Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu Emak

Emak
Ummi
Mummy
Mama
Ibu
Bonda
 Mom

sama ja semua tue...merujuk kepada seorang manusia yang takkan terbalas jasanya, takkan terbalas pengorbanannya, takkan terbalas kesusahannya membesarkan kita...

Pada umur meningkat 30 tahun, aku masih belum dapat merasa nikmatnya menjadi seorang ibu, payahnya membesarkan seorang anak..tp tak bermaksud aku tak paham dan tak mengerti betapa pengorbanan ibu itu tidak terbalas dgn material dunia....

Saat ni aku rindu mak aku, rasa kerdilnya diri di antara adik beradik aku yang paling tidak berjasa dalam idup seorang ibu....harap2 mak paham, harap2 mak mengerti...bukan langsung takde niat nak berbakti, tp setakat ku mampu, ku curahkan segala...

Aku banyak buat mak menangis...
Aku yang paling banyak buat mak rasa menyesal
Aku yang paling paling banyak buat mak rasa malu
Aku yang paling paling paling banyak buat mak rasa berdosa

Ampunkan aku mak
Ampunkan anakmu yang selalu buat mak rasa bersalah
Bersalah terhadap diri sendiri kerana merasakan didikan mak tidak sempurna

Mak sangat sempurna
Mak tiada bandingnya
apa yang mak ajar dan cara mak besarkan aku tiada tandingan
Mak maha hebat
Mak sangat mulia
Ya Allah, ampunilah dosa2 ku terhadap ibuku
Ampunkanlah dosa2 ibuku

Mak adalah hamba Allah yg kurasakan saat taat
Mak adalah isteri terbaik, terlembut, paling setia terhadap suaminya
Mak adalah rakan yg paling tidak menyakitkan hati
Mak adalah manusia yang paling tabah

Walau berjuta salah yang aku lakukan
mak redha, mak terima aku seadanya
mak jaga sebaiknya
mak kasih aku sejujurnya

Alhamdulillah, aku punya mak yang sangat indah budi pekertinya
aku punya mak yang sangat manis tutur bicaranya
walau ada ketika aku mengeluh
kenapa mak aku tak macam mak org lain
'kenapa mak aku seorang yg pendiam
kenapa mak aku tak pernah nak tunjuk kasih sayang
mak memang tak pernah cakap
"mak sayang kamu"
tapi sebenarnya dari perwatakkannya dia adalah insan yg paling banyak memikirkan aku, insan yang dukaku di rasakan bersama, walau dari jauh walau dari dalam dirinya..aku yang buta menilai kasih sayangnya...
Ya Allah ampunkan aku
Khilaf ku amat besar terhadap insan itu
Terasa macam tidak menghormati segala penat jerih liku2 idunya membesarkan aku....

mak pernah cakap
mak tak suka marah2kan anak2nya
mak pendiam ada maknanya
bukan mak sengaja membiarkan dirinya di cop sebagai pendiam
mak bimbang bila dia bersuara
tutur2 nista makian keluar dari mulut mungilnya
"setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu adalah doa"
ya Allah
besar betul ingatan mak terhadap anak2nya

Wlu aku pernah tersasar
Wlu aku pernah terjatuh
Langsung tertiarap di saat terbalas dosaku di dunia
Engkau ada di sana
Engkau buat aku bangun semula
Engkau buat aku sedar
Mati bukan pengakhir segala

Mak...aku rindu kamu mak
aku rindu saat2 kau suapkan aku dengan tanganmu
Saat jari2mu ligat menyelak rambutku dan merasa kulit kepalaku
Saatku barbaring di ribaanmu dulu
Dah lama tak kurasa semua tue...
Rindu sangat...

Selamat hari ibu mak...
Aku amat sayangkan kamu....

No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...