Saturday, May 12, 2012

Jangan Buat Dosa Kering....

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya...

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan....

"Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya.

----------------------------------------------

Dah lama saya perhatikan.....
Seronok tgk gadis/mak org/bini org dll yang dah ramai mula menutup aurat.di antara kenalan2 pon ramai yang dah mula berubah ke arah kebaikan..Alhamdulillah...Perubahan tidak semestinya besar, mula skit2 pon boley. Asalkan ada niat n inisiatif utk berubah....

Dan di antara mereka2 ada jugak yg dr langsung tak bertudung, tp sekang dah bertudung, malah dah menutup aurat, dgn pakai baju tangan panjang/inner....aku yang bertudung dari remaja nie jugak yg masih tak pandai nak pakai baju tgn panjang/inner utk tutup lengan...panaslah/rimaslah mmg itu alasan yang keluar dari mulut saya...jubah lagilah...mungkin sbb aku gemuk, aku rasa mcm xseswai klu aku pakai jubah....????? alasan mmg xmunasabah langsung.....insyaAllah, aku akan berubah....the change will come, insyaAllah...

Janganlah kita menganiaya diri sendiri..kalau org tak bertudung, tak menutup aurat tak semestinya dia tu jahat, tak sembahyang..mn kita tahu...ada yg menutup aurat, sembahyang pon tak jaga jugak (mcm kata kat diri sendiri jer)....kalu dah baloq liat (kata abah saya) mmgla ssh nak di bentuk..papa al kena buang sikap malas tu dulu..insyaAllah boley berubah...

perubahan pertama adalah dengan
COBA MENJAGA SOLAT
sbb solat adalah tiang agama

insyaAllah....... 

Jadi seeloknya kita elakkan dari meracun minda dan pikiran kita dgn mencari salah org, dan me'neraka'kan mereka..kita sendiri yang sembahyang tak tinggal/tutup aurat belum tentu dapat masuk syurga direct..sblm nak perbaiki orang tolonglah perbaiki diri sendiri #ingatan utk diri sendiri# kenapa perlu ada sifat negatif dan tak boleh tgk org senang dalam diri????seeloknya kita ambik tau hal kita sahaja...siapalah kita nak judge org lain..kita bukan TUHAN...

tp klu perkara melampau depan mata berlaku, seeloknya tegurlah rakan2 kita demi kebaikkan.....

Berbicara tentang menegur...adakah wajar klu kita menegur mereka2 yg berkelakuan melampaui batas...kena kot..tp takut di salah ertikan pulak..ye tak???sekarang nie #ekceli benda nie dah berlaku lama di sekeliling kita# kecoh pasal skandal sana sini..bukan di kalangan rakan2 sahaja malah di kalangan semua org..dlm tivi drama2 pon selalu cte hal nie..penah tgk tak video dlm youtube,cerita dulu yg laki tu kena belasah sbb men bini org??laki tu pon laki org gak...n kenapalah perkara macam nie berlaku..aku pon tak paham..hebat sangat ker kalau ada skandal ngn laki/bini org nie????masing2 tak ingat ke lafaz akad/nikah masa mula2 mengikat janji utk setia sehidup semati dulu???kenapa perkara nie boleh berlaku???ntahla, itulah yang di katakan hati manusia boley berubah...jodoh ajal maut pertemuan perpisahan semua di tangan Allah..kita kat muka bumi nie, hanyalah boneka yang melakonkan watak hidup..masing2 carilah keredhaan masing2....agar watak yang di lakonkan mendapat award dari Allah SWT..insyaAllah....

Boleh jadi berubah dari baik ke jahat
Boleh jadi berubah dari jahat ke baik
Boleh jadi berubah dari pendiam ke banyak cakap
Boleh jadi berubah dari banyak cakap terus jadi pendiam

Apa yang berlaku dengan perubahan kita kadangkala ada kena mengena dengan situasi di sekeliling kita/situasi yang berlaku dalam diri/hidup kita sendiri...

Tepuk dada tanya iman....
klau tahu diri tu banyak buat dosa, kalau pun tak boleh berubah...janganlah di tambah lagi dosa2 tersebut 
nak cari pahala tak susah, dan nak tambah dosa lagi senang

#takde kena mengena antara hidup dan yang mati#
#aku hanya mengingatkan diri agar tidak tersasar#

No comments: