Sunday, February 1, 2015

Day 2~Trip #adikkakak ke Djogja

Assalamualaikum...

Hai semua
2nd day kat Djogja...

Pagi-pagi dah bangun. Seronok sangat nak buat trip ke Borobodur. Memang tujuan datang Djogja nak visit candi terbesar ni kan. Pagi-pagi bangun...Hujan!!!Alamak, spoil....dahla janji ngan pak Haryanto tu pukul 7 pagi. Konon-konon boleh mulakan trip awal. Tapi hujan la plak...adoiyai...

Pukul 7 pagi sharp, kami kat lobi, dan pak supir dah pon ada kat lobi hotel. Sangat punctual okeh. Terbaik..Tapi, rasanya tak perlu lah keluar seawal 7pagi, sbb sgt2 macet(jem terok), bertembung ngan waktu masuk kerja dan sekolah plak dah.

On the way ke Borobodur, kami singgah sarap kat kedai bakso. Tapi tak makan bakso..makan nasi soto..soto kita pakai nasi impit kan. Kat sini pakai nasi biasa tu. Adik saya bukan main enjoi lagi makan kat Djogja ni. Dia kata semua sedap. Hahahaha...ai iyekan ajer. Boleh tahan lah makan kat sini. Plus, tempenya sedap sangat. Setiap kedai aku singgah tu, memang ada Gorengan (mendoan) atas meja. Adik aku beria kata free, dan aku bantai makan tempe entah berapa keping. Bila time bayar dia tanya, berapa keping makan, ternganga aku...hahahha serius aku tak kira. Hahahahha...Tipu je free....pahtu teringat (kat Djogja ni semua benda kena bayar tips, so takkan free kot)....




CANDI BOROBODUR

Lepas tu, kami pon gerak ke Borobodur. Alhamdulillah sampai je kat Candi Borobodur, hujan pon berhenti, Pak Haryanto turunkan kami kat sebelah kaunter tiket untuk tourist international...Beza gile ye tiket wisata domestik dengan wisata antarabangsa. Sangat-sangat berbeza.Kalaulah boleh dapat harga tiket domestik. Berjimat cermat kami kat sini...kihkihkih...

Turun2 je dari kereta, dah ada orang jual-jual barang. Macam kat Bandung, depa ni dok ikut ja mana kita pi, tawarkan harga murah untuk barang2 yang depa juai...aiyok..ni yg chek lemah ni..bab2 pujuk rayuan gombal ni...bertabah je lah..ada sorang tu, dia siap bagitahu nama dia, pahtu anggap macam kami berjanji. Siap tunggu kat pintu keluar Borobodur tu...hareyyyyy....Actually, kesian ngan dorang ni, demi kelangsungan hidup kan. Tapi janganlah paksa2 orang cenggitu. Lemah cair marah hangin...habis rupiah....adik aku sampai nak nangis...

Perjalanan dari kota Djogja ke Borobodur dalam sejam jugak. Campur tolak berhenti makan, macet bagai...sejam setengah...sampai2 je lom nampak lagi tau candi tu. Kena jalan sket...aku naik tram je untuk ke dalam. tram antar sampai kat depan pintu masuk candi. Subhanallah...bila nampak ja candi tu. Excited nya rasa...mula2 kecut perut jugak tengok tangga naik tu. Tapi, kuatkan semangat jugak...Adik aku bagi sokongan moral..hahahahha (teringat peristiwa lari kejar plane kat KLIA 4tahun lepas...hahahahaha)











Silalah rajinkan diri panjat segala jenis candi kat sini, sebab takkan dapat pengalaman tu kat mana-mana pon. Teringat kecik-kecik pergi melawat candi kat Lembah Bujang, mula-mula ingat cenggitu ja candinya. Sekali, tersergam indah, sebesar-besar tidak.

Okay, pengenalan sket pasal Borobodur.


"Borobudur ialah kuil atau candi agama Buddha yang terletak di desa Boro,  Kabupaten MagelangJawa TengahIndonesiaBorobudur terletak kira-kira 100 km di barat daya Semarang dan 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta. Luasnya 2500 km persegi. Borobudur adalah stupa Buddha mazhab Mahayana, dan monumen Buddha terbesar di dunia. Ia dibina antara tahun 750 dan 850 Masihi oleh pemerintahJawa Dinasti Sailendra dan SanjayaCandi raksasa hanya siap 50 tahun kemudian ketika puterinya Ratu Pramodhawardhani memerintah. Kuil Borobudur dibina atas tanah bukit hanya setinggi 265 meter dari dasar laut dan 15 meter tinggi."
Kopipes dari Wikepedia

Tapi ada juga yang mengaitkan Candi Borobodur ni dengan nabi Sulaiman A.S...Wallahualam, kalau rajin boleh la buat research sket pasal kenyataan ni. Macam saya, memang suka bab-bab sejarah ni. Tapi bila dah macam pening, tinggalkan dulu. Nanti sambung lagi mentelaah. Okaylah sambung cerita kat Borobodur, memang tak terfikir dek akal macam mana benda yang diukir kat dinding candi tu. Macam-macam struktur, kita yang tak tau pape ni, just tgk kecantikkan alam je lah...kecantikan alam semulajadi. Wah, gitu. Hehehehe...

Kami amik masa kira-kira 3jam kat atas tu. Tu pun sebab hujan renyai-renyai. Kalau tak memang taknak turun lagi kot. Tips nak datang Borobodur ni 
#bawakla payung kecik/raincoat ~sebab kalau hujan memang takde tempat nak berlindung~ kat area2 situ ramai je peniaga yang sewakan payung..kalau banyak duit boleh la sewa 
#bawaklah pape untuk berlindung dari shade/panas ~sunshade/topi~ 
#tabahkan hati dan buat taktau je ngan peniaga2 yang akan follow dan paksa ~apa yang terjadi kat saya..lebih kurang 5 peniaga dok persuade saya dan adik...mula-mula kami buat taktau, just tolak dengan senyuman, tapi dorang tak reti bahasa..ada sampai waktu ada peniaga tarik tangan saya...dat is rude, ai dah tak tahan, mengeluh jugak dengan agak kasar..sampai ada peniaga yg marah sebab kena jegil ngan ai..lantak..sapa suh tarik ai..kojaqqq tu...nak maki hamun ai lantak korang lah...yang pasti ai tak beli okay...and 
#kalau nak buat pembelian silalah tawar sehingga 70%...in sha Allah, kalau dorang rasa berbaloi, diorang akan jual kat kita...kalau dorang rasa tak berbaloi, dorang akan kasi harga dorang. Kalau taknak beli jangan tanya harga...hehehehe
#barang2 kat Borobodur lebih murah dari Malioboro ~ada jugak barang yang ada kat Borobodur takde kat Malioboro~ tapi kalau nak beli tshirt, ai rasa Malioboro lebih berkualiti, beg okay...Borobodur lebih murah






Okay sekian dulu untuk Borobodur yer...Kami meninggalkan Borobodur dengan berat hati plus letih..pergh baru 1st half on 2nd day...

Ketep Pass

Lepas je keluar dari Candi Borobodur, kami ke Ketep Pass. Agak jauh jugak yer Candi Borobodur dengan ketep pass. Ingatkan dekat ajer. Tujuan ke ketep pass, adalah nak tengok Gunung Merapi dari sini. Sepanjang perjalanan cuaca amat dingin sekali, macam kita kat Cameron Highland. Kami mintak Pak Haryonto buka tingkap supaya kami dapat merasa kedinginan kat sini. Poyo kan. Tapi siyes best. Sejuk2 sedap...ermmm...Tapi sampai je kat ketep pass. Hujan mencurah-curah bagai nak gila. Cuaca yang dingin tadi bertukar jadi sejuk nak mati. Terpaksa sewa payung dari orang2 yg berniaga kat situ. Kat sini banyak je kenderaan tourist/pelancong park, tapi kat dalam tu, xramai umat pon. Ada la 2 3 couple org tempatan memadu asmara.Siap pakai baju bulus macam kat Korea. Kami ni sehelai nipis je baju. Aku yang berlemak ni bolehla tahan sejuk. Adik aku dah menggigil. Sebab hujan menggila, kabus jer..tak nampak langsung Gunung Merapi. 



Pada pendapat saya, boleh skip jer ke Ketep Pass ni. Tak ade apa2 pon. Lima kali ganda best lagi Bukit Bendera. Nothing to lose. Sebab sejuk sangat. Dan perut pon macam berbunyi-bunyi. Kami turun ke kawasan gerai-gerai makanan. Gerai tu di lereng bukit, bawah tu ada curam...buat dari buluh and kayu jer. Macam tak secure. Aku tak berani duduk hujung-hujung. And kedai-kedai kat sini kurang bersih la. Ada bau yang kureng kat hidung aku ni. Hehehehee...

Tapi tetap jugak oder nasi goreng kat sini. Dan sumpah sangat sedap. Nasi goreng bodoh yang super sedap. Adik aku yang tadinya jual mahal, pon mengoder lagi satu...Usai makan, baru teringat, kalau kami makan sekarang, Pak Haryanto belum makan lagi. Kesiannya...Lepak dalam sejam lepas tu, terus ke kereta. Ajak Pak Haryanto teruskan perjalanan ke Gunung Merapi.

Gunung Merapi

Sebelum sampai merapi. kami singgah makan kat kawasan kampung. Makan nasi beras merah. Kat sini tak sedap sangat macam sebelum2 ni. Tapi aku yang kenyang ni bertambah la jugak. Saja, sekarang memang pantang nampak nasi. Sebab tulah membesar. Lepas tu salahkan serbuk pencuci sebab dah kecikkan semua baju-baju aku.

Alhamdulillah seronoknya di beri kesempatan melihat Gunung Merapi dari jarak dekat ni. 4km je tau dari mulut Merapi Volcano. Takut juga bila pikir, macam mana kalau datang je sini, meletus. Pergh, tinggal tulang lah aku gamaknya. Wallahualam.

Sampai kat Merapi ni, dari jauh dah nampak dah gunung. Kata Pak Haryanto, kami ni bawa tuah tau. Sebab memang sangat2 clear. Kalau bukan tuah untuk orang lain, at least kami sendiri bertuah dapat lihat keajaiban alam ciptaan Allah ni. 

Nak ke kaki gunung merapi kena sewa 4wd. Kira satu 4wd boleh naik 4 orang. Tapi kami naik berdua jer. Sewa jeep ni ngan driver2 sekali, so xpayah risau kena bawak ke apa. hehehehe..kalau nak sewa scrambler pon boleh.

Mula-mula masuk ke kawasan kampung. Macam kena goncang je jeep tu. Nasib baik kami tak terkeluar dari jeep. Memang first time ni aku naik jeep macam tu. Pecah lelemak bebabat den ha..hahaha

Driver lak lembut ja orang nya.Tabah je menjawab soklan2 dari kami. Lembut sangat. Alamak, bukan terpesona, cuma terkesima sahaja. 

1st pitstop adalah muzium...tinggalan sisa2 keganasan gunung berapi Merapi. Motto "Merapi tak pernah ingkar janji" memang goosebump...meremang segala bulu yang ada. Kat sini boleh tengok sebahagian sisa-sisa laluan larva gunung merapi pada tahun 2010. Ada dua tiga gerai jual souvenir. Grablah dua tiga helai tshirt Merapi kat sini. Design gothic sangat. Pada aku lawa. Tak mahal pon.




2nd pitstop, benti kat batu aneh@batu alien.sebabnya lepas larva lalu kat kawasan tu, benda lain semua habis hancur lebur. Seketul batu ni jer ada, dahla bila tengok betul-betul, macam bentuk muka orang. Aneh tak alien tak??? Boleh la, aku tak taksub pon ngan keanehan sebegini. Kebetulan je tu. #erk, gila tak taksub


3rd pitstop adalah di seketul batu gunung berapi yang masih mengeluarkan asap. Bau takdelah belerang sangat. Tapi sekali sekala dia kentut, memang sesak nafas lah. Tak ramai driver yang berhenti kat sini. Tapi driver kami berhenti. Siap amikkan gambar kami lagi. Jangan khuatir, bila anda menyewa 4wd kat sini, anda secara tidak langsung dapat pakej fotografer sekali. Tak yah risau takde orang nak amikkan gamba kita.

4th pitstop adalah aktiviti memetik bunga abadi atau Edelweiss. Cantik weh kalau dah setandan cenggitu. Eh setandan pulak..sejambak..kikiki..yang rajin memanjat dan menjambakkan bunga tu, driver kami lah. Pahtu dia bagi kat kami. Santek. Katanya kalau tak kena hujan/air bunga ni tahan setahun. Tapi bila bawak balik hotel, mungkin sejuk aircond, bunga ni keluarkan debu-debu. Ala, buruklah pulak. Macam kena kulat. Terus campak dalam bakul sampah hotel.



pitstop terakhir adalah kat bunker. Dahulunya tempat ni adalah tempat wisata, tempat orang lepak2 tengok gunung berapi. alahai, bagaimanalah rupanya tempat ni sebelum letusan gunung berapi. Ngeri pulak.




Jalan Malioboro
Hari yang sangat letih. Sampai ke Kota Jogja pon dah dekat pukul 7. Sebab pagi tadi start trip kul 7, makanya perkhidmatan kami sampai pukul 7 sahaja. Tak sempat nak mintak pak supir tunggu sampai kami habis shopping kat Malioboro. Sebelum dia hantar kami ke Malioboro, kami tanya jugak, nak makan lagi ker. Kami memang dah kenyang. Tapi, risaukan Pak Haryanto. Risau takut dia lapar bila dengan kami. Ye la, kami ni bukan kaki makan sangat sebenarnya. Tu pon dah minta dia bawa kami ke tempat makan murah dan sedap. Kesin pulak kat dia terpaksa ikut selera kami yang kemut dan kede ni. Rezeki dia lah kan dapat orang macam kami. kihkihkih...

 Pak Haryanto drop kami kat Malioboro, time tu sudahpon menghampiri jam 7 malam. Memang patutlah kan, dia siap pesan amik becak harga around 20000rp. Kami tak kisah pon. Nak jalan kaki pon boleh je ke hotel. Tak delah jauh mana. Dalam 15 minit jalan kaki je kot.

Kat malioboro, barang2 dia sama je semua kedai. Dan tawar pon dapat harga yang sama je semua kedai. Cuma, suka tengok design kaoz/tshirt semua up to date...design2 n kualiti kain sangat terbaik, dan harga pon kceli masih murah lagi. Cuma satu je aku tak suka shopping baju kat Jogja. Dorang ni leh lak buat free size.setakat size L je leh pakai. N paling besar XXL yang cuttingnya memang kecik. Tak puas hati aku. Sasaran market diorang, bukan tourist bagak2 macam aku, setakat badan kecik-kecik sampai L jer puas hati shopping kat sini kot. Tak suka, mencik. Last2 aku shopping tote bag je kat sini dengan beg guni tu. Itu je yg aku dpt rembat. ermmm...kami shopping souvenir sedara mara kat sini. Dari baju anak2 buah, mak buah, semua kami beli baju berdesign. Kalau ikutkan ada ja baju selai 15000rp. Tapi tak pasti kualitas nye macam mana. Alang-alang kan. ambillah yang elok2 sket. Rutin kami lah tiap kali keluar negara...wah baru brp kali g luar negara. Kihkihkih...


Femes betul papan tanda Jalan  MAlioboro ni. Siap kena ambil turn nak dapatkan gambar kat sini.

Sebab terlalu letih idaklah kami berjalan sampai ke hujung Jalan Malioboro. Separuh jalan je dah patah balik. Tak mampu kaki menampung berat tuan badan dn hasil borongan tuan badan. Last2 malas nak pikir panjang, kami masuk KFC je. Makan ala kadar. Asal kenyang je lah. KFC sini tak sedap. Ayam dia tak gomok macam ayam KFC kita. hehehehe, tapi tak berminyak pon ayam dorang. Mungkin sebab pakai ayam tak berapa bandar kot.

Usai shopping, badan pon dah penat sangat. Ambil beca dengan harga 30000rp utk balik ke hotel. Berat duh kami 2 orang naik beca. Kesian kat tukang kayuh beca tu. Takpelah walau lebih 10000rp dari yang pak supir beritahu.

Kami selamat sampai hotel pukul 10malam cenggitu. Lepas mandi bersihkan badan, update gambar kat instagram, terus terlelap. Alhamdulillah, settle hari kedua kami dia Yogjakarta.

 EXPENSES KAMI DI HARI KEDUA:

**Breakfast 41,000rp
Parking Di Borobodur 5,000rp
Tiket Masuk Borobodur 500,000rp
Tram Ke Candi 15,000rp
**Shopping di Borobodur 181,000rp
Tiket Masuk Ketep Pass 20,000rp
**Sewa Payung 5,000rp
**Lunch di Ketep Pass+Merapi  57,500rp+24,000rp
Parking Merapi 11,000
Sewa Jeep 4WD 400,000rp
**shopping di Merapi 130,000rp
**shopping di Malioboro**

Sekian..jumpa lagi di entri hari ke tiga di Yogjakarta

















No comments: