Sunday, December 18, 2011

misteri aku bkn tomboy di jalan lama

Rehat sekejap...



Actually aku ngah wat projek baik punya..projek cr duit lebih, tp printer ley la wat jahanam tym2 mcm nie..mmg cam haremm...huhuhuhu

so, rehat jap..rilex2kan minda..




aku dah tgk muvie nie td akibat printer yg wat hal...first muvie adalah aku bukan tomboy (dah 2kali tgk ekceli)
so so je lah muvie nie..aku rs boleylah setakat nak layan2 feeling, gelak2...n yg plg penting, klu xder saheizy sam yg pastinya aku say NO kat muvie nie..sbb ada saheizy sam jer lah punca utama aku tertengok muvie "agak2" je nie..bukan xbest lgsung, tp.....

muvie agak menarik, plot cerita mcm biasa lah....msti ada heroin ada hero, ada 2nd hero...

tp aku kurang bekenan part2 pengkid2 tu berkomunikasi...kenapa mesti terjerit2???mmm xpaham aku....mgkin mmg gitu ke pengkid????xjugak.....kot...

Sinopsis Cerita:
Farisha seorang gadis yang berperwatakan kasar seperti lelaki dan bekerja di kedai pizza sebagai rider.  Dia ada seorang kawan yang bernama Harry yang merupakan satu-satunya kawan lelaki yang paling rapat dengannya.  Walaupun dia ada sikit perwatakan lelaki tapi sifat wanita masih ada dan dia juga tak lari dari menyukai lelaki dan akhirnya terjatuh cinta dengan si bendul bernama Burn.  Tanpa disedari Harry sebenarnya ada sikit feeling pada si Farisha ni.  So macam-macam situasi yang diorg lalui.  Adakah Harry berjaya?

* Klu nak ikut watak...aku rasa yg plg menonjol adalah watak Saheizy Sam..klu xder dia mgkin cerita nie jd hambar sket
* Watak pembantu yg menarik..watak Salina sebagai Sam mmg pengkid abess la....respek gak aa....
* Lawak2 yg ditonjolkan mmg best..klu xder lawak kompom aku tertidur n citer nie jadik meleret2...

muvie kedua yg aku tgk adalah MISTERI JALAN LAMA

cerita arahan sepenuhnya Afdlin Shauki (Boboiyottt)..hihihii

jalan cerita, mmg best..barisan pelakon yg hebat2...pd aku cerita nie hebat..xpasti kenapa x box office...mmm

mle2 baca sinopsis dulu eh...

Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ?


xtaw nak review ape..cme tym tgk cte nie mmg terpikir...ttg alam ghaib/alam bunian..sbb diorang nie mmg wujud n mungkin cara hidup diorang mcm kita jugak...

P/S : dah agak dah Afdlin yg berlakon watak Harak tue...hehehehhe

Monday, December 12, 2011

majlis tunang adik ai...

Haritu mood malas..main link2 jer ke blog lagi satu. So, harinie, aku ada ms sket, leyla nak upload n cerita sket2...

actually sessi memperkenalkan ahli baru Hj Baharudin's
boley ke kata ahli baru o introduse sebagai BAKAL ahli baru jer..
konpius nie..hehehehhe

adik aku dah bertunang
10 Disember 2011..Alhamdulillah majlis berlangsung smoothly...Licin jer..hehehehe masing2 sonot giler...
ngan aku2 over excited..teruja melampau
smpaikan dgn rela hati offer diri utk buat hantaran n amik gmbar..hihihi
rela hati gitew you!!!

first of all nak kenalkan my bakal adik ipar dulu..tunangan adik aku..


niela bakal adik ipar aku..klu ikut IC nama dia Noraishah bt Yusof, tp kitorg pangggey Sha jer...santekk kan!! nie la 1st tym aku jmpe dia, klu tanpa mekap xpastilah plak mcm ne rupa parasnya..hehehhehe

Sonot mmg sonot lah...satu family teruja sbb adik aku nie bukannya jenis nak serius2 nie.tetiba jer dia serius nak masuk meminang dak Sha nie..tu pun baru je kenal 4 bulan. Mgkin dah jodoh kot..harap2 jodoh berkekalan sampai akhir hayat lah...mintak simpang lah dr terputus d tengah jalan....


masa sarung cincin...tgn mak aku n tgn dak Sha..hehehhee..amik gmbar tgn jer kan..hehehhehe
as a sisiter aku doakan agar adik aku bahagia sampai akhir hayat..n semoga sha dpt tahan ngn perangai adik aku n overcome it....Moga kalian berbahagia dan saling menyayangi setia sampai akhir hayat korang...all the best to both of u.....Love korang sesangatttt!!!!!!!!!!



Semua yang saya cerita semestinya berlaku dalam hidup saya...enjoy my story k...

Wednesday, December 7, 2011

Puisi Naim...... sempoi abes

gambar Copy Dari Internet

Kejutan yang di buat oleh pelakon Zahiril Adzim ketika majlis resepsi perkahwinannya adalah dengan membaca sebuah puisi khas yang ditujukan kepada isterinya Shera Aiyob.Puisi itu dibaca dengan iringan lagi dirimu satu oleh Ungu.Berikut adalah petikan puisi Zahiril buat Shera..layan.

Puisi Zahiril buat Shera

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku."


tengs to ohsensasi....aku copy paste dr sana....

Monday, December 5, 2011

Susah gak ek nak menulis bg org baca. n yg lebih penting nak tarik minat org singgah blog kita....mmg susah!!sbbnye susah, sbb kurangnya bakat menulis n mengarang..ok la tue...saja suka suki buat blog sendiri.. :)

hehehe..mcm biasa blog aku mesti nak cerita pasai anak2 buah!!!

mestilah...rindu aaa kat dorang..so apa lg...terjah jer umah kakak aku, bukan jauh pon..Ampunk jerk...

pandai n konfiden gila angkat adik dia..cme kakak aku risau sbb dia ni ganas sket...

budak zaman sekunk nie....mmmmm



raniya n her treasure box....peti harta karun dia panggey

she react when i talk to her......tp mcm buat mke "ada aku kesah" jer..hihuhuhu


Semua yang saya cerita semestinya berlaku dalam hidup saya...enjoy my story k...

Sunday, November 27, 2011

Nikmati Kehidupan

Jangan jadi orang lain. Cthnya bila nmpk kawan berjaya sebab jadi salesman rumah, kita pun nk jd mcm tu. Bila tgk org jual air kat foodcourt pun boley pakai Subaru Version 9, kita pun mulalah berkira-kira belajar bancuh air.

Jd, apa yg kita nak jd adalah susah sbb kita biasanya hidup dgn sumber pendapatan.Tak ramai org yg gembira dgn apa yg mereka buat.Susah utk berjaya, buat duit dan kita blh enjoy dgn apa yg kita buat setiap hari.Dlm profesion ini saya boleh bg cth plg dekat.

Jurugambar/Fotografer.

Fotografer yg bgus bukanlah seorang yg pikul 1D MkIII dan segala jenis lens yg mahal.Fotografer yg bgus adalah yg jenis yg bwk kamera kemana saja.Tak memilih subjek dan kpd freelance yg ambil job kawin tiada masalah utk berpanas di bwh terik matahari utk ambil gmbr kereta.Dan hobi ini menjadi lebih menarik klu kita di bayar.Maksudnya, jurugambar yg minat kereta+kamera dibayar utk setiap gambar yg dirakam.Menarik???Ok, saya ada ramai kawan jurugambar yg kerjanya mungkin 10 hari sahaja dlm sebulan tp gaji sebulan lebih 5 angka.

Ada yg tak minat kamera tp sbb nmpk 5 angka tu, mulalah melabur beli kamera mahal, padahal tak reti mana pun.Itu satu mslh, tp klu tak tau belajar.Tp mcm na nak belajar klu dlm seminggu tak smpai 100 shutter bergerak???Belajar dr buku ke, seminar ke, kusus ke, balik ke asal senarnya yg betul.Belajar dr praktikal.Dr situlah br bley bgn kan skill sendiri.Kpd yg ada objektif mmg bagus,tp yg kemudiannya bosan dan tak bertahan, akhirnya tukar bidang lain.

Menjadi fotografer yg bagus cukup sekadar menggunakan DSLR asas, ISO yg boleh, boleh pakai manual sepenuhnya dan boley sekali sekala cuba jenis white balance.Setiap kamera ada penggunaan asas yg sama, shutter dedahan (aparture) dan ISO.Bila dah faham 3 perkara asas ni barulah ley cuba white balance dan men CLS flash atau apa saja lah.Kemahiran ini yg bezakan fotografer asli atau fotografer main2.

Cth lain ialah jgn terikut2 cr hidup org lain.Setiap org ada punca rezki dan gaya idup masing2.Klu semua org nak beli LV dan Prada, sapa nak beli Guess dan Anna Sui???Dunia nie dah ada ketetapan masing2.Kemampuan adalah apa yg kita rancang.Klu dah sebulan dpt seribu,kenapa mesti makan McD tiap2 hari???Apa??Mkn ns lemak sebungkus rm1.30 xkenyang???

Utk mengubah hidup kita mesti berusaha.Tak ada cara dlm dunia ni bleh idup senang dan pki kereta besar,modified,racing,beli barang, enjoy dan sebagainya.Bisnes menipu org pun bukan senang.Kena ada skill menipu bagai.Tp sekali lg, tak takut Allah SWT????

Siapa yg tak mahu senang??Semua org nak pakai kereta bagus dan rumah besar,tp mcm yg dicakapkan td,senang pd material tak semestinya selari dgn kehidupan.Klu duit bnyk tp terpaksa tidur 4jam sehari pun takder maknanya.Yg penting,buat apa yg kita suka dan nikmati idup sepenuhnya dan sepuasnya.Klu kita mampu modified sebuah Iswara Buruk jer. lakukan dgn sabar,buat sikit2, lama2 cantik jugak kereta tue.Tak perlu nak cemburu ngn kawan2 yg pakai Caldina ngn kos modified 50k sekalipun.

Kita perlu jadi diri sendiri utk berjaya dlm idup.Tetapkan pendirian.Cita2 tak semestinya utk adik2 di bangku sekolah atau universiti.Cita2 pada warga emas mcm bapak aku En Baharudin pun masih boleh ditafsirkan sebagai cita2.dlm idup jgn pikir menyesal ke atau perkara yg dah jd sejarah.Tak payah nak pikir positif negatif dah.Pandang depan, redah je apa yg ada.Yg penting.....

ENJOY YOUR LIFE!!!!!!!!!!!!!

P/S: Yeay...so Azfa, masih lum terlambat utk fulfill cita2 awak nak bukak kedai printing!!!Aja aja FIGHTING!!!!

Sumber dari : Majalah Kereta Keluaran Dec 2011


nielah cita2 enchek Gemok...dr yg atas tu smapailah jadik mcm yg bawah sekali nie...4tahun masa dia ambil tau!!!!!!




Friday, November 25, 2011

debar dag dig dug

sekang datang keje semua tak kena...

dr td pg ms nak start motor, aku dah rasa berdebar. tp senang jer start moto terus jalan.otak kosong, jiwa kosong...tup tup dah sampai kat parking basement...park je motor, terus naik atas bukak komputer kat kaunter depan. Hari nie, aku jaga helpdesk n kaunter. so malas nak piki2, bukak PC n tulis nama kat buku rekod panggilan...settle..

alamak...terlupa pulak nak punchkad..

masuk dalam punch machine dah nyanyik2..dah over 7.30am dah. aku punch pon dah kul 7.33am..terlambat 3 minit.adoi....semak!!!nak masuk awal2 punch, ada pegawai ngah bising pasai punchkad lak..

sekang apa pon xboley, endure jer lah..sbb dtg cni nak keje..so pikir positif n tabahkan ati...

P/S : Jantung masih berdebar2, apa lagi la nak jadik hari nie....Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini..Bukakkanlah pintu hati hamba2Mu Ya Allah, buangkanlah sikap busuk hati dalam hati hamba2Mu, berikanlah ketenangan untuk hati2 itu ya Allah..Hanya padaMu aku berserah ya Allah....dan juga berikanlah aku ketenangan jiwa, kuatkanlah mental dan fizikal aku utk menghadapi mereka2 yg telah engkau utuskan untuk memberi aku dugaan..aku percaya setiap yg berlaku adalah ketentuanMu ya Allah utk menguji aku...Amin.....

Rahsia Tandatangan

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan

  • Seorang yang sangat yakin
  • Ada personaliti yang hebat 
  • Agak mementingkan diri sendiri 
  • Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan

  • Anda romantik 
  • Mudah bertukar pasangan macam tukar baju 
  • Memilih kecantikan (bagi lelaki)
  • Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
  • Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan

  • Anda kelihatan mudah dan tenang 
  • Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

  • Seronok dengan kehidupan 
  • Ikut gaya dan cara sendiri 
  • Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

  • Anda sentiasa berusaha supaya smart 
  • Suka berselindung 
  • Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup 
  • Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

  • Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir 
  • Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

  • Seorang yang sangat prihatin 
  • Tidak pentingkan diri sendiri 
  • Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain 
  • Seorang pemikir 
  • Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

tandatangan saya..agak2nya saya tergolong dlm kategori mana yer??hehehhehe
  • Seorang yang sangat baik 
  • Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan 
  • Tegas dengan pendapat sendiri  
  • Ada semangat yang tinggi                                                                                                                                        

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...