Thursday, June 11, 2015

Horas Medan Part Three #TripHajiBaharudinsKeMedan

Day Three ~ 23 Mei 2015 ~
Berastagi - Medan (shopping time)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni kita baca cerita Hari Ketiga saya di bumi Medan ye. Oyeay, dah hari ketiga dah, sekejap je rasa kat sini. Cepat betul masa berlalu.

Hari ketiga ni usai breakfast dan ambil2 gambar sket, kami lepak kat lobi hotel untuk urusan check out. Rasanya dalam pukul 8pagi dah ready dah memasing kat lobi hotel. Layan gambar je lah ek. Tak ada idea nak menaip. Hehehehe...Ni semua gambar2 kat green garden sementara tunggu pak supir bangun tidur. Terlajak agaknya. kikiki...masa ni awal lagi baru kul 7pagi...lepak2 makan2 bagai, kul 8.30 pagi ada kot.


Destinasi pertama kami adalah pasar buah Berastagi. Berastagi ni agak sejuk lah. Tapi rasa saya sejuk lagi Cameron Highland. Ataupon sama tapi saya yang tak sejuk mana. Mungkinlah. Kulit biawak kot. Hahaha, pasar buah terbahagi kepada dua bahagian, bahagian dalam pasar, ada jualan buah-buahan dan sayur-sayur segar. Bahagian luar pasar, ada gerai2 jualan cenderamata dan juga kain-kain baju. Harga kat sini boleh tahan murah jugak. Harga mula-mula bagi pon dah kategori murah dah. Bila tawar lagilah murah. Pak Putra pesan, kalau beli buah pastikan sekilo tidak melebihi 20000rupiah. So dengan guideline sebegitu kami pon mula kan pencarian buah-buahan. Ada yang tawarkan tinggi, tapi alhamdulillah jumpa satu kedai ni dia tawarkan buah-buahan bawah 20000rupiah sekilo. Kat sini, adik ipar aku borong 5kilo buah salak, kegemaran katanya. Aku nak je borong avocado dan harumanis, tapi memandangkan aku ni nak kena balik ke KL lg dari Penang. Malas lak aku nak ngangkut bebanyak.




Selain jual-jual, boleh je kalau nak cuba naik kuda dan bendi (kereta kuda). Kami tak cuba pon, entahla kenapa, kami ni semua nak cepat ja...ensem kan kuda ni, owner kuda ni beria-ia suh kami naik kuda ni. Tapi macam biasa, aku bab-bab penganiayaan binatang, tak sanggup aku tgk kuda ni sakit pinggang dengan berat aku. Hahahaha, kalau budak2 nak naik, okay aku syorkan. :)

 

Lepas je selesai shopping mata kat Pasar Buah, kami terus bergerak ke Kota Medan. Tak sabar rasanya nak ke Medan. Nak ke Pajak Ikan dll. Aku bagitau adik aku ada SOGO kat Medan, dorang tak percaya. Kata aku tipu. Tapi hakikatnya, memang betul ada SOGO kat Medan. Dan lagi besar dari kat Malaysia ye. Tak tipu punya....

Perjalanan dari Berastagi ke Medan dalam 4jam jugak. Dengan macet dan sebagainya, tapi best view dan cuaca ke Medan ni. Mungkin Berastagi ni kawasan sejuk, so view dia pon sejuk mata memandang. Aku ada mintak supir bawak kami gi tempat makan durian tu. Tapi mungkin takde dalam itenerari so dia macam buat-buat lupa. Ke tempat durian tu tutup. Wallahualam.

Sampai je kat Medan dah pon pukul 12.30tghari. Lupa nak bagitahu, di Indonesia kita akan muda sejam ye. Hehehe, sebab masa kat sana lewat sejam dari kita. Bandar Medan ni amat besar. Rasa lagi besar dari Kuala Lumpur kot. Memang besar. Sebab perut pon dah lapar, jadinya Pak Putra bawa kami ke rumah makan Simpang Empat. Ramai betul pengunjung kedai makan ni. Nampak pon macam kedai ada-ada jugak. Alhamdulillah semua kedai yang Pak Putra bawak semuanya bersih2. Biarlah kedai biasa tapi kebersihan tu harus. Kami makan ayam pop kat sini..sedap ko..ayam goreng berempah panas2....pop pop pop kecur liur...hahahhaha


Lepas makan kami singgah di satu kedai menjual telekung dan kain-kain pasang. Tak murah mana kat kedai ni. Tapi sebab kat sini tempat pertama, ada jugak kami membeli kain sembahyang dan kain batik kat sini. Better beli kat Pajak Ikan lebih berbaloi. Cuma elakkan komunikasi atau eye contact/body contact ngan peniaga-peniaga yang approach sepanjang kita bershopping. Mak Bedah lembut, siap cakap sorry bagai. Cepat-cepat aku tarik mak aku jauh dari dorang. Kang tak pasal dorang paksa2 mak aku. Ermm... APTB betullah...nak marah kesian, tu punca pendapatan dorang. Nak beli kesian lak akt aku, poket kena rampok...hahahahaha

Lepas tu kami ke SOGO, ingat mula-mula nak cari seluar, tapi kat sini kedai branded2 harga nya pon lebih kurang je dengan kat Malaysia. Baik aku shopping kat Malaysia. Kalau jenis suka shopping boleh la singgah sini, tapi kami ni, singgah sebab nak cari surau je. Surau kat SOGO ni di bahagian luar pasaraya, kat area parking. So nak cari surau, cari parking dulu. Landmark pintu kuar ke surau adalah, kedai jual pakaian sukan mcm AL-Ikhsan dan hush puppies sebelahnya. Lepas lepak2 kat starbuck kami amik keputusan kuar dari SOGO, sebab dak Adam pon dah reckless nak nangis ja. Mak dia pon dah hampir2 tukar jadi hijau. Better kuar.

Lepas tu kami di bawa melawat Istana Maimoon. Rupa2nya Istana ni dalam bandar Medan ja. Puas aku tunggu bilalah nak singgah istana Maimoon. Sbb kalau takde dalam iteneri memang aku amuk Hang Jebat kat Pak Putra tu. kikiki....Istana ni besar tapi kami hanya dibenarkan melawat sebahgaian kecil istana ja. Di bahagian hadapan istana sahaja. Kalau nak sewa baju ala-ala sultan sultanah Deli, boleh jugak sewa dengan hanya 10000rupiah sahaja sepasang. Time kami pergi Medan ni time cuti sekolah di beberapa negeri di Indonesia, so ramai plak pelancong lain selain kami. Jadi malas nak sewa2 baju bagai. Adam pon asyik nak berlari ja sbb bosan kan...



Next destination adalah Masjid Raya. Ambil-ambil gamba je, tak masuk dalam pon sebab time tu bau lepas azan, so ramai yang berpusu-pusu untuk berjemaah. Kami dah solat kat SOGO tadi. So, tak de lah nak masuk dalam. Masjid ni tak besar mana, tapi jemaahnye ramai.



Masa yang ditunggu-tunggu, kami nak pi Pajak Ikan weh....ooyeay....saat ditunggu-tunggu. Kat sini memang banyak gila orang jual kain sembahyang dan kain-kain baju. Langsir, cadar pon banyak. Kualiti??? Wallahualam. Kain sembahyang kat sini murah berbanding kedai yang mula2 pak Putra bawak. So, rasanya skip je kedai yang suir selalu bawak tu. Situ mahal. Cumanya best sebab takde orang kacau. Kat pajak ikan ni peniaga-peniaga dok ikut kita. Siap suh kita masuk lorong ni lorong tu. Kakak aku memang dah naik angin time tu. Dengan dukung anak lagi. Serabut la....

Kami shopping banyak jugak. Best gila shopping sampai kedai tutup. yeay... Jom check in hotel. Kat Medan kami book hotel sendiri. Kami book hotel Soechi Novotel. Hotel ni alhamdulillah, selesa bangat. Selesa amat. Sebab dah tertempah 4 bilik, so satu bilik kami bagi kat Pak Putra. Terpulanglah dia nak bawak mbak dia ke tidak. hehehehe...

Lepas check in dan mandi bersihkan diri. Kul 7petang kami dah ada kat bawah lobi. Malam ni Adam dan baba nya tak ikut. So kami geng2 anak dara ja lah termasuk Raeesa. Kikiki..anak dara lah sangat. Kami di bawa ke satu kedai makan ni, tapi lauknya macam dah nak habis. Jadinya Pak Putra bawak kami ke Rumah Makan Simpang Empat tadi...lauk tak sebanyak lauk tengahari lah. Tapi masih lagi menyelerakan. Makan kat Medan memang tak menghampakan. Alhamdulillah...

Lepas makan Pak Putra bawa kami ronda-ronda Medan, ronda dari atas van ja..seluruh pelusuk Medan dia bawak. Dari masjid tertua, kedai makan tertua, bandar lama medan, sambil cerita pasal sejarah kat Medan ni. Best.


Kul 10malam kami sampai ke bilik untuk berehat-rehat. Alhamdulillah...aku tidur dengan lenanya.Esok dah nak balik Malaysia. Macam sekejap je masa berlalu kat sini.

Nak tengok entri Hari Kedua kami boleh la ke
Horas Medan Part Two #TripHajiBaharudinsKeMedan 

Sekian Terima Kasih.



No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...