Tuesday, May 26, 2015

Part Four ~ Kota Kinabalu Quick Attack #tripkawanopis

Kota Kinabalu Hari Pertama ~19/4/2015

Flight dari Tawau ke Kota Kinabalu pukul 2.20petang. Dijangka sampai awal la dari group lagi satu. Aku dan dua lagi rakan, beli tiket lebih awal sebab time tu, tiket ni murah. Ingat kami leh touch down awal dan boleh berehat lama sedikit.

Tapi sangkaan meleset sebab Air Asia terpaksa mendarat kecemasan di Airport Sandakan sebab cuaca buruk. Ada ribut petir. So terpaksa melencong dan mendarat di Sandakan, isi minyak dan depart semula ke Kota Kinabalu. Takut jugak, tapi Alhamdulillah, kami masih selamat.

Kira sampai K.Kinabalu dah petang jugak, kebetulan sampai je hujan mencurah2, tak dapat la nak berjalan2 sikit. Terus check in dan mandi2 dulu. Tunggu goup lagi satu sampai dalam sejam kemudian.

Malam lepas mandi solat dan sebagainya, terus keluar cari makan. Aku blur2 alam, sebab tak pernah sampai. So, kawan2 opis ajak makan kat kedai ikan bakar depan hotel. Kami pon ikut je lah. Kat K.Kinabalu kami stay kat Hotel Winner. Dekat jugak dengan Pasar Filipin, Kira 2 block away la dari hotel. Makan malam tu agak kureng la, kalau aku tahu, malam pertama lagi dah makan kat pasar filipin, lagi puas hati mak...

Lepas makan, kami buat agenda sendiri. Cari tempat karaoke. Mentang2 lah suka menyanyi, nak jugak2 cari tempat menyanyi. Last2 naik teksi, agak jauh dari hotel. Jumpalah tempat karoks..bapak mahal. Sejam RM50. Tak best mana pon. Lagu pon lagu lama2 ja...bolehla dari takde.

Esoknya bermulalah iteneri pengembaraan geng2 opis...hari yang aku tunggu2...yeehuuu....dah berapa lama simpan hasrat nak ke Kota Kinabalu ni....bestnya rasa...

Kota Kinabalu Hari Kedua ~20/4/2015

Hari kedua, seawal 7pagi semua dah ke kedai mamak belakang hotel. Pekena roti canai dan so on sebelum gerak ke Kundasang. Jauh jugak Kundasang dari Kota Kinabalu.

Tempat pertama yang kami singgah adalah RUMAH TERBALIK ~harga tiket RM10.60 inclusive GST. Cisssss...tak berbaloi rasa....ermmm....

 
 
Destinasi kedua adalah Pekan Nabalu. Kat sini ada pelantar untuk kita amik gambar berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Tingginya gunung kinabalu ni, tak percaya kawan aku ada yang pernah sampai ke puncak. Memang hebat. Salute la beb, tabik spring wa respect sama lu. Siyes tinggi. Aku tengok ke puncak, alahai keciknya...tinggi. AKu dahla gayat. erk....


Diantara tempat2 membeli souvenir, kat Pekan Nabalu ni harga tshirtnya paling murah. Boleh dapat 3helai untuk RM50. kat tempat lain satu helai dah RM25. Siyes, kalau nak beli tshirt sil beli kat Pekan Nabalu. Keychain n fridge magnet pon ada. Shopping souvenir kat sini aja. Tempat2 lain mahal. Yess....aku tak tipu tau. Menyesal tak borong tshirt kat sini semua. Sampoerna paling mahal. Ermm....

Destinasi ketiga adalah Poring hot spring. Kat sini sepatutnya masuk Canopy Walk tu. Tapi masing2 dah keletihan. Dan cuaca sangat2 tak mengizinkan. Panas nauzubillah. Aku memang dah tak tahan. So memang macam putri lilin cari tempat teduh saja. 


Destinasi seterusnya adalah Desa Cattle Farm..ala tempat macam kat New Zealand tu. Tengok lembu. Ala, sampai sini je hujan dah mencurah2. Tak bolehla nak berposing sakan dengan lembu2 ala2 kat New Zealand. Serius aku frust amat2.


Ni je lah yang mampu..lembu2nya tak keluar pon..ada satu tempat je ada lembu. agaknya hujan kot. Nanti lembu2 kesejukan. Diorang leh lak layan tengok lembu2 kena picit tetek. hahahhaa, proses perah susu. lembu2 kat sini mmg behave la. nak prah susu pon ikut turn. takde pon berebut2..kikikiki

Lepas je tengok lembu, kami gerak balik ke K/Kinabalu. Tak pergi pon kaki Gunung Kinabalu dengan tempat ikan kelah tu. Frust lagi sekali. banyak kali jugak aku frust kat K/Kinabalu ni. Tak puas. Memang kena repeat lah gamaknya. Kali ni nak pergi ngan family ataupon pergi backpack sendiri je...puas hati nak berjalan2 bagai.

Malam kami shopping kat Pasar Phillipine. Aku boleh gila lama2 kat pasar2 cenggini...ikan bilis ikan masin sotong kering udang kering fresh2 nampak. Dan yang x boleh tahannya...MURAH....serius kena repeat dtg shopping kat sana lagi. Pergi pasar basah lak, adoiyai sotong size L RM2 sekilo. Gila apa...yang XL RM5 2kilo..gila2..aku leh gila weh. Nasb bukan musim ketam. Kalau musim ketam leh pengsan aku kat sana. Adoiyai maragaya..habibi...aiyok...dah gilak...hahahhaha

malam tu mmg makan kat pasar filipin lah....tak lepak2 pon...makan murah jugak. boleh tahan. kalau sewa homestay yg ada dapor lagi hebat lah...aku beli barang basah masak sendiri. lagi best....berganda2 puas hati. yahooo....

 

Esoknya, aku n geng2 pompuan gi shopping last kat Pasar Filipin. Cari kerongsang bagai. Tghari dah gerak balik ke airport untuk pulang ke Semenanjung.

Alhamdulillah, trip simple tapi enjoy. Walaupon masih tak puas lagi bersukaria, tetap kena pulang ke tanah air untuk bekerja.

Ada rezeki nak jugak sampai ke Kota Kinabalu lagi sekali. In sha Allah.

Total Damages:

Hotel dan transport di Kota Kinabalu RM200 perpax.
Tiket Air Asia dari K/K ke K/L RM117++
Makan souvenir dan lain2 perbelanjaan RM300++ 

Semua perbelanjaan kena ikut ketua rombongan sebab gi rombongan kan???hehehehhe...

SEKIAN TERIMA KASIH.... 

 

No comments: