Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, June 11, 2015

Horas Medan Part Three #TripHajiBaharudinsKeMedan

Day Three ~ 23 Mei 2015 ~
Berastagi - Medan (shopping time)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni kita baca cerita Hari Ketiga saya di bumi Medan ye. Oyeay, dah hari ketiga dah, sekejap je rasa kat sini. Cepat betul masa berlalu.

Hari ketiga ni usai breakfast dan ambil2 gambar sket, kami lepak kat lobi hotel untuk urusan check out. Rasanya dalam pukul 8pagi dah ready dah memasing kat lobi hotel. Layan gambar je lah ek. Tak ada idea nak menaip. Hehehehe...Ni semua gambar2 kat green garden sementara tunggu pak supir bangun tidur. Terlajak agaknya. kikiki...masa ni awal lagi baru kul 7pagi...lepak2 makan2 bagai, kul 8.30 pagi ada kot.


Destinasi pertama kami adalah pasar buah Berastagi. Berastagi ni agak sejuk lah. Tapi rasa saya sejuk lagi Cameron Highland. Ataupon sama tapi saya yang tak sejuk mana. Mungkinlah. Kulit biawak kot. Hahaha, pasar buah terbahagi kepada dua bahagian, bahagian dalam pasar, ada jualan buah-buahan dan sayur-sayur segar. Bahagian luar pasar, ada gerai2 jualan cenderamata dan juga kain-kain baju. Harga kat sini boleh tahan murah jugak. Harga mula-mula bagi pon dah kategori murah dah. Bila tawar lagilah murah. Pak Putra pesan, kalau beli buah pastikan sekilo tidak melebihi 20000rupiah. So dengan guideline sebegitu kami pon mula kan pencarian buah-buahan. Ada yang tawarkan tinggi, tapi alhamdulillah jumpa satu kedai ni dia tawarkan buah-buahan bawah 20000rupiah sekilo. Kat sini, adik ipar aku borong 5kilo buah salak, kegemaran katanya. Aku nak je borong avocado dan harumanis, tapi memandangkan aku ni nak kena balik ke KL lg dari Penang. Malas lak aku nak ngangkut bebanyak.




Selain jual-jual, boleh je kalau nak cuba naik kuda dan bendi (kereta kuda). Kami tak cuba pon, entahla kenapa, kami ni semua nak cepat ja...ensem kan kuda ni, owner kuda ni beria-ia suh kami naik kuda ni. Tapi macam biasa, aku bab-bab penganiayaan binatang, tak sanggup aku tgk kuda ni sakit pinggang dengan berat aku. Hahahaha, kalau budak2 nak naik, okay aku syorkan. :)

 

Lepas je selesai shopping mata kat Pasar Buah, kami terus bergerak ke Kota Medan. Tak sabar rasanya nak ke Medan. Nak ke Pajak Ikan dll. Aku bagitau adik aku ada SOGO kat Medan, dorang tak percaya. Kata aku tipu. Tapi hakikatnya, memang betul ada SOGO kat Medan. Dan lagi besar dari kat Malaysia ye. Tak tipu punya....

Perjalanan dari Berastagi ke Medan dalam 4jam jugak. Dengan macet dan sebagainya, tapi best view dan cuaca ke Medan ni. Mungkin Berastagi ni kawasan sejuk, so view dia pon sejuk mata memandang. Aku ada mintak supir bawak kami gi tempat makan durian tu. Tapi mungkin takde dalam itenerari so dia macam buat-buat lupa. Ke tempat durian tu tutup. Wallahualam.

Sampai je kat Medan dah pon pukul 12.30tghari. Lupa nak bagitahu, di Indonesia kita akan muda sejam ye. Hehehe, sebab masa kat sana lewat sejam dari kita. Bandar Medan ni amat besar. Rasa lagi besar dari Kuala Lumpur kot. Memang besar. Sebab perut pon dah lapar, jadinya Pak Putra bawa kami ke rumah makan Simpang Empat. Ramai betul pengunjung kedai makan ni. Nampak pon macam kedai ada-ada jugak. Alhamdulillah semua kedai yang Pak Putra bawak semuanya bersih2. Biarlah kedai biasa tapi kebersihan tu harus. Kami makan ayam pop kat sini..sedap ko..ayam goreng berempah panas2....pop pop pop kecur liur...hahahhaha


Lepas makan kami singgah di satu kedai menjual telekung dan kain-kain pasang. Tak murah mana kat kedai ni. Tapi sebab kat sini tempat pertama, ada jugak kami membeli kain sembahyang dan kain batik kat sini. Better beli kat Pajak Ikan lebih berbaloi. Cuma elakkan komunikasi atau eye contact/body contact ngan peniaga-peniaga yang approach sepanjang kita bershopping. Mak Bedah lembut, siap cakap sorry bagai. Cepat-cepat aku tarik mak aku jauh dari dorang. Kang tak pasal dorang paksa2 mak aku. Ermm... APTB betullah...nak marah kesian, tu punca pendapatan dorang. Nak beli kesian lak akt aku, poket kena rampok...hahahahaha

Lepas tu kami ke SOGO, ingat mula-mula nak cari seluar, tapi kat sini kedai branded2 harga nya pon lebih kurang je dengan kat Malaysia. Baik aku shopping kat Malaysia. Kalau jenis suka shopping boleh la singgah sini, tapi kami ni, singgah sebab nak cari surau je. Surau kat SOGO ni di bahagian luar pasaraya, kat area parking. So nak cari surau, cari parking dulu. Landmark pintu kuar ke surau adalah, kedai jual pakaian sukan mcm AL-Ikhsan dan hush puppies sebelahnya. Lepas lepak2 kat starbuck kami amik keputusan kuar dari SOGO, sebab dak Adam pon dah reckless nak nangis ja. Mak dia pon dah hampir2 tukar jadi hijau. Better kuar.

Lepas tu kami di bawa melawat Istana Maimoon. Rupa2nya Istana ni dalam bandar Medan ja. Puas aku tunggu bilalah nak singgah istana Maimoon. Sbb kalau takde dalam iteneri memang aku amuk Hang Jebat kat Pak Putra tu. kikiki....Istana ni besar tapi kami hanya dibenarkan melawat sebahgaian kecil istana ja. Di bahagian hadapan istana sahaja. Kalau nak sewa baju ala-ala sultan sultanah Deli, boleh jugak sewa dengan hanya 10000rupiah sahaja sepasang. Time kami pergi Medan ni time cuti sekolah di beberapa negeri di Indonesia, so ramai plak pelancong lain selain kami. Jadi malas nak sewa2 baju bagai. Adam pon asyik nak berlari ja sbb bosan kan...



Next destination adalah Masjid Raya. Ambil-ambil gamba je, tak masuk dalam pon sebab time tu bau lepas azan, so ramai yang berpusu-pusu untuk berjemaah. Kami dah solat kat SOGO tadi. So, tak de lah nak masuk dalam. Masjid ni tak besar mana, tapi jemaahnye ramai.



Masa yang ditunggu-tunggu, kami nak pi Pajak Ikan weh....ooyeay....saat ditunggu-tunggu. Kat sini memang banyak gila orang jual kain sembahyang dan kain-kain baju. Langsir, cadar pon banyak. Kualiti??? Wallahualam. Kain sembahyang kat sini murah berbanding kedai yang mula2 pak Putra bawak. So, rasanya skip je kedai yang suir selalu bawak tu. Situ mahal. Cumanya best sebab takde orang kacau. Kat pajak ikan ni peniaga-peniaga dok ikut kita. Siap suh kita masuk lorong ni lorong tu. Kakak aku memang dah naik angin time tu. Dengan dukung anak lagi. Serabut la....

Kami shopping banyak jugak. Best gila shopping sampai kedai tutup. yeay... Jom check in hotel. Kat Medan kami book hotel sendiri. Kami book hotel Soechi Novotel. Hotel ni alhamdulillah, selesa bangat. Selesa amat. Sebab dah tertempah 4 bilik, so satu bilik kami bagi kat Pak Putra. Terpulanglah dia nak bawak mbak dia ke tidak. hehehehe...

Lepas check in dan mandi bersihkan diri. Kul 7petang kami dah ada kat bawah lobi. Malam ni Adam dan baba nya tak ikut. So kami geng2 anak dara ja lah termasuk Raeesa. Kikiki..anak dara lah sangat. Kami di bawa ke satu kedai makan ni, tapi lauknya macam dah nak habis. Jadinya Pak Putra bawak kami ke Rumah Makan Simpang Empat tadi...lauk tak sebanyak lauk tengahari lah. Tapi masih lagi menyelerakan. Makan kat Medan memang tak menghampakan. Alhamdulillah...

Lepas makan Pak Putra bawa kami ronda-ronda Medan, ronda dari atas van ja..seluruh pelusuk Medan dia bawak. Dari masjid tertua, kedai makan tertua, bandar lama medan, sambil cerita pasal sejarah kat Medan ni. Best.


Kul 10malam kami sampai ke bilik untuk berehat-rehat. Alhamdulillah...aku tidur dengan lenanya.Esok dah nak balik Malaysia. Macam sekejap je masa berlalu kat sini.

Nak tengok entri Hari Kedua kami boleh la ke
Horas Medan Part Two #TripHajiBaharudinsKeMedan 

Sekian Terima Kasih.



Wednesday, March 4, 2015

Cuti Raya Cina ~ Minggu lepak2 ngan famili

Assalamualaikum

Gong Xi Fa Cai...Yeay,musim makan limau n musim demam serentak dtg...hehehhe Cuaca pon tak menentu sekarang, ai pon tak terkecuali...asyik sakit kepala je sekarang. Adoiyai.

Akhirnya dapat jugak balik kampung jumpa mak...yeay..rindu tak tertahan di jiwa. Dapat jumpa Adam, jumpa Yaya...Ai sangat hepi. Balik sorang2 je as Bear busy ngan kerja. Memanjang nye busy alahai. Takpe, ai suke kalau balik sorang. Leh spend semua masa yang ada dengan mak.

ai start kat kampung dari 18/02/2015 sampailah 21/02/2015.Rasa sekejap je masa berlalu...alhamdulillah ada jugak tiket bas walaupon dok depan sekali. Last piece la tiket tu, redha je lah.

18/02/2015
hari pertama tak pergi mana-mana pon sebab semua orang kerja lagi, so xde transport nak huha huha dengan mak. Malam tu baru start kuar makan ngan famili. Pusing satu Kulim cari kedai makan. Semua penuh. Mentang2lah esoknya tu Public Holiday. Dapat makan tempat biasa, kat Restoran Pokok Nyior tu je. Bolehlah masakan dia, harga pon okay pada aku. Untuk 4orang makan, RM49, dpt makan Siakap Tiga Rasa sekor, kailan ikan masin, telur dadar(besar), tomyum campur(besar), nasi putih satu bekas dan air buah satu jug. Alhamdulillah. Kenyang, murah dan sedap. Settle 4org makan malam tu.

19/02/2015
pening kepala memikirkan, mana lah nak lepak petang-petang ni. Ajak abg jalan2 dia bagitahu anak buah ai si Danial jatuh motor, berjahit kat mulut. Allahuakbar. Terus ajak mak and adik g melawat dia. Nasib baik takde la teruk sangat. Boleh tahan la bengkak kat bibir tu. Masa kami dtg dia malu2, segan sebab degil kot. Hahahaha...

Lepas tu terus shoot ke Penang, lepak2 bawah jambatan Penang tengok orang mancing. Best jugak lepak situ. Seumur hidup tula first tym melepak kat situ. Lepas lepak gi makan makan tepi pantai, then terus shoot balik. Kenyang satu hari asyik makan je keje.


20/02/2015
Abang ajak gi Gua Kelam Perlis, tapi gi ngan mak mertua dia. Seganlah pulop. Hasilnya kami buat agenda sendiri. Gi Pulau Aman, pahtu dah taktau nak pi mana lagi.

Nak gi Pulau Aman ni kena naik boat tau. Jeti Pulau Aman dekat-dekat dengan Stadium Batu Kawan. Jangan risau. Senang je nak gi, ikut je signboard. Memang akan sampai. Tiket beli kat Jeti je...masa nak naik boat. RM6 return ticket. Takde pape pon kat Pulau Aman. Nak lepak2 tengok pantai and then makan-makan jer. Itu jelah aktiviti kami kat situ. Naik bot tak lama pon, dalam 5-10minit je. So yang mabuk laut tu memang tak sempat muntah bagai..tup tup dah sampai dah. Kihkihkih....

Kat sini kami makan kat Restoran Terapung. Harga boleh tahan la. Sepinggan biasa RM6 kalau spesial RM10.. Adalah tambahan sekor dua udang. Udang fresh lahai. Geram tengok udang dan ketam segar. Kalau nak amik seafood segar kat kedai tu, pahtu suh og kedai tu masak pon boleh. Rasa lagi okay kot harga dia. Puas la dapat makan banyak2 udang ketam mantis bagai.




Usai solat zohor, jalan2 tengok Pulau Aman ni sket, pahtu terus shoot ke Taiping. Mula-mula ingat nak gi Zoo Taiping Night Safari, tapi tetiba jadi malas dan letih teramat pulak.

Lepak-lepak je kat tepi tasik, makan aiskrim. Pahtu tengok orang senamrobik, main belon. Dah puas lepak terus cari kedai makan. Kat sini kami makan sotong kangkung dengan minum2 je. Konon2 kenyang lagi makan tghari tadi. Padahal sekejap je, pahtu dah lapar balik. Ye la tengahari makan koteow goreng je kot. Pape pon seronok tengok mak happy. Kesian mak. Asyik terperap je kat rumah.



Sampai umah agak dah malam jugak. Jom tido....

21/02/2015
Tak pergi mana pon sebab anak-anak buah datang, ala...lalan dah nak balik baru nak datang.huhuhu sampai hati. Malam tu aku dah gerak balik Putrajaya dah. Esoknya dorang leh lak wassap gi berkelah kat Bukit Hijau. Sangat kejam...uwaaaaa...sakitnya hati ku ini..sakitnya tuh di sini




Friday, October 3, 2014

Episod 12 ~SEPTEMBER~ Trip #HjBaharudin's ke Lost World of Tambun

Selamat Petang Kawan-kawan

Jom cerita-cerita..sebab tengah mood raya, mood happy-happy...saya tulis stori hepi hepi dulu yer. cerita sedih-sedih tak berani lagi nak tulis.kang menangis2 lak aku. tapi aku AKAN tulis kisah sedih hidup aku suatu hari nanti dalam entri berbunyik :

"TAHUN NI TAHUN KEJATUHAN"

Last 19th September, me and my family...#amboih hang...trip ke The Lost World of Tambun. Trip tak properly plan, tapi memang di plan untuk mengisi cuti sekolah budak2 ni. Makcik budak pon boleh tompang bergumbira. Trip ni di plan sebelum bulan puasa lagi, setelah trip ke Bali menemui jalan buntu dek kerana bajet ciput anak-anak Haji Baharudin. Planning nak bawak abah dan mak bercuti, akhirnya tak kesampaian. ABAH pegi dulu menemui sang pencipta sobsobsob~ ~ ~ #kesat airmata. 


Tapi walaupon masih dalam keadaan bersedih, oleh sebab hotel dah pon di book oleh kakak aku, so nye, kami pergi jugak trip ni. Memang seronok. Tunjuk dua-dua belah #thumbs up# angkat tinggi2...macam biasa kalau trip keluarga, akan di sponsor penginapan oleh kakak aku. Yang lain-lain kami bayar sendiri. Tapi end up, tym makan jer mesti abang sulung aku yang belanja. Dan aku lak terlebih lebih, tiket masuk adik lelaki aku sponsor (setelah wat muka sedih cebik2 mulut cerita kisah sedih yang aku takde sen) yessss menjadik..kojaq kan...hehehehe mmg ngah pokai giloss ni...

Terima Kasih Kakma
Terima Kasih Abg Ard
Terima Kasih Zahri

Terima Kasih Kaksu belanja tiket umah antu!!!erkkkk...menggigil lutut!!!

Aku macam biasa memang lone ranger (nak buek canno laki jenis tak suka berjalan walaupon free) naik bas balik Kulim dulu pahtu tumpang Zahari ke Tambun, Perak. Perjalanan smooth je lah. Walaupon cuaca kejap hujan kejap panas. Jauh jugak aku rasa nak ke Lost World ni. Ingatkan sejam dua jer macam nak ke Bukit Merah...brengsetttt emangnya jauh...hihihi poyos plakk...

Dah sampai hotel, Kakma dah check in kan so terus naik bilik, nak tengok gak awat yang mahai sangat hotel ni, takdak Jacuzzi pon...kikiki...brought up lagi cerita Jacuzzi plak...tapi semua attraction memang walking distance lah dari hotel...walking tak walking jugaklah, 10 minit gaklah. Tapi seronok, jalan-jalan reramai ala ala rombongan sekolah. Aku macam biasa jadi rebutan anak-anak buah, semua nak bergayut kat aku...dah macam beranak 8 lak aku nih...hehehehhe

19/09/2014 ~besday dak Kaka...Adam Qalish Ilman yang ke SATU TAHUN...wah, sekejap je dah setahun ko Adam..dah wosyar.,..esok dah bleh daftra darjah satu yer..heheheh tak nyabor punya LALAN...Gambaq bos besaq puting melekap....

 

Mengebat sunggohhhhh....~ ~ ~ lalalalala

Malam tu lepas dinner kat kedai sekitar Lost World of Tambun 
(jangan risau, kedai makan berlambak ~Giant dekat ~MCD dekat ~kedai runcit dekat ~location senang dijejaki walaupon tanpa PAPAGO/Waze/Maps Apps)

Aku riki-riki gak harga semalam hotel..sebab weekend and furthermore cuti sekolah bilik biasa macam aku dalam RM250 gaklah...dapat tiket Hotspring at night+breakfast+10% waterpark tix..semuanya utk 2pax..tym nak beli tiket waterpark kalau ada kad mesra leh tambah lagi 5% diskon...wow...

still mahal..hahahaha

nomal tix dewasa rm50
normal tix kekanak rm43

Aku duduk 3hari 2malam kat sini

Malam first gi hotspring..memang best walaupon tak hot manapon spring tu...macam masak air dalam kettle tuang dalam kolah, pahtu terjun reramai berangan tu kolam air panas...( kecik2 selalu buat okeh ~ pahtu kantoi kena denda basuh kolah) hujan lebat mula-mula tu, tapi sebab memang nak pergi main air, hadap je lah...best habaq hang pi reramai...

 
 
balik bilik hanyutttt...letih amat kot...

esoknya ke taman tema The Lost World of Tambun...konsep taman tem ~THE LOST WORLD lah..hahahha...best...aktiviti kat sini???

#ada a few amusement park nye games..ada swing2, ada Viking, ada roller coaster...semua kami naik
#masuk umah antu...bongoknya antu, siyes tak pernah aku takut sampai macam ni...masuk separuh jalan dah lari keluaq...bioll lah antu antu ni...huhuhuhu...


yang pakai baju hitam, tukang juai tiket yang awai awai dah berjaya seremkan aku...mati terkejut lah, sakit jantung lah, pengsan lah...adoiyai,...aku dahla ada asthma....sengettt nye antu pompuan...yang sebelah dia itam merelit tu, nenek kebayan yang akan bawak kita round dlm umah antu tu...tgk dia pon aku dah takut...dia ke yg nak bawak kami jalan2 dalam tu...tak suke kot...last2 seperuh jalan kami dah lari keluaq...apa la umah antu ni penuh ngan antu... 

"bukan rumah antu la kalau angpa tak takut " kata antu-antu tersebut. 

#ada tiger feeding show...ramai...bolehlah..bukan ada apa pon..bagi rimau rimau makan ja...sekoq nama putera sekoq lagi nama apa ntah....jaya kot..hahahahha...rimau kalau lapaq...ermmm..tp rimau2 ni behave..sgt baik..hehehhehe yeke baik...hahahahaha..dah nama rimau..rimau jugaklah kan...


ni podium tempat penonton duduk time tiger feeding show....kakak aku tak perasan ada gambo rimau kat podium ni..hehehhehe...

#pettingzoo yang ala ala tu...bolehlah nak dari takde..hehehhee

 
aku ngan anak bujang ku....

#waterpark lah....



 

dan macam-macam lah..tak larat nak cerita..tapi memang tak nyesal lah datang sini dengan tiket yang mahal tu...macam-macam ada..tapi kalau di banyakkan lagi facilities dan water games, mesti lagi best..siap ada zumba dalam ayaq okies....hehehehehe

dan malam keduanya lepas makan2 ...free and easy...

 
 
 

Sekian stori mori kali ni....


2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...