Friday, September 7, 2012

Raya Tanpa Makna

MasyaAllah....Tuhan yg mencipta segala di bumi dan di langit..yg mencipta hujan dan panas...yang mencipta lelaki dan perempuan, hidup dan mati....

bersawang blog aku ni dah, lama gila tak menghapdate blog...bisy yg sesangat sangat busy!!!

Belum terlambat kot nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri...dan nak mintak ampun maaf di atas segala khilaf yg saya dah lakukan..saya hanya manusia biasa yg sentiasa buat silap...harap di ampunkan...

Raya tahun ni adalah raya paling tragis yg aku pernah sambut!!seperti biasa kalau beraya kat Johor, sinonimlah dengan beraya di hospital..last year sambutan raya haji aku di Johor juga di hospital Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru...tahun lps sbb adik ipar eksiden..tahun ni pun sama gak, raya kat spital...sbb bapak mertua aku warded dua hari sebelum raya dan keadaan beliau amat2 kritikal...rutin kami sepanjang seminggu bersanggah di rumah abang ipar aku di Taman Perling, hanyalah tidur, makan, dan berulang alik ke Hospital yg jaraknya 20minit perjalanan+jem!!!!tak jauh cuma jalan raya la katakan mestilah dipenuhi dengan kereta....

letih tak usah cakaplah..yg paling sadis aku n bear tak sempat pon nak shopping baju raya!!seperti biasa kami mmg nak last minute shopping baju raya...ingat sebelum sampai umah Kota Tinggi nak singgah bandar nak rembat beberapa pasang baju yg berkenan di hati sbb baju2 kat Kota Tinggi agak murah la berbanding kat KL/Putrajaya...

tapi hajat tak kesampaian sebab emergency kena balik ari Jumaat pagi tu sbb ayah mentua di kejarkan ke hospital dan ditempatkan di ICUa zon merah iaitu zon kritikal...sepanjang perjalanan aku berdoa agar segala urusaan berkenaan dengan ayah dipermudahkan...tahun 2012 mmg tak pernah sekali pon kaki aku jejak bumi Johor...inilah pertama kali nak balik Johor, konon nak balik beraya huhahuha...

rindu nak makan ketupat palas hanya tuhan yg tahu...teringin sangat...malam raya aku dah nangis sbb mengenangkan aku tak ada baju raya...bukan sbb tu sebenarnya aku sedih..perasaan bercampur baur lalu menghasilkan mood sedih dalam diri aku..kalau di tanya kenapa aku nangis aku pon taktau sbb musabab yg utama...mungkin jugak sbb letih yg amat, tak ada baju raya, tepon kampung Kulim dengar kemeriahan raya jadi jeles, risau keadaan ayah,suasana tegang keluarga mentua yg bila masing2 dah letih asyik nak mengamuk jer...kesian kat hubby, dalam kerisauan dia sempat jugak melayan aku cari baju raya walaupon tak dapat beli walau sehelaipon...bukan tempat kami JB tue....cari2 kat carefourlah, bagai...tp xjmpe yg berkenan di hati..last2 give up xperlah bear jom balik....

alu sempat balik Putrajaya dan kerja satu hari sbelum sambung cuti sampai lepas merdeka...bapak mentua meninggal ari senin tu malam 10.23malam...sebelum2 dia meninggal, hari2 terakhir mmg kami semua dah redha dari dia terusan menanggung seksa...sedih tak usah cakap lah...

arwah pergi dengan tenang, tenang setenangnya...alat bantuan pernafasan yg dia pakai mmg tak cabut, tp doktor dah taknak buat CPR (electric shock) tu sbb kesian kat badan dan roh..lagipun mak dah tak sanggup nak tengok dah...alhamdulillah, dia pergi dengan senang sekali....n arwah pny muka tersenyum...senyum sangat2...takut nak nangis depan org ramai, takut org cakap alah..bapak mertua je kottp bapak mertua tu lah yg banyak backing aku...yg sanggup terima aku jd menantu wlupon dia tau aku pon bukannya baik sangat pon...sangat sporting walaupon ramai yg takut sbb dia tegas dan garang...tp dia tak pernah marah aku, dia sayang aku...aku tahu tau...perasan!!!!

n apa yg menjadikan pemergian arwah satu drama, bila kain pelikat yg aku hadiahkan untuk di pakai sembahyang raya...di jadikan pengalas lepas mandikan jenazah...mmg selak lah aku di buatnya sampai mengalir2 deras air mata aku...first tym aku tgkj org uruskan jenazah dari mula sampai akhir...dr jenazah sampai dr hospital...di mandikan, di kapankan, dikebumikan...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah...

Alhamdulillah...

apa yg penting...doa dari anak2 mengiringi pemergian ayah ke sana...
AL FATIHAH

P.S : Gambar di bawah adalah sebahagian gambar yg di snap adik ipar semasa majlis tahlil...mencabar sungguh  buat majlis tahlil dalam keadaan api dan air tak der....letih tak usah cakaplah!!!








No comments: