Monday, July 9, 2012

aiyok.....takutnya!!!!

mcm na ley jadik macam nie...xpasti apa punca n mengapa org ni sanggup bertindak mcm nie...mcm dah marah sgt2 dah nie smpai sanggup nak korbankan diri sendiri..kononnya org nie datang ke JPM ptg semalam dalam kul 2.30 ptg dgn membawa pedang samurai nak gulingkan kerajaan..????...siap laungkan takbir lg!!!

kenapa ek???

aku pon tak pasti...tak berani nak komen lebih2 sbb kita pon taktau apa yg sebenarnya terjadi kat org nie....




KUALA LUMPUR 9 Julai - Penyerang di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya petang tadi dilaporkan mati.
Sebelum ini, lelaki cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri apabila anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.
Kejadian itu berlaku apabila mereka dikatakan cuba membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya apabila menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
Seorang lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju bersama pasangannya berhijab hitam masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Namun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.
 kalau tak tahu cerita tak guna nak komen lebih2.....betul tak??

nasib baik kawan opis aku pegi pagi ke JPM, kalau pegi petang tak tahulah apa yg jadi!!!

P/S: Malaysia pon dah tak aman,takutlah...dahla kat Putrajaya jugak!!!!huhuhuhuhuhu


No comments:

2020 dan blog Azferrr

Assalamualaikum WBT Entri pertama untuk tahun 2020 setelah hamper dua tahun xjenguk blog. bertemu kita kembali. uish dah tumbuh Lalang da...