Sunday, November 11, 2012

kekurangan dan kebergantungan


Salam

Petang2 macam nie rindu pulak kat en Bear..semalam jual mahal taknak balik ikut en Bear ke Johor.Sbb nak tunggu mak n adik sampai dari Kulim then gerak sekali..alih2 dah dok sorang2 rindu pulak kat dia...

Ekceli semalam gaduh2 sayang...entah kenapa tetiba dia bad mood n mengaruk2..mengamuk tinggikan suara...hati wanita aku ni dahla cepat sentap!!tidur dlm keadaan bingung n geram smpai nekad taknak ikut dia balik kampung dia...##mcm budak2## adatlah..bila dah kawen nie, asyik terasa hati, asyik nak gaduh, asyik nak marah...

Bila dok sorang2 terpikir pulak...rumahtangga kita akan aman makmur kalau masing2 simpan perasaan tak puas ati akan kekurangan pasangan...siyes aku tak tipu..kita kena belajar n sentiasa terima kekurangan pasangan kita.baru kita akan bahagia...

Kata kuncinya adalah ##kalau bukan niat nak membetulkan kesilapan n menegur demi kebaikan## tak perlulah nak besar2kan kekurangan n kesilapan pada pasangan kita tu...kerana pada aku setiap kekurangan adalah adalah pelengkap..itu gunanya berkahwin...kekurangan suami isteri lengkapkan dan kekurangan isteri pula, suami yg lengkapkan..barulah ada wujudnya perasaan 'kebergantungan' dan memerlukan satu sama lain...

InsyaAllah bahagia...

Aku pon tanamkan dalam diri setiap kali bergaduh atau terasa hati....agar aku tak terlepas cakap n sakitkan hati en Bear..walaupon aku selalu buat dia merajuk n terkecik hati ngn perbuatan aku....

Masalah aku satu je...aku ni pendendam dan suka take revenge...sangat2 bahaya!!so aku nekad nak buang setiap satu dendam kat en Bear walaupon sebesar kuman dan terima segala kekurangan...n i hope he will do the same to me... AMIN....

Ni ada satu kisah..yg selalu aku dok baca2 n aku pernah baca kisah ni, masa aku muda2 even sebelum kenal apa itu CINTA pon lagi..tym sekolah2 dulu suka baca buku2 cinta ni kan....

Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan
diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang
disayangi tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling
kita.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam
gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian,
kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan
membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya
yang
tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan
mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya,
ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf,
apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab
suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara
perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas
kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin
mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan
baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa
adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu
diperbaiki... wallahualam
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun
sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima
kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam
menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."
 semoga kita dapat mengambil iktibar dan membina sebuah rumah tangga yang bahagia walau apa sekali pon rintangan dan dugaannya...AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...


No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...