Wednesday, March 4, 2015

Cuti Raya Cina ~ Minggu lepak2 ngan famili

Assalamualaikum

Gong Xi Fa Cai...Yeay,musim makan limau n musim demam serentak dtg...hehehhe Cuaca pon tak menentu sekarang, ai pon tak terkecuali...asyik sakit kepala je sekarang. Adoiyai.

Akhirnya dapat jugak balik kampung jumpa mak...yeay..rindu tak tertahan di jiwa. Dapat jumpa Adam, jumpa Yaya...Ai sangat hepi. Balik sorang2 je as Bear busy ngan kerja. Memanjang nye busy alahai. Takpe, ai suke kalau balik sorang. Leh spend semua masa yang ada dengan mak.

ai start kat kampung dari 18/02/2015 sampailah 21/02/2015.Rasa sekejap je masa berlalu...alhamdulillah ada jugak tiket bas walaupon dok depan sekali. Last piece la tiket tu, redha je lah.

18/02/2015
hari pertama tak pergi mana-mana pon sebab semua orang kerja lagi, so xde transport nak huha huha dengan mak. Malam tu baru start kuar makan ngan famili. Pusing satu Kulim cari kedai makan. Semua penuh. Mentang2lah esoknya tu Public Holiday. Dapat makan tempat biasa, kat Restoran Pokok Nyior tu je. Bolehlah masakan dia, harga pon okay pada aku. Untuk 4orang makan, RM49, dpt makan Siakap Tiga Rasa sekor, kailan ikan masin, telur dadar(besar), tomyum campur(besar), nasi putih satu bekas dan air buah satu jug. Alhamdulillah. Kenyang, murah dan sedap. Settle 4org makan malam tu.

19/02/2015
pening kepala memikirkan, mana lah nak lepak petang-petang ni. Ajak abg jalan2 dia bagitahu anak buah ai si Danial jatuh motor, berjahit kat mulut. Allahuakbar. Terus ajak mak and adik g melawat dia. Nasib baik takde la teruk sangat. Boleh tahan la bengkak kat bibir tu. Masa kami dtg dia malu2, segan sebab degil kot. Hahahaha...

Lepas tu terus shoot ke Penang, lepak2 bawah jambatan Penang tengok orang mancing. Best jugak lepak situ. Seumur hidup tula first tym melepak kat situ. Lepas lepak gi makan makan tepi pantai, then terus shoot balik. Kenyang satu hari asyik makan je keje.


20/02/2015
Abang ajak gi Gua Kelam Perlis, tapi gi ngan mak mertua dia. Seganlah pulop. Hasilnya kami buat agenda sendiri. Gi Pulau Aman, pahtu dah taktau nak pi mana lagi.

Nak gi Pulau Aman ni kena naik boat tau. Jeti Pulau Aman dekat-dekat dengan Stadium Batu Kawan. Jangan risau. Senang je nak gi, ikut je signboard. Memang akan sampai. Tiket beli kat Jeti je...masa nak naik boat. RM6 return ticket. Takde pape pon kat Pulau Aman. Nak lepak2 tengok pantai and then makan-makan jer. Itu jelah aktiviti kami kat situ. Naik bot tak lama pon, dalam 5-10minit je. So yang mabuk laut tu memang tak sempat muntah bagai..tup tup dah sampai dah. Kihkihkih....

Kat sini kami makan kat Restoran Terapung. Harga boleh tahan la. Sepinggan biasa RM6 kalau spesial RM10.. Adalah tambahan sekor dua udang. Udang fresh lahai. Geram tengok udang dan ketam segar. Kalau nak amik seafood segar kat kedai tu, pahtu suh og kedai tu masak pon boleh. Rasa lagi okay kot harga dia. Puas la dapat makan banyak2 udang ketam mantis bagai.




Usai solat zohor, jalan2 tengok Pulau Aman ni sket, pahtu terus shoot ke Taiping. Mula-mula ingat nak gi Zoo Taiping Night Safari, tapi tetiba jadi malas dan letih teramat pulak.

Lepak-lepak je kat tepi tasik, makan aiskrim. Pahtu tengok orang senamrobik, main belon. Dah puas lepak terus cari kedai makan. Kat sini kami makan sotong kangkung dengan minum2 je. Konon2 kenyang lagi makan tghari tadi. Padahal sekejap je, pahtu dah lapar balik. Ye la tengahari makan koteow goreng je kot. Pape pon seronok tengok mak happy. Kesian mak. Asyik terperap je kat rumah.



Sampai umah agak dah malam jugak. Jom tido....

21/02/2015
Tak pergi mana pon sebab anak-anak buah datang, ala...lalan dah nak balik baru nak datang.huhuhu sampai hati. Malam tu aku dah gerak balik Putrajaya dah. Esoknya dorang leh lak wassap gi berkelah kat Bukit Hijau. Sangat kejam...uwaaaaa...sakitnya hati ku ini..sakitnya tuh di sini




No comments: