Friday, November 30, 2012

Raeesa sebelum dan selepas

Jom kita intai2 apa reaksi Raeesa semasa trip ke Legoland aritu....

Semasa di legoland, Raeesa sngt behave


sangat behave kan..dia hanya dok dlm stroller

enjoying herself tanpa buat riot kat legoland

lalan puji Raeesa memang seorang GOODGIRL





tp...
bila sampai otel jer

Raeesa mula bertukar wajah
she still enjoying herself 

but
in different ways


bab angkat kaki letak atas sofa tu yg sangat samseng

lalan also said : daebakkkk raeesa!!!awak mmg GOOOOODGIRL #la sangattt....

P/S : Lalan sangat sayang Raeesa!!






Sunday, November 11, 2012

Penyatuan Cinta Dua Jiwa ~anda dijemput Merai

.Assalamualaikum

Saya sebagai wakil pengantin lelaki (iaitu sang adik saya) ingin bersukacita dan amatlah gembiranya menjemput semua rakan2 taulan adik saya dan rakan2 taulan sedara2 saya dan rakan2 taulan saya sendiri...

Datang meraikan dan megimarahkan majlis Penyatuan Dua Jiwa antara adik saya AZHARI BIN HAJI BAHARUDIN dengan pengarang jantung buah ati nya yg amat dia cintai #la sangat# NOOR AISHAH BINTI MOHD YUSOF aka Scha Al-Ucop #kununnya glemer# pada 9 Disember 2012 bersamaan 25 Muharram 1433H

Bertempat di No 235 A Kampung Pondok Labu Keladi, 09000 Kulim, Kedah Darulaman.

Ada lg sebulan untuk anda2 kumpul duit banyak2 wat tambang n beli adiah besaq2 okies.....hehehehhehe



Sila2lah dtg merai yer kawan2...yg tak dapat datang bolehlah baca doa kat atas ni banyak2 kali...doakan kebahagian mereka berdua yer....

N kalau nak kad bleyla tggalkan nama dan alamat penuh utk dipos kadnya :-


dan di kesempatan nie...saya nak ucapkan tahniah berjuta2 lemon tahniah kepada adik ipar saya punya adik yg dahpon melangsungkan adat akad dan nikahnya pada 10/11/12 yg lalu..pandai depa no pilih tarikh baik punya!!!! semoga berbahagia hingga hujung nyawa.....nak nyanyi sket ni "Allah selamatkan kamu...lalallalalala'' nak dengar versi penuh kena beli album lah...hehehheheh..tahniah2 tahniah tahniah...jgn buat apa2 lg no...bersanding sekali nnti ngan kakak hangpa!!!!lambat laie....sebulan lagi nooo..... :)

pitcha kredit to adik kepada adik ipar saya yg nombot 3 ~Nasyitah Yusof~

P/S:


kekurangan dan kebergantungan


Salam

Petang2 macam nie rindu pulak kat en Bear..semalam jual mahal taknak balik ikut en Bear ke Johor.Sbb nak tunggu mak n adik sampai dari Kulim then gerak sekali..alih2 dah dok sorang2 rindu pulak kat dia...

Ekceli semalam gaduh2 sayang...entah kenapa tetiba dia bad mood n mengaruk2..mengamuk tinggikan suara...hati wanita aku ni dahla cepat sentap!!tidur dlm keadaan bingung n geram smpai nekad taknak ikut dia balik kampung dia...##mcm budak2## adatlah..bila dah kawen nie, asyik terasa hati, asyik nak gaduh, asyik nak marah...

Bila dok sorang2 terpikir pulak...rumahtangga kita akan aman makmur kalau masing2 simpan perasaan tak puas ati akan kekurangan pasangan...siyes aku tak tipu..kita kena belajar n sentiasa terima kekurangan pasangan kita.baru kita akan bahagia...

Kata kuncinya adalah ##kalau bukan niat nak membetulkan kesilapan n menegur demi kebaikan## tak perlulah nak besar2kan kekurangan n kesilapan pada pasangan kita tu...kerana pada aku setiap kekurangan adalah adalah pelengkap..itu gunanya berkahwin...kekurangan suami isteri lengkapkan dan kekurangan isteri pula, suami yg lengkapkan..barulah ada wujudnya perasaan 'kebergantungan' dan memerlukan satu sama lain...

InsyaAllah bahagia...

Aku pon tanamkan dalam diri setiap kali bergaduh atau terasa hati....agar aku tak terlepas cakap n sakitkan hati en Bear..walaupon aku selalu buat dia merajuk n terkecik hati ngn perbuatan aku....

Masalah aku satu je...aku ni pendendam dan suka take revenge...sangat2 bahaya!!so aku nekad nak buang setiap satu dendam kat en Bear walaupon sebesar kuman dan terima segala kekurangan...n i hope he will do the same to me... AMIN....

Ni ada satu kisah..yg selalu aku dok baca2 n aku pernah baca kisah ni, masa aku muda2 even sebelum kenal apa itu CINTA pon lagi..tym sekolah2 dulu suka baca buku2 cinta ni kan....

Bacalah kisah di bawah. Sesungguhnya ada pengajaran yang boleh diambil dan
diaplikasi dalam hidup kita. Mungkin bukan setakat pada orang yang
disayangi tetapi juga rakan-rakan,teman-teman dan orang di sekeliling
kita.

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan
menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan
sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam
gaun
putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka
sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.
Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:

"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang
bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya
sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan
mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian,
kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan
membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".
Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya
yang
tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk
kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.
Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Saya akan
mulai dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ... Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya,
ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir ... "Maaf,
apakah saya harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab
suaminya.
Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu
kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran abang membacakan senaraimu". Dengan suara
perlahan suaminya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas
kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin
mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan
baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."
Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan
cinta serta isi hati suaminya ... bahawa suaminya menerimanya apa
adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang
lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ade yang perlu
diperbaiki... wallahualam
Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun
sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima
kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam
menyayangi diri kita... INSYA ALLAH."
 semoga kita dapat mengambil iktibar dan membina sebuah rumah tangga yang bahagia walau apa sekali pon rintangan dan dugaannya...AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...


Saturday, November 10, 2012

TRANSFORMERS 4 is coming....

Akum...pepagi dah update belog aku yg dah jarang2 aku bukak nie..bukan apa hari ni bangun agak awal sbb nak settlekan kain baju yg dah 2 mggu tak bersentuh...minggu lepas sepatutnya dah settle sebakul..tp malas nak kuar beli sabun basuh baju ##mmg dasar pemalas kan???## wut to do..ai mmg malas...ahaks...

tgh tggu trip kedua tgh spin dlm mesin basuh..so apa lg...surfing2la kat tenet...n WOW!!! transformers akan kembali ke panggung wayang!!oo yea akhirnya aku pon akan masuk panggung jugak buat kesekian kalinya....boley dating ngan en bear g tgk wayang!! ##utk pengetahuan semua, en bear paling tak suka tengok wayang (buat wayang dia suka..ehem **18sx) tp kalau sbb transformers dia mesti akan pegi jugak tgk wayang..hehehhe sangat syukerrrr....ley dating2..tp selalunya kalau tgk transformers dia akan belanja adik aku n adik dia sekali...mmg tak mcm berdating la jugak kan??hahahhaa itu rutin setiap kali sequel transformers kuar panggung....


tapi lambat lagi...27 June 2014 baru release ini filem..berjanggut gaklah!!baru nak start shooting!!yg pastinya ada cast baru iaitu en Mark Wahlberg...oh tolong kembalikan Megan Fox ke dalam Transformers Sequel..sgt suka dia!!!! :) n shia labeouf op kos la kena ada..klu tak mesti xbest..hehehhehe

ah terujanya..cant wait la uols!!!!!!!

Transformers: The Rise of Unicron

 

Tuesday, October 30, 2012

Selamat Pagi Cinta :)

Poyo giloss tajuk entri..bajet romantik n feeling2 gitew macam cerita Salam Cinta....:)
bukan ape, sebab pepagi dah bangun n g shoot gambaq prewed adinda tercintas zaszas nih...memenuhi permintaan adinda n adinda ipar yg kununnya ku cintai dan sayangi (laaa sangatttt) nie..:) makan ati berulam jantung adik aku sorang ni karang...hihihii

Entri nak tayang adik ipar lagi nih...KISAHNYERRR....

Tempat shoot kat Mengkuang Dam..tempat yg paling dekat ngan umah aku lew...tp best gak lepak2 sini..hihihi...nak shoot pon xder org kaco..setakat org jogging n beriadah bersama keluarga..n budak2 sekolah bercamping dan berkawad sana sini...

sangat pagi yg tenang.....

enjoylah a few pitcha yg aku shoot...ntahla..skill tetap tak marii...aku layan jer buat2 terer..hehehehe


 




ceritera cinta sang arjuna dan dewinya....
esok aku up lg sekeping dua buat tatapan......





adios amigossss!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 24, 2012

wut shud do vs wut have do(ne)

Assalamualaikum...

Very busy woman....start je hari pertama bulan OKTOBER 2012...aku lah manusia paling bz kat Putrajaya nie...ngeeeee...menyiapkan tempahan di saat akhir dah jd mcm hobi..pdhal aku siap design semua akhir bulan sembilan lg..t p mcm dah jadi habitat n tabiat, aku hanya berjaya habiskan kerja2 aku last minute...kenapa???aku pon xpasti y..tp hakikat n takdir aku kot...last minute baru bergelut settlekan oder...walaupon aku dah start awal..mesti ada benda yg terjadi yg membuatkan aku akan tersiap last minute jugak...

bulan 10 tahun 2012...

tak pernah aku sebusy ini sepanjang tahun nie....masuk je bulan 10 (bulan2 terakhir dalam kalendar kan tym cuti sekolah)..utk org2 yg berbisnes kecik2lan mcm aku nih..n core buisness aku mmg akn buat aku bz tym2 cuti sekolah nie...

So...apa yg bz sangat aku nih???

Whut shud do??

#siapkan tempahan kad2 kahwin customer...
#edit n albumkan gambar pre wed n resepsi customer jugak...

di samping prepare:

persiapan kawen adik lelaki aku yg insyaAllah di jangka pada awal bulan 12...

#kena siapkan kad kawen
#kena siapkan goodies *tetamu**rombongan pengantin**tetamu kanak2*
#kena pk idea n siapkan dulang hantaran
#kena prepare baju utk family members..nak sedondon seia dan sekata kononnya..

nasib baik aku n kakak dah bahagi2 kan tugas:
aku uruskan:
*kad kawen
*goodies
*hantaran (dulang)
*gambar msa wedding day

kakak aku:
*bilik pengantin
*langsir2 ..
*baju sedondon kitorang ~kakak aku dah beli sepasang, n aku dah beli spasang sorang....

nmpak mcm sket tp senarnye besar jugak tanggungjawab kitorang..

asyik ulang alik nilai+KL cr barang2...

seronoknya nak kawen
tp x seronoklah kena struggle siapkan barang2..kalau kaya senang..hire je wedding planner...dia mtk wet bayar..yg penting keja siap!!!

cardassss!!!!!!!


Sunday, October 7, 2012

mari raikan cinta

pergh lama gila tak berbelog nih...

kali ni post gambo2 org kawen lah...job last saturday!!!


musim orang kawen sekang nih...makin ramai lak yg kahwin...CONGRATS UOLLS!!!! :)


setakat mampu sekeping je dolu..sbb da ngantuk sgt2 dah nie...ahaks....loving couple..
kemesraan dorang lain macam lepas kawen...hehhehehe

sangat shomell...nak wish lah..

kepada Puan (already okeh) Fazilah binti Rahmat...selamat pengantin baru..kami doakan agar perkahwinan yg di bina bahagia sampai bila2...till the end of the world.... :)

 dan buat dua orang anak dara yg ikut aku...tengs korang...sayang korang ketat2...ikutlah saya lagi okeh...saya sangat suka!!!! maceh korang.... maceh awak awak..hehehhe


n sangat suka pix nie...jgn di tanya aku tak tahu kenapa..sbb gambo candid kot.....terbaekkk!!!! :)


ni gambar reramai....bestnya amik gambar ramai2 mcm nie...mn aku eh???hahahhahaha ske tgk aksi lia anak zila....natural giler..hahahaha


2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...