aku tido atas lantai dekat dengan pintu nak ke toilet, ada open air kat situ....perghhh..berpeluh makcik.

Apa pula aktiviti kami esok hari??? Sambungannya menyusul lapan hari lagi....huhuhu...Doa2kanlah aku rajin...lalalalala


Next entri ....Part two ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis

Wednesday, March 4, 2015

Cuti Raya Cina ~ Minggu lepak2 ngan famili

Assalamualaikum

Gong Xi Fa Cai...Yeay,musim makan limau n musim demam serentak dtg...hehehhe Cuaca pon tak menentu sekarang, ai pon tak terkecuali...asyik sakit kepala je sekarang. Adoiyai.

Akhirnya dapat jugak balik kampung jumpa mak...yeay..rindu tak tertahan di jiwa. Dapat jumpa Adam, jumpa Yaya...Ai sangat hepi. Balik sorang2 je as Bear busy ngan kerja. Memanjang nye busy alahai. Takpe, ai suke kalau balik sorang. Leh spend semua masa yang ada dengan mak.

ai start kat kampung dari 18/02/2015 sampailah 21/02/2015.Rasa sekejap je masa berlalu...alhamdulillah ada jugak tiket bas walaupon dok depan sekali. Last piece la tiket tu, redha je lah.

18/02/2015
hari pertama tak pergi mana-mana pon sebab semua orang kerja lagi, so xde transport nak huha huha dengan mak. Malam tu baru start kuar makan ngan famili. Pusing satu Kulim cari kedai makan. Semua penuh. Mentang2lah esoknya tu Public Holiday. Dapat makan tempat biasa, kat Restoran Pokok Nyior tu je. Bolehlah masakan dia, harga pon okay pada aku. Untuk 4orang makan, RM49, dpt makan Siakap Tiga Rasa sekor, kailan ikan masin, telur dadar(besar), tomyum campur(besar), nasi putih satu bekas dan air buah satu jug. Alhamdulillah. Kenyang, murah dan sedap. Settle 4org makan malam tu.

19/02/2015
pening kepala memikirkan, mana lah nak lepak petang-petang ni. Ajak abg jalan2 dia bagitahu anak buah ai si Danial jatuh motor, berjahit kat mulut. Allahuakbar. Terus ajak mak and adik g melawat dia. Nasib baik takde la teruk sangat. Boleh tahan la bengkak kat bibir tu. Masa kami dtg dia malu2, segan sebab degil kot. Hahahaha...

Lepas tu terus shoot ke Penang, lepak2 bawah jambatan Penang tengok orang mancing. Best jugak lepak situ. Seumur hidup tula first tym melepak kat situ. Lepas lepak gi makan makan tepi pantai, then terus shoot balik. Kenyang satu hari asyik makan je keje.


20/02/2015
Abang ajak gi Gua Kelam Perlis, tapi gi ngan mak mertua dia. Seganlah pulop. Hasilnya kami buat agenda sendiri. Gi Pulau Aman, pahtu dah taktau nak pi mana lagi.

Nak gi Pulau Aman ni kena naik boat tau. Jeti Pulau Aman dekat-dekat dengan Stadium Batu Kawan. Jangan risau. Senang je nak gi, ikut je signboard. Memang akan sampai. Tiket beli kat Jeti je...masa nak naik boat. RM6 return ticket. Takde pape pon kat Pulau Aman. Nak lepak2 tengok pantai and then makan-makan jer. Itu jelah aktiviti kami kat situ. Naik bot tak lama pon, dalam 5-10minit je. So yang mabuk laut tu memang tak sempat muntah bagai..tup tup dah sampai dah. Kihkihkih....

Kat sini kami makan kat Restoran Terapung. Harga boleh tahan la. Sepinggan biasa RM6 kalau spesial RM10.. Adalah tambahan sekor dua udang. Udang fresh lahai. Geram tengok udang dan ketam segar. Kalau nak amik seafood segar kat kedai tu, pahtu suh og kedai tu masak pon boleh. Rasa lagi okay kot harga dia. Puas la dapat makan banyak2 udang ketam mantis bagai.




Usai solat zohor, jalan2 tengok Pulau Aman ni sket, pahtu terus shoot ke Taiping. Mula-mula ingat nak gi Zoo Taiping Night Safari, tapi tetiba jadi malas dan letih teramat pulak.

Lepak-lepak je kat tepi tasik, makan aiskrim. Pahtu tengok orang senamrobik, main belon. Dah puas lepak terus cari kedai makan. Kat sini kami makan sotong kangkung dengan minum2 je. Konon2 kenyang lagi makan tghari tadi. Padahal sekejap je, pahtu dah lapar balik. Ye la tengahari makan koteow goreng je kot. Pape pon seronok tengok mak happy. Kesian mak. Asyik terperap je kat rumah.



Sampai umah agak dah malam jugak. Jom tido....

21/02/2015
Tak pergi mana pon sebab anak-anak buah datang, ala...lalan dah nak balik baru nak datang.huhuhu sampai hati. Malam tu aku dah gerak balik Putrajaya dah. Esoknya dorang leh lak wassap gi berkelah kat Bukit Hijau. Sangat kejam...uwaaaaa...sakitnya hati ku ini..sakitnya tuh di sini




Monday, September 15, 2014

Episode 7 ~ APRIL ~ TRIP #adikkakak ke KRABI, THAILAND

Third Day

Macam semalam pagi2 dah bangun, dan keluar cari makanan. Kali ni kami pergi ajak jauh. Ada sebelah kiri jalan sebuah kecik, ala2 kedai kat kampung. kami nampak jurujual pakai tudung, so apa lagi singgahlah. Alhamdulillah, kedai orang islam. ada nasi kuning2 tu, ada nasi kerabu. Aku and adik amik nasi kerabu. Sedap, teh ais dia pon sedap. Cukuplah untuk alas perut menampung aktiviti hari ni.

Hari ni hopping long tail boat ke 4 Island. 

Erm, hari ni aku and adik mengalami sedikit gangguan emosi dan trauma. Demi Allah, aku betul-betul trauma. Aku hampir2 mati lemas...nasib baik ada hamba Allah ni, omputeh, tarik tangan aku and adik. lepas tu takut malu semua ada. Nasib baik tak ramai orang kat situ time tu. kira longtail kami antara yang terawal sampai...Umur masih panjang, tak dapat aku bayangkan kalau salah seorang atau kedua2 kami mati lemas hari tu....Astagfirullahhalazim.









Tup Island adalah island yang paling cantik bagi aku..kalau ada masa memang nak datang lagi. Tenang sangat kat sini...Adik aku berjaya snorkel hari ni walaupon di gigi-gigi air jer..hehehhe jadilah..ku mmg xboleh..trauma kuat sangat2...sebulan jugak aku tak dapat tido bila teringat...





gambo memang banyak, tapi malas nya nak sorting. biasAlah bersepah2 gambo. maklumlah amik gambo pakai kamera henpon ja...malas nak bawak kamera besar2 ni...so pakai henpon ja lah...asalkan dapat amik gambo buat kenangan...

balik je dari island hopping...kami terus balik ke hotel. tak larat rasanya nak berjalan-jalan. berdengkot2 panjat tangga hotel. Tapi sebab sakit sangat kaki, aku mandi2 jer, terus ajak adik aku gi massage kaki.

sebelum massage amik package transport ngan hotel utk ke Krabi Nite Market. Mahal jugak 2 orang dlm rm40...Halal je lah.Lagipon malam ni malam last.So kami bleh shopping abiskan duit...nak beli souvenir sket utk kawan2..ngan souvenir utk diri sendiri jugak...

Krabi nite market ni takde lah hebat mana. cuma best sebab nak rasa kemeriahan. Rata2 pelancong/tourist mmg akan datang sini. Makanan mmg banyaklah sangat. kalau ikut rambang..memang semua aku bedal. peminat mangga macam aku, mmg macam2lah juadah berasaskan mangga. mmg rambang lah...kat sini, method dia senang je nak kenal mana halal n non halal..klu kat banner rentang kat kedai tu ada bulan bintang..in sha allah..halal...kalau tak halal tu wallahu'alam lah...

misi cari souvenir utk kawan dan diri sendiri berhasil.design tshirt kat krabi nite market ni ok sket dr design2 biasa kat aonang. tapi harga pon up la sengget dua hengget...

aku rembat beg sandang kat nite market ni...arga RM10 jer..kalau tahu beli beg ni je utk kawan2 terdekat...

Ushar2 apa aku rembat kat nite market ni:

keychain couple..me n sister..aku rasa orang2 thailand ni kreatip2...banyak benda comey kat thailand

padthai ni pada aku bolehlah...signature kat krabi nite ni

 pulut mangga sedap

nasi kuning ni sangat2 sedap..rugi beli satu jer

kupang goreng tepung ni sedap

Nak makan kat nite market pon boleh..ada disedikan tempat makan di tengah2 nite market siap pentas karaoke lagi..mmg crowded n happening...tp aku n adik bungkus2 je mkn kat bilik.sbb letih sangat...sementara tunggu van dtg pick up..haus, g rembat dua tiga botol air mineral kat 7eleven...best shopping jajan kat 7e ni.. seriously.. MURAH

Esoknya siap2, abiskan stok roti..kemas2 baju..bersedia utk di hantar pulang ke Airport...

Ok lah sekian dulu lah cerita aku kat Krabi..

Expenses aku ngan adik kat sana for 4d3n:

*flight return rm245/pax
*hotel Amorn Mansion (wifi laju) rm330
*island hopping+elephant trekking RM450
*sewa skuter RM20/day
*makan/minum/shopping/ngonyeh2/souvenir/massage

Total: RM2000 only for 2 pax
dgn harga tu aku n adik dapat beli kenang2an utk diri sendiri lagi..aku dapat shopping backpack/bag bahu/tshirt/seluar/dll

kan aku dah cakap. RM1000 sangat2 cukup utk travel ala2 backpackers ni.siap ada bawak balik duit Baht lagi, balance...yang penting kita dapat sampai...

Nak pi mana next????nanti kita stori mori lagi yer...

ANYEONG GUYSSS.....

 

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...