Tuesday, October 25, 2011

jadi, inikah masanya?

Entri paling bijak pernah aku tulis dalam blog aku agaknya...

Terpanggil nak buat entri ni setelah terbaca satu artikel pasal nilai hartanah kat bandaraya sekarang nie...

Malam-malam macam nie, tetiba terdetik dalam fikiran nak ada rumah sendiri.Rumah bertanah idaman kalbu.Tetapi memandangkan pendapatan seluruh isi rumah aku adalah amat ciput dan harga rumah bertanah sekarang yang mencarut-carut, mungkin niat tersebut akan terusan terkubur kot. Macam mana nak beli rumah?? Kelayakan pon hanyalah 60% agaknya dari harga sebuah rumah idaman. Ada sekali aku dan enchek Bearbear nekad nak beli rumah. Banyak betul halangan, sampaikan ter"cancel" di pertengahan proses. Siap burn sejumlah wang lebih 10k. Sampai sekarang, masih serik nak membeli umah kot. Walaupon hati mmg teringin sgt nak wat housewarming, panggil kawan2, sedara mara, mak abah, mak ayah mentua...jamu kambing tergolek-golek di dpn umah..pahtu budak2 berlari kejar2, bergembira gelak hu-ha-hu-ha di halaman rumah aku... ~huh~ merengus malang

amat suka rumah kayak gini....huhuhu.....modern simple...mastak mastak..... :(

Pelaburan hartanah sememangnya benda paling mengutungkan untuk di jadikan bisnes. Selain emas hartanah adalah benda yg paling tidak pernah rugi asalkan ianya berada di lokasi yg strategik. Mcm kata2 Donald Trump lah, ada 3 kriteria yg membolehkan sesuatu hartanah tu meningkat harganya, pertama adalah lokasi, kedua ialah lokasi, dan yg ketiga adalah lokasi. Klu bernasib baik, lokasi memainkan peranan penting utk sebuah rumah yg bayaran balik bulanan ke bank hanyalah RM300 tetapi memperolehi kadar sewaan bulanan hampir RM600...sekali ganda untung tu beb...itu semua lokasi punya hal lah...

itu klu utk tujuan berbisnes sambil gilak kuasa nak kaut semua untung dgn bergelar tuan tanah kedaung..bg mereka yg baru nak terhegeh-hegeh beli rumah utk sendiri duduk????tak ke malang?????

Sekang nie harga rumah mmg tidak boleh blah...Nak dapat sebuah rumah teres berkeluasan 20X70 pon terpaksa pejam mata dengan harga 100k ke atas.mana ada lg beb arga umah bertanah bawah 100k kat KL / Putrajaya nie...yg dekat2 ngn dua kawasan nie..Rumah sekitar Ulu Kelang, Salak Tinggi, Dengkil yg dulunya mmg tempat yg amat terpencil, sekang arga mencanak naik...Mencarut-carut...apartment pon ada yg dah sampai mencecah 200k dan ke atas dah..mmg sampai matilah aku xdpt nak beli rumah ngn gaji keje kerajaan...klu gaji naik, arga barang pon naik, arga umah pon naik...aiyok....

Dan dalam artikel yg aku baca, kononnya kerajaan dah ambik langkah drastik mengekang kenaikan harga hartanah, dengan menghadkan 70% sahaja kepada pembeli rumah ketiga. Tapi pelik bin ajaib, hanyalah terjadi utk rumah2 kondo dan apartment, padahal bagi projek rumah teres, harga terusan menggila. hai, ada ke sesapa nak beli buah pinggang saya???? Swap ker ngn sebijik umah idaman sekitar Putrajaya????haishhhhhh mengeluh jer lah.... ~mungkin tidak berlaku

Pada pendapat sayalah, sekarang memang bukan masanya nak beli hartanah. Bg saya yg berpendapatan tak seberapa nie, kenalah survey betul2 harga pasaran. Tapi, as usual, memang tak lah kan???Tak pernah nye harga pasaran memihak kepada saya.Pernah jugak terfikir nak beli umah kat kampung ja...at least dgn arga RM120k, dah dapat umah idaman yg berkeluasan sama, mungkin ada tanah lebih sket...cukup masa balik kg, dok kat kg ja.tp hubby selatan aku utara..mn nak dia dok kat kg aku...n mn nak aku dok kat kg dia....pening pening.....memang merepek amatlah arga rumah kat KL nie..malang betul aku nih....

haishhhhhh ~sepanjang tulis entri nie asyik mengeluh ja.....




Semua yang saya cerita semestinya berlaku dalam hidup saya...enjoy my story k...

1 comment:

mummyrinazone beauty said...

akupun sama nok..mana mampu beli umah masa nie..huhu

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...