Monday, September 15, 2014

Episode 5 ~ APRIL ~ TRIP #adikkakak ke KRABI, THAILAND

Hai Uols, I ols nak cerita ni...sudi2lah membaca yer.
Entri terlajak lariss (nan hado)...entri backdated ni sebenarnya nih.

Habis Part 1 (Jan to Mac)..nak terus sambung episode 5 Part 2 lak...

Terus cerita lah...aritu kan ai ada ckp. Sbb tak bawak adik g Bandung, nak pujuk dia, ai ada beli tiket lain..hehehhee...sebenarnya aku ke 

KRABI

bersama2 adinda tak berapa nak cinta sbb dah tua bangka

09/04/2014 Rasanya tarikh kami gi.So bermulalah stori mori tentang :

Episode 5 ~ TRIP #adikkakak ke KRABI, THAILAND

Flight kami pepagi, aku mmg ske amik tiket pepagi. Kul 6.30am rasanya tiket flight kami. Mcm biasa amik AirAsia tapi bukan time promo. Sbb nak tebus kesalahan kan, redha je lah dengan harga tiket macam tu. RM245 pergi balik perpax. Tak ambik luggage sbb Krabi bukan tempat shopping. Lagipon aku mmg dah plan, setiap tempat dekat2 yang aku gi, mmg RM1000 sahaja siap hotel n tiket flight aku peruntukkan. Biasalah kerja macam aku ni bukannya leh menabung sangat. Komitmen saja dah 3/4 gaji. Erm...redha je lah.

So plan trip pon ikut poket jerlah.

Melalui hasil blogwalking aku, aku decide nak amik hotel yang murah2 ja. Kami pon decide amik AMORN MANSION kat Aonang, mmg waling distance je ke tempat2 attraction...Pantai Aonang, tmpt2 makan, tmpt2 urut, tmpt sewa moto...Alhamdulillah semua dekat. Maklumlah budget traveller mcm aku n adik mn mampu nak sewa tempat2 mahal.Asalkan dekat ngan attraction, memadai. N furthermore, hotel pon bersih n selesa walaupon kecik.

First Day
Sampai dalam kul 9 pagi mcm tu waktu tempatan, tak ingatlah waktu kat sana awal or lambat..erm, lambat jugak kot. Currency time tu pon aku dah lupa. Yang aku tau aku tukar 10,000 baht kot mcm tu. Aiyok, memory loss tui lah. Siyes xleh recall...

Sampai2 ja kami amik tiket menaiki bas ke Aonang. Murah je RM15 perpax. Senangnya, bagitau ja menginap hotel mana, Dia akan turunkan kita. Maklumlah kitakan blur2 alam, 1st tym dtg Krabi.


Inilah rupa tiket nya. Amik betul2 kat kunter masa nak kuar dari airport Krabi. Airport agak besar, baru n bersih...Nak lepas kaunter imigresen pon senang, cuma lambat sket lah. Atas flight dia ada bagi kertas. Isi abis2, terutama bahagian hotel yg kita nak menginap tu. Klu tak isi lambat jadi nya.

Sampai jer hotel, kami terus check in. Alhamdulillah boleh check in awal walaupon time tu baru kul 10pagi. Ni kira lom makan dari pagi ni. Tapi travel punya pasal tak lapar pon. Hotel lak kena tingkat 2, menapak sketlah tak da lif yer. Hotel bersih, ada peti ais, ada tivi walaupon semua siaran Thailand, ada balkoni lagi ngan pemandangan pool (hotel sebelah). :)


Cantik kan padahal hotel sebelah punya. Okay lah fefeeling menginap hotel ada pool. Hehehe...Merasa la jugak. Gelak kuat2...

Lepas mandi2, kami turun ke Receptionist untuk ambil pamplet2 Trip/Tour yang ada. Lepas tu gi jalan2 kat pantai Aonang. Pelik je tengah2 hari g jenjalan tepi pantai. Ada je omputih ramai. Memang penuh ngan omputih. Kacak2 n lawo2 u...semua muda2 susah nak jumpa yang tua.  Tapi dorg speaking bahasa yang x pernah di dengar. hehehehe

Pemandangan kat pandai Aonang tengahari. Time ni kul 11 lebih gitu lah. Panas litlit lah habaq hang.Mmg panas!!Sekali sekali je angin menghembus2 sepoi2 bahasa...aku mmg x lepas lah dengan kipas aku. Hehehehe...



 Yang kalerful JDT ni adik aku merangkap kawan berjalan untuk trip ni.

Cantiknya, keindahan alam ciptaan tuhan.Aku mmg ske alam semulajadi nih....Sambil lepak2 tu aku belek2 lah pakej yang ada kat pamplet. Harga bleh tahan. Ratus2 gaklah utk tour...Uiiii... :)

Rembat seluar selai..buat pakai2 kat sini. Omputeh pakai seluar tu comel jer, aku pakai nampak macam orang sumo lah plak..hehheh menyesal tak beli topi tuh...ermm...panas atas bot tuhan je lah yg tahu. Mmg burn abis lah...What the fishhhhh.... ~

Setelah dikaji harga dan sebagainya, kami decide unt amik pakej dari hotel tu ja.Malas nak pikir.. So total utk 3 hari itenerary kami RM400++ for two pax....

~Elephant Trekking
~4 island tour (longtail boat)
~Phi Phi Island (speedboat)
**lunch included utk kedua2 tour

Kami pilih untuk naik gajah petang tu. Pilihan yang amat2 aku kesali. Tak boleh bayangkan sejam lebih atas gajah tu, memang hazab. Takut woo, kalah naik Solero Shot kat Genting. Tak bleh la untuk aku yang takut binatang and agak gayat. Adik aku macam relax ja..

Satu ja aku tak suka kat Thailand ni, orang kat sini kasar2. Cakap ngan kita tengking2 ja. Ish, minah cepat sentap mcm aku mmg makan hati ja lah. adoiyai...Walaupon menyesali, aku redha dan bersyukur dengan pengalaman ni. Alhamdulillah. 

Ni gambo bagi makan gajah, atas gajah mmg xberani nak kuarkan henpon takut jatuh n kena pijak dek gajah.mengaruk je gajah tu.masuk utan kuar utan...ermmm...cuak amat
Ada sekeping gambo kami atas gajah, entah mana aku taruk. Nanti aku cari balik and tampal kat sini. So aku mark (gambo aku naik gajah under construction) kihkihkih

Lepas balik dari elephant trekking, kami decide nak menyelongkar sekitar Aonang. Nak naik apa ek???

Kami sewa motosikal (skuter). RM20 sehari. bolehlah..takdelah murah takdelah mahal. ok je kot. Dengan passport sebagai cagaran...waaaaa...takutnya org lain pegang pasport kita.tp buat2 berani ja lah. orang lain pon buat mcm tu jugak...jadiknya hari tu kami just ronda2 sekitar aonang sampailah kat pantai ape ntah sebelah sana. aiyok x ingat...#tepukdahi#


Skuter Fino, sangat lembap...sangat tak best..hahahha tapi redha as ni yang paling murah...

Pancake haruslah beli...sedap bangat. Rindu nak makan pancake ni. Yang aku ni, peanut butter... adik aku oder nutella n coklat..2 2 pon sedap..kena plak ngan mango blended kesayangan..ya Allah...sedapnya...Kami ada beli sotong goreng tepung jugak untuk alas perut sebelum dinner karang

helmet haruslah sama dengan motor..hahaha

petang tu tak buat apa2..lepak2 tepi pantai, jalan2 kat sepanjang Aonang tu, survey2 jer sket2...adik aku punyalah dok paksa aku mandi laut ptg tu.Tapi aku xde mood sbb aku nantoks kuasa 10..siyes nantoks sbb malam tu aku takleh tido takut terlepas flight.selalu mcm tu setiap kali nak travel gi mana2...

Tengok sunset ~masha allah cantiknya



malam tu janji ngan adik nak pi cari makan. Gila tak kebulur, makan pancake, mango blended ngan sotong goreng tepung. Tapiiii...aku tertidor. Kesian adik aku, melengkung mcm tenggiling tdo malam tu, akibat menahan lapor tapi terpaksa tido..

Sorry ye adik!!!





No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...