Friday, June 12, 2015

Mode Dating Dating ~#KisahAzfa&Bear


Gambar yang mule2 tu, buah hati saya, itulah encik Bear yang ku puja-puja. Budak bear yang nakal kadang-kadang. Letih nak layan karenah dia. Tapi kadang-kadang sweet sangat. Budak bear yang weekdays dia memang sangat sibut. Rarely seen him more than 3hrs perday kalau hari weekdays sampai Sabtu. Busy memanjang. Nak buat macam na, ketua keluarga lah katakan. Comel kan dak Bear saya. Nilah buah hati pengarang jantung saya. Kalau cerita pasal dia memang nak kuar love banyak2....suwiitttt kan...suwitt tahap potong kaki....

Tapi sebab dia busy on weekdays, weekend memang hari bersama saya. Saya tak bagi dia kuar dengan kawan2 yakni berTT sekalipon kalau tanpa saya....dan larangan penggunaan telefon bimbit berkuatkuasa serta merta pada hari Ahad. Hari Ahad hari dating kami berdua...Kejam kan saya...kikiki...Terpaksa sebab saya amat rindukan dia. Hari Ahad je lah saya dapat dengan dia 24jam. Start Senin dia mmang akan jarang2 saya jumpa. Hari Ahad jelah saya dapat gedik-gedik ngan dia, dan dia cuba penuhi apa yang saya nak... Bukan niat nak mengongkong dan buat drama, terpaksa jadi pentingkan diri untuk satu hari. sebab kadang-kadang rasa kesunyian dan rasa terpinggir. Dahla takde anak kan. Sorang-sorang je kat rumah. Layan perasaan.


Ahad lepas saya ajak dia penuhi keteringinan saya terhadap Nandos..Kawan-kawan saya tak minat ayam Nandos, so terpaksa la ajak bear. Dia lak tak kisah. So kami makan Nandos je untuk minum petang merangkap dinner ni. Puas ati saya, sampai tak habis. Tamak nye, set sekor ayam kami amik. Nasib baik tak amik nasi. Set mcm ni hanya RM53++ ada ayam sekor, 2 side dish regular/1 side dish large dan 2 ice lemon tea/soft drink yang boleh di refill. Puas ati beb. Aku puas hati.


Sekian je lah cerita mengada aku...taktau apa motif aku cerita ni..kikikiki...

Layan je la kan cerita suami isteri comel nih.... :)
 
Bye!! Assalamualaikum semua...

No comments: