Wednesday, July 29, 2015

EidulFitri 2015 #legasiHajiBaharudin

salam aidilfitri

Lama jugak tak menghapdate blog ku ini. Nak kata busy tu, idaklah, tapi more to malas. Malas tahap kuda laut OKU kuasa 18. huhuhu...

Ramai jugak yang tanya, mana resipi/menu2 iftar aku utk day2 seterusnya. AllahuAkbar, gambar ada je dlm henpon tapi malasnya nak kuarkan dan up kat dlm blog ni.

Sudahnya, terbengkalai kat day 7 kot.

Tetibe,

dah raya....

Dengan rasa rendah diri saya dan suami ingin memohon seribu kemaafan di atas keterlanjuran perbuatan ataupon kata-kata kami, sama ada sengaja mahupon tidak. Kami hanya insan biasa yang tidak maksum dan hanya melakukan khilaf secara sedar atau secara separa sedar atau tidak sedar. Maafkanlah kami okeh.... :) semua kesalahan2 anda2 telah kami maafkan. Chewah. Takde simpan dalam hati pon.


Syawal 2015 ni takde pape sangat. Tahun lepas tak beraya di Kulim Kedah, dan tahun lepas lah tahun terakhir beraya dengan arwah abah. Sedih sangat. Tahun ni dah raya kat Kulim abah pulak tak ada. Sepanjang bulan puasa, boleh di katakan tiap-tiap hari aku nangis. Sendu sedu sangat. Hati kristal hati tisu __u name it, i was__ teringat2 kenangan dengan arwah abah.

Walaupon sepanjang hidupnya, dia banyak marah aku dari sayang aku. Tapi arwah adalah abah yang terbaik, yang tuhan bagi kat aku. Biasalah manusia mana ada yang maksum kecuali nabi. Khilaf adalah norma kehidupan. Mana ada kesempurnaan pada insan selagi bernama manusia. Siapa pon abah, saya sayang abah saya.. Al Fatihah.

Cerita 1 Syawal

Tahun ni semua raya kat Kulim, so meriah sangat raya kali ni. Sampai tak sempat pon nak belek2 henpon. Sampai tak wish pon kat kawan2...teringat nak wish masa raya ke 8. Dan tahun ni rasa macam cepat sangat masa berlalu. Tup tup dah raya ke 12 dah. Allahu akbar. Masa amat mencemburui kita. 


Gambar raya pon tak banyak, bila belek2 semula, memang takde pon gamba raya aku dan Encik Bear. Seperti biasa memang nampak macam aku beraya sengsorang kan. Sampai ada yang pernah tanya, Azfa ni dah kawin ke belum??? Kalau yang tahu dah kawin, mesti pelik dengan status aku bila takde gambar kami berdua/ gambar si dia kan??wah si dia, sangat URTV. hahahahha...aku ngn bear loving as usual. Cuma kami memnag tak suka bergambar bersama. Ekceli bear memang x suka amik gambo. Kalau yang ada tu, aku curik2 je amik. hehehehe..



Ini lah raya kami, banyak gambor kepala goyang-goyang super saiyya..so tak kan nak upload kan, ni je gambo yang ada. 

PS: Tahun ni baju raya ada 11pasang, tudung raya berlambak-lambak...tapi tudung yang aku pakai tu tajaan NAELOFAR HIJAB kahkahkah...ekceli membe kamceng bagi as birthday present. Tenkiu Azizah Subuh. :)


Sekian cerita raya pertama kami...

4 comments:

zamzarina said...

bunga api tuuu..ttp buat ahkak kagooommm.. byknyaaaa baju raya dia..kite ade satu..tu...tu.. jerk...:(...sob..sob..sob..

Suhaila Su AnNajah said...

bunga api tu #throwback sangat kan

Azfa Bt Hj Baharudin said...

Aah...kecik2 mmg main bunga api tu.tp kena catu...hehehehe semalam dpt sorg sepekt ja....

Azfa Bt Hj Baharudin said...

Hehhhhhe banyak sebab bertahun kumpul kain x hantar jahit....sekali hantar berbelas kak