Friday, November 25, 2011

Rahsia Tandatangan

Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan

  • Seorang yang sangat yakin
  • Ada personaliti yang hebat 
  • Agak mementingkan diri sendiri 
  • Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan

  • Anda romantik 
  • Mudah bertukar pasangan macam tukar baju 
  • Memilih kecantikan (bagi lelaki)
  • Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
  • Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan

  • Anda kelihatan mudah dan tenang 
  • Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

  • Seronok dengan kehidupan 
  • Ikut gaya dan cara sendiri 
  • Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

  • Anda sentiasa berusaha supaya smart 
  • Suka berselindung 
  • Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup 
  • Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak

  • Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir 
  • Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

  • Seorang yang sangat prihatin 
  • Tidak pentingkan diri sendiri 
  • Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain 
  • Seorang pemikir 
  • Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas

tandatangan saya..agak2nya saya tergolong dlm kategori mana yer??hehehhehe
  • Seorang yang sangat baik 
  • Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan 
  • Tegas dengan pendapat sendiri  
  • Ada semangat yang tinggi                                                                                                                                        

No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...