Monday, May 25, 2015

Part Three ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis

Sempoerna Getaway Hari Ketiga ~19/04/2015
Part Two ~ Sempoerna Getaway Which Is So Sempurna #tripkawanopis  di sini :)

Pagi2 lagi dah gerak ke Sempoerna. Bot kul 8 dah tunggu2. Tak sempat nak sarapan. Hari tu sarapan boleh tahan sedap, nasi lemak ko. Makan tiga suap jer. Tak sempat nak abiskan pon. Dalam bot pon boleh mengunyah lagi. Hebat tak hebat. Bot punyalah laju, sebab nak kena buat 2 trip, satu bot kan enjinnya dah rosak. Allahuakbar. Macam nak pecah jantung. Laju gila abg Lan ahaks bawak bot tau.

 Sesampainya di Semporna terus ke Semporna Ocean Tourism Centre, beli2 souvenir. Kalau nak membeli belah boleh lah ke sini. Tapi kalau korang nak ke K/Kinabalu, souvenir better beli kat sana je lah. Sini mahal jugak. Terkena jugak aku. Lalalala...


Lepas shopping kami pergi sekejap ke Galeri Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak, tapi pada aku tak pergi pon tak rugi kot. Unless korang nak panjat bukit tu, untuk tengok keseluruhan  bandar Sempoerna dari atas bukit.

Dan kami terus je ke airport untuk amik next flight ke K/Kinabalu. Sebahagian dari kami beli tiket lambat, bolehla dorang berjalan2 kat bandar Tawau. Ikan masin ikan bilis memang murah kat Tawau ni. Silalah borong kat sana. Lagi murah dari K/Kinabalu yer.

Sampai berjumpa lagi !!!!

Next entri ke K/Kinabalu...yeehaaa...excited gile lah....

Oklah..macam biasa..

Total Damages

Pakej Selakan 3h2m = RM550 all in (inc. pick up dari airport tawau ke sempoerna, bot, tempat tinggal, makan 4 kali sehari, island hopping dsb)
Tiket flight airasia dari KLIA2 ke Tawau = RM89++
Tiket flight airasia dari Tawau ke K/Kinabalu = RM39++



No comments: